Breaking News
Loading...
April 24, 2013

Info Post


Setiausaha Bahagian Penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.

Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negera China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.

komen aku: salah satu cara halus dap untuk menjahanamkan bangsa melayu, perlu di ingat, hampir 80 peratus kakitangan awam berbagsa melayu, mengurangkan kakitangan awam bermakna menyahkan orang melayu dari menjadi pentadbir di negara ini...


7 comments:

Anonymous said...

Apa yg ko cuba highlight ni labu? tak sensasi la..

Anonymous said...

kalau depa nak...apa salahnya nanti jangan menyesal macam rakyat selangor.....hahaha!!!!Lagipun ramai yg dok tunggu nak keje..macam kami lulusan u ni.....

Anonymous said...

highlight pasal kakitangan awam yg nk kena buang la dolll....tony pua nk bg tau dolll....takkan ko xtau doll..samdoll...badigolll...sarip dolll....

Anonymous said...

samdol ni penjawat haram makan gaji haram kat putrajaya yang jadi penyokong tegar PAS.

setujulah sangat ramai2 kene buang. bukan bn yang buang parti yg dia orang sokong yang buang dia orang.

disinilah nak tengok dia org ni sebenarnya pekerja yang cerdik atau tidak. pekerja yang cerdik semua kerja dengan swasta.

Anonymous said...

setuju ramai kakitangan awam kat putrajaya macai pakatan..tapi kalau projek ni berlaku mestilah yang pro bn jadi mangsanya....

Langsi said...

Jangan risau..... penjawat awam akan pasti UMNO Be-eNd berjaya dalam PRU-13 ni, berjaya sebagai pembangkang!

Anonymous said...

hehehe langsi terlalu yakin...kalau setakat import penyokong luar masuk putrajaya x payah gebang lah.....Insyallah Bn akan berjaya...jangan dilihat sgt pada penyokong hardcore sajer ada banyak lagi golongan yang belum menonjolkan diri...