29 December 2012

Kesian Hadi... Terpaksa Jilat Ludahnya Balik...


Hadi terpaksa merayu, mintak nyawa nak masuk media perdana pasal nak jelaskan isu amanat tu...

PAS dan pakatan selalu kata, ceramah depa di hadiri oleh puluhan ribu rakyat, jadi jawab je la isu tu di padang-padang ceramah, kenapa nak pakai media arus perdana yang pernah korang boikot dulu...???

Sebenarnya itu menunjukan ceramah yang pas bangga selama nie di hadiri oleh ahli-ahli mereka sahaja dan tiap kali mereka berceramah di hadapan orang yang sama, rakyat tak kelapaq nak dengar ceramah pas, jadi bila isu amanat dajjal tu di mainkan, rakyat jelata nampak, hadilah punca sebenar perpecahan umat melayu/islam di malaysia nie...

Tu pasal hadi gelabah beruk nak pakai media perdana yang pernah dia boikot dulu....


Isu Kalimah Allah... Siapa Yang Sesat...???


Murshidul am kata, dap boleh pakai kalimah Allah...

Ketua penerangan pas kata, tak boleh pakai kalimah Allah...

So sekarang nie, siapa yang sesat, siapa yang betul...

28 December 2012

27 December 2012

GEMPAR... Benarkah Hadi Sakit Tenat...???


Isu Amanat Hadi terus menghantui PAS walaupun berbagai usaha menepis dan mengalihkan pandangan dilakukan mereka.   Isu ini mungkin tenggelam timbul mengikut musim pilihanraya, namun ia tidak bermakna yang ia telah tidak relevan lagi.  Seperti yang didedahkan, amanat tersebut telah menyebabkan begitu banyak kesesatan dan perpecahan sehinggalah  kepada kehilangan nyawa.  

Berbagai cabaran dilakukan terhadap Hadi Awang untuk tampil menarik balik amanatnya tetapi sehingga kini beliau membisu seribu bahasa.  Selain kenyataan Nik Aziz di Harakah yang cuba meyakinkan orang ramai bahawa Hadi Awang adalah orang yang berilmu dan tahu apa yang dilakukannya, hanya puak-puak pencacai bawahan sahaja yang meroyan di laman-laman sosial cuba membela amanat tersebut sebagai benar ataupun sebaliknya, basi.   

Sedangkan Hadi Awang langsung tidak merasa terpanggil memberi komen terhadap pendedahan bekas penyokongnya yang menceraikan isteri, menghancurkan hati ibubapa sendiri atau mengecilkan hati jiran tetangga semata-mata percaya bahawa mereka semua kafir, berdasarkan amanatnya.  

Hadi Awang juga nampaknya tega memalingkan muka dari anak-anak yatim Memali yang sehingga kini nampaknya ada yang masih percaya bahawa bapa mereka adalah syuhada kerana meninggal dunia dalam keadaan memerangi kerajaan kafir.  

Sikap berdiam diri Hadi menunjukkan betapa kerasnya hati manusia yang menganggap diri sendiri Ulama ini.   Mungkin beliau hanya ingin menangani isu amanat ini di akhirat, dan bukan di dunia.  Bagi Hadi, jika ada yang terus-terusan keliru, atau terus-terusan percaya bahawa isteri yang dicerainya, atau ibunya yang telah meninggal dunia adalah kafir, maka itu adalah masalah mereka, bukan masalahnya.  

Buat masa ini, Hadi hanya berminat untuk bercakap mengenai pilihanraya dan bukan agama.  

Inilah persepsi ramai terhadap sikap membisu Hadi Awang.  

Walaubagaimanapun, adalah tidak wajar bagi kita untuk menjadi se-angkuh dan se-takbur Hadi Awang dengan merasakan persepsi kita benar belaka.   Kerana itu kita harus bersifat terbuka untuk menerima kemungkinan yang persepsi kita adalah salah.  

Oleh itu kita wajar mengambil kira bisikan yang sayup-sayup kedengaran dari kedai-kedai kopi, yang mengatakan bahawa Hadi Awang sedang sakit.   Khabarnya, beliau bukan sengaja ingin membisu tetapi sebenarnya tidak mampu berhadapan dengan media dalam keadaan sekarang.  

Benar, hanya beberapa hari lalu, beliau kelihatan begitu sihat dan cukup kuat untuk memegang jawatan Perdana Menteri tetapi, entah kenapa hari ini beliau dikatakan tenat.   Ada yang berkata beliau begitu tertekan dengan isu amanat ini kerana tidak tahu cara yang terbaik untuk menanganinya tanpa menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya.  

Jika beliau mempertahankan kepercayaan pengikutnya bahawa UMNO adalah kafir dan kematian penduduk Memali adalah syahid maka beliau pasti berhadapan dengan lebih banyak penceraian dan perpecahan di kalangan pengikutnya yang mana sudah pasti menimbulkan kegemparan dan membahayakan kedudukan PR.  

Jika beliau menafikan yang beliau pernah menyebar kepercayaan bahawa orang UMNO itu kafir maka beliau perlu berhadapan dengan bekas penyokongnya yang telah mengkafirkan adik beradik, saudara-mara serta jiran tetangga mereka kerana percayakan sebaliknya.   Beliau juga perlu memberitahu anak-anak yatim Memali bahawa bapa mereka sebenarnya telah mati katak, dan bukannya mati syahid.   Ini tentu menimbulkan masalah yang lebih berat lagi kepada PAS dan juga PR.  

Justeru, Hadi kini benar-benar tertekan kerana takut isu amanat ini akan menggagalkan cita-citanya untuk merasai kerusi empuk Putrajaya yang suatu masa dahulu ingin dilelongnya.  Kini, hidup mati Hadi adalah untuk Putrajaya dan beliau tidak dapat membayangkan kehidupan tanpa sedikit pun peluang untuk ke sana.  

Tidak pasti sama ada khabar angin ini benar tetapi yang pasti ia tidak wajar diketepikan.  Perlu diingatkan bahawa adik Nik Aziz yang terkenal dengan doa K.O BN juga telah disahkan K.O iaitu tenat, hanya selang beberapa hari selepas doa kontroversi itu dilafazkan dengan gagah dan bersemangat sekali.   Menurut sumber orang-orang kampungnya, beliau begitu tertekan dengan ‘publisiti’ berlebihan terhadap isu tersebut.  

Nampaknya, tidak mustahil bahawa Hadi Awang mengalami tekanan yang sama iaitu akibat ‘publisiti yang berlebihan’.  Jika ini benar, maka sebagaimana kita mendoakan agar adik Nik Aziz cepat sembuh, kita juga mendoakan agar Hadi Awang cepat sembuh agar dapat bersemuka dengan media dan menjawab segala kemusykilan penyokong atau bekas penyokongnya mengenai kafir atau tidaknya mereka-mereka yang menyokong UMNO.   

Khalid Sanggup Tunggu Sehingga 100 Tahun Untuk Selesai Isu Air Selangor...

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George, berkata kenyataan Khalid itu “tidak profesional” dan mengesahkan beliau mahu satu ‘perang politik’ di antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat berhubung isu air.


Khalid dikecam oleh persatuan pengguna negeri ini ekoran kenyataannya baru-baru ini bahawa beliau sanggup menunggu sehingga 100 tahun untuk menyelesaikan isu air walaupun Selangor diancam krisis bekalan air menjelang 2015.

“Sebagai menteri besar, beliau harus lebih sensitif kerana yang menanggung kedukaan dan kelukaan daripada masalah air ialah pengguna di Selangor sendiri,” katanya dalam satu temubual.

Dr George berkata apa yang terjadi ekoran pendirian yang diambil oleh Khalid berhubung isu air ialah “gajah berlawan dengan gajah tetapi pelanduk yang mati di tengah-tengah”, iaitu rakyat, pengguna negeri Selangor dengan masalah pemotongan air dilaporkan di beberapa kawasan ekoran kekurangan bekalan.

Sebagai contoh, minggu lepas, beberapa kawasan di sekitar Pandan Perdana, Pandan Indah, Taman Taynton View dan Taman Bukit Segar di Cheras mengalami gangguan bekalan air berikutan penurunan paras kolam utama yang dikesan sejak awal minggu.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), ia berpunca daripada permintaan bekalan air yang meningkat mendadak sejak kebelakangan ini dan melibatkan lebih 9,000 pengguna.

“Sebelum mereka datang memerintah negeri ini, mereka buat banyak kenyataan bahawa mereka nak mesra rakyat dan sebagainya. Tetapi dari 2008 sampai sekarang kita nampak sudah ada satu penukaran fikiran dalam cara mereka membuat kerja dan lakukan tanggungjawab.

“Mereka dah jadi tidak sensitif lagi, mereka ingat sudah berkuasa, boleh buat apa-apa (sahaja), tak payah dengar (suara rakyat). Ini mendukacitakan bila mereka keluar kenyataan iaitu 100 tahun pun mereka akan melengah-lengahkan walaupun mereka tahu pada tahun 2015 kita akan berhadapan dengan masalah bekalan air yang begitu besar,” katanya.

Kerana Kenyataan Ini, Tuan Ibrahim Tuan Man Mungkin Akan Di Kenakan Tindakan Disiplin...



PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. 

"Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal. Manakala menterjemahkan God dengan Allah akan mengelirukan penganut Kristian dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan umat Islam serta boleh mengelirukan orang Islam," kata TUan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini. 

PAS, tegasnya, melihat isu penggunaan nama Allah di dalam terjemahan Bible dalam Bahasa Malaysia tidak mencerminkan maksud sebenar dari teks asal serta mengelirukan pelbagai pihak.  

Bahkan, tambahnya, cadangan tersebut juga telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang Islam dan penganut Kristian.

"Harus diingat, bagi umat Islam, nama Allah merupakan nama yang khusus yang mesti dipelihara kesuciannya. 

"Ia tidak boleh dibuang merata tempat atau digunakan nama tersebut pada tempat yang tidak layak baginya seperti menyamakan dengan makhluk, bersifat dengan sifat makhluk, seperti menganggap ia ada anak, isteri, makan, tidur dan berjalan sebagaimana makhluk," katanya.

Sehubungan itu, katanya, permintaan untuk menggunakan nama Allah dalam terjemahan Bible Bahasa Melayu tidak wajar.

"Bahkan di kalangan masyarakat Barat pun mereka tidak menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada God samada dalam pertuturan, penulisan atau filem. Perkataan yang sering digunakan ialah ‘Lord’.

"Walaupun penggunaannya tidak bertentangan dengan tradisi ilmu dan budaya di kalangan ahli kitab (Yahudi dan Nasara),  tetapi keluar dari khilaf atau mengelak berlakunya kekeliruan dan polemik adalah jalan terbaik," katanya. 

Menurut Tuan Ibrahim, ada perkataan yang sensitif bagi sesetengah agama, seperti kalimah Dua Shahadah dan Allah, tidak boleh disebut secara sewenang-wenangnya dalam konteks yang tidak tepat kerana ia boleh menimbulkan kemarahan dan ketidaksenangan yang tidak perlu dalam masyarakat majmuk di negara kita dan situasi negara masa kini.

26 December 2012

PAS Akan Tubuh Jawatankuasa Khas Siasat Mat Sabu...


Mat sabu pernah menggelarkan anwar ibrahim sebagai "anwar al-juburi" malah dalam berberapa siri ceramah mat sabu sebelum anwar di pecat dulu, kerap mat sabu kata "anwar buka kilang kunyit" semua orang tahu dan faham apa yang mat sabu maksudkan dengan "kilang kunyit" tu...

Jadi ada desakan dari berberapa pemimpin pkr yang meminta supaya pas menyiasat segala tomahan dan kenyataan yang di keluarkan oleh mat sabu terhadap anwar suatu ketika dulu bersifat lawak jenaka atau mat sabu benar-benar serius dengan apa yang dikatakan...

Pada mereka apa yang di katakan oleh mat sabu masih terniang-niang di telinga mereka, generasi baru ahli-ahli pkr terpinga-pinga bila mendengar ayat yang di ungkapkan oleh timbalan presiden pas itu, mereka meminta mat sabu menarik balik segala kenyataan dan gelaran telah mat sabu keluarkan kepada anwar ibrahim...

Komen aku: beranikah mat sabu menarik balik segala kenyataan dan gelaran yang pernah dia berikan pada anwar satu ketika dulu...???

Ohh Rupanya Tanah Balak Milik Ngeh Dan Nga Adalah Milik Yayasan Islam Kelantan...


Semua orang tahu, kerajaan kelantan bagi tanah balak kepada cina dap bernama ngeh ko ham dan nga ko ming sebagai balasan atas jasa mereka memberikan jawatan menteri besar perak kepada wakil pas (nizar), ada yang kata tanah balak itu dipajak kepada cina dua ekor tu selama 50 tahun dan ada yang kata pulak selama 70 tahun, tapi apa yang mengejutkan di sini ialah pemilik asal tanah itu...

Mungkin korang semua akan kata, alah biase la, kerajaan bagi tanah... pada aku tak salahnya kerajaan kelantan bagi tanah pada sesiapa pun, lantak dia la, tapi yang menyedihkan ialah, tanah seluas 4000 hektar yang di beri kepada ngeh dan nga itu adalah milik YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK).

Bila tanah milik yayasan islam kelantan di beri pada orang lain, YIK tidak diberi tanah baru sebagai ganti, maka YIK sudah kehilangan sumber pendapatan...

Ok kenapa timbul pulak cerita ngeh menuduh umno bocorkan rahsia...??? ceritanya mudah, kalau pembelian tanah itu mengikut prosidur ianya bukan rahsia lagi, ye lah apa yang nak di rahsiakan kalau beli dengan jalan yang betul, tapi ngeh dan nga memiliki tanah itu dengan cara tak betul, itu sebab bila cerita tanah ini di keluarkan ngeh menggelabah beruk, umno di tuduh bocorkan rahsia dan yb hamidah pulak di ugut supaya tidak mendedahkan status pembelian tanah dan siapa di belakang syarikat yang membeli tanah itu...


24 December 2012

Rupanya Anwar Dah Kena Game Dengan PAS...


Perwakilan pas hari tu masa muktamar sebulat suara nakkan hadi awang jadi perdana menteri, alasan mereka, hadi lebih layak jadi perdana menteri kerana dia seorang yang warak, kalau kita halusi balik apa yang dikatakan oleh para perwakilan pas tu, depa sebenarnya nak cakap macam nie " hadi layak pasal dia tak berzina dan meliwat" tapi di gunakan bahasa kiasan depa kata la hadi tu warak...

Nampaknya dari perwakilan sampailah mat-mat pas yang dok kat kampung sekarang nie sudah mula nampak, anwar bukan manusia yang bersih, cerita anwar gasak china doll, anwar liwat saiful, anwar agen israel, bukan lagi fitnah, mereka nampak perkara yang di tuduh keatas batang tubuh anwar adalah satu kenyataan...

Jadi tak heran kalau ahli-ahli pas nak kan seorang pemimpin yang bersih yang tidak melakukan sebarang dosa besar, dosa kecil dan dosa yang nabi tak mengaku umat menjadi pentadbir negara ini, sehingga sekarang kita langsung tak dengar satu kenyataan dari presiden atau mana-mana pemimpin pas meminta perwakilan mereka menarik balik sokongan untuk hadi perdana menteri, ini bermakna, keputusan perwakilan untuk menjadikan hadi sebagai perdana menteri telah di endorse oleh pucuk pimpinan pas dan perwakilan telah bersuara pada muktamar itu, selama ini kita ingat separuh dari pemimpin pas nie  pro anwar, rupanya tidak, mereka sengaja mendekati anwar untuk mengetahui strategi politik anwar, tapi bila dah dekat pilihanraya, presiden mereka jugalah yang menjadi pilihan untuk menjadi perdana menteri...

Rupanya anwar dah kena game dengan pas...

Kerana Mu Hadi, Umat PAS Bercelaru Akidah Mereka...


Kerana amanat si dajjal nie, akidah umat pas bercelaru, baiah cerai bini yang tak pernah di buat di zaman Rasulullah mereka buat, cerai isteri pasal isteri kutuk pemimpin pas dah jadi perkara biasa dalam kehidupan umat pas, itu belum cerita sembahyang dua imam, solat jumaat di dalam kandang lembu, atas alasan sembahyang di masjid yang di bina oleh kerajaan umno/bn tak di terima Allah dan pelbagai perkara bidaah.

Jadi sampai bila kita sebagai umat Islam nak membiarkan si dajjal yang mengelurkan amanat nie hidup senang lenang, langsung tak rasa bersalah kerana amanat yang di keluarkan kira-kira 20 tahun dulu telah merosakan banyak akidah umat Islam... sampai bila...???

Anwar Menangis Tengok Video Ini...

Ini kenyataan anwar menyokong pelakuan gay, lesbian, bisexual dan transgander...


Soalan Wartawan BBC : “Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?”

Jawapan Anwar : “Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum.“Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula…

“kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan“.

Ini pula kupasan mengenai lgbt menurut Islam...


Seperti yang di terangkan oleh ustaz fathul bari, gambar dari laman web muslim progressive




21 December 2012

Kerana Amanat Hadi, Ustaz Harussani Pulak Di Gelar Anjing..


Laman web Suara Pakatan Rakyat yang sering menjadi kontroversi nampaknya semakin keterlaluan dalam membela PR.  Mungkin kerana ketandusan idea untuk membela PAS dalam berhadapan dengan serangan peluru Amanat Hadi, maka laman tersebut sanggup menyamakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan anjing.  Ini dilakukan dengan menggabungkan gambar wajah Tan Sri Harussani dengan badan anjing.  

Kita sedia maklum dengan sifat takbur dan riak para pemimpin PAS yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama.  Justeru, kita tidak terkejut jika apa yang dilakukan oleh laman web Suara PR itu direstui oleh mereka.  

Selama ini pun PAS sememangnya memandang rendah para Mufti dan Ulama lain yang tidak menyokong parti mereka.  Malah, ulama-ulama Pondok juga tidak diiktiraf PAS.  Seringkali fatwa yang dikeluarkan oleh sekumpulan Mufti dan cerdikpandai agama dalam Majlis Fatwa Kebangsaan juga dianggap sebagai hampas sahaja jika ia tidak memberi keuntungan kepada PAS.  

Semua ini digarapkan dengan jelas oleh Suara PR yang menyatakan bahawa “selain Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Harun Din, tidak ada mana-mana pemimpin agama di negara ini yang mempunyai kelebihan ilmu agama melebihi Hadi”.

Laman itu juga menekankan bahawa jawatan mufti hanya menghabiskan wang rakyat kerana rakyat masih berbuat maksiat seperti biasa.  Oleh yang demikian, PR ingin menghapuskan jawatan Mufti dan menggantikannya seorang Imam Besar sahaja.  

Ramai yang menggeleng-gelengkan kepala dengan apa yang ditulis oleh laman tersebut manakala di kalangan penyokong PR pula, ramai yang cuba menafikan bahawa laman tersebut adalah milik mereka.  Acapkali sesuatu yang begitu dahsyat dan keterlaluan yang ditulis di laman tersebut, dituduh sebagai ‘kerja UMNO’.  

Hairan juga kenapa penyokong PR perlu menafikan apa yang mereka sendiri persetujui.  Bukankah mereka juga yang sering memperlekehkan Ulama yang tidak pro kepada mereka?  Bukankah mereka juga yang sering memanggil semua yang menyokong kerajaan sebagai anjing?  Bukankah mereka juga yang mendabik dada bahawa Tuan Guru dan Tok Guru mereka sebagai manusia paling alim dan paling tinggi darjatnya?  

Justeru, kenapa mesti ‘cuak’ apabila laman Suara PR mengulangi apa yang mereka sering laungkan?  Kenapa mesti menafikan suara sendiri?

PR juga nampaknya terkial-kial menafikan bahawa Amanat Hadi Awang menjadi punca penceraian suami isteri, perpecahan ummah serta kehilangan nyawa dalam peristiwa Memali pada tahun 1985.   Bagi mereka ia hanyalah cerita kitar semula yang tidak membawa makna seolah-olah rumahtangga penyokong mereka, perpaduan ummah dan nyawa manusia, termasuk penyokong tegar mereka, sebagai langsung tidak berharga.  

Tiada manusia atau agama di dunia yang melihat soal kebahagiaan rumahtangga, perpaduan masyarakat dan menghargai nyawa sebagai perkara remeh.  Dan di dalam Islam tentulah semua ini jauh lebih tinggi dan lebih penting lagi:  

Nyawa bukan mainan yang boleh dijual beli atau ditukar ganti.  Hanya Allah SWT yang berhak ke atas nyawa hambanya.  Islam juga meletakkan rumahtangga di satu tempat yang khusus di mana ‘lafaz nikah’ juga perlu dilakukan dengan cara tertentu sekali gus menunjukkan satu ikatan rohaniah iaitu lebih kuat dari sekadar lahiriah.   Perpaduan ummah pula ada sesuatu yang wajib diperjuangkan jika ingin melihat Islam dan umat Islam kuat serta mampu memikul tugas sebagai Khalifah di dunia ini.  

Justeru, sikap PAS yang sanggup melihat akibat yang bertitik tolak dari Amanat Hadi itu sebagai remeh serta tidak perlu dibincangkan lagi, membuktikan betapa PAS sudah terlalu jauh tenggelam dalam usaha mengejar kuasa, lemas dalam pencarian jatidiri parti PR, sekali gus jauh meninggalkan Islam.

Akhir kata, adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk cuba menjelaskan tuduhan laman Suara PR mengenai kelayakan Tan Sri Harussani.  Rasanya, penyokong PAS sendiri tahu di mana sebenarnya kelayakan Haji Hadi berbanding Tan Sri Harussani kerana kerajaan UMNO telah meletakkan syarat-syarat kelayakan yang cukup tinggi dan terbukti sebelum melantik seseorang Mufti.  Lainlah dengan PAS, di mana seorang yang tak lulus SPM dan tak tahu Bahasa Arab juga boleh diangkat sebagai Mursyidul Am. 

Amanat Sesat Hadi Awang, Penjelasan Terbaik Fathul Bari...


Kerana amanat dajal nie lah, tak pasal-pasal 14 orang melayu mati katak, kononnya berjuang menentang polis kerajaan adalah jihad dan kalau mati adalah mati syahid....




20 December 2012

Guan Eng Kata Melayu Kaki Makan Rasuah...



Kenyataan Media GAPS

Dap menghina kakitangan awam

Tahun lepas seorang pemimpin kanan Dap berkata, Dap akan merombak semula kakitangan awam kerana ramai sangat orang melayu. Kelmarin seorang pemimpin Dap pula berkata, kakitangan awam banyak makan rasuah puncanya juga sebab ramai sangat orang melayu.

Dap telah menghina kakitangan awam dan orang melayu. Dap sedang berusaha untuk menyamakan bangsa Melayu dengan rasuah.

GAPS berpendapat Dap memang semakin meroyan gilakan Putrajaya dan sebenarnya anti melayu! Di Indonesia, Thailand, Philipine, Vietnam, Laos, India - rasuah lebih hebat berbanding negara kita, tiada pun orang Melayu yang berkerja sebagai kakitangan awam di sana. Rasuah tiada kaitan dengan mana-mana bangsa atau agama ! Rasuah adalah penyakit umat akhir zaman.

Rasullullah pernah mengingatkan “Setiap umat punya cabaran, dan dugaan bagi umatku ialah harta". Harta adalah penyebab rasuah. Rasullullah sudah pesan awal-awal. Penyakit umat akhir zaman. DAP sekadar ingin menebalkan semangat kiasu dan chauvinist dalam perjuangan mereka ke puncak kuasa.

Pas sebagai rakan kongsi Dap dalam pakatan wajar mentarbiyyah pemimpin-pemimpin Dap berdasar kan hadis Rasullullah ini.

GAPS bersetuju rasuah adalah satu penyakit dan ia harus diperangi. Rasuah wajar digelar sebagai najis seperti mana kerajaan pernah menganggap dadah sebagai najis.

Rasuah timbul bila ada pemberi dan penerima. Yang memberi biasa nya adalah golongan saudagar, peniaga atau mereka yang berada. Dap wajar menjalankan kempen agar golongan saudagar, peniaga dan berada tidak memberikan rasuah. Mereka adalah punca rasuah.

GAPS berpandangan majoriti besar kakitangan awam telah menjalankan tanggungjawab dan amanah mereka dengan sempurna. Menuduh kakitangan awam sebagai banyak makan rasuah adalah perbuatan khianat yang tidak boleh dimaafkan kerana ia menjatuhkan maruah kakitangan awam, keluarga mereka dan bangsa mereka.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Shah Alam
19 Dec 2012

19 December 2012

Stopa Ali Tak Yakin Anwar Boleh Menang Pilihanraya...



Stopa ali sendiri mengakui orang yang bakal di lantik menjadi perdana menteri mestilah orang yang menang bertanding dalam pilihanraya, jadi maksudnya sapa nak jadi pm kena menang bertanding pilihanraya, tak boleh ikut jalan belakang...


Pahamnya kita kat sini, stopa ali nampak tak bergitu yakin dengan kemampuan anwar untuk menang pilihanraya nanti, kalau dia yakin anwar boleh boleh menang, tentu dia kata terus, "ya kami pas mahukan anwar jadi perdana menteri" tak perlu lah cerita pasal kena menang pilihanraya du la.. itu la ini la...

Tak caya... korang tengok video nie...

Video Khas Untuk Sahabat-Sahabat Aku Yang Kerja Sebagai Penjawat Awam...

Aku tahu korang dulu pangkah pembangkang pasal tak dapat bonus hujung tahun, kalau nak di kira, nasib korang 100 kali lebih baik dari mat-mat kilang, kerani yang kerja di syarikat cina dan yang berkerja sendiri, walau pun korang tak dapat bonus dulu, sekurang-kurangnya korang boleh buat pinjaman dengan bank dengan cukup mudah, tunjuk je pay slip, bank gerenti lulus...

Staff gomen aka civil servant aka penjawat awam memang di hormati oleh rakyat malaysia, walau pun dia pembantu tadbir, janji dia kerja kerajaan orang kampung akan respect dia, tapi penjawat awam yang tak buat kerja dan makan rasuah pun ada juga, tapi itu hanya segelintir sahaja....

Pada kawan-kawan aku yang kerja gomen di putrajaya yang gila-gila sangat nak tukar kerajaan walau pun korang tak tahu kenapa korang nak tukar, aku tujukan video nie pada korang...

Minah tu namanya tipah koyak, dia tak ada apa lancau jawatan pun dalam parti pkr, dulu dia dilantik jadi ahli majlis mbpj, tapi di pecat, ada yang kata di rembat duit, tahh la aku pun dengar cerita je, ok minah nie lawyer, tapi perangai dia tak macam lawyer... dulu dia maki hamun cikgu sekolah rendah pasal berebut padang, kini dia maki penjawat awam pulak pasal tak mau convert penyokong dia yang berstatus pr jadi warga negara...

Kepada sahabat-sahabat aku yang kerja gomen, pernah ke korang kena maki dengan orang politik seteruk ini di zaman bn kuat dulu...??? aku tujukan dua video ini untuk tatapan korang, satu video cikgu sekolah kena maki dan satu lagi pegawai imigresen kena maki...



18 December 2012

Mengenali Modius Operandi Latipah Koyak & 300 Ribu Penduduk Tetap...

Ok... semua orang tau, dalam malaysia nie ada tiga jenis penduduk, 1, pendatang haram, 2, penduduk tetap, 3, warganegara, cerita pasal kononnya ada 300 ribu penduduk tetap di bangkitkan oleh pembangkang bila nak dekat pilihanraya, kenapa cerita tak di keluarkan tahun lepas, atau sejurus depa menang pilihanraya...??? ada pelik sikit kat situ.

Depa desak kerajaan luluskan segera permohonan 300 ribu penduduk tetap menjadi warga negara, senang cerita dari ic merah jadi ic biru, tapi kenapa sekarang? kenapa dekat-dekat pilihanraya depa perjuangkan isu itu...???

Menurut sumber, spr masih lagi membuka pendaftaran daftar pemilih dalam bulan ini dan dijangka siapa yang mendaftar dalam bulan ini (disember) namanya akan ada di masukan kedalam senarai daftar pemilih sekiranya pilihanraya umum di adakan selepas bulan 3...

Jadi tidak hairanlah sekiranya latipah koyak, beria-ia nakkan 300 ribu pr tu di convert jadi warganegara, supaya senang depa ambik semua nama 300 ribu orang tu untuk di daftar sebagai pengundi dan ada dari pemohon pr tu adalah penyokong mereka yang telah mereka import masuk sebaik sahaja mereka menang besar pada pru lepas...

Nampak tak permainan politik pakatan haram...

17 December 2012

Hasan Ali "PAS Di Aibkan Dan Tewas"



KENYATAAN YB DATO DR HASAN ALI MENGENAI ISU UNDANG-UNDANG KECIL MPKB

Sekali lagi PAS diuji dan buat ke sekian kalinya juga PAS diaibkan dan tewas dalam ujian tersebut.

Undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) Kerajaan Negeri Kelantan  yang melarang wanita menggunting rambut lelaki termasuk di kalangan bukan Islam di salun gunting rambut adalah dilihat mempunyai roh perundangan Islam dan secara jelasnya adalah selari dengan dasar perjuangan PAS yang diperjuangkan selama ini.

Oleh itu keputusan untuk menangguhkan perlaksanaan undang-undang tersebut termasuk membatalkan saman yang dikeluarkan adalah langkah dayus yang hanya menunjukkan kegagalan PAS mempertahankan prinsip perjuangannya yang dilaungkan selama ini.

Keputusan ini juga memperlihatkan betapa lemahnya PAS apabila berhadapan dengan desakan rakan sekutu mereka di dalam Pakatan terutamanya DAP yang tidak pernah bersetuju dengan apa sahaja undang-undang yang ada kaitannya dengan Islam. Kerajaan Negeri Kelantan yang dikuasai PAS akhirnya terpaksa tunduk dan akur dengan kemahuan DAP, PKR dan pimpinan parasit di dalam PAS yang tidak ingin melihat perlaksanaan undang-undang seperti itu bakal menjadi batu penghalang kepada perjalanan mereka ke Putrajaya. Kerana kuasa, apa juga halangan mesti dirempuh, hatta melibatkan maruah Islam.

Lalu dimanakah untungnya PAS dan di mana untungnya Islam seperti yang dilaungkan oleh pimpinan tertinggi mereka?

Sepatutnya kesempatan inilah yang perlu digunakan oleh Pas untuk mendidik masyarakat terutamanya masyarakat bukan Islam terhadap keindahan hukum Islam berdasarkan rasional dan nas yang terdapat di sebalik undang-undang kecil tersebut.

Akhirnya masyarakat dapat menyimpulkan bahawa prinsip perjuangan asal PAS untuk melaksanakan undang-undang Islam dan menegakkan Negara Islam semakin jauh ditenggelamkan oleh kerakusan dan keinginan mendalam untuk berkuasa di Putrajaya. Jika sekiranya undang-undang yang terpencil dan remeh seperti itupun tidak mampu dipertahankan, apatah lagi untuk melaksanakan hudud dan perundangan Islam yang syumul.


YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI
15 November,  2012

Bukti Terbaru, PAS & DAP Bersama Perjuangkan Pluralisme Agama...


14 December 2012

Adakah PKNS Cuba Menipu Atau Ini Juga Salah BN...?

Perhatikan gambar-gambar dibawah, projek apa yang sebenarnya pkns nak buat? projek perumahan kos tinggi atau projek perumahan kos sederhana...

Mana satu yang betul nie, projek rumah kos tinggi atau projek rumah kos sederhana...??? mungkin akan ada yang kata, dua projek dalam satu kawasan, tapi kenapa papan tanda di asingkan...???

Nampaknya hanya projek perumah kos tinggi dan kos sederhana di lakukan oleh pkns di shah alam, mana pergi projek perumahan kos rendah...???



13 December 2012

Bile Benggali OKU Berdehem, Nik Ajis Kecut Teloq...


Mesyuarat Mingguan Kerajaan Kelantan hari ini memutuskan utnuk menangguhkan penguatkuasaan syarat-syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik bukan Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata penangguhan itu yang berkuat kuasa serta-merta, diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri hari ini sehingga kajian mengenainya selesai dijalankan meski pun sebelum ini beliau berkata bahawa pelaksanaan undang-undang tersebut tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tindakan kerajaan negeri itu dipercayai setelah dikecam oleh Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilapor berkata mereka yang bukan Islam boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah dan setelah desakan Anthony Loke dari DAPSY. (Pemuda DAP).

Ditanya sama ada keputusan menangguhkan pelaksanaan penguatkuasaan itu adakaitan dengan pilihan raya umum ke-13, Takiyuddin berkata sudah pasti setiaptindakan ada kaitan dengan pilihan raya.

Pemerhati politik pula beranggapan bahawa tindakan penangguhan tersebut adalah berhubung kait dengan situasi pilihanraya umum yang dijangka berlaku bila-bila masa sahaja. Ini bukti yang amat jelas bahawa PAS amat tertekan untuk mendapatkan undi bukan Melayu terutamanya masyarakat Cina dan lebih malang sekali perkara sekecil ini pun tertakluk kepada DAP inikan pula perkara perundangan Islam yang lebih besar seperti hudud berbanding Akta PBT.

12 December 2012

Khalid Gagap Naik Angin Bila DAP Akui Pakatan Gagal Tadbir Selangor...



Ketika Pakatan Rakyat menang besar tanpa diduga di Selangor pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu menubuhkan kerajaan negeri buat pertama kalina sejak Merdeka, bermacam-macam janji manis dibuat kepada rakyat.

Pada peringkat awal, pembangkang mengatakan kerajaan negeri yang akan ditubuhkan akan berlandaskan kepada prinsip ketelusan, keadilan, kesamarataan serta menabur pelbagai lagi langkah-langkah drastik yang bakal merubah landskap politik di negeri itu.

Kononnya pentadbiran di bawah Barisan Nasional dahulunya korup, menyalahguna kuasa dan tidak memperdulikan nasib dan kebajikan rakyat, antara alasan yang diberi.

Maka Pakatan Rakyat Selangor mengambil beberapa langkah untuk menyakinkan rakyat bahawa pentadbiran mereka jauh lebih baik daripada BN.

Semasa kempen PRU ke-12 bermacam-macam gula politik di hidang kepada rakyat untuk menarik sokongan di peti undi.

Rakyat terpengaruh, BN tumbang dan Pakatan Rakyat muncul sebagai pentadbir kerajaan yang baru di Selangor.

Setelah hampir lima tahun masa berlalu, impian untuk hidup lebih selesa di bawah 'harapan baru' yang ingin di bawa oleh pembangkang kini menjadi mimpi ngeri dan igauan yang sukar di lupakan.

Daripada berpuluh-puluh janji dalam manifesto 2008, Pakatan Rakyat Selangor hanya mampu menunaikan sekitar lima peratus sahaja dan di dalam lima peratus itu yang telah dilaksanakan hanya 5 hingga 10 peratus sahaja yang sempurna.

Contohnya skim air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 hanya dinikmati oleh kediaman yang bermeter  individu manakala lebih 300,000 kediaman pangsapuri sehingga kini hanya mampu mengigit jari kempunan.

Begitu juga dengan janji perumahan rakyat tidak ditunaikan setelah lima tahun memerintah.

Malah apa ang berlaku ialah penjualan secara besar-besaran aset milik kerajaan negeri yang hakikatnya adalah amanah yang dipegenag bagi pihak rakyat.

Bangunan-bangunan milik PKNS mahu dijual, juga termasuk beberapa hartanah kepunyaan Yayasan Selangor ang sudah berpindah milik.

Syarikat milik penuh kerajaan negeri juga akan dipindah milik kepada kroni pemimpin Pakatan Rakyat.

Malah lebih menyedihkan Universiti Selangor juga tidak terlepas daripada kerakusan dan ketamakan pemimpin Pakatan Rakyat yang telah mengosongkan universiti itu daripada memiliki sebarang aset yang telah dibina di bawah pentadbiran BN sebelum ini.

Mungkin setelah melihat kepincangan dahsyat yang berlaku, ADUN DAP dari Sungai Pinang yang juga merupakan Speaker Dewan Undangan Selangor telah mula mempertikaikan sejauh mana keikhlasan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PKR untuk membawa perubahan kepada pentadbiran negeri.

Sehingga kini kata Teng, Pakatan Rakyat telah gagal mereformasi institusi Dewan Negeri sebagaimana yanbg dahulunya dijanjikan.

Memang awalnya gendang dipalu dengan hebatnya apabila Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (Selcat) ditubuhkan kononnya inilah permulaan era baru baru di bawah Pakatan Rakyat.

Sasaran pertama Selcat ialah membawa Badan Amal Kebajikan Isteri Selangor atau Balkis untuk disoalsiasat atas dakwaan penyelewengan dana.

Tindakan itu lebih bersifat politik untuk mencari kesalahan BN daripada mencari kebenaran, namun setelah beberapa kali Selcat bersidang, kini jawatankuasa tersebut telah menjadi gajah putih tanpa sebarang fungsi yang berkesan.

Segala penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin PKR, Pas dan Dap hanya disoalsiasat sekadar melepaskan batuk di tangga seperti kes aktiviti perlombongan pasir haram membabitkan Ketua Penerangan PKR Selangor, Mat Shuhaimi Shafiei yang sehingga kini didiamkan.

Teng juga mengatakan jika wujud indeks untuk menyelia keberkesanan pelaksanaan perubahan yang dicadangkan kepada DNS, sudah tentu Pakatan Rakyat akan mendapat markah yang corot dan gagal.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan Dap Selangor tidak boleh dipandang ringan kerana ia menggambarkan keadaan sebenar apa yang telah dan sedang berlaku di negeri itu.

Realitinya pembangkang hanya berminat untuk berbuat apa sahaja janji yang sedap didengar asalkan mereka boleh mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka.

Setelah mendapat mandat rakyat selepas berjaya menjual air liur politik mereka, pembangkang hanya memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan selain mula membina empayar bisnes keluarga dan kroni masing-masing.

Kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bertanya ke mana perginya janji untuk melaksanakan skim gaji minima RM1,500 sebulan.

Pakatan Rakyat juga menjanjikan setiap rakyat Selangor akan menikmati gaji minima RM500 tetapi apa yang telah dilakukan untuk menunaikan janji tersebut?

Begitu juga dengan ibu mengandung, adakah mereka mampu menikmati tempoh cuti bersalin 90 hari seperti ang dijanjikan?

Sekiranya mampu bercakap, bay-bayi yang dilahirkan akan bertanya mengapa setakat 16 April 2010 hanya 300 daripada mereka sahaja yang mendapat kemudahan RM100 seorang dari Tabung Wawasan Anak Selangor (Tawas)?

Di mana janji bantuan elaun RM75 sebulan bagi setiap kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak? 

Di mana janji bantuan RM50 seorang kanak-kanak bagi pendidikan pra sekolah di Selangor?

Apakah untung nasib golongan emas dan ibu janji yang sehingga kini masih menagih janji bantuan kerajaan negeri Pakatan Rakyat?

Rakyat dijanjikan penurunan cukai pintu antara 20 hingga 25 peratus tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana cukai pintu telah dinaikkan.

Rakyat Selangor mempunyai seribu satu persoalan mengapa pembangkang yang dipilih pada 2008 untuk menggantikan BN bukanlah sehebat mana yang dicanang di corong-corong suara semasa kempen dahulu.

PRU 13 kini menjelang tiba dan masih belum terlambat untuk membuat keputusan yang tepat pada kali ini.

Kenapa Guan Eng Melompat Bila Najib Nak Bina 20 Ribu Rumah Mampu Milik Di Penang...



Lim Guan Eng anak kesayangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang rupanya tidak senang duduk apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berjanji untuk membantu merealisasikan impian penduduk Pulau Pinang yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah mampu milik.

Ternyata janji PM untuk menyediakan 20,000 unit rumah mampu milik melalui program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) memberi kesan yang agak mendalam sehinggakan memaksa Ketua menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP itu bingkas bangun dan melatah mempertikaikannya.

Menurut Guan Eng, tiada sebab untuk pengundi Pulau Pinang teruja dengan janji tersebut memandangkan soal pembinaan dan penyediaan rumah sememangnya sudah menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat yang diterajui BN.

Tapi pemimpin DAP itu lupa, isu perumahan bukannya terpikul di bahu Kerajaan Pusat semata-mata sebaliknya tanggungjawab sebenar menyelesaikan kemudahan perumahan untuk rakyat sepatutnya menjadi prioriti utama Kerajaan Negeri pimpinannnya lebih-lebih lagi bila memperkatakan keperluan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Dengan adanya PR1MA, golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang bergaji sekitar RM2,500 hingga RM7,500 sebulan atau kombinasi gaji bersama suami dan isteri dalam lingkungan tersebut akan berpeluang memiliki rumah sendiri yang berharga antara RM100,000 hingga RM400,000 yang lebih selesa.

Malah lebih menarik lagi jika harga pasaran sesebuah rumah itu nilainya mencecah RM500,000 namun melalui PR1MA harga yang ditawarkan jauh lebih rendah, hanya sekitar RM300,000 atau lebih sedikit.

Ini baru betul dan kena caranya membantu meringankan beban rakyat dan bukannya mengikut kaedah sekarang yang diamalkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang yang hanya mendahulukan kehendak pemaju perumahan yang hanya memfokuskan selera orang-orang kaya sahaja.

Hatta perumahan kos rendah untuk rakyat marhaen pun langsung tidak mendapat perhatian Kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir oleh Ketua Menteri yang berkiblatkan Singapura itu.

Mujur jugalah Kerajaan Pusat prihatin dengan permasalahan rakyat, dengan demikian ada jugalah sekurang-kurangnya 70 Projek Perumahan rakyat (PPR). 

Tapi biasalah, sudah adat DAP selaku parti pembangkang di peringkat Pusat untuk mempertikaikan apa sahaja idea dan projek pembangunan yang dibawa oleh Kerajaan Pusat pimpinan BN. 

Sementelah lagi bila mana Kerajaan Pusat tampil memenuhi impian golongan pendapatan rendah dan sederhana, jadi tentulah Guan Eng sukar untuk menutup kerisauaannya takut kehilangan undi golongan tersebut kelak.

Nak diharapkan kerajaan DAP Pulau Pinang membantu pelbagai golongan rakyat ini semua, jenuhlah menunggunya. Tunggu kucing tumbuh tanduk pun takkan kelihatan walau satupun projek perumahan mampu milik untuk golongan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Anwar Mesra Israel...


Jenice Lee Rembat Duit Warga Emas... Cilaka Punya Betina...



Bekas ahli DAP, Tan Kim Swee menolak penafian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Teratai Jenice Lee yang kononnya tidak mengambil tiket konsert anjuran Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan (Thean Hou Temple) bernilai RM13,500.

Malah Tan juga mempersoalkan, jika Adun Teratai itu tidak mengambil tiket berkenaan bagaimana ahli DAP boleh hadir sebagai tetamu dan menikmati jamuan makan malam yang disediakan.   

"Kalau dia (Jenice) kata tak ambil tapi ahli DAP sudah masuk duduk di 18 meja, semua sudah makan pada waktu itu," ujar beliau ketika dihubungi Antarapos.

Ketika ditanya mengenai tiket-tiket itu diserahkan kepada persatuan lain, Tan bagaimanapun tidak tahu-menahu mengenai perkara berkenaan dan hanya mahu wang perbelanjaan itu dikembalikan berikutan beliau terpaksa berhutang dengan pihak lain untuk menyelesaikan kos penganjuran konsert tersebut.

"Itu kita tak tahu sebab dah 10 bulan hal ini berlaku, saya pun tak tahu nak cakap apa. Saya cuma minta RM3,800 pun dia tak mahu bayar dan terima cerita saya. Kenapa mereka ingat mereka pegawai dan wakil rakyat tak nak dengar apa saya cakap?

"Takkan saya mahu rugi sampai RM10,000, saya buat konsert satu meja RM398 dan ada 18 meja. Saya orang tua 70 tahun dan sudah mahu mati, bagi pulang duit saya sikit pun tak apa," katanya.

Tambah Tan lagi, beliau tidak gentar jika Jenice mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

"Dia nak buat apa dia buatlah, saya tak tahu sebab perkara ini dah diserahkan kepada pihak polis. Saya minta dia cakap baik-baik, dia tak layan kami. Dia ingat kami orang bodoh ke?

"Kalau dia nak saman saya, silakan saya boleh naik mahkamah. Kalau betul dia tak ambil tiket itu tak apa, saya serahkan tiket itu kepada setiausaha beliau. Tapi kita tak tahu samada dia ambil atau tidak, kita pun tak nak tahu. Kita mahu tahu wang untuk bayaran meja itu saja.

11 December 2012

Adik Nik Ajis Sudah Hampir KO...



Khabarnya adik Nik Aziz, Nik Razi Nik Mat sedang bergelut dengan penyakit yang dihidapi selama ini tidak termasuk sakit tua.

Ada sumber rapat mengatakan bahawa "model jus doa" ini sakit tenat sejurus beliau doakan kehancuran UMNO dan BN.

Ada sumber mengatakan beliau tertekan dengan isu doa yang diimamkan olehnya dalam stadium Kota Bharu ketika Muktamar Pas berlansung. Sejauh mena benarnya cerita ini MI masih menunggu laporan bergambar dari rakan-rakan MI di Kelantan.

10 December 2012

Inilah Punca Kenapa Berlaku Ribut Petir Di Selangor Malam Sabtu Lepas...




Sebagai seorang politikus, nilai ini merupakan intipati kepada wataknya sebagai seorang individu yang membayangi karektor yang lain seperti mementingkan diri sendiri, suka berbohong dan berasa dirinya suci dan tidak berdosa.

Apabila berdepan dengan dua tuduhan meliwat dalam tempoh jangkamasa 10 tahun, beliau merasakan dirinya maksum daripada jenayah tersebut lantas menyalahkan musuh-musuh politik berkonspirasi untuk menjatuhkannya.

Apabila disiar video seks 'chinadoll', Ketua Pembangkang itu dengan muka seposen menafikan bahawa ini adalah satu lagi usaha jahat musuh politiknya khususnya UMNO.

Tatkala Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan yang secara tidak langsung menyerang Islam berhubung kebebasan beragama bagi orang Melayu, beliau mempertahankan pendirian anaknya itu.

Sekali lagi yang menjadi sasaran serangannya ialah UMNO dan yang menerima tempias saman Nurul Izzah ialah akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia.

Begitu juga ketika dipetik oleh akhbar asing berkaitan kenyataannya yang menyokong keselamatan negara haram Yahudi bernama Israel, Anwar dengan cepat menyalahkan akhbar arus perdana kononnya merancang memutarbelitkan apa yang dikatakan.

Tidak cukup dengan itu, apabila media sekali lagi menyiarkan petikan kenyataan Anwar yang  menyokong budaya dan amalan LBGT serta menyifatkan undang-undang berkenaan jenayah liwat sudah ketinggalan zaman atau 'archaic', beliau cuba memberi penjelasan yang berbelit-belit seperti juga lidahnya.

Di dalam ucapannya di London, Anwar secara terang menyokong konsep pluralisme agama iaitu dengan meletakkan kedudukan Islam setaraf dengan agama-agama lain.

Ini pun beliau nafikan dengan mengatakan apa ang dimaksudkan bukanlah seperti mana laporan pihak media.

Sekali lagi dakwanya, semua ini adalah komplot UMNO untuk menghalang beliau mara dalam politik untuk menjadi Perdana Menteri.

Kini topeng pluralisme yang dipakai oleh Anwar tidak boleh diselindungkan lagi.

Anwar telah menelanjangkan dirinya sebagai bapa fahaman pluralisme di Malaysia apabila menjemput sahabat karibnya, BJ Habibie berkunjung ke Malaysia beberapa hari lalu kerana kedua-duanya berkongsi pandangan yang sama.

Lawatan bekas Presiden Indonesia yang pertama era pasca Suharto ini bukan kunjungan biasa antara dua sahabat tetapi diselit misi dan agenda yang lebih daripada itu.

Pada ceramahnya di Universiti Selangor (Unisel) Khamis lalu, Habibie telah mendedahkan agenda lawatannya ke negara ini apabila meminta masyarakat Islam khususnya menyokong fahaman pluralisme.

Dalam program pidato anjuran universiti milik kerajaan negeri Selangor itu yanbg berjudul “Habibie Dan Transisi Indonesia Ke Demokrasi”, mantan presiden itu mempertahankan budaya pluralisme yang didakwanya menjadi sebahagian daripada kekuatan sesebuah negara.

Beliau memberi hujah bahawa Indonesia dan Malaysia mempunyai corak budaya sama dan menggesa kepelbagaian ini wajar dipertahankan.

Sememangnya kedua-dua negara adalah dalam rumpun kemelayuan yang sama tetapi mempunyai pendekatan politik yang berbeza.

Jika Indonesia menerima pakai prinsip-prinsip Pancasila sebagai panduan kenegaraannya, Malaysia pula berpegang kepada prinsip-prinsip Rukunegara.

Indonesia tidak meletakkan Islam sebagai agama yang tertinggi di negara itu walaupun ia berbangga sebagai negara yang mempunyai umat Islam teramai di dunia.

Hal ini berbeza di negara ini di mana Islam adalah agama persekutuan dan takrif kemelayuan seseorang dilingakari dengan keintimannya dengan Islam.

Di Malaysia tanpa keimanan kepada Islam, seseorang itu tidak boleh menyatakan dirinya Melayu malah gugur keabsahannya menjadi anggota keluarga besar bangsa itu.

Setelah dikritik keras oleh golongan ulama dan cendikiawan Islam di negara ini, Anwar tidak lagi berani menyuarakan pendapatnya mengenai pluralisme.

Namun keghairahannya untuk terus menyebarluas fahaman songsang ini terus membara di jiwa sehingga terpaksa menyeret kawan baiknya untuk bercakap bagi pihaknya.

Sebab itu Anwar dilabel sebagai sesumpah politik oleh Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak kerana sikapnya yang hipokrit dan suka bermuka-muka.

Di depan umat Islam di negara ini, Anwar menunjukkan wajah Islam yang sebenarnya adalah palsu tetapi jejak sahaja kakinya di Washington atau London, barulah topeng yang mendedahkan pendirian yang menyokong Israel, LBGT, liberalisme termasuk pluralisme terdedah.

Mengapa Anwar memilih Habibie untuk bercakap mengenai pluralisme di Malaysia?

Perlu diingatkan pemerintahan Suharto selama lbih tiga dekad tumbang seiring dengan gerakan reformasi jalanan yang diterajui oleh Anwar.

Suharto berjaya dijatuhkan dalam gerakan reformasi yang sama di Indonesia dan diganti oleh Habibie namun reformasi Anwar gagal untuk menurunkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika era Habibie, Indonesia kehilangan wilayah Timur Timur yang dipisahkan menjadi sebuah negara merdeka dipanggil Timor Leste.

Meletakkan Habibie adalah agenda yang terancang oleh pihak Zionis-Yahudi yang ingin memecahbelahkan negara Islam terbesar itu.

Anwar juga ingin diangkat sebagai pemimpin di Malaysia oleh golongan anti-Islam yang sama tetapi berkat kekuatan UMNO dan kepimpinan Dr Mahathir, negara berjaya diselamatkan daripada terjerumus ke dalam kancah kemusnahan.

09 December 2012

06 December 2012

Fitnah Adalah Makanan Ruji Bagi Nurul Izzah...



Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR, Nurul Izzah menimbulkan isu kononnya Masjid Ar-Rahman di Universiti Malaya (UM) telah dipaksa tutup oleh Kerajaan Pusat atas sebab politik.

Melihat gaya propaganda PKR berhubung isu ini nampak jalan ceritanya seolah-olah Masjid Ar-Rahman akan ditutup untuk selama-lamanya. Fitnah sebegini semacam dah jadi darah daging anak beranak Anwar Ibrahim agaknya.

Untuk sensasikan lagi cerita maka dicanangkan kepada umum konon arahan penutupan masjid itu datangnya dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan demikian dapatlah diburukkan imej Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Walhal kisah sebenarnya, Masjid Ar-Rahman di UM ini hanya akan ditutup sementara sahaja bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dilaksanakan.

Notis penutupan sementara itu pula datangnya dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk melicinkan proses membaiki kebocoran bumbung, kerosakan pendawaian dan kerosakan paip air yang berlaku di masjid tersebut.

Disamping itu dalam tempoh penutupan sementara ini, tumpuan turut diberikan untuk menyelsaikan masalah limpahan air di sekitar kawasan masjid tatkala hujan lebat. Semua langkah ini jelas bermaksud untuk menjamin keselesaan para jemaah di masa akan datang.

Arahan rasmi dari JAWI itu telahpun dikeluarkan pada 20 November 2012 dan berkuatkuasa pada 1 Disember 2012 sehinggalah jangkaan semua proses baik pulih ini akan selesai sekitar akhir Jun 2013.

Sementara menantikan semua kerja-kerja baik pulih diselesaikan, pihak JAWI menyarankan semua ahli kariah dan jemaah menunaikan solat di masjid-masjid berhampiran.

Misalnya di Masjid Tun Rahah Bangsar Village, Masjid Ikhlasiah Kg. Kerinchi, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq Jalan Ara Bangsar, Masjid Negara, Surau Jumaat Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan Surau Jumaat Muhammadi Angkasapuri.

Pendek kata, tiada masalah sebenarnya, sebaliknya anak perempuan kepada Ketua Umum PKR itu sahaja menimbulkan polemik untuk kepentingan politik songsang parti anak beranak yang diwakilinya.

Lebih-lebih lagi selama ini imej Nurul Izzah hanya dekat dengan gereja sahaja, termasuklah yang terbaru menyertai forum dalam Gereja Full Gospel Tabernacle, USJ, Selangor yang baru-baru ini kecoh dengan perakuan Naib Presiden PKR itu yang mahu kebebasan agama turut merangkumi orang Melayu Islam.

Mahu tak mahu, untuk naikkan semula saham politiknya dikalangan orang Melayu Islam maka terpaksalah mempolemikkan isu masjid pula, hatta walau terpaksa melakukan fitnah sekalipun demi kepentingan politik peribadi.

Akhirnya jadilah ibarat tolong 'meruntuhkan' masjid apabila sengaja mencetuskan kesangsian dikalangan orang ramai dengan memesongkan fakta konon Masjid Ar-Rahman akan ditutup selamanya oleh Kerajaan Pusat.

Ini Akan Berlaku Kalau Pakatan Tak Dapat Tawan Putrajaya...



Pergaduhan yang berlaku di Batu 9, Gombak Utara sebenarnya memperlihatkan dengan jelas betapa budaya ganas sudah agak sinonim dengan gerombolan penyokong pakatan pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim.

Jika tidak kerana penyokong gerombolan PR yang bukan anak tempatan memulakan acara membaling batu pastinya tiada individu dari kedua-dua belah pihak yang cedera sampai berdarah-darah.

Alasan PR kononnya keganasan dimulakan oleh penyokong BN sukar untuk diterima, lebih-lebih lagi ramai sedia maklum sejak dulu hingga sekarang bab-bab mengganas ini biasanya sinonim dengan penyokong PR yang terkenal dengan pembawaan panas baran dan akal pendek.

Untuk sembunyikan kebenaran sambil meraih simpati umum, maka ditayangkanlah gambar seorang penyokongnya yang berdarah dilengan kemudian dipaparkan sehelai baju kuning berlogo PKR, DAP dan PAS. 

Geng mereka yang memulakan balingan batu dan objek keras yang lain disembunyikan dari pengetahuan umum. Propaganda politik yang bijak untuk seketika cuma.

Ini mengingatkan kita kepada watak Bob Samurai, seorang penyokong PR yang kononnya cedera dilibas dengan pedang samurai semasa PRK Bagan Pinang.

Yang buat kecoh dan memulakan pergeseran ialah para penyokong PR, bila rakyat tempatan naik marah serta mula bertindakbalas maka disensasikan cerita konon lelaki bernama Bob itu cedera dilibas dengan pedang samurai oleh penyokong UMNO.

Bila disiasat rupanya kesan hirisan pada baju Bob hanyalah rekaan, luka sebenar langsung tak kelihatan, kecuali yang nampak kesan darah yang sengaja dibuat-buat untuk memantapkan propaganda bagi meraih simpati menjelang tarikh pengundian pilihanraya kecil itu sahaja.

Adakah propaganda tersebut berjaya? Tentu sahaja tidak, kerana sedari awal rakyat majoriti tahu segalanya hanya berlaku mengikut skrip garapan yang dikehendaki Anwar, dek kerana itu majoriti pengundi nekad menolak PR semasa PRK Bagan Pinang itu.

Pernahkan dikalangan kita terfikir sejenak dan bertanya pada diri sendiri kenapa senario politik negara sejak 1998 hingga sekarang senantiasa saja panas membara berbanding suasana politik sebelum September 1998?

Jawapan sebenarnya mudah, segala-galanya mempunyai kaitan langsung dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang sekian ramai sudah ketahui watak dan pembawaannya lebih mendahulukan kepentingan peribadi berbanding hak orang ramai.

Lihat sajalah kekecohan yang dicetuskan oleh penyokongnya sewaktu zaman gelap reformasi terlepas kerusi Timbalan Perdana Menteri sekitar 1998 hingga 2000, terutama sekali melalui demonstrasi jalanan di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Habis jahanam pelbagai harta benda awam malah ketenteraman orang ramai pun tergugat dek kerana betapa liarnya penyokong Anwar yang dirasuk syaitan berhimpun sana sini dan mengamuk sakan seolah-olah negara ini bapak Anwar yang punya.

Sampaikan bangunan UMNO di PWTC pun diserbunya, habis kaca pintu pecah bertaburan. Itu semua hasil kelakuan siapa? Penyokong Anwar. Ganas dan zalim sudah jadi budaya mereka. Bapak borek anak rintik.

Sebelum kerasukan reformasi itu rakyat dapat hidup aman damai dek kerana kurangnya penghasut seperti Anwar, orang ramai walau berbeza parti jarang sangat berhimpun tunjuk kekuatan di atas jalanraya atau berbalah sakan sampai tak ingat dunia.

Lama sebelum itu sekitar tahun 70-an, Anwar dan penyokongnya juga yang bikin hiruk piruk hingga membawa kepada demonstrasi ganas para pelajar selepas dihasut dengan cerita bohong oleh Anwar kononnya penduduk di Baling, Kedah mati kelaparan.

Namun bila Anwar berada dalam Kerajaan barisan Nasional, semuanya aman tenteram dek kerana nafsunya untuk menikmati kerusi empuk sebagai pemimpin negara tercapai.

Kecuali semasa ke Memali di Baling pada pertengahan 1980-an yang terjadi dek kerana amukan sekumpulan pengikut PAS yang kemaruk nak mati syahid untuk menegakkan negara Islam ala PAS, tapi lebih 20 tahun kemudiannya Allah s.w.t tunjukkan musibat seorang pemimpin apabila Presiden PAS, Hadi Awang mengakui negara Islam tidak wujud pun dalam Al-Quran.

Dan untuk tambah sedikit lagi input para pembaca semua, cuba tanya pada diri sendiri siapakah yang berarak di Bandaraya KL berbaju kuning kemudian melanggar arahan polis termasuklah merempuh hadangan di KLCC dan Dataran Merdeka? Itulah pengikut Anwar dan penyokong PR.

Yang membaling objek dan kon keselamatan sehingga kenderaan polis hilang kawalan juga dilakukan oleh penyokong Anwar dan PR. Yang memijak-mijak bumbung kemudian menterbalikkan kenderaan polis juga penyokong Anwar dan PR.

Semua kelakuan biadap, ganas dan zalim ini sudah lama dibiarkan tanpa tindakan sewajarnya, hinggakan semakin ramai orang kian mual dan menyampah dengan pembawaan politik PR yang diluar tabie. 

Jadinya, janganlah pelik apabila tiba hari penentuan PRU 13 nanti rakyat ramai bersuara tegas menolak PR dan Anwar, sebagaimana mereka tekad menolak propaganda murahan yang PR lakukan semasa PRK Bagan Pinang.

Kuitpan Hasil Pasir Dari 2009 Hingga 2011 Hanya RM 32.5 Juta Je..???


Rakyat sepang tengok tiap-tiap hari lori pasir keluar masuk, bawak bertan-tan pasir, korek punya korek sampaikan sepang yang selama nie tak pernah banjir, tahun nie mengalami banjir yang amat teruk, bila di kaji kenapa, jawpannya kerana sungai makin cetek akibat kelodak di sebabkan kerja-kerja mengorek pasir...

Bukan setakat di sepang, di kawasan puchong pun menerima musibah juga, akibat hakisan dari kerja-kerja melombong pasir, sebuah jambatan di kampung pulau meranti runtuh... semuanya akibat pengorekan pasir yang tidak terurus dan terkawal...

Korek punya korek sampai sepang banjir dan jambatan runtuh, kutipan hasil pasir hanya mampu di collect oleh kerajaan selangor hanyalah rm 32.5 juta, ingat... 32.5 juta tu bukan hasil kutipan tahun 2012, tapi hasil kutipan dari tahun 2009 hingga 2011...


Apa dah jadi dengan janji-janji kata nak collect hasil pasir rm 150 juta setahun yang khalid kata masa sidang dun 2009 dulu...???


Gambar bawah: Jambatan Pulau Meranti di Puchong yang runtuh akibat hakisan kerana aktiviti mengorek pasir yang tidak dikawal...


05 December 2012

"Anwar Pening" Rupanya Najib Tak Pinggirkan Rakyat Sabah



Pada tahun 2006, SKMM telah melaksanakan perkhidmatan telefon melalui kerjasama dengan tiga pemberi perkhidmatan iaitu Telekom Malaysia, Celcom dan TT Dot Com. Sebanyak 22 lokasi telah dikenalpasti dengan kos pelaksanaan sebanyak RM135 juta. 

Seterusnya, sebanyak 20 Pusat Internet 1Malaysia telah dibangunkan. Pihak TM dan Celcom telah dilantik bagi menjalankan projek ini dan ia telah siap pada tahun 2009 dan dari segi infrastruktur jalur lebar, lebih kurang 108 ribu port ADSL telah disediakan oleh pemberi perkhidmatan bagi perkhidmatan jalur lebar talian tetap. Ini disokong oleh liputan jalur lebar tanpa wayar dan WiMAX. Sehingga 2009, liputan 3G adalah 59 peratus liputan di kawasan berpenduduk dan WiMAX 19 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Usaha-usaha yang dilaksanakan sebelum ini telah ditingkatkan pada 2010. Pada Mac 2010, Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) telah dilancarkan dengan pelbagai inisiatif baru di seluruh negara termasuk di negeri Sabah. Antara inisiatif tersebuat adalah Kampung Tanpa Wayar (KTW), Pusat Internet 1Malaysia di Pejabat Penerangan terpilih, pembinaan menara Time 3dan pemberian komputer 1Malaysia.

Bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan pelajar sekolah, program pemberian komputer 1Malaysia telah diwujudkan. Setakat 2011, lebih 100 ribu unit komputer netbook telah diedarkan kepada penerima-penerima terpilih. Komputer netbook ini juga dipakejkan bersama dengan langganan jalur lebar mampu milik melalui kerjasama dengan penyedia perkhidmatan terlibat. Kos bagi program ini sepanjang 2010-2011 hampir mencecah RM100 juta.

Berdasarkan kepada peruntukan yang telah disediakan, Sabah mempunyai peruntukan yang tinggi berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. 

Perhatikan Wajah Ini Betul-Betul...


Cuba korang tengok bertapa keruhnya wajah nurul izzah yang satu masa dulu memang cukup comel dan cun melecun, lain macam je muka dia, ini bukan aku yang kata, tapi berberapa orang facebooker pro pakatan yang kata, muka nurul izzah nampak lain macam sekali...

Adakah ini bala Allah atas kenyataan yang membenarkan orang melayu murtad...? 

04 December 2012

Tak Boleh Tahan... VIDEO Deepak Sahkan Konspirasi Itu




Memang ada konspirasi antara anwar dan sivarasah untuk burukan najib, senjata anwar dah makan tuan...

Deepak... Senjata Pakatan Dah Makan Tuan.



Semalam, Blog MIK memulakan kisah akan terbongkar kebenaran siapakah punya angkara mahu menjahanamkan nama baik Najib dan Rosmah sewaktu berlangsungnya Persidangan Agung UMNO 2012..., klik sini.

Saudagar permaidani bernama Deepak Jaikishan sememangnya mengenali Datin Paduka Rosmah Mansor kerana pernah berurusan sebagai pelanggan yang ada membeli barangan jualan Deepak. Malah mereka berurusan semenjak dari waktu Datuk Sri Najib masih belum lagi berjawatan Timbalan Perdana Menteri.

Adat resam berniaga, ada kala diatas..., ada kala menerima ujian getir mengalami kemerosotan sehingga membawa padah mendepani kegagalan menjurus kepada kebangkrapan.

Begitulah juga nasib yang dirundung Deepak Jaikishan turut sama menghadapi masalah perniagaan dan hutang ratusan juta RM terpalit dengan Kuwait Finance House[KFH]. Pihak KFH telah menghentikan kemudahan pinjaman kepada Deepak setelah didapati pinjaman yang diluluskan sebelum itu ada unsur penipuan...!

Menurut semakan pihak KFH penipuan meluluskan pinjaman kepada Deepak turut melibatkan salah seorang Pegawai berjawatan besar dalam KFH yang memberikan kelulusan tersebut. KFH bertindak memindahkan [transfer] Pegawai tersebut dan seorang Pegawai baru ditugaskan mengambil alih tempatnya. Ini sebagai proses memudahkan pihak KFH melakukan siasatan yang lebih rapi dan teliti...

03 December 2012

Tun Mahathir Bakal Jadi Presiden PPP

Tun mahathir menjadi tetamu kehormat di persidangan agung tahunan ppp di pwtc, semalam, dalam ucapan presiden ppp m.kayveas berkata, orang india khususnya dalam ppp amat menghormati tun mahathir, tun banyak membantu kaum india memperkukuhkan ekonomi mereka, sekirannya di beri peluang, ppp nak jadikan tun mahathir presiden ppp... sambil di sambut dengan tepukan gemuruh dari perwakilan...


Nik Ajis Masuk ICU Kerana Video Nie...




Hemmm.... lepas nie apa pulak puak-puak pas nak fitnah fathul bari...

02 December 2012

Update PAU 2012: Anwar Goyang, 1Malaysia Tolak Fitnah Pembangkang. BN Yakin Menang Majoriti Dua Pertiga

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) yakin akan memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib yang juga pengerusi BN berkata BN dan gagasan yang memerintah dengan Umno sebagai tonggak utama, akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu.

Najib menyuarakan keyakinan bahawa momentum dan semangat parti yang terhasil daripada perhimpunan itu akan dapat dikekalkan sehingga pilihan raya umum.

"Momentum adalah baik dan saya pasti, saya amat yakin bahawa mereka (perwakilan Umno) akan membawa pulang semangat perhimpunan ini...mood perhimpunan keseluruhannya amat bertenaga," katanya dan menambah Umno sedia untuk 'berperang'.




01 December 2012

GILER...Nik Ajis Kata Nabi Muhammad Pengkhianat Bangsa...

Dulu nik ajis kata, Nabi Muhammad sama seperti macam mat-mat di kampung, kini nik ajis kata pulak, Nabi Muhammad pengkhianat bangsa, perghh... nik ajis lebih teruk dari syiah...

Sikap Keterbukaan Presiden UMNO Tidak Ada Pada Pemimpin Lain. Zahid Hamidi