Hasan Ali "PAS Di Aibkan Dan Tewas"



KENYATAAN YB DATO DR HASAN ALI MENGENAI ISU UNDANG-UNDANG KECIL MPKB

Sekali lagi PAS diuji dan buat ke sekian kalinya juga PAS diaibkan dan tewas dalam ujian tersebut.

Undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Kerajaan Negeri Kelantan  yang melarang wanita menggunting rambut lelaki termasuk di kalangan bukan Islam di salun gunting rambut adalah dilihat mempunyai roh perundangan Islam dan secara jelasnya adalah selari dengan dasar perjuangan PAS yang diperjuangkan selama ini.

Oleh itu keputusan untuk menangguhkan perlaksanaan undang-undang tersebut termasuk membatalkan saman yang dikeluarkan adalah langkah dayus yang hanya menunjukkan kegagalan PAS mempertahankan prinsip perjuangannya yang dilaungkan selama ini.

Keputusan ini juga memperlihatkan betapa lemahnya PAS apabila berhadapan dengan desakan rakan sekutu mereka di dalam Pakatan terutamanya DAP yang tidak pernah bersetuju dengan apa sahaja undang-undang yang ada kaitannya dengan Islam. Kerajaan Negeri Kelantan yang dikuasai PAS akhirnya terpaksa tunduk dan akur dengan kemahuan DAP, PKR dan pimpinan parasit di dalam PAS yang tidak ingin melihat perlaksanaan undang-undang seperti itu bakal menjadi batu penghalang kepada perjalanan mereka ke Putrajaya. Kerana kuasa, apa juga halangan mesti dirempuh, hatta melibatkan maruah Islam.

Lalu dimanakah untungnya PAS dan di mana untungnya Islam seperti yang dilaungkan oleh pimpinan tertinggi mereka?

Sepatutnya kesempatan inilah yang perlu digunakan oleh Pas untuk mendidik masyarakat terutamanya masyarakat bukan Islam terhadap keindahan hukum Islam berdasarkan rasional dan nas yang terdapat di sebalik undang-undang kecil tersebut.

Akhirnya masyarakat dapat menyimpulkan bahawa prinsip perjuangan asal PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam dan menegakkan Negara Islam semakin jauh ditenggelamkan oleh kerakusan dan keinginan mendalam untuk berkuasa di Putrajaya. Jika sekiranya undang-undang yang terpencil dan remeh seperti itupun tidak mampu dipertahankan, apatah lagi untuk melaksanakan hudud dan perundangan Islam yang syumul.


YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI
15 November,  2012

Comments

Anonymous said…
Nasib baik Dato dah keluar dari PAS, kalau tidak berar bahu memikul........
Anonymous said…
la aku ingat kan hasan ni cerdik, rupenye sebijik bodoh macam pencacai ameno. MPKB guna akta kemeterian perumahan dan kerajaan Tempatan (persekutuan lah) bro kerana kurang sopan di khalayak ramai bro! ape kena mengena dgn Pas ataupun hudud (islam). Hasan tolong jelas sikit apa yg hang cakap ni. Kitab apa nko baca......kih kih kih nak tegelak aku! kalau bodoh jangan lah nak perbodohkan orang......ramai rakyat yg cerdik sekarang ni la hasan.
Anonymous said…
anon 10.20.

hang kena baca lagi la....fahamkan betul2.

kenapa kelantan je buat akta mcm ni....negeri lain tak buat....pasal negeri lain dikuasai BN, pkr, dap......tapi kat kelate kan Hampas memerintah ? dulu boleh buat undang2 ni dah 21 tahun guna....kenapa pulak sekarang dihapuskan ? kerana apa....kerana HamPas sahaja yg ada kuasa kat kelate......mana ada terikat dengan Kerajaan Persekutuan....kalau terikat, manakan boleh mereka buat undang2 ni.....

Anonymous said…
Nk berpolitik jgn jadi bodoh sgt.
Undang2 kecil tu adalah undang2 untuk pbt tersebut sahaja. Tkde kena mengena pun dgn akta 171pbt... Takde kena mengena dgn hudud pun...
Anonymous said…

akta, undang-undang kecil majlis, atoran-atoran, garis panduan, pekeliling dan sebagainya tetap dipersoalkan dan ditafsirkan sebagai tidak releven, sekecil-kecil masaalah masih gagal diurus dengan baik. munkin segala macam undang-undang yg digubal itu memberi kebaikan, namun kuasa sahabat dalam PR lebih berbisa, telah dijadikan alasan atoran bolih dibakulsampahkan, alah macam sepanjang zaman isu hudud, negara islam, mengkafirkan UMNO yang sekarang PAS menerajui kekafiranya kerana dah main babi dengan dap dan pkr.
Anonymous said…
lagi satu ckp x serupa bikin Pas..gubal UUK bagai nak rak tp x berani nak laksanakan..

kepada anon 10.20 pm hang ni kena baca lebih sikit sebelum ulas..nampak bodo hang tulih mcm tu..

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID