Kita hanya merancang tapi ALLAH pun ada perancangannya, bayangkan seramai 30 ribu perusuh yang bersenjatakan batu, botol, pistol yang mereka rampas dari dua anggota polis yang mereka pukul di jalan tunku abdul rahman dan apa sahaja yang mereka jumpa di tepi jalan masih tak mampu melawan anggota polis yang di anggarkan kekuatan 1500 orang.
Cita-cita anwar untuk jadikan dataran merdeka seperti tahrin square di mesir tidak kesampaian apa bila dia pun turut lari apabila pihak fru yang di tugaskan mengawal dataran merdeka menembak gas pemedih mata dan menyembur air paip kearah perusuh, anwar lari meninggalkan pengikutnya menganjing di dataran, apa punya pemimpin laa...
Perhimpunan bershit pada mulanya kelihatan agak aman, walaupun ada provokasi bodoh yang dilakukan oleh budak-budak sengal tu, tapi polis bergitu profasional dalam menjalankan tugas mereka, provokasi yang mereka buat tak diendahkan langsung, sehinggalah ketua perusuh, anwar ibrahim tiba di dataran merdeka kira-kira jam 2.56 petang dan memberi arahan supaya perusuh merempuh barricade yang di buat oleh dbkl.
Mungkin korang dah tengok video tu... tapi aku akan xplain maksud isyarat tangan yang dibuat oleh anwar, kerana aku betul-betul ada di disitu masa anwar buat arahan rempuh tu... apa pun korang tengok lah gambar yang tak seberapa yang mana sempat aku ambik nie, cuba cek ada tak muka sedara mara korang yang terlibat....
Gambar aku ambil sekitar dataran merdeka dan jalan tun perak.
Muka perusuh yang baring di depan water canon truck milik fru...