Isteri-isteri Calon Pas Resah Takut Mereka Di Ceraikan Talak Tiga...



Gelanggang pertarungan PRU 13 secara umumnya telah bermula sebaik sahaja Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman pembubaran Dewan Rakyat setelah mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong.

Tika ini tumpuan umum beralih pula kepada SPR menantikan pengumuman bilakah pula jatuhnya tarikh penamaan calon dan hari pengundian, namun di sebalik semua itu ada pihak yang di ambang kecelaruan fikiran menantikan saat tersebut.

Pihak yang dimaksudkan itu bukannya bakal calon malah bukan juga pimpinan politik parti tetapi mereka adalah sekumpulan kaum hawa berstatus isteri dan ibu kepada anak-anaknya.

Mereka dilanda gelisah, debaran tak keruan dan kebimbangan kerana inilah saat paling sukar bila mana terpaksa menerima hakikat suami masing-masing yang mewakili PAS dalam PRU 13 kelak akan mengangkat sumpah baiah talak tiga.

Setiap calon PAS wajib mengikuti syarat ini demi mengikat kesetiaan mereka kepada parti sekaligus kelak di kemudian hari tiada seorang pun akan melompat keluar dari PAS.

Baiah talak tiga maksudnya jika sumpah dilanggar maka terputuslah hubungan suami isteri di dunia dan akhirat, si isteri akan menjanda dan anak-anak pula bakal kesedihan dilanda duka hilang sebuah keluarga bahagia.

Bertahun-tahun menjalin hubungan mesra suami isteri dikurniakan anak-anak yang lincah bergurau senda bagaikan sia-sia sebaik sahaja sumpah baiah talak tiga jaminan kesetiaan kepada PAS dilafazkan.

Ia satu bentuk paksaan dalam rela tapi itulah hakikat syaratnya jika mahu menjadi calon PAS dalam pilihan raya. Andai tidak sanggup menerima syarat bersedia menceraikan isteri dengan talak tiga, jangan sesekali berangan untuk menjadi calon PAS.

Demikian murahnya kesetiaan seorang isteri kepada suami pada nilaian PAS sehingga sanggup dijadikan pertaruhan demi keutamaan parti. 

Baiah talak tiga ini bukannya lagi satu rahsia dalam PAS setelah ianya diakui sendiri oleh pemimpin PAS mengenai kewujudannya demi menjaga kepentingan politik kepartian PAS meskipun hubungan suami isteri dijadikan sandaran & gadaiannya.

Bagi PAS soal parti lebih utama, hukum hakam agama boleh sahaja mereka manipulasi untuk kepentingan parti, sama seperti mana para pimpinannya sering memanipulasi soal pahala dan dosa, syurga dan neraka untuk mengumpan sokongan keduniaan.

Sedangkan kesucian kalimah Allah S.W.T PAS sanggup biarkan tergadai demi memenuhi tuntutan DAP sebagaimana dipersetujui secara bersama oleh PR, apa sangatlah menggadaikan hubungan suami isteri para calonnya demi kepentingan PAS, bukan begitu?

Comments

Anonymous said…
Mmg gile babas sumpah baiah. Pening dan haru biru dlm PAS. Bgi yg punyai ilmu agama tinggi dlm PAS, tetapi tiada akhlak, akan pergunakn ayat2 quran dan hadis utk belit2 org yg kurang ilmu. Bgi penyokong2 PAS yg masih baru dan blm ade ilmu agama yg cukup, sekadar mengikut shj, itu yg timbul org yg etrimis dlm PAS. Tegar. Sbb ikut tanpa ilmu. Bagi sya, bkn semua ustaz PAS x baik, ade yg baik, tp yg lebih menonjol tu adalah yg mulut2 x de lesen. Itu yg sye katakn sbg tiada akhlak. Adakah nabi Muhammad yg kite berakhlak sedemikian? Jauh sekali dari sifat2 begitu. Jd, eloklah kita ikut akhlak nabi sbg contoh, bkn akhlak org bermulut jahat.
Bagi yang lelaki kena angkat sumpah Bai'ah cerai talak tiga. Kalau yang perempuan pulak sumpah apa? Jadi gundik Pok Nicky sampai pilihanraya akan datang?

http://mycybertrooper.net.ms/

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID