Operasi 'Sabah Nak Hilang', Anwar Cuba Cetus Huru-Hara


Ketua pembangkang Anwar Ibrahim kini dilihat semakin terdesak, semata-mata untuk memastikan impiannya menjadi perdana menteri tercapai apabila sanggup melakukan dan menghalalkan apa sahaja tindakan sehingga menyemai sentimen kebencian malah menghasut penyokong pakatan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.

Ketika menghadiri satu siri ceramah mereka di Seremban baru-baru ini, penulis terkejut dan tidak sama sekali menyangka bahawa Anwar telah menyalahtafsirkan buku hasil karya terbaru Profesor Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi yang bertajuk 'Kebangkitan Rakyat' sebagai rujukan menghalalkan penentangan rakyat terhadap kerajaan.

Ucapan pemimpin ‘anugerah tuhan’ (gelaran yang dikurniakan oleh isteri tercinta) itu seolah-olah mempunyai "agenda tersembunyi" dengan cuba "mengekploitasikan" karya tersebut. Rakyat diajak untuk menerima tafsiran jijik yang dibuat Anwar bahawa kebangkitan rakyat menetang kerajaan adalah merupakan satu perkara yang dibenarkan Islam.

Hujah yang disandarkan kepada ulama Islam tersohor itu telah dilacurkan oleh Anwar bagi untuk menyakinkan rakyat, kononnya tindakan mereka bukanlah perkara yang keji malah merupakan sesuatu yang dibenarkan oleh Islam. Sedangkan di masa yang sama Anwar gagal menerangkan secara keseluruhan pandangan ulama tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan kebangkitan rakyat, jenis pemerintahan yang bagaimana perlu ditolak, dalil apa yang perlu diguna pakai dan sebagainya?

Walhal secara rational dan warasnya senario di ‘arab spring’ amat berlainan sekali jika hendak dibandingkan dengan negara ini. Setiap perbandingan yang dilakukan hendaklah dilakukan secara adil dan menyeluruh ‘apple-to-apple comparison’. Apakah dikira adil sekiranya kita membandingkan antara kancil dengan gajah? Malah di dalam Islam sendiri mentafsirkan pengertian adil itu membawa maksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Di dalam disiplin pengajian ilmu sebagai contoh, kita dituntut agar memahami sesuatu perkara itu secara keseluruhan dan bukan hanya mencedok setengah dan meninggalkan yang lain. Malah pepatah Inggeris juga ada menyebut ‘don’t judge a book by its cover’ yang membawa maksud penilaian sesuatu buku hendaklah dibuat secara menyeluruh dan memahami apa maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis.

Dalam ucapan tersebut, Anwar dilihat sudah berkira-kira bahawa mereka akan tewas dan mustahil untuk mengekalkan momentum seperti yang diperolehi di dalam PRU12. Tambahan pula masih banyak lagi perkara yang terkandung di dalam ‘manifesto bukan janji’ yang dibentangkan pada 2008 lalu, gagal dilaksanakan sehingga kini.

Maka dengan semua insiden yang berlaku di dalam negara seperti nyanyian ‘Sabah Nak Hilang’, perjumpaan dengan Nur Misuari, pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, kenyataan-kenyataan bersifat provokasi dan sebagainya adalah antara faktor penting yang perlu diberi perhatian serius.

Malah mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad turut menggesa pelbagai pihak agar memandang serius ugutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, yang berhasrat untuk menjadikan Kuala Lumpur seperti Dataran Tahrir sekiranya gagal dalam percubaan untuk menjadi Perdana Menteri.

Memetik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang turut mendedahkan, perancangan jahat pembangkang untuk menimbulkan huru-hara pada hari pengundian seterusnya meletakkan kesalahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk dijadikan sebagai korban kambing hitam 

Menurut Timbalan Perdana Menteri, huru-hara merupakan sebahagian daripada perancangan jahat pembangkang untuk menawan Putrajaya selepas tidak lagi yakin rakyat akan memilih mereka kerana gelombang sokongan kini jelas berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Jelas Muhyiddin, pendedahan itu bukan dakwaan semata-mata kerana beliau sendiri telah melihat beberapa dokumen daripada sumber yang boleh dipercayai bahawa Anwar dan parti pembangkang mempunyai niat tidak baik untuk mencetuskan kekacauan pada hari pengundian kelak.

Comments

Anonymous said…
http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130313/lu_04/Esmail-Kiram-II-mahu-penjelasan

kat sini apa yang di janjikan pm kita????

dan lagi jgn tingai solat wajib ok... dosa besaq.

zul kulim
Anonymous said…
KALAU BENAR INI YANG DILAKUKAN OLEH ANWAR DALAM CERAMAH-CERAMAH DIA, JADI APA KDN, PDRM SEPATUTNYA BUAT? APA GUNA PEGAWAI2 CAWAGAN KHASYANG BERTUGAS MENGHADIRI CERAMAH2 ANWAR DAN MEREKODKANNYA? APA TAFSIRAN YANG TELAH DIJALANKAN? KALAU SETAKAT MELAPURKAN SAHAJA, DAN LAPORAN DIBAKUL SAMPAHKAN DAN HABIS KAT SITU, SEHINGGALAH KESAN KEMUDIAN AKAN BERLAKU BARULAH KDN DAN PDRM HENDAK BERTINDAK. MKN JUGA SUDAH TIDAK ADA TARING LAGI KERANA TIDAK BERFUNGSI. KENAPELAH NBERLAKU MACAM NI?
Anonymous said…
tanya pada mat sabu siapa peliwat terbilang
tentu jawab mat sabu nwar dalam syarahan
tanya pada karpal siapa moralnya hilang
tentu jawab karpal nwar dalam perkataan

tanya pada azizah siapa anugerah tuhan
tentu jawab azizah nwarlah sayang
tanya pada bad rule siapa imam mehdi pilihan
tentu jawab ustaz nwar dalam ingatan

tanya pada abim siapa hebatnya orang
tentu jawab abim nwarlah pilihan
azizah bini nwar turut dijulang
anugerah khadijah isteri nabi diberi sandang

tanya pada saiful siapa liwatnya seorang
tentu sumpah saiful nwarlah jantan
tanya pada eskay siapa pelanggan jalang
tentu sumpah eskay nwarlah jantan

tanya pada khalifah lim siapa pm pakatan
tentu jawab khalifah lim nwar ditatang
tanya pada haji adi siapa pm pakatan
tentu jawab haji adi nwar dalam perjanjian

tanya pada nik aziz siapakah ahli surga tersayang
tentu jawab nik aziz nwar dalam ilham
orang umno kena jilat kaki inilah orang
memang sangat hebat ini binatang

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID