Breaking News
Loading...
December 21, 2012

Info Post

Laman web Suara Pakatan Rakyat yang sering menjadi kontroversi nampaknya semakin keterlaluan dalam membela PR.  Mungkin kerana ketandusan idea untuk membela PAS dalam berhadapan dengan serangan peluru Amanat Hadi, maka laman tersebut sanggup menyamakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan anjing.  Ini dilakukan dengan menggabungkan gambar wajah Tan Sri Harussani dengan badan anjing.  

Kita sedia maklum dengan sifat takbur dan riak para pemimpin PAS yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama.  Justeru, kita tidak terkejut jika apa yang dilakukan oleh laman web Suara PR itu direstui oleh mereka.  

Selama ini pun PAS sememangnya memandang rendah para Mufti dan Ulama lain yang tidak menyokong parti mereka.  Malah, ulama-ulama Pondok juga tidak diiktiraf PAS.  Seringkali fatwa yang dikeluarkan oleh sekumpulan Mufti dan cerdikpandai agama dalam Majlis Fatwa Kebangsaan juga dianggap sebagai hampas sahaja jika ia tidak memberi keuntungan kepada PAS.  

Semua ini digarapkan dengan jelas oleh Suara PR yang menyatakan bahawa “selain Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Harun Din, tidak ada mana-mana pemimpin agama di negara ini yang mempunyai kelebihan ilmu agama melebihi Hadi”.

Laman itu juga menekankan bahawa jawatan mufti hanya menghabiskan wang rakyat kerana rakyat masih berbuat maksiat seperti biasa.  Oleh yang demikian, PR ingin menghapuskan jawatan Mufti dan menggantikannya seorang Imam Besar sahaja.  

Ramai yang menggeleng-gelengkan kepala dengan apa yang ditulis oleh laman tersebut manakala di kalangan penyokong PR pula, ramai yang cuba menafikan bahawa laman tersebut adalah milik mereka.  Acapkali sesuatu yang begitu dahsyat dan keterlaluan yang ditulis di laman tersebut, dituduh sebagai ‘kerja UMNO’.  

Hairan juga kenapa penyokong PR perlu menafikan apa yang mereka sendiri persetujui.  Bukankah mereka juga yang sering memperlekehkan Ulama yang tidak pro kepada mereka?  Bukankah mereka juga yang sering memanggil semua yang menyokong kerajaan sebagai anjing?  Bukankah mereka juga yang mendabik dada bahawa Tuan Guru dan Tok Guru mereka sebagai manusia paling alim dan paling tinggi darjatnya?  

Justeru, kenapa mesti ‘cuak’ apabila laman Suara PR mengulangi apa yang mereka sering laungkan?  Kenapa mesti menafikan suara sendiri?

PR juga nampaknya terkial-kial menafikan bahawa Amanat Hadi Awang menjadi punca penceraian suami isteri, perpecahan ummah serta kehilangan nyawa dalam peristiwa Memali pada tahun 1985.   Bagi mereka ia hanyalah cerita kitar semula yang tidak membawa makna seolah-olah rumahtangga penyokong mereka, perpaduan ummah dan nyawa manusia, termasuk penyokong tegar mereka, sebagai langsung tidak berharga.  

Tiada manusia atau agama di dunia yang melihat soal kebahagiaan rumahtangga, perpaduan masyarakat dan menghargai nyawa sebagai perkara remeh.  Dan di dalam Islam tentulah semua ini jauh lebih tinggi dan lebih penting lagi:  

Nyawa bukan mainan yang boleh dijual beli atau ditukar ganti.  Hanya Allah SWT yang berhak ke atas nyawa hambanya.  Islam juga meletakkan rumahtangga di satu tempat yang khusus di mana ‘lafaz nikah’ juga perlu dilakukan dengan cara tertentu sekali gus menunjukkan satu ikatan rohaniah iaitu lebih kuat dari sekadar lahiriah.   Perpaduan ummah pula ada sesuatu yang wajib diperjuangkan jika ingin melihat Islam dan umat Islam kuat serta mampu memikul tugas sebagai Khalifah di dunia ini.  

Justeru, sikap PAS yang sanggup melihat akibat yang bertitik tolak dari Amanat Hadi itu sebagai remeh serta tidak perlu dibincangkan lagi, membuktikan betapa PAS sudah terlalu jauh tenggelam dalam usaha mengejar kuasa, lemas dalam pencarian jatidiri parti PR, sekali gus jauh meninggalkan Islam.

Akhir kata, adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk cuba menjelaskan tuduhan laman Suara PR mengenai kelayakan Tan Sri Harussani.  Rasanya, penyokong PAS sendiri tahu di mana sebenarnya kelayakan Haji Hadi berbanding Tan Sri Harussani kerana kerajaan UMNO telah meletakkan syarat-syarat kelayakan yang cukup tinggi dan terbukti sebelum melantik seseorang Mufti.  Lainlah dengan PAS, di mana seorang yang tak lulus SPM dan tak tahu Bahasa Arab juga boleh diangkat sebagai Mursyidul Am. 

11 comments:

Anonymous said...

YANG SAH ANJING TO PAS, PARTI ANJING SURUHAN.

Anonymous said...

GELAR MENGGELAR DGN GELARAN BURUK ADALAH TERLARANG

Anonymous said...

ada video tak...pasal amanat hj Hadi...nak tengok baru boleh percaya ke tak....kalau setakat komen je mana tau benar ke tak...sekarang ni kalau cakap perlu disertakan dengan bukti baru boleh percaya.....komen sana sini....tak boleh terima lah...setakat keluarkan berdasarkan kenyataan atau tepel kenyataan hadi....semua orang boleh buat...pihak pembangkang ke atau BN....kalau ada video baru aku pangkah BN

Anonymous said...

ELOK JUGA RTM MAIN KAN VIDEO TU, DAH DEKAT 40 TAHUN. SURE ORANG MUDA NAK DENGAR.
AKU DULU DAH DENGOR, TERPENGARUH SEKEJAP, NASIB DAH ALIK KE PANGKALAN JALAN.

Anonymous said...

PAS Pendusta Agama, itu yang sebenarnya...
eh, di Selangor, mana PAS, EXCO pun tak?

Dulu sebelum PRU-12, kata nak tutup kilang Carlsberg, bila dah menang elok pulak Khalid Gereja pergi buat lawatan lgi. Nak penipu pun agak-agak la, jangan la guna Agama. tak takut mati ka...

Anonymous said...

tu anak cina yg tulis tuu...

anak melayu walau ada besar biji sawi iman tak tergamak nak tulis gituu...

anak cina dah lama juarai fitnah dilaman2 blog pembangkang...

Alifnajmi said...

Anon 4:42, Tak mustahil org Islam yg tulis, gelar dan hina ulamak mcm tu. Bagi penganut2 PAS mereka kebal dari dosa, setiap dosa akan diampunkan oleh seorang ahli politik aka menteri besar.

ayahWanChukai said...

naik pening gua bila difikir-fikirkan, bukankah Amanat Haji Hadi dikeluarkan 31 tahun lepas, kenapa pula secara tiba-tiba hari ini kembali diperbincangkan.
Apa kerjanya si mufti, telah 31 tahun Amanat ini berpusing disegenap pelusuk tanah air, namun tidak diambil tindakan. Adakah selama 31 tahun si mufti ini tertidur seperti ashabul al-Kahfi.
Malulah kalau orang agama asyik tertidur siang dan malam. Namun tiba-tiba seperti seorang yang mengigau, bangkit mengungkit isu yang sepatutnya beliau telah selesaikan.
Ingat! gaji jawatan mufti yang diduduki dibayar dengan wang rakyat.
Gua juga sesak nafas! bila simufti ini tidak memanggil dan bersemuka orang yang mengeluarkan Amanat. Katakan secara berterus terang kepada si pengeluar Amanat, dimana salah dan sesatnya amanat beliau. Jangat asyik berkokok dalam reban sendiri, namun membisu direban lawan.
Kalau ada hitam putih dari yang arif dalam agama, tidaklah berat sangat gua untuk lawan geng hijau pekat dari T'ganu.

Melayu Ultra said...

Kalau guna GOOGLE TRANSLATE

"PAS" dalam bahasa Croatia = DOG = ANJING

Cuba try!!

http://translate.google.de/?hl=en&tab=wT#hr/en/pas

Anonymous said...

mak ayah aku kuat pas.. amanat ni lama dah aku dengar. pelik pulak aku orang pas sendiri tak pernah dengar isu ni. aku pun sokong pas gak dulu, la ni aku rasa mungkin berubah kot aku nak pagkah bebas pulak kot.

Anonymous said...

CN Alafghani... ahli PAS seumur hidup yng bukak balik.... tulis buku "Kafirkah Aku..".. "Tangisan Anak Memali..."... Apa da...