30 October 2012

Kristian Kuasai DAP, Ini Semua Salah Hadi Awang...

Suatu ketika dulu, ramai kalangan pemimpin dan penyokong PAS yang begitu teruja dan terpesona dengan kepimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah menyamakan Setiausaha Agung DAP itu sebagai setaraf dengan Khalifah Umar Al-Khattab.

Sehinggakan ada segelintir pemimpin PAS yang secara sedar mendoakan kesejahteraan kepimpinan Guan Eng di Pulau Pinang semasa Khutbah Jumaat dibacakan. 

Pelik? Tiada peliknya. Bagi PAS kepentingan undi dan kuasa duniawi amat penting dan kerana itu amat dihargai nilai persahabatannya dengan kafir harbi DAP berbanding persaudaraan sesama Islam.

Dalam pada PAS begitu teruja dengan 'kehebatan khalifah' Guan Eng, selang beberapa ketika kemudiannya beliau dinugerahkan dengan gelaran sebagai Father Joseph dari Gereja St. Anne, Bukit Mertajam sebagai perhargaan di atas sumbangan dana kepada gereja tersebut.

Penganugerahan gelaran Father Joseph kepada Guan Eng itu sebenarnya tidaklah mengejutkan, walaupun selama ini beliau sering berahsia berkaitan status agamanya. 

Namun bagi penyokong PAS yang acapkali memuja muji Guan Eng konon bakal mengulangi kegemilangan Khalifah Umar Al-Khattab, tak sedikit yang terpinga-pinga apabila mengetahui rupa-rupanya Guan Eng adalah seorang penganut Kristian yang amat taat pada agamanya.

Mungkin ini dapat menjawab persoalan kenapa tiba-tiba sahaja perarakan Maulidur Rasul tidak lagi diadakan di Pulau Pinang. Barangkali ini semua adalah gara-gara betapa 'mesranya' Setiausaha Agung DAP itu dengan gaya kepimpinan ala khalifahnya yang selama ini di puja oleh PAS agaknya.

Selain Guan Eng dan isterinya, Betty Chew, ramai lagi pemimpin DAP yang sedang menonjol tika ini rata-ratanya beragama Kristian, antaranya Terresa Kok, Ronnie Liew, William Leong, Ngeh Koo Ham @ James, Nga Kor Ming @ David, Tony Pua dan Hannah Yeoh.

Sebahagiannya dari mereka diketahui umum cukup keras dalam mencuit hak umat Islam termasuklah pernah mempertikaikan azan subuh, bacaan Al-Quran, tulisan jawi pada papan tanda jalan, mendesak penggunaan kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan kitab Kristian dan gereja serta beberapa isu sensitif yang lain.

Selain itu, dikalangan pemimpin PKR pula seperti Xavier misalnya serta beberapa yang lain juga pernah mencetuskan kontroversi termasuklah menyampaikan 'tazkirah' di ruang utama solat surau.

Malah beberapa orang dari mereka juga merupakan orang kuat gereja yang pernah terbabit secara tidak langsung dalam usaha memurtadkan orang Islam.

DAP tetap DAP, sementelah lagi kini DAP sudah dikuasai kumpulan pemimpin yang beragama Kristian yang agak vokal mempertikaikan hak agama dan umat Islam, tidak mustahil mereka akan semakin berani mempolemikkan pelbagai isu sensitif berkaitannya.

Manakala PKR pula walaupun dikuasai oleh Anwar Ibrahim, namun kebanyakan hala tuju politiknya terlalu dekat dengan unsur Kristian termasuklah cukup sinonim dengan budaya candle light virgil serta pernah menamakan seorang penganut Kristian, Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak.

Jelas sekali kerjasama dan persahabatan PAS dengan DAP tidak pun berjaya mengubah kepercayaan Guan Eng ataupun menyebabkan DAP semakin berlembut dengan Islam ataupun membawa PKR semakin dekat dengan Islam.

Sebaliknya yang berlaku, PAS pula semakin liberal dengan pendiriannya sehinggakan terikut-ikut rentak DAP serta PKR dengan melupakan terus semua perjuangannya untuk mendirikan Negara Islam dan menegakkan hukum hudud ala PAS.

Tiga Bangunan Milik PKNS Di Jual Untuk Kumpul Dana Pilihanraya PKR



Dato Sohaimi Shahadan menyelar sikap berdolak dalik dan putar belit kerajaan selangor serta menyifatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar lidah bercabang dan mempunyai agenda tersembunyi dalam isu penjualan aset-aset PKNS yang sedang hangat diperkatakan oleh rakyat selangor ketika ini.

Beliau bukan sahaja tidak memberi penjelasan mengenai cabaran Dato Seri Noh Omar baru-baru ini tetapi cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai istilah korporat yang direka cipta untuk menutup isu cadangan penjualan bangunan milik PKNS yang sedang di peringkat akhir perjanjian jual beli .

Beberapa buah bangunan milik PKNS yang bernilai RM321 juta kini di dalam proses untuk dijual. Kalau benar tujuannya untuk penyusunan semula aset-aset PKNS kenapa perlu ada transaksi kewangan berlaku ? 

Kenapa perlu ada perjanjian korporat dibuat dan dibayar kepada PKNS ? Dari pemerhatian, kami melihat Menteri Besar dan kerajaan negeri semakin terdesak dan memerlukan wang untuk kegiatan politik mereka sehingga terpaksa mengarahkan PKNS menjual bangunan milik mereka. Yang mana bangunan dan premis ini semua adalah simbol kejayaan PKNS dalam konteks untuk membantu usahawan dan peniaga melayu di selangor.

PKNS telah dicadangkan penubuhannya oleh oleh Dato Haron Idris yang ketika itu menjadi menteri besar selangor. Tujuannya untuk mempertingkatkan ekonomi peniaga melayu di Selangor. Tetapi bila sampai ke tangan Tan Sri Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya dan dianggap pula Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar terbaik selangor oleh Anwar Ibrahim , lain pula jadinya.

Beliau sekali lagi menimbulkan kontroversi tentang penjualan aset PKNS ini dengan sewenang-wenangnya menggunakan istilah urustadbir korporat yang mengelirukan. Sudah pasti yang akan menanggung kerugian daripada tindakan ini adalah peniaga dan rakyat Selangor sendiri.

Kesan mendalam yang akan dialami hasil daripada penjualan ini akan melibatkan peniaga di Kompleks PKNS dan Wisma Yakin yang 80% daripadanya adalah peniaga melayu. Kerajaan negeri selangor dan PKNS kini bukan lagi tempat untuk orang melayu mengadu nasib lantas berjaya dalam kehidupan terutamanya dalam bidang perniagaan yang seba serbinya mencabar.

Inikah dia yang disebut sebagai sebuah kerajaan kerajaan yang perihatin dan janji sebuah negeri berkebajikan ? Di mana pula perjuang hak asasi dan pro rakyat yang selama ini nampak jagohnya dalam memperjuangkan isu rakyat ?

Bukankah tindakan penjualan aset milik PKNS ini secara tak langsung akan memberikan kesan langsung terhadap nasib peniaga yang juga 'rakyat' di Selangor ?

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada hari ini mendesak agar penjualan ini dibatalkan dengan serta merta atau kerajaan negeri akan berhadapan dengan beberapa tindakan protes secara besar-besaran oleh peniaga dan rakyat di seluruh Selangor.

Kami menuntut agar kerajaan negeri berhenti mengelirukan rakyat dengan pelbagai helah dan istilah urustadbir korporat yang memualkan. Kerajaan negeri juga didesak menghentikan stail politik yang suka mengkambing hitamkan PKNS demi memenuhi selera politik mereka yang secara keseluruhannya cukup merugikan peniaga dan rakyat Selangor. 

Kenyataan Akhbar Isu Penjualan Aset Milik PKNS
Dato’ Sohaimi Shahadan 
Pengerusi Biro Ekonomi Dan Pembangunan Usahawan
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

ulasan penjualan bangunan PKNS (klik sini) & Penafian Khalid Gagap (klik sini)

Dua Pengganas yang DiTangkap Di Lubnan Rupanya Penyokong Pakatan



Kita bertuah berada di bumi Malaysia yang terhindar dari segala keganasan dan bencana alam yang besar.  Walaupun terdapat beberapa percubaan untuk menghuru-harakan negara oleh beberapa pihak, namun, sehingga kini segala percubaan tersebut berjaya dipatahkan atau dibendung oleh pihak berkuasa.  

Untuk itu, kita wajar menghargai kecekapan pihak keselamatan negeri, negara dan juga kepimpinan kerajaan.   Ini adalah bukti bahawa segala apa tohmahan yang cuba menggambarkan bahawa pihak keselamatan negara ini serta kepimpinan kerajaan adalah korup dan tidak cekap adalah tidak benar sama sekali.  

Adalah mustahil bagi sebuah negara yang anggota keselamatan dan kepimpinan kerajaannya begitu korup dan tidak cekap mampu memastikan keamanan yang berkekalan di negara ini.  

Namun, itu tidak bermakna yang mentaliti ‘gemar kepada keganasan’ tidak wujud di kalangan rakyat Malaysia.  Mungkin kerana tidak mampu mengatasi kecekapan pihak berkuasa Malaysia maka pengganas Malaysia memilih untuk melakukan keganasan di negara lain, antaranya, Nordin Mat Top yang berasal dari Johor, telah ditembak mati di Indonesia kerana terlibat dalam pengeboman di negara itu.   

Selain itu, penangkapan dua warga Malaysia kerana dipercayai menjadi pengebom berani mati di Lubnan baru-baru ini juga menjadi satu lagi bukti akan kewujudan mentaliti sebegini di kalangan kita.

Siasatan mendapati dua lelaki Malaysia itu direkrut ke dalam Al-Qaeda oleh seorang lagi rakyat Malaysia sebelum dibawa ke Yemen di mana mereka menemui anggota lain kumpulan itu.  Kedua-dua suspek itu cuba memasuki Syria menerusi Turki atas misi jihad bagi melakukan serangan berani mati.  Mereka dikatakan bercadang menghubungi seorang individu di Lubnan untuk menyelaras komplot serangan tersebut. 

Mentaliti yang ‘cintakan keganasan’ ini sering menggunakan nama penyamaran iaitu ‘jihad’ bagi menghalalkan kemusnahan yang mereka bakal lakukan.  

Sejarah mengenai keganasan di Malaysia merekodkan bagaimana parti PAS terlibat dalam menerapkan mentaliti ini sehingga membawa kepada tragedi berdarah Memali dan juga Sauk.   Semuanya atas nama ‘jihad’. Ia bermula dari Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO itu kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam dan wajib ditentang. 

Sehingga kini, masih ada di kalangan PAS yang menggelar mereka yang terbunuh di Memali sebagai para ‘syuhada’.  Mereka percaya, yang mereka wajib membunuh, menentang dan menjatuhkan kerajaan Islam yang ada di Malaysia atas sebab ‘tidak cukup Islam’ atau ‘kafir’ dan perlu digantikan dengan pemimpin mereka yang ‘benar-benar Islam’.  Mereka benar-benar yakin bahawa membunuh pihak berkuasa yang sebahagian besarnya juga beragama Islam, adalah satu jihad dan jika terbunuh ketika berjihad itu, maka kematian mereka adalah syahid.  

Walaupun PAS kini sudah semakin terbuka, hatta liberal juga mungkin, tetapi mentaliti ektremis ganas yang diterapkan oleh mereka suatu ketika dulu terus kekal di dalam beberapa golongan masyarakat.  Hari ini, golongan ini memilih untuk menyertai organisasi asing seperti JI, Al-Qaeda dan berbagai-bagai lagi, yang menaja keganasan atas berbagai alasan dan sebab.  Membela umat Islam Palestin, adalah antara alasan paling ‘popular’ di kalangan mereka.   

Mereka enggan memilih untuk berjihad dengan cara aman sepertimana yang dilakukan oleh Aman Malaysia atau Mercy Malaysia yang sanggup bergadai nyawa merempuh bahaya serangan dan halangan pengganas Israel untuk menghantar bantuan ke Palestin.  Tetapi, mereka memilih untuk membunuh atau membalas keganasan dengan keganasan juga, dengan harapan untuk mati syahid.  Lebih buruk apabila mereka bukannya bertindak ganas di zon bahaya yang terlibat, tetapi di tempat awam yang selamat dengan misi ‘bom berani mati’. 

Memilih keganasan dan bukan keamanan untuk berjuang adalah sinonim bagi pihak penentang kerajaan atau pemberontak.   Telah menjadi satu ‘hukum tidak bertulis’ bahawa golongan bermentaliti ganas tidak mungkin menyokong pemerintah dan sering menganggap orang lain salah dan jahil serta hanya mereka sajalah yang benar dan bijak.  

Kalaupun mereka menyokong kerajaan, kerajaan itu pastinya kerajaan negara lain dan bukannya kerajaan yang memerintah negara mereka.  Dan ini akan dijadikan alasan untuk mengganas.   Pendek kata, mereka tidak pernah menghargai apa yang ada di depan mata dan sering mencari alasan untuk memberontak. 

Seperti juga dua warga Malaysia yang ditangkap di Lubnan tersebut, sumber awal yang didapati dari Lubnan menyatakan bahawa kecenderungan politik mereka ialah membenci kerajaan Malaysia dan menyanjung pihak pembangkang.  

Tidak perlu diperincikan parti mana dari pembangkang yang mereka sanjung kerana pembangkang di Malaysia kini telah terangkum menjadi satu, iaitu Pakatan Rakyat.   Justeru, cukup untuk kita hadamkan maklumat ini iaitu dua warga kita yang disyaki pengganas itu adalah penyokong Pakatan Rakyat.  

Maka terbuktilah sudah bahawa politik benci keterlaluan yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat akhirnya berjaya melahirkan pengganas.

Sidang Media Musa Hasan



Ramai rakyat Malaysia sebenarnya sudah maklum, hakikatnya Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) yang dikaitkan dengan sidang akhbar oleh bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan sebenarnya pernah dijadikan lokasi oleh SUARAM semasa mereka mengadakan sidang akhbar berkenaan isu kapal selam scorpene.

Jadi, tidaklah menghairankan apabila tiba-tiba sahaja FCCT sekali lagi dimanipulasi oleh SUARAM dan pakatan pembangkang untuk mencemar nama bekas KPN itu dalam usaha mereka meneruskan kisah propaganda berkaitan Altantuya.

Di FCCT, siapa sahaja boleh menempah ruang bagi mengadakan sidang akhbar berkenaan pelbagai isu, dan bagi SUARAM selaku NGO pro PR yang sudah biasa memanfaatkannya untuk mencapai agenda pembangkang, perkara sebegini tidaklah sukar untuk dilakukan.


Seboleh mungkin pakatan pembangkang dan NGOnya mahu kisah-kisah berkaitan Altantuya terus berkumandang setidak-tidaknya sehingga PRU 13 berakhir, dengan itu watak baru diperlukan untuk terus mensensasikan kisah rekaan tersebut.

Sehari dua sebelum itu, Musa telah menarik samannya terhadap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berhubung isu tuduhan kononnya beliau terlibat dalam konpsirasi mereka-reka bukti terhadap Anwar.


Walhal tiada pun sebarang bukti yang sengaja direka malah saman tersebut ditarik balik oleh bekas KPN itu hanya selepas Anwar menghantar wakilnya menyarankan supaya kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah.

"Saya difahamkan ada salah faham pada peranan saya dalam kes ini, oleh pihak defenden, dan saya terima untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah seperti yang dicadangkan defendan," demikian kata Musa ketika ditanya oleh wartawan sebab kenapa saman tersebut ditarik semula.

Anwar pantas mengambil kesempatan dari penarikan semula saman tersebutg dengan menggambarkan dirinya berada di pihak yang betul walau hakikatnya cadangan penyelesaian luar mahkamah datang dari pihaknya.


Selepas itu tiba-tiba sahaja laman web FCCT memaparkan jemputan ke sidang media oleh bekas KPN itu konon adanya 'Pendedahan Baru Dalam Kes pembunuhan Altantuya'. 

Portal pro pembangkang menjadi pihak pertama yang menyiarkan berita mengenainya (selepas geng sendiri membuat jemputan terbuka), kemudian bila Musa menyedari namanya disalah guna dan segera menafikannya, media itu jugalah yang menyiarkan berita FCCT dibatalkan.

Bagi kita yang celik akal, sidang media rekaan Pakatan Rakyat itu sebenarnya agak melucukan. Tapi bagi penyokong totok pembangkang mereka melihatnya satu kemenangan moral tanpa sedikit pun menyedari bahawa mereka sedang dipermainkan oleh pemimpin sendiri.

Jelas sekali pembangkang bijak mengambil peluang untuk memanipulasi nama Musa demi kepentingan politik jijik gaya baru mereka. Makin dekat musim pilihanraya kelak, tentu akan lebih banyak kisah karut marut akan keluar.

Itu sahaja yang termampu mereka lakukan, nak mengharapkan kerja buat dan jasa bakti untuk rakyat, tak tercapai dek akal dan kemampuan mereka disebabkan perjuangan para pemimpin PR fokusnya hanya untuk kepentingan sendiri sahaja.

Pun demikian, PR dan jentera propagandanya memang diakui hebat dalam bab mengadu domba, namun kehebatan itu tidaklah mampu menutup kebenaran hakiki untuk selamanya. Mereka boleh menipu segelintir orang namun tidak akan mampu menipu semua orang.

29 October 2012

Hasan Ali " Nik Ajis Bukan Segala-galanya"...



Saya tertarik dan terpanggil untuk memberi sedikit ulasan kepada kenyataan daripada Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) yang juga merupakan Mursyidul Am PAS.

Seperti yang diketahui TGNA mempunyai kedudukan istimewa di dalam PAS. Bagi kebanyakan ahli dan penyokong PAS, mereka menganggap TGNA segala-galanya. Beliaulah Mursyidul Am. Beliaulah "Presiden". Beliaulah Menteri Besar dan beliaulah Tok Guru dari sudut agama.

Kedudukan yang sedemikian bagi saya adalah pemberian Allah kepada beliau. Setiap satu kedudukan termasuk dirinya sebagai hamba Allah mempunyai tanggungjawab yang begitu besar bukan sahaja dikalangan ahli dan penyokong PAS tetapi yang lebih penting disisi Allah SWT.

Saya sendiri dan mungkin orang lain juga merasa begitu kerdil untuk membuat ulasan terhadap sebarang kenyataan yang dibuat oleh TGNA atas kedudukan beliau yang begitu supreme dikotak pemikiran ahli dan penyokong PAS.

Ketiadaan ahli dan penyokong  yang berupaya untuk menyanggah pendapat beliau yang setengah-setengahnya begitu ganjil bukan sahaja dari segi perkataan malah dari segi implikasi kenyataan yang dikeluarkan yang mungkin atas supremenya beliau, beliau dan orang-orang dalam lingkungan beliau tidak menyedarinya. Saya tidak perlu mengulangi kenyataan yang mana, waktu bila yang termasuk dalam kategori ini.

Untuk menyatakan DAP tidak pernah mengganggu PAS dan DAP juga merupakan rakan kongsi yang akan menjamin kemenangan PAS dalam PRU ke 13, bagi saya agak keterlaluan.

Bagi saya juga kenyataan sedemikian tidak seharusnya dikeluarkan oleh seorang yang mempunyai stature seperti yang disebutkan diatas. Lupakah TGNA dan orang-orang disekeliling beliau bahawa TGNA pernah beberapa kali menyanggah pendirian Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang berterusan menghina dan menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud? Kita tidak lupa, beliau juga pernah menyebutkan akan meneruskan hudud di Kelantan dalam keadaan apa pun yang di datangkan oleh DAP? Kita juga masih ingat betapa tegasnya beliau mengatasi mana-mana pimpinan PAS yang lain menyatakan perasaan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang adakalanya tidak layak oleh seseorang yang dianggap begitu supreme.

Bagi saya kedua-dua kenyataan terakhir TGNA mempunyai dua implikasi besar.

Pertama, kenyataan tersebut tidak layak lagi akan menghiris hati dan perasaan ahli dan penyokong PAS yang sudah tidak menahan perasaan sabar akibat daripada bertambah berani dan ghairahnya pimpinan DAP menghina Islam.

Kedua, saya bimbang kenyataan-kenyataan supreme ini akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan PAS daripada golongan parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam Islam dan perjuangan PAS disebabkan “peluru” yang disediakan oleh TGNA.

Saya berpendapat demi untuk menjaga keutuhan dalam PAS dan menjadikan PAS terus berdarjat dan bermartabat sebagai “custodian” kepada perjuangan Islam, TGNA perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah. Sudah sampai masanya bagi TGNA untuk merenung  sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan PAS samada benar-benar menguntungkan atau merugikan bukan sahaja PAS sebagai sebuah parti Islam tetapi yang lebih penting perjuangan PAS itu sendiri termasuklah imej, kehebatan dan keagungan Islam itu sendiri.

Mungkin sudah sampai masanya sebelum nasi menjadi bubur, TGNA memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan beliau.


YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
ADUN GOMBAK SETIA
PRESIDEN JATI

Nik Ajis Kecil Hati, Anwar Umum Khalid MB Ter Agung...


Entah apa yang tidak kena dengan Menteri Besar Selangor, tiba-tiba Anwar Ibrahim mengumumkan Khalid Ibrahim sebagai MB terbaik pakatan. Pengumuman ini boleh ditafsirkan sebagai talian hayat untuk Khalid tatkala prestasi MB dilanyak teruk oleh Azmin Ali dan kumpulannya dengan menjadikan Faekah Hussin, Setiausaha Politik MB sebagai kambing hitam.

Pengkurniaan ini juga bertentangan dengan pandangan umum betapa teruk sebenarnya pentadbiran Selangor dibawah regim Pakatan Pkr, DAP dan Pas selama hampir 5 tahun ini. Selain itu, pengumuman Anwar ini juga mengecilkan hati pemimpin Pas kerana sumbangan Nik Aziz selama 22 tahun sebagai Menteri Besar langsung tidak dihargai atau diiktiraf oleh Anwar. Nampaknya sangat Pas sekadar menjadi alat dan kuda tunggangan Anwar, Pkr dan Dap.

Terdapat lebih dari 10 isu utama kegagalan regim pakatan di Selangor. Penyelewengan yang paling besar adalah skandal Talamgate yang melibatkan transaksi hampir RM 1 Billion. Penduduk Selangor juga berhadapan dengan krisis air yang semakin hampir, terbaru Empangan Air Sg Selangor semakin kering dan sekarang hanya mencatat jumlah simpanan air sebanyak 52%, merosot sebanyak 48%.

Skandal Pasir Selangor, Skandal PKNS, Yayasan Selangor, UNISEL jelas menampakkan rasuah sebenarkan bermaharajalela di Selangor. Kegagalan pengurusan sampah di Selangor juga semakin ketara apabila ada kontraktor sampah yang enggan menyewa lori kompak sampah milik GLC Selangor kerana harga sewaaan yang mahal.

Rumah urut juga sangat menjolok mata di Selangor sekarang. Tahniah kepada Anwar, Khalid dan Ronnie kerana disebut oleh rakyat sebagai pelupor industri seks dan rumah urut di Selangor.

Geran Selangorku RM300 juta yang dipegang erat oleh MB juga semakin ketara dipertikaikan oleh rakyat. Lapuran Ketua Audit Negara sendiri menyatakan bagaimana TAWAS yang dibiayai oleh MBI Incorporated itu telah gagal kerana tidak diurus dengan sempurna.

Yang paling tidak cerdik adalah apabila MB sebut yang janji-janji dalam manifesto pakatan Selangor 2008 bukan lah satu perjanjian, yang demikian ianya tidak perlu ditepati! Muktakhir skandal bas mewah Khalid Ibrahim, siapa yang sebenarnya membiayai pembelian bas mewah bernilai RM900 ribu masih lagi menjadi misteri namun GAPS penuh yakin jawapannya sudah ada di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Pengumuman Anwar ini tidak lebih dari lawak jenaka terbaik untuk bulan ini.

Kenyataan Media GAPS
Hamidzun Khairuddin
Presiden

Sudah Wujud Persefahaman Antara MCA & DAP



Suasana politik nampaknya sudah menjadi semakin ghairah. Beberapa kali ramalan yang dibuat mengenai PRU-13 tidak menjadi mengakibatkan bahang politik menurun. 

Dua tiga hari ini timbul semula isu Negara Islam dan pelaksanaan Hudud. Isu ini seperti biasa menyemarakkan semula suasana politik bertepatan dengan bertambah hampirnya PRU ke 13.  Dalam episod terbaru ini, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dengan secara tiba-tiba menjadi orang pertama yang menekan butang jentera menentang pelaksanaan Islam dan Hudud di negara ini. Penentangannya terhadap Negara Islam dan Hudud menerima tindakbalas yang sengit daripada pimpinan Pakatan Rakyat, DAP, PKR dan PAS.

Secara jujurnya saya tidak melihat ada perkara yang baru dari segi hujah-hujah yang dikemukakan samada dari pihak MCA, DAP dan juga dua lagi parti komponen Pakatan Rakyat itu.

Hanya hati kecil saya sahaja tampil membisikkan bahawa terdapat beberapa andaian yang boleh digunakan untuk mengatakan bahawa buat sekian kalinya MCA dan DAP membuat pementasan lakonan politik.

Isu yang selama ini dimainkan oleh MCA dan DAP menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam. Isu ini juga menarik sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan DAP disebabkan apa yang dilontarkan selari dengan kehendak, kemahuan dan tuntutan masyarakat keturunan Cina.

Hati kecil saya terus membisikkan bahawa terdapat semacam wujudnya persefahaman di antara MCA dan DAP khususnya untuk menghadapi PRU ke 13. MCA sebuah parti yang didokong masyarakat Cina dikatakan hanya mampu meraih undi nominal dikalangan masyarakat keturunan Cina mungkin merasakan lebih logikal untuk membawa keseluruhan sokongan masyarakat Cina kepada DAP. Ianya dilakukan bagi menentukan DAP menjadi wakil mutlak masyarakat Cina dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang sekian lama dibuat oleh masyarakat keturunan Cina.

Hati kecil saya juga membisikkan bahawa masyarakat Cina seolah-olah mempunyai satu “grand design” merentasi fahaman dan aliran politik. Fahaman dan aliran politik yang kelihatan berbeza dan bertentangan secara luaran tidak lebih daripada wayang lakonan sahaja. Mereka mempunyai agenda besar. Sebahagian daripada agenda besar DAP sekali lagi ditimbulkan baru-baru ini. Inti agenda besar DAP itu bukan merupakan satu rahsia lagi.

Kalau masyarakat keturunan Cina mempunyai agenda besar bagaimana pula masyarakat Melayu-Islam yang menjadi warga peribumi negara ini? Setakat yang saya ketahui serta pengalaman berada di barisan tertinggi pimpinan parti PAS khasnya, hubungan diantara parti-parti politik Melayu Islam hampir berada di tahap berkerat rotan berpatah arang. Kenyataan-kenyataan yang selama ini keluar dari mulut pimpinan PAS dan PKR terutamanya yang menyentuh persoalan penyatuan masyarakat Melayu Islam menceritakan segala-galanya.

Saya ingin membawa bisikan hati kecil saya ini kepada pengetahuan barisan pimpinan masyarakat Melayu-Islam. Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berdendam kesumat? Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berkerat rotan berpatah arang? Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang didorong oleh sifat sombong, angkuh dan bongkak? Akhirnya, wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang menggerhanakan nasib umat dan generasi pengganti yang akan datang?

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
24 November, 2012

25 October 2012

Fatwa Terbaru Ustazah Abby Abadi



Bila si jahil nak bercakap pasal agama, bila si jahil nak berhujah pasal agama, ilmu tak cukup, kening yang dicukur dulu masih belum tumbuh penuh, ada hati nak ulas pasal ibadah qurban, maka akan keluarlah ayat merapu tak tentu arah macam nie, tapi malangnya ianya di sambut dengan laungan "Takbir" oleh juak-juak hijau karat.... nah korang baca ye...

24 October 2012

MISI SELAMATKAN "BABY ADAM" Wanita BN Tampil Membantu...

Semalam wanita bn, menjayakan misi sayang untuk membawa "baby adam" yang berusia tujuh bulan yang meghidap penyakit kerosakan saraf otak, misi sayang yang di ketuai oleh ketua penerangan wanita umno malaysia datuk hamidah terbang ke sibu, sarawak kelmarin untuk menguruskan penerbangan membawa "baby adam" ke hospital kuala lumpur...










Khalid Gagap Guna Duit ASBnya Untuk Beli Bas...



Kenyataan Media GAPS

Isu bas mewah terus menghantui Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Kesilapan paling besar transaksi bas mewah ini adalah bila bas yang bernilai RM900 ribu itu didaftarkan atas nama Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Akan tercatat dalam sejarah Selangor, seorang MB membeli bas mewah atas namanya.

Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor Anwar Ibrahim telah buat pengumuman pada Ogos lalu, yang bas mewah untuk kegunaan PKR itu adalah disewa dan ianya diuruskan oleh Khalid Ibrahim MB Selangor.

Khalid Ibrahim kemudiannya mengakui bas mewah itu adalah miliknya dan dibeli melalui sewa beli selama 6 bulan. Beliau menafikan bas itu dibiayai oleh syarikat yang membekalkan 50 lori kompak sampah kepada MBI incorporated. Kalau benar yang bas itu disewa dari Khalid Ibrahim kepada PKR untuk kegunaan Anwar Ibrahim, GAPS berminat ingin tahu berapa kadar sewaanya setiap bulan.

Kalau lah juga benar bas ini dibeli secara sewa beli selama 6 bulan seperti yang diuar-uarkan oleh MB, GAPS ingin bertanya siapakah yang membayar sebanyak RM150 ribu sebulan ansuran bulanan (RM150,000 X 6 bulan= RM900,000) kepada pihak bank itu.

GAPS yakin gaji MB sebanyak RM20 ribu sebulan jauh dari kemampuan untuk Khalid Ibrahim membayar ansuran RM150 ribu sebulan itu. Jadi siapa yang bayar atau syarikat mana yang membayar ansuran ini. Kenapa mereka bayar bagi pihak MB.

Rakyat Selangor mahu jawapan yang pasti dari Menteri Besar. Rakyat Selangor juga menuntut kebenaran dan keadilan dari siasatan SPRM.



Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

23 Okt 2012

23 October 2012

Kerana Kenyataan Ini Ustaz Nasa Di Kafirkan Oleh Penyokong PAS...

Hanya kerana megatakan karpal singh dan dap anti Islam, bekas timbalan presiden pas, ustaz nasaruddin mat isa telah berbakul-bakul di kafirkan oleh baghal-baghal pas, Subhanallah... mereka lebih setia dan percaya pada karpal singh si kafir harbi dari bekas timbalan persiden dan ahli majlis syura mereka sendiri, apa nak jadi dengan pas sekarang...



Inikah Yang Dikatakan Bijak Mentadbir...???

Ini yang dikatakan cekap mentadbir negeri selangor...??? laporan audit ini tak akan di ulas oleh mana-mana pemimpin pakatan haram, malah malaysiakini, suara keadilan, harakah dan mana-mana pencacai penjilat jubo anwar akan cuba senyapkan perkara ini, jadi kepada rakyat selangor aku nak pesan, korang jangan jadi bodoh, dok dengar cerita kononnya pakatan bijak mentadbir negeri selangor, korang sebenarnya dah kuyup kena kencing dengan puak-puak tu....


22 October 2012

Penduduk Pangsapuri Taman Mawar Tuntut Janji Pakatan...



Seramai 150 penduduk pangsapuri Mawar di Taman Bunga Raya dekat sini berkumpul mengadakan demontrasi secara aman menuntut 20 meter padu air percuma daripada kerajaan negeri Selangor petang semalam.

Penduduk menyuarakan rasa tidak berpuashati terhadap kerajaan negeri yang dikatakan gagal menunaikan janji mereka sejak 2008 lalu.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan hadir bersama mendengar rintihan rakyat yang semakin tertekan dengan tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Selain itu, Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan turut turun padang menjelaskan isu air yang berlaku ketika ini.

Kamalanathan berkata, rakyat negeri ini semakin sedar akan ketidakjujuran kerajaan negeri membantu mereka setelah memerintah negeri empat tahun.


Katanya, beliau akan menjalankan kerjasama dengan GPRS membantu menjelaskan isu air yang diputar belitkan kerajaan negeri.

Sohaimi berkata, tindakan penduduk mengadakan perhimpunan itu adalah usaha terbaik bagi mendapat penjelasan terkini isu yang berlaku.

“Ramai yang sudah berhubung dengan kita, selain memberikan respon balas di website GPRS dan blog www.hasrat-selangor.blogspot.com , daripada blog, maklumat yang kita dapat akan dikumpulkan dan kumpulan ini makin bertambah dan mereka perlukan khidmat guaman dari rakan-rakan peguam untuk failkan. Kerajaan negeri juga telah menyatakan bahawa mereka sudah bersedia untuk disaman.

Gerakan ini akan berterusan setiap masa, setiap minggu kerana kumpulan-kupulan yang berbeza, dari apartmen-apartmen dan perumahan yang berlainan di kawasan dalam negeri Selangor ini yang kita anggarkan lebih dari 689,000 unit,” ujarnya.

GPRS menegaskan bahawa kerajaan negeri perlu bertanggungjawab atas janji dan manifesto yang mereka buat dalam PRU12, perlu sama rata memberikan air ini kepada semua rakyat tanpa mengira duduk di rumah flat, teres atau rumah banglo dan perlu membayar kembali mana yang belum mereka lunaskan.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk pangsapuri itu, Azman Mad Zain, 42, berkata, selama 50 bulan mereka tidak pernah menikmati air percuma yang dijanjikan dalam manifesto pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Kamal Hisham Meroyan Bila Dia Gagal Nak Menyamun...




kamal hisham adalah malaun penipu si  mata bulat ni kaki sakau.

malaun peipu si mata bulat ni kenyang selama beberapa tahun hasil mahsul jual nama tuanku sultan johor.

selama beberapa tahun dia kenyang.
kiri kanan dia tipu.
tuanku sultan johor punya arrangement ditukar hak milik kepada syarikat milik mangkok ni.

dengan menggunakan kaedah ' ini titah tuanku' operasi mangkok hayon ni berjalan halus sampailah ke satu ketika..

bak kata bidalan sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

itulah kisah malaun mata bulat kaki songlap penipu besar haram jadah ni.

operasi pembohongannya telah dihidu pihak istana.

kerana dah teruk terkantoi malaun ni cepat-cepat cabut lari luar negara. namun dia cuba memperdayakan pelbagai pihak di malaysia kononnya dia tak bersalah.

beb.

kalau tak bersalah apa hal kau lintang pukang cabut lari ke luar negara ?

kalau kau tak bersalah, apasal taknak balik malaysia ?

kau pusing cerita tuduh fitnah tuanku akan apa-apakan kau .

apa punya baral lah hujahan kau ni.
malaysia takde undang-undang ke ?

wei malaun kamal hisham, jangan cerita banyak.
jangan pusing banyak cerita.
balik malaysia dan settlekan masalah kau lah bangsat ! cerita terkini pasal si penyamun nie klik sini & sini

20 October 2012

Mari Kita Teliti Penipuan Malaysiakini

Tengok betul-betul gambar di bawah, kejadian bumbuh runtuh di shah alam beberapa hari lepas yang mengakibatkan seorang perkerja buruh binaan terbunuh, pada awalnya, malaysiakini melaporkan 6 orang terbunuh dalam kejadian itu, kemudian mereka tukar menjadi seorang pula...


Apa yang aku nak suruh korang perhatikan ialah, permainan gambar yang di letak oleh malaysiakini, kalau orang tak tau cerita sebenar, sudah pasti orang akan akan kata, kejadian tu sangat teruk dan amat teruk sehinggakan pihak bomba malaysia tidak mampu menyelamatkan mangsa kejadian sehinggakan terpaksa menggunakan khidmat penyelamat dari negara luar...

Image yang malaysiakini letak seolah-olah ada kereta yang tertimbus, meyedapkan lagi cerita kononnya rumah runtuh itu berskala besar, padahal apa yang sebenarnya berlaku di shah alam itu ialah, hanya konkrit slab yang runtuh, bukan keseluruhan rumah itu yang runtuh....

Dan gambar fitnah itu hanya di siarkan dalam artikel english sahaja tetapi tidak di dalam artikel percuma dalam bahasa melayu, kenapa...??? malaysiakini tak mampu hantar wartawan dan jurugambarnya di sana, sebab itu dia pakai sahaja mana-mana gambar yang depa ada dalam simpanan dan goreng sikit cerita tu bagi sedap menunjukan seolah-olah kejadian tu benar-benar teruk...

Gambar kejadian sebenar...

Tak ke cilaka malaysiakini nie...

17 October 2012

Kak Ijat Ziarah Seniwati Azean Irdawati...

Seniwati azean irdawati yang menghidap penyakit kanser payudara, menerima kunjungan ziarah daripada ketua wanita umno malaysia, datuk seri shahrizat, di rumahnya di bandar utama, semalam.


DAP Akan Lantik TYT Dari Kaum Cina


Lim guan eng dalam satu kenyataanya kepada berberapa pemimpin dap pulau pinang pernah mengatakan, dia berasa amat terhina kerana mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pulau pinang di hadapan tuan yang terutama (tyt) berbangsa melayu...

Kata guan eng "kenapa hanya melayu sahaja yang jadi tyt, kenapa tidak cina ? sedangkan orang cina juga adalah warga negara malaysia" dan dia berjanji akan memberi peluang kepada cina menjadi tyt sekiranya dap berjaya mentadbir kerajaan persekutuan, guan eng bukan hanya nak tukar tyt di pulau pinang, tapi dia juga akan tukar tyt di melaka, sabah dan sarawak kepada bangsa cina.

Bukan hanya tyt yang guan eng nak tukar, ketua polis negara dan panglima angkatan tentera juga akan guang eng tukar, menurut sumber, guan eng telah mengenal pasti dua orang calon berbangsa cina untuk memegang jawatan ketua polis negara dan panglima angkatan tentera, kedua-dua mereka itu kini berada di singapore dan sedang menjalani latihan, sekiranya dap memerintah, kedua-dua mereka ini akan di panggil pulang dan terus dilantik memegang jawatan itu...

Esok aku akan ceritakan apa akan jadi pada daerah port dickson sekiranya dap mentadbir malaysia...

Tun Mahathir Beri Taklimat Semalam...

Hampir dua jam Tun memberikan taklimat, nasihat, input dan kata-kata perangsang kepada seluruh kepimpina umno negeri selangor semalam, taklimat di adakan di auditorium yayasan kepimpinan perdana putrajaya


16 October 2012

Kementerian Pendidikan Jadi Mangsa Pertama DAP

Dalam artikel aku yang lepas, aku ada kata yang aku akan ceritakan apa perancangan dap kalau dapat perintah malaysia, ok antara tindakan pertama dap akan buat ialah, kurangkan kakitangan kerajaan, plan dap tu telah di suarakan oleh tony pua, dan di siarkan dalam akhbar cina sinchew daily...

terjemahan akhbar cina, klik sini

Jabatan atau kementerian mana yang menjadi target dap tu...? kementerian pertama yang akan jadi mangsa dap ialah, kementerian pendidikan, kerana dap lihat, kementerian pendidikan lah antara kementerian yang paling ramai mempunyai kakitangan orang melayu...

Dap tahu, bertapa bahayanya peranan cikgu-cikgu sekolah nie, peranan yang di mainkan oleh cikgu sekolah boleh menggugat dan membahayakan pentadbiran dap, jadi untuk megurangkan bahaya, maka saiz kementerian pendidikan perlu di kecilkan.

Selain dari kementerian pendidikan, mara, btn, kemas, mkn dan berberapa lagi agensi kerajaan yang berkait dan yang menjaga kepentingan orang melayu akan mereka hapuskan juga, malah bukan sahaja kementerian pelajaran dan berberapa agensi kerajaan, rejimen askar melayu diraja juga akan mereka hapuskan.


Menghapuskan rejimen askar melayu samalah seperti menghapuskan raja-raja melayu di malaysia, hapuskan RAMD, maka raja-raja melayu sudah boleh di gugat dan tiada lagi pihak yang boleh menolang dan membantu raja-raja melayu, malah lim kit siang antara orang yang paling lantang menyokong menghapuskan RAMD, menurut kit siang, RAMD lah yang banyak membunuh orang cina sewaktu peristiwa 13 mei 1969.

Esok aku akan ceritakan perancangan dap nak jadikan cina sebagai ketua polis negara dan panglima angkatan tentera....

Khalid Gagap, Angkuh, Bodoh Dan Sombong..


Angkuh.  Itu perkataan paling sesuai gambarkan pendirian Menteri Besar Selangor tentang kemelut isu air yang nampaknya tidak berkesudahan.  Jika dilihat dari sikap yang sebegini memang pentadbiran Negeri Selangor diperintah secara emosi, bukan dengan pemikiran sebuah kerajaan yang berwibawa. 

Jika Exco Selangor, Dr Xavier sebelum ini “sangat gembira” dengan pendirian Kerajaan Pahang untuk membatalkan perjanjian pembekalan air mentah ke Selangor dan begitu bangga mendabik dada yang bekalan air mentah di Selangor mencukupi, mungkin sekarang beliau akan berfikir sebelum bercakap.  Sejak kebelakangan ini paras penyusutan paras air di empangan telah menjadi kritikal akibat cuaca kering dan panas yang dialami.  Tentulah sekali fenomena ini tidak dijangka oleh seorang ahli politik seperti Dr. Xavier, sebab itu beliau  main bercakap sedap mulut saja. 

Tan Sri Khalid pula baru-baru ini telah memaklumkan di dalam media bahawa Selangor punya masa 75-90 hari lagi sebelum empangan kering sepenuhnya.  Kerajaan Negeri juga akan menjalankan pembenihan awan sekiranya tiada hujan turun dalam tempoh 22 hari. 

Persoalannya, kenapa seringkali Kerajaan Selangor mengambil pendekatan “mengubati” bukannya “mencegah” yang jelas menunjukkan yang Kerajaan Selangor tidak membuat persediaan sebelum ini.

Bukankah fenomena cuaca ini sesuatu yang biasa terjadi dan bukannya kejadian yang tidak dijangka seperti tsunami. Bukankah pentadbiran Kerajaan Negeri disokong oleh jabatan-jabatan seperti meteorologi dan sebagainya?  Takkan satu fenomena cuaca yang begitu lazim seperti ini pun tidak dapat dijangka?

Dulu syarikat pembekal air telah awal-awal memberikan amaran, namun tidak diendahkan, malah dituduh sebagai memulakan propaganda.  Kerajaan Negeri menolak sama sekali bahawa krisis air akan terjadi dengan alasan-alasan yang tidak disokong oleh fakta. 

Jika dahulu MB Selangor berkata krisis air tidak akan berlaku kerana paras empangan masih penuh.  Apakah sekarang ini kenyataan tu masih relevan?

Ada alternatif jangka panjang, dan lebih efisyen dan telah dilaksanakan kerja-kerjanya hanya menanti kelulusan Kerajaan Negeri untuk diteruskan pembinaannya.  Tidak dapat dinafikan, pembinaan Loji Langat 2 adalah satu keputusan yang bertanggungjawab, dan pilihan yang muktamad.   

Tambahan pula infrastruktur  untuk projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang (PPAMP) telah siap 50% dan menelan belanja RM2.41 billion.  Takkan infrastruktur yang terbina untuk masadepan rakyat Selangor akan dibiarkan menjadi sia-sia sahaja.  Sebelum ini Dr. Xavier menolak sekeras-kerasnya PPAMP dengan memberikan hujah tentang ekologi, kerosakan alam semula jadi dan penempatan orang asli, tetapi tidak menyedari pula keputusan untuk tidak membina Loji Langat 2 bakal “membunuh” rakyat di negeri sendiri.

Yang menjadi persoalannya adalah cara Kerajaan Negeri berfikir dan bertindak,  tidak tahu apa yang patut diberikan keutamaan.  Jika isu air mentah yang begitu asas tidak dapat diuruskan dengan baik dan berkesan, bagaimana hendak menguruskan pembekalan air terawat yang jauh lebih teknikal. Dalam pada itu, perlu ada kepakaran dan pengetahuan teknikal yang mendalam beserta pengalaman, bukan boleh dicapai secara “overnight success”. 

Kenapakah Kerajaan Negeri  yang begitu yakin bahawa mereka mempunyai kepakaran untuk menguruskan industri air di Selangor ini tidak dapat melihat kehadapan dan membuat persiapan awal bagi  sesuatu yang bermusim seperti ini? 

Ini baru air mentah, belum masuk bab-bab proses merawat air lagi, dan proses pengagihan. Bagaimana hendak menguruskan penstrukturan dan mengambil-alih syarikat-syarikat konsesi sedangkan perkara yang paling asas pun tak lepas. Pendek kata, jangan buang masa!


Hamidzun bin Khairuddin
Presiden 
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Shah Alam

13 Okt 2012

13 October 2012

Cubaan Cina Nak Rampas Tanah Milik Orang Melayu..


Ini kenyataan, ini buka rekaan, cina cuba rampas tanah milik melayu di bandar, korang baca betul-betul surat dibawah, bertapa senangnya cina nie menggunakan kuasa yang dia ada merampas tanah yayasan selangor.

Cerita lanjut: klik sini

"Jadikan Malaysia Negara Kristian" Saifuddin Abdullah Tak Percaya Pada Ustaz Nasa...



Ahli majlis tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menggesa bekas  timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mengemukakan bukti kukuh bagi menyokong dakwaan bahawa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu menganjurkan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian".

Nasharuddin dilaporkan mendakwa, majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak.

Saifuddin berkata kenyataan demikian menyuburkan budaya politik pertentangan di Malaysia sehingga membawa kepada budaya takut dan curiga-mencurigai dalam masyarakat.

"Kita tahu di Sarawak ada ramai penganut Kristian tetapi sama ada ada atau tidak idea seperti yang disebutkan itu, saya lebih suka tak cakap perkara begitu kecuali saya ada bukti yang kukuh.

"Saya bimbang dan saya tak akan sebut benda begitu kerana saya tak mahu menambah budaya takut.

"Jadi saya harap Nasha ada bukti yang kukuh," katanya kepada Malaysiakini.

Komen aku: kalau dah bengong tetap bengong la, buat apa najib simpan makhluk macam nie dalam kabinet dia, kalau nak bukti, pergi interviwe razali abd rahman, bekas ahli dap melayu, dia boleh cerita dekat kau A-Z pasal perancangan tu, ini payahnya kalau ada timbalan menteri 'bodoh tak boleh di ajar, cerdik tak boleh di ikut"

Barua DAP Desak PAS Gantung Ust Nasa



Kumpulan mahasiswa Islam mendesak Majlis Syura PAS mengheret bekas timbalan presiden parti itu Nasharuddin Mat Isa ke tribunal hisbah kerana kenyataannya tentang kemenangan Islam sebelum ini.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Syis Abdul Kadir mendakwa, kenyataan Nasharuddin bahawa "kemenangan Islam tak pernah dibantu orang kafir" mencemarkan nama Islam dan memberi tanggapan buruk kepada kepimpinan Islam.

"Tegasnya saya mendesak agar Majlis Syura PAS membawa Nasharuddin ke tribunal hisbah di atas kesalahan yang dilakukan serta memberi hukuman sekurang-kurangnya digantung keahlian PAS. 

"Okto Beer Fest" Acara Utama Dalam Kalender Pelancongan Selangor


Cai-cai pas senyap sunyi bila pesta arak dirayakan di bandar klang, mana pergi pejuang-pejuang pas yang kononnya suatu masa dulu nak berjihad menentang kemungkaran, nak sekarang kemungkaran telah berlaku di bandar klang, kenapa tak mau tentang...???

Kini baru aku paham kenapa hari tu khalid samad beria-ia nak besarkan kilang carlsberg, rupanya supaya carlsberg boleh memberi supply yang lebih banyak masa perayaan "okto beer fest". malah kerajaan selangor memasukan "okto beer fest" nie dalam kalender pelancongan negeri selangor.

Kalau tak silap aku, ini kali ke tiga "octo beer fest" di rayakan di bandar klang...

11 October 2012

PAS Pecat Haron Din & Shahnon Ahmad...



Laman Suara PR semalam mengecam keras Datuk Dr. Shahnon Ahmad kerana menyifatkan kerjasama DAP-PAS adalah bercanggah dengan Islam.  Kata laman tersebut yang mengaku membawa aspirasi Anwar/PR tulen, Shahnon tidak patut mengeluarkan kenyataan begitu tanpa merujuk kepada kepimpinan atasan lalu menyarankan agar Shahnon disingkirkan dari PAS. 

Selain Shahnon, Dato’ Dr. Haron Din juga tidak ketinggalan menjadi kecaman laman tersebut kerana menyifatkan fahaman liberal yang disokong Anwar adalah salah dan tidak ingin PAS dikaitkan dengannya.  

Kenyataan Haron Din dan Shahnon Ahmad dilihat bertentangan dengan pendirian PR yang dipersetujui bersama oleh ketiga-tiga parti PKR, DAP dan PAS yang membawa imej parti berbilang kaum dan kepercayaan.  


Sumber-sumber dalaman PAS memberitahu bahawa tulisan di laman Suara PR itu telah benar-benar mengejutkan golongan pro-Ulama di dalam PAS.  Bagaimanapun, mereka agak ‘segan’ untuk menyanggahnya secara terang-terangan, bimbang dianggap mengkhianati kesepakatan.  

Dari kacamata politik PR, apa yang ditulis oleh laman tersebut tentulah tepat dan wajar diterima kerana jelas Shahnon dan Haron Din tidak berpijak di bumi nyata.  Kedua-dua mereka nampaknya masih menafikan hakikat bahawa PAS itu adalah sebahagian dari PR di mana hala tuju PR wajib dan tidak dapat dielak dari menjadi hala tuju PAS juga.  

Oleh itu, tindakan mereka mengkritik persoalan asas yang menjadi tali pengikat pakatan itu dianggap sebagai satu pengkhianatan kepada PR dan juga PAS.  

Lebih-lebih lagi apabila PAS telah menerima baik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika PR memerintah.  Ini bermakna, PAS sedia dan redha akan ke arah mana jua Anwar ingin membawa negara ini.   

Justeru tindakan Haron Din menolak fahaman liberal Anwar serta tindakan Shahnon mengkritik kerjasama dengan DAP adalah sama dengan menolak mentah-mentah Pakatan Rakyat, sekali gus PAS itu sendiri.  Ini kerana, PAS adalah PR dan PR adalah PAS.  

Kewujudan individu seperti Haron Din dan Shahnon di dalam PAS pastinya menyukarkan usaha PR  untuk mempamerkan kekuatan gabungan pakatan mereka kepada rakyat.   Dan pastinya juga menyukarkan usaha PAS untuk meyakinkan DAP dan PKR mengenai kesetiaan mereka terhadap pakatan tersebut.  

Apatah lagi dengan keadaan di mana PAS masih lagi belum dapat memulihkan ketegangan antara parti itu dengan DAP yang ditimbulkan oleh Nasharuddin Mat Isa.   

Sehingga kini, kepimpinan tertinggi PAS masih berdiam diri.  Mungkin pening memikirkan cara untuk menghadapi perkembangan terbaru ini tanpa memperjudikan sokongan umat Melayu Islam dan tanpa menyinggung DAP dan Anwar atau menjejaskan Pakatan Rakyat.  

PAS cukup maklum bahawa Haron Din dan Shahnon masing-masing punya pengaruh dan kekuatan sendiri di kalangan penyokong PAS dan orang Melayu.    Mengambil tindakan tegas terhadap mereka bermakna bala kepada PAS.  Sedangkan bala yang bernama Dato’ Dr. Hasan Ali juga, PAS masih terkial-kial untuk menepis.  

Memandangkan PRU hampir tiba dan penyokong mereka juga semakin resah maka PAS perlu membuat pilihan iaitu sama ada menerima hakikat bahawa parti itu dan PR adalah satu, atau keluar saja dari pakatan yang mengelirukan mereka itu.   

PAS tidak boleh menjulang seorang Perdana Menteri berfahaman liberal tetapi di masa yang sama ingin menegakkan Islam.  Dan PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP yang membawa agenda Kristian, tetapi di masa yang sama ingin menegakkan Islam.  

Justeru, Haron Din dan Shahnon dan semua penyokong PAS perlu melihat artikel di laman Suara PR itu sebagai satu cabaran untuk memilih hanya satu jalan untuk meneruskan perjuangan.  Sesungguhnya tiada siapa yang boleh menyusuri dua jalan yang bertentangan, kecualilah jika diri mereka dikerat dua dan diheret menuju kedua-dua destinasi dalam keadaan tidak bernyawa.  

10 October 2012

Kronisme Dalam Pakatan, Masih Ada Yang Tak Sedar...???



Kronisme, nepotisme, merupakan antara tuduhan-tuduhan yang sering dibuat oleh Pakatan Rakyat terhadap Barisan nasional walaupun yang jelas mengamalkanya adalah mereka sendiri.   

Sedangkan pemimpin BN yang dituduh mereka mengutamakan anak atau sepupu dalam pemberian jawatan itu tidak pernah mengamalkan nepotisme tetapi kesemua yang terlibat telah membuktikan kredibiliti dan ‘naik ke atas’ melalui anak tangga yang sah.   Lebih dari itu, tiada mana-mana pemimpin BN yang ahli keluarganya memegang jawatan dalam era yang sama, sekali gus membuktikan bahawa kedudukan mereka itu bukanlah diperolehi secara automatik.  

Sebaliknya bagi pemimpin-pemimpin PR, anak dan menantu mereka dilantik secara langsung ke jawatan yang tinggi, seolah-olah bersiap sedia untuk mewarisi takhta yang menjadi hak keluarga mereka.   Jelas, demokrasi adalah sesuatu yang objektif dalam pentadbiran Pakatan Rakyat dan ini terbukti apabila Ketua Umum mereka sendiri bukanlah dilantik melalui proses demokrasi.

Kabinet Bayangan yang dibentangkan PKR juga telah menyerlahkan lagi amalan nepotisme tahap tertinggi dalam parti yang cakap tidak serupa bikin tersebut.  Anwar Ibrahim yang melantik dirinya sendiri sebagai bakal Perdana Menteri telah meletakkan isterinya, sebagai Menteri di Jabatan PM dan anaknya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.  

Bagi membela PR, Karpal Singh telah membuat kenyataan paling lucu dalam sejarah politik dengan menggesa rakyat agar tidak bimbang dengan amalan nepotisme di dalam PR.   Alasannya, semua isteri, anak atau menantu pemimpin PR yang memegang jawatan telah membuktikan kredibiliti dan kelayakan masing-masing.   Namun, di masa yang sama, Karpal turut menafikan yang partinya mengiktiraf senarai Kabinet Bayangan yang dikeluarkan PKR.  

Kenyataan ini dilihat sebagai usaha yang paling menyedihkan bagi Karpal untuk menjustifikasi amalan nepotisme di dalam PR.  

Apalah sangat yang telah dibuktikan oleh Nurul Izzah yang menjadikan beliau layak memegang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan?  Dan apakah keengganan Karpal untuk mengiktiraf Kabinet Bayangan tersebut adalah kerana beliau merasakan anaknya, Gobind Singh, lebih layak dari Nurul Izzah untuk jawatan itu?   

Inilah dilemma yang dapat kita kesan dalam diri Karpal di mana beliau ingin sekali mengkritik amalan nepotisme Anwar tetapi tidak mampu kerana beliau dan parti beliau sendiri mengamalkannya.  

Rakyat sedia maklum bahawa seperti juga PKR, DAP turut ‘membudayakan’ nepotisme di mana Lim Kit Siang, yang pernah memegang jawatan Setiausaha Agung parti dan juga Pengerusi telah memastikan yang anaknya, Lim Guan Eng melalui jejak yang sama.  Lim Guan Eng kini Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang juga tidak lupa mengheret isterinya, Betty Chew ke dalam politik.  Betty Chew kini ialah Ahli Parlimen di Melaka.  Dan sudah pasti, jawatan Menteri juga menunggu Betty Chew jika PR memerintah negara ini.  

Begitu juga Nik Aziz, Mursyidul Am PAS turut memastikan anaknya, Nik Abduh menyusuri jejak politiknya melalui jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat.  Menantunya, Ariff Fahmi pula, menuruti jejaknya dari luar politik melalui jawatan Ketua Pegawai Eksekutif PMBK.  Pendek kata, PR sentiasa mengamalkan nepotisme tak kira di mana, iaitu dalam politik mahupun dalam pentadbiran negeri.   Nampaknya, kemungkinan besar Nik Abduh dan Ariff Fahmi juga akan dilantik ke kabinet jika PR memerintah.    

Jika anak-anak pemimpin BN yang terlibat dalam politik telah benar-benar membuktikan kebolehan serta telah pun menabur jasa yang tak kurang banyaknya kepada rakyat dan negara, bolehkah pemimpin PR berkata yang sama mengenai isteri, anak dan menantu mereka?  

Anak-anak pemimpin BN seperti Dato’ Mukhriz Mahathir dan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri telah lama mencurah bakti menjayakan program-program keusahawanan, belia dan berbagai-bagai lagi sepanjang hidup mereka sebelum dan setelah berada di kedudukan mereka sekarang.    

Tetapi, apakah jasa-jasa yang begitu signifikan yang pernah dicurahkan oleh Nurul, Gobind, Guan Eng atau Betty yang mengatasi jasa-jasa pemimpin kecil PKR dan DAP yang lain yang melayakkan mereka memegang jawatan penting parti dan menjadi menteri kabinet sekiranya PR memerintah? 

Kerjasama PAS & DAP Tidak Mengikut Kehendak Islam...




GEORGE TOWN – Perjuangan politik PAS kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP, kata Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad.

Beliau berkata apa yang dilakukan oleh PAS sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana PAS sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.

Shahnon yang juga anggota PAS seumur hidup berkata adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama PAS dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah SAW ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.

“Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan PAS,” katanya kepada Bernama pada Isnin.

Beliau yang juga bekas anggota Parlimen Sik berkata dasar PAS sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.

DAP sebelum ini telah menyatakan tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini seperti yang dimahukan PAS. Shahnon yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) berkata pendekatan Rasulullah SAW bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik bukanlah seperti kerjasama PAS dan DAP sekarang kerana ketika itu Islam yang memerintah dan memimpin kaum-kaum berkenaan.

Bila Haron Din Pun Takut Nak Tegur Anwar... Jadilah Dia Ulama Bisu.


Mungkin haron din mengambil ikhtibar tentang apa yang berlaku pada hasan ali bila dia menegur anwar ibrahim, jadi haron din pun mengambil sikap "play safe" tentang tindakan anwar menyokong penulis berpahaman libral dari india itu, cukup sekali dia di tibai teruk oleh rakan-rakan liberal dalam pakatan, dia tak mahu di jadikan sasaran lagi, baca artikel di bawah...


Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din baru-baru ini mengeluarkan ‘pesanan’ kepada masyarakat agar jangan kaitkan PAS dengan tindakan Anwar Ibrahim yang melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal dan juga semua tindakan dan kenyataan Anwar yang bersifat liberal.  

Perlu diingatkan bahawa Anwar sebelum ini juga membela buku Salman Rushdie, The Satanic Verses yang menghina Islam dan Rasulullah SAW sebagai karya agung.  Dan Anwar juga berpandangan bahawa tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslim sebagai berlebih-lebihan.   

Bagi penulis, jika dibaca beberapa sedutan dari buku Mobashar, mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa jika fahaman liberal boleh diukur, maka tahap liberalis Anwar adalah jauh lebih tinggi dari Mobashar yang masih berpegang kepada Islam sebagai agama yang lebih tinggi tetapi di masa yang sama berpegang kuat kepada jatidiri bangsanya, India. 

Namun, kita bukan ingin membahaskan identiti atau fahaman yang dipegang oleh Mobashar kerana Mobashar tidak ada kena mengena dengan politik dan rakyat Malaysia.  Malah, dari kenyataan Harun Din yang menolak sebarang kaitan PAS dengan tindakan Anwar, secara automatik bermaksud identiti dan fahaman Anwar juga tidak wajar lagi dijadikan subjek perbahasan kerana kenyataan itu sendiri pada dasarnya telah mengesahkan siapa dan apakah Anwar iaitu berfahaman pluralis dan berpendirian liberalis.    

Justeru, apa yang tinggal dan yang paling penting untuk dibahaskan di sini ialah pendirian Harun Din atau PAS dalam menangani subjek ‘Anwar’ ini.  

Kata Harun Din, “Tidak mengapa, itu pandangan politik dia (Anwar) dan dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (maka) dia buatlah. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP,”  

dan, 

“Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita. Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam.”

Mungkin Harun Din perlu diingatkan bahawa Anwar Ibrahim itulah yang akan PAS angkat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya kali ini atau jika berjaya mengambil alih kerajaan melalui jalan belakang.  

Mungkin Harun Din juga perlu diingatkan bahawa jika PR memerintah, PAS perlu mengambil kira pendapat dan pendirian Anwar yang liberal dan juga DAP yang memusuhi Islam, dalam mentadbir negara ini.  Lebih dahsyat, PAS bukan saja perlu mengambil kira, tetapi menurut apa saja keputusan Anwar yang berlandaskan fahaman liberal itu memandangkan beliau adalah Perdana Menteri.  

Dan PAS juga tidak akan berjaya seratus peratus menentang pendapat dan keputusan DAP yang memusuhi Islam berdasarkan apa yang dapat dilihat hari ini di mana PAS sering mengalah kepada DAP.  

Di tambah dengan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri yang lebih cenderung terbuka kepada pendapat DAP dari PAS maka apakah jaminan Harun Din yang negara ini tidak akan di bawa arus liberal dan plural di bawah pemerintahan PR?

Hakikatnya, bagi Haron Din untuk menidakkan kaitan PAS dengan Anwar atau DAP adalah sama dengan menyatakan bahawa beliau tiada kaitan dengan isterinya sendiri.   

Sepertimana dalam satu perkahwinan di mana suami isteri tinggal serumah, tidur sebilik, menjalani kehidupan, mendidik dan membesarkan anak bersama, tidak mungkin dapat menafikan kaitan antara satu sama lain, tak kiralah walau kedua-duanya tidak sependapat dalam banyak perkara.   Setiap keputusan dalam rumahtangga juga selalunya terpulang kepada pihak yang lebih dominan, tak kira suami atau pun isteri sementara pihak yang pasif akan terpaksa menurut.  

Begitulah juga kerjasama PAS-DAP-Anwar di mana yang dominan akan membuat keputusan akhir dan yang pasif akan sentiasa menurut saja.  

Nampaknya, Haron Din masih berada dalam keadaan ‘penafian’ (denial) mengenai hubungan PAS dengan Anwar dan juga DAP.   Sama ada kerana terlalu sayangkan jawatan di dalam PAS, terlalu sayangkan parti atau terlalu ego untuk mengaku kesilapan PAS atau diri sendiri kerana bekerjasama dengan Anwar/DAP, maka Haron Din telah memilih untuk terus menerus membohongi dirinya bahawa hubungan itu adalah benar.  

Dengan ini beliau berharap akan terlepas dari dosa bersubahat memenangkan kafir harbi dan menjulang seorang liberal, plural, perasuah, peliwat dan penzina sebagai Perdana Menteri.  

Ketahuilah bahawa Harun Din boleh membohongi diri sendiri atau beberapa kerat penyokong totok PAS yang benak tetapi Harun Din tidak boleh membohongi Allah SWT bahawa hubungan PAS dan Anwar itu adalah umpama pak turut dengan Ketua.  

Jika PR menang PRU dan Anwar ingin memperkenalkan dasar-dasar liberal maka PAS mungkin boleh membantah secara lisan dan boleh berdebat mengenainya di parlimen.  Tetapi setakat itu sahajalah yang dapat PAS lakukan.  

Tidak mustahil PAS tidak akan mampu mengkritik apatah lagi mengecam dasar-dasar liberal yang bakal diperkenalkan Anwar, tanpa ditempelak atau disenyapkan terus.  

Ketika itu, terpulanglah kepada Harun Din jika masih ingin membohongi diri bahawa beliau tidak terlibat dengan keputusan Anwar kerana apa jua alasan yang diberi, sudah tidak bererti lagi.  Apabila Anwar menjadi Perdana Menteri, air mata darah juga tidak mungkin mampu mengembalikan Islam di tempatnya yang eksklusif dalam perlembagaan negara sepertimana yang dilakukan oleh Barisan Nasional.   Pada ketika itu juga, jangan sekali-kali kita lupa untuk mengucapkan tahniah kepada Haron Din.

09 October 2012

KSN Tahu Ada Pegawai Tinggi Kerajaan Jadi Tali Barut Gorge Soros...



Dendam George Soros terhadap negara ini tidak pernah padam......

Sayangnya Soros terhadap Anwar tidak pernah luntur dan dengan kekayaan luar biasa serta kuasa ringgit yang beliau miliki,mampu mengumpan ringgit ini untuk ditelan oleh kakitangan kerajaan dan dalam masa yang sama menyusup agendanya bagi meruntuhkan kerajaan daripada dalam....!!

Kita tidak hairanlah bilamana kekuatan kewangan pembangkang cukup luar biasa malah pergerakan pertubuhan seperti Suaram juga cukup luar biasa dengan dana yang mereka perolehi.

Pendedahan ada pegawai-pegawai kerajaan yang menjadi talibarut George Soros tidak boleh dipandang ringan oleh Ali Hamsa,Ketua Setiausaha Negara (KSN).
Beliau tak boleh anggap itu sekadar khabar angin ataupun gosip semata-mata malah Ali perlu menubuhkan satu Jawatankuasa Khas untuk menyiasat dakwaan yang telah dilemparkan bagi membersihkan nama-nama pegawai yang dikaitkan.

Kita percaya tuduhan ini bukan disasarkan kepada pegawai-pegawai bawahan malah pasti ianya disasarkan kepada Ketua-Ketua Setiausaha (KSU),Timbalan-Timbalan KSU, Ketua-Ketua Pengarah Jabatan dan dalangnya pasti adalah orang yang boleh memberikan arahan yang akan diakur tanpa bantah oleh pegawai-pegawai bawahan.

Sekian lama sebelum ini pun sudah ada pihak yang meragui kesetiaan dan kebertanggungjawaban pegawai-pegawai terhadap kepimpinan PM Najib dan ada beberapa bukti yang menjuruskan bahawa sebahagian daripada mereka ini adalah talibarut asing,yang mengambil upah menjual rahsia negara,yang kaya dengan hasil menjual maklumat dalaman untuk diberikan kepada Pembangkang. sila klik sini

Empangan Di Selangor Dah Kering, Catuan Air Akan Di Adakan...


Kita tidak faham kenapa kerajaan PR Selangor masih menafikan yang negeri yang diperintah mereka ini bakal berdepan dengan krisis air yang kronik.   Tidak mungkin mereka tidak mampu memahami fakta dan angka yang menjelaskan masalah ini.

Tidak mungkin juga mereka tidak turun melawat sendiri ataupun melihat gambar-gambar empangan yang didedahkan oleh beberapa blog dan laman web yang menunjukkan jumlah takungan air yang menyusut dengan kadar yang pantas.

Antara yang terbaru ialah empangan Sungai Selangor dekat Jalan Kuala Kubu Bharu yang didedahkan oleh Mynewshub semalam.  Air di empangan ini yang berukuran lebih kurang 600 hektar telah susut hampir 40 peratus dari paras takungan yang sepatutnya iaitu kira-kira 235 juta meter padu.

Salah satu sungai iaitu Sungai Liut yang menjadi sumber kepada takungan air di empangan itu juga semakin kering untuk menyalurkan air ke dalam empangan tersebut.Gelongsor limpahan di empangan juga sudah hampir lima bulan tidak dilimpahi air menyebabkan tiada simpanan air di empangan pengawal Sungai Selangor.