Hasan Ali "Solat Orang UMNO Tak Dapat Pahala"


Saya ingin memberi sedikit ulasan mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS Dato Nik Aziz Nik Mat bahawa solat orang-orang UMNO tidak diberi pahala disebabkan dasar perjuangan mereka yang menolak Islam.

Ulasan sedemikian yang dibuat oleh Dato Nik Aziz Nik Mat bukanlah merupakan kali yang pertama. Sebelum ini pun sudah banyak fatwa-fatwa beliau yang hampir senada dengan apa yang dikeluarkan dua hari yang lalu.

Ramai pihak telah memberikan pandangan mengenai fatwa sedemikian. Rata-ratanya tidak dapat menerima dengan berbagai alasan dan sebahagiannya pula mengutuk fatwa sedemikian kerana dikatakan penentuan sesuatu amalan diterima atau sebaliknya adalah hak mutlak Allah SWT. 

Sebahagiannya pula suka melihat Tok Guru Nik Aziz lebih berperanan sebagai pihak yang bertanggungjawab menentukan PAS tidak terkeluar daripada landasan perjuangan antaranya mendaulatkan Islam dan melaksanakan hudud.

Saya cenderung melihat fatwa Dato Nik Aziz itu dari sudut membuat perbandingan mengenai dasar melaksanakan Islam samada yang kini dipratikkan oleh PAS atau seperti yang diperjuangkan oleh UMNO. 

Setidak-tidaknya bagi UMNO walaupun dikatakan tidak menjadikan Islam sebagai asas perjuangan namun sejak lebih 50 tahun yang lalu Islam dikatakan semakin subur terutama dari segi melahir dan menghidupkan institusi-institusi Islam yang telah memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam termasuk ahli dan penyokong PAS sendiri. 

Tetapi, PAS yang sehingga ini masih mengagung-agungkan komitmen mereka melaksanakan Islam atas beberapa sebab belum mampu menzahirkan sesuatu yang konkrit yang dapat dilihat sebagai gambaran mereka benar-benar memperjuang dan mendaulatkan Islam.

Kebersekongkolan PAS bersama DAP dan PKR yang kedua-duanya menolak perlaksanaan Islam secara terbuka dan dengan bongkak mengulang-ulang penentangan terbuka mereka terhadap Islam menjadikan fatwa seperti yang sering dikeluarkan oleh Dato Nik Aziz itu hilang kredibilitinya dan sekadar momok-momokkan sahaja.

PAS sekarang ini bukanlah PAS seperti dahulu. Perjuangan PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat bukanlah perjuangan yang meletakkan Islam sebagai asasnya. Dasar perjuangan Pakatan Rakyat yang terkandung di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pilihanraya mereka yang dilancarkan baru-baru ini sama sekali tidak meletakkan Islam sebagai dasar yang diperjuangkan.    

Sekiranya kaedah yang sama digunakan bahawa kedua-duanya dikatakan menolak dasar Islam, apakah lebihnya PAS dan apakah kurangnya UMNO. Bagi saya kalau solat UMNO tidak mendapat pahala adakah mungkin Allah memberi pahala kepada solat orang PAS yang jelas-jelas menerima dan terus mempertahankan dua rakan politik yang lain khususnya DAP yang tanpa segan silu menolak Islam secara total. 

Bagi saya fatwa atau pendapat sedemikian mungkin relevan dan dapat digunakan sebagai hujah politik diketika PAS berada dizaman-zaman awal penubuhannya. Kini dengan sistem pengaliran maklumat yang bersamanya disertai dengan ilmu Islam telah menjadikan masyarakat Islam kini lebih terdedah kepada maklumat dan ilmu Islam yang lebih mendalam. Maka sebab itulah tidak hairan kalau pendapat Dato Nik Aziz itu hanya diletakkan ke dalam kategori gula-gula politik sahaja. 

Saya bersimpati dengan beliau atas kedudukan dan stature sebagai Tok Guru yang selama ini menjadi idola kepada ahli dan penyokong PAS. Kini stature sedemikian semakin hari semakin malap. Saya tidak mahu melihat suasana sedemikian berterusan hingga memadamkan kehebatan beliau yang telah ditunjukkan di dalam karier politik beliau selama ini. 


DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Tmn Tun Dr Ismail, KL
5 APRIL 2013

Comments

Anonymous said…
HANYA JAUHARI YANG MENGENAL MANIKAM.
usin said…
kasihan nik aziz kerana diri sendiri yang membunuh stature tok guru. sekian lama membina stature, akhir kalam sendiri yang membobrokkannya. sekali lagi kasihan!!!!
Anonymous said…
Sahabat Nabi bernama Anas bin Malik radhiyallahu anhu tidak mengeluarkan sebarang fatwa selepas usianya 60 tahun kerana beliau bimbang dipengaruhi kelupaan dan nyanyuk.
Anonymous said…
betul ... berpuluh tahun memerintah tapi penuh dgn komitmen di mulut je, takde satu pun pemerintahan ala islam nya kat kedah atau kelantan... pehal??? kalau UMNO/BNtolak islam, nik aziz pun takkan belajar bidang agama, mungkin dia belajar bidang andaman dan solekan hahahahaha !!!!!
Anonymous said…
hasan akidah ni dah tahu ape maksud TGNA, tapi dia buat2 bodoh je demi tembolok dia.
Anonymous said…
n.ajis keluarkan fatwa tu pun demi kelangsungan temboloknya nak jadi mb sampai dlm kubur kot
penasihat said…
menjadi ahli umno bermakna sentiasa menyokong kezaliman dan menolak islam...bagaimana solat nak dpt pahla...solat sebagai org yg sedang berbuat dosa dan rosak aqidah...atau solat jahiliyah...kami bukan menentukan dosa dan pahala...tetapi itu adalah hukum yg jelas...umpama kamu solat tetapi menolak hukum Allah dan lebih percayakan umno dari Allah...wasalam
Anonymous said…
Kau pun dh nyanyok gak ke...
jgn taksub ngan politik said…
Mana boleh kau cakap camtu penasihat oii..org yg sokong umno menolak islam n menyokong kezaliman..kerjaan klu tolak islm xde sekolah2 pondok kerjaan buat untuk belajar agama n xde kerajaan nk bina masjid ...cakap pakai akal la bro penasihat...kau tulis tu gune emosi..aku tak terlibat mana2 politik tp nk bg taw mcm kawan aku bilal masjid org kuat umno tu...apa fatwa kau nak kuarkn adekah xdpt pahala juga solat dia...ALLAH yg tentukn pahala dosa umat dia n hak MUTLAKNYA....
Anonymous said…
kalau nak jadi pemerintah kenalah jalankan undang2 dan hukum2 islam yg sebenar...jika tak mahu jalankan hukum2 islam yg sebenar...jgnlah sibuk nak jadi pemerintah dan jgn halang org yg nak laksanakan hukum2 islam...ini dah takknak laksanaka atau tak mampu...dok halang pulak org yg nak laksanakan hukum islam..itulah namanya umno...yg maksudnya juga penghalang dan penentang hukum islam 24jam sehari....jd...camna solat org umno nak dapat pahla...sambil solat sambil menolak islam...ceciter...di thailand pun ada sekolah pondok dam masjid...ada ker pemerintah thailand tu islam?...jgn buat lawak yer...
Anonymous said…
jadi ahli umno itu maksudnya 24 jam sehari ahli umno...juga 24 jam sehari tolak islam...kalau sokong umno itu maknanya sokong tolak islam...org jahil jadi pemimpin...pengikutnya semua sah jahil....dah tahu najib tu jahil yg korang main hantam sokong tu buat apa...lebih jahil dari dia...
Anonymous said…
jadi bilal tak semestinya dpt pahala...kalau niat tak betul pun tak dpt pahala...org munafik pun solat tak dpt pahala...org jahil atau solat tanpa ilmupun tak dapat pahala...sama juga solat tapi menyokong utk menolak atau menghalang hukum islam ....itu akidah...akidah tak sah...solat pun tak sah...umno adalah berakidah tolak dan menghalang hukum islam 24jam...sama juga ahlinya...tak kira ko bilal atau imam sekalipun...
Anonymous said…
Ckp mcm org x sklh. Slagi kiita msih mngucap dua kalimah syahadah slagi itulah kita ni islam. Allah taala x tidur. Dia lah yg tntukan dosa n phala. Bukan nik aziz. Faham....
tak suka politik said…
yg ckp kat atas tu org kuat nik ajis...abiz terpesong ..bodoh nak sama kn thailand ngan malaysia...otak takda,ade ckp 24jam tolak islam klu sokong umno ke tak bodoh akal kau tu..
Anonymous said…
pada anonymous 1021am tu jgn la bodoh sangat...kau tu cukup solat ke nak ckp camtu..kot tunggang langgang..hahahahah
Anonymous said…
Dosa ko sndri x thtung. Asik nk buruk sngka kt org je... X pyh la nk htung dosa org lain tuan penashat 25%...
Anonymous said…
Oi, pkai otak la. Xkn nk jlnkan hkum islm kt ngara bbilang kaum ni. Nk kna amik pduli kt org bkn islam gak. Snsitivti msrkt kna pk gak. Ko nk ngara ni jd huru hara dsbbkan ppchan kaum ke. klu ngara ni huru hara, lg ssh la kta nk wat aml ibadat ko tau x? Bsyukur la ko msih blh solat ngn aman! Islam. Islam. Islam. Tu je yg ko tau sbut!
Anonymous said…
Ko tu tukang tilik ke leh tau dosa najib tu besar mna? Cuba tlik dosa sndiri plak?
Anonymous said…
Aku sokong!!!
Unknown said…
"ORANG UMNO JIKA TOLAK ISLAM SOLATNYA TIDAK DAPAT PAHALA
SAMA SAHAJA DENGAN ORANG PAS
JIKA TOLAK ISLAM TAK DAPAT PAKALA
JIKA KEDEKUT HANGIT,JIKA RIAK TAK DAPAT PAHALA"--Bukan tu ke yang Nik Aziz cakap...tengok la video yang betul...UMNO suka sgt putar belit dan fitnah org....
Anonymous said…
Woi pak cik,arab saudi to adlah satu satunya negara islam yg mngamalkan hukum hudud..suma kt arab saudi tu islam ka?kapiaq pn belambak..tp knpa hudud bleh dlaksanakan..kt sna org tinggai kedai pn xheran sbb takot nk mncuri..hudud hnya utk islam,agma lain xkena tw x..jd apa mslahnya nk buat hudud...tlong la pmikiran keluar dr tv3 ngn tv1...akidah bdk2 skrang ni dh trok,dmana islam yg umno bwk??stkat buat skolah pondok?siam pon ada...
Anonymous said…
Islam hnya skdar mengucap ka der???hg yg xsekolah kot...ckp jgn smpai lari akidah tw..
Anonymous said…
Kesiannya kt hmpa...tuan guru najib razak hmpa to bwk bini p umrah tp aurat pn xtutup...ptot la ajran agama 1 malaysia,..
Anonymous said…
Habis nk tgu ayahanda najib hmpa to...fatwa 1malaysia tw la..bini lon xttp aurat da hati nk nk wt fatwa
Anonymous said…
Ckp pkai otak la bang oii...islam mai sini masa british xjajh lg..mcm mna hmpa pikiaq pn aq taktau la...hmpa ingt bla bn xdk islam,skolah,msjid,pust agama xdak ka...prcya pd Allah saudaraku..ingat,beliau mrupKan antara 45 ulama berpngaruh didunia..ilmu hmpa to berapa persen ja dr ilmu dia..jgn buat pndai sngt,stgy jd munafik kot..jgn sbb harta dunia yg umno bg to hampa kena lwn ulama..ingt! Slah satu tnda2 kiamat ialah penghinaan trhdp ulmama..ingt blik ulama pas,iaitu ketua pembngkang 1998,pristiwa yg brlaku smsa kmatiannya..itu lah pas!

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID