Najib Kalau Nak Selamat, Sila Pecat Penasihat-Penasihat Bangang Ini...

Kiri; Datuk Shahlan Ismail, Setiausaha Politik Perdana Menteri. Shahlan adalah abang kepada Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Kanan; Datuk Seri Dr Alies Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Sri Najib yang menjadi Kapitan War Room PRU 13.

Benarkah kedua dua "orang kepercayaan Najib" diatas ini menjadi punca BN gagal pada PRU 13 untuk mendapat majoriti 2/3 Parlimen...?

Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya 5 Mei kerana kesilapan strategi digunakan oleh penasihat Datuk Seri Najib Razak dan pergaduhan dalaman parti, kata bekas menteri Umno Tun Daim Zainuddin.

Menjelang pilihan raya, pemerhati mendapati Najib telah menggunakan populariti peribadinya untuk membantu BN mendapatkan semula majoriti dua pertiga di Parlimen — mereka hilang pada 2008, yang mana Daim mengatakan sebagai pendekatan salah.

"Betul, anda perlu tanya BN. Tetapi pada pandangan saya, ia adalah strategi salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah pilihan raya Parlimen dan bukannya pilihan raya presiden.

"Penasihat PM kena dipecat. Jika anda menyamakan undi untuk BN sama dengan undi untuk dia, kelemahan keputusan BN berkait dengan dia juga," kata Daim dipetik dari transkrip temuramah dengan China Press, yang disiarkan dalam blog wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

"Saya sentiasa mengingatkan kepada mereka, angka besar menghadiri ceramah BN tidak diterjemahkan kepada undi. Jangan cuba melawan angka dia (Anwar) dengan angka lebih besar hadirin yang kamu dapat. 

Biar Anwar jadi penghibur (meminjam istilah Financial Times). Kita bukan penghibur, kita tak tahu macam mana nak menyanyi, menari dan buat lawak. Memilih kerajaan adalah urusan serius, jadi tinggalkan strategi pelawak ini dan jangan main permainannya."

Daim juga menyalahkan kegagalan BN untuk menang majoriti dua pertiga mengenai salah peruntukan sumber dalam usaha untuk menguasai kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.

"Jika saya tahu, sudah tentu BN tahu yang kawasan majoriti Cina sudah kalah. Kenapa buang masa dan wang? Sebagai strategi, anda seharusnya tumpukan di kawasan yang BN kalah dengan tipis pada 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, contohnya Pandan, mengapa ambil mudah?"

"Mari terima hakikat tiada tempat dalam dunia ini mudah untuk dapatkan majoriti dua pertiga. Pengundi bandar di seluruh dunia adalah anti kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Tapi tetap banyak masa dan wang dibazirkan di kawasan bandar dimana keputusannya hampir pasti," kata beliau kemudian.

Daim diminta untuk memberi komen tentang Pulau Pinang, dimana NGO politik Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang yang berbelanja banyak menyediakan makan malam percuma dan konsert dengan bintang besar beberapa minggu menjelang hari mengundi.

"Orang-orang ini adalah amatur. Mereka adalah orang gila. Mereka fikir mereka pandai dan buang duit merata. Lebih baik beri kepada kebajikan.

"Kenapa BN benarkan acara bodoh seperti ini...?

Rakyat rasa diperbodohkan kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk bersantai, makan free dan dihiburkan. Ini adalah pilihan raya. Ini perkara serius.... Biarkan Anwar jadi penghibur.

Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Pakatan Rakyat (PR) menang besar apabila mendapat 30 kerusi DUN.

Dalam respon kepada soalan lain, beliau mengatakan BN seharusnya memberikan tumpuan untuk memperjuangkan isu yang dekat dengan hati rakyat seperti rasuah, pentadbiran baik, keselamatan, pendidikan, inflasi, miskin kota dan graduan muda.

"Kerajaan sebaliknya memfokuskan tentang memberi bantuan. Anda beri makan malam sekali, rakyat akan berterima kasih. Beri mereka lima kali mereka fikir anda mahu membeli undi," katanya.

Dipetik dari portal Malaysian Insider....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Anonymous said…
Khas Untuk Penjawat Awam

Nasib baik Pakatan Rakyat tak menang, jika tidak nasib kamu akan ????? ..... sila lah baca seterusnya untuk mengetahui. BEGINI CERITANYA ....

Aku nak tulis ni untuk direnung elok2 oleh hangpa orang melayu yang duk makan gaji dengan Perkhidmatan Awam.

1. Syukur kerana Umno masih bertahan untuk membentuk kerajaan. Itu pun kerana undi melayu, kalau melayu tak undi Umno, Najib dah sah jadi Ketua Pembangkang dah.

2. Hangpa ingat tak Tony Phua cina DAP tu pernah merancang untuk mengecilkan saiz Perkhidmatan Awam jika Pakatan berjaya bentuk kerajaan. Kenapa yang dia kisah sangat dengan Perkhidmatan Awam ? Sedar tak hangpa anggota Perkhdimatan Awam 85% adalah terdiri daripada orang melayu. Tony Phua tak lah kata dia tak suka orang melayu monopoli Perkidmatan Awam sebab dia nak jaga hati orang melayu Pas dan PKR yang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam.

3. Kita tahu ramai kakitangan awam yang undi Pakatan pada PRU13 baru2 ini. Malah slogan " Ini Kali Lah " turut meniti dibibir kakitangan awam yang berpangkat dan tak berpangkat. Mereka, kakitangan awam mahukan perubahan, Umno (BN) dah tak relevan lagi kata mereka. Yang tak berpangkat saya boleh terima mereka sokong Pakatan kerana inginkan perubahan, maklumlah mereka ini kebanyakannya lulus setakat SPM dan PMR sahaja, kemampuan otak atau IQ mereka sangat diragui. Tapi apa hal dengan yang kakitangan awam bangsa melayu yang lulus Diploma dan keatas, yang PHD pun ramai, yang JUSA A, JUSA B atau JUSA C pun tak kurang, ramai2 mereka undi Pakatan kerana mahukan perubahan, kerana merasakan Umno dah tak relevan lagi.

4. Cuba bayangkan. Takdirnya Pakatan menang dan Tony Phua membuka balik fail cadangannya untuk mengecilkan saiz Perkhidmatan Awam. Sudah tentu hampir separuh kakitangan awam bangsa melayu akan diberikan pilihan " bersara awal " atas kepentingan perkhidmatan dan penjimatan kos operasi kerajaan. Dan sudah tentu yang akan diminta bersara awal adalah mereka2 yang " ada tak menambah, tiada tak luak " atau yang adanya sekadar " menjadi tunggul dalam jabatan " atau yang " mencari peluang buat duit dalam jabatan ". Yang paling ramai undi Pakatan pada PRU13 adalah orang2 semacam ini, saya sangat2 pasti.

5. Cuba bayangkan. Pakatan menjadi kerajaan. Cadangan Tony Phua sangat positif. Saiz Perkhidmatan Awam perlu diperkecilkan untuk penjimatan kos operasi. Dan mereka2 kakitangan awam yang undi Pakatan untuk melihat perubahan, ya akhirnya perubahan itu datang dan menjadi kenyataan. Dan yang perlu berubah adalah anda, anda dalam " paksa rela " terpaksa meninggalkan Perkhidmatan Awam atas niat membantu kerajaan yang anda dokong iaitu Kerajaan Pakatan Rakyat.

6. Apa perasaan anda agaknya selepas itu. Dahulu anda pegawai besar dalam Perkhidmatan Awam, tapi kini anda terpaksa buka Stall Burger, Stall Goreng Pisang, Stall Air Tebu, Stall Air Kelapa, Stall Charkoitiau dan macam2 stall lagi demi untuk meneruskan kelansungan hidup (hutang banyak, bini banyak, anak masih ramai yang belum lepas rumah).

7. Anda bernasib baik sebenarnya, kerana kami orang2 melayu kampong yang tak belajar tinggi yang tak berpeluang jadi pegawai dalam Perkhimatan Awam, telah menyelamatkan anda semua melalui undi kami kepada Umno sehingga Umno berjaya terus memimpin kerajaan.

Saudara2 ku dan kawan2 rakan ku yang menjadi kakitangan Perkhidmatan Awam, bayangkan apa akan jadi kepada nasib kamu dan anak isteri kamu takdirnya Pakatan berjaya membentuk kerajaan DAN IDEA TONY PHUA DI IMPLIMENTASI KAN.

Berterima kasihlah kepada kami yang telah memenangkan Umno. Kami lah yang menyelamatkan anda, kami percaya anda sekarang tak rasa tergugat untuk terus mencari rezeki sebagai kakitangan Perkhidmatan Awam.

Renongkan lah.....

Hj Ariffin
Anonymous said…
Kadang2 kan haji...sy terfikir..kenapa kerajaan simpan penjawat awam yg membangkang kerajaan..kenapa x diberikan kepada org2 kg yg setia kepada BN mcm kami..apa perlunya
simpan mereka yg bole diibaratkan seperti melepaskan anjing tersepit..kerajaan x nampak ke gunting dalam lipatan semua ni?

Anak kampung
Anonymous said…
Jangan salahkan penjawat asam..ada yg setia ada yg marah kerajaan byk sebab, sebab lemah lembut, beri muka, peralatan pejaabt ruruk, rosak, baget lembab, program nak cepat duit x ada.. Rumah meka, tempat keja ,meka, tekanan keja, ..tanya kenapa ramai guru sokong pakatan, kenapa pelajar U sokong pakatan, sompendekatan Pakatan selama ini d terima oleh meka, program dan agenda BN tak capai sasaran atau ada pun cuba atas kulit aja..tak , tidak melekat di hati meka. Abis program makan abis lah ..BN tak mau dgr cakap akar umbi, tak baca Media Sosial, FB, Blog, sebab BN anggap meka i. Sampah..Dakwat kekal contohmpnya da d beritahu akan di SPIN oleh puak ini malangnya BN dan SPR tak mahu dengar, Mustahil BN dan Umno tak dapat maklumat pasal RED BEANS ARMY? Heran nampak sangat BN ketinggalan segalanya, Ini menunjukkan Pakatan memang cukup bersedia dan memainkan semua ISU di mana meka ajak BN mengikutbrentak tai meka, BN pun ikut lah, Hapuskan Akta talian hayat negara, Ubah untuk imenjaga hati, memancing uni dgn juta sana juta sini..pada hal Unsi BN tak akan dapat pun. Betul apa yg d nyatakan oleh TUN DAIM semalam dan sebelum PRU..Lantaklah jika ada piliharayakecil BN goyang..kita da meluat dgn sikap BN yg lemah dok bertahan dok menjawap mengunakan media utama yg tak ada siapa yg peduli..
Anonymous said…
bukalah mata & gunakan akal yg waras khasnya kpd penjawat awam melayu yg mengundi pembangkang. masa belum terlambat utk bermuhasabah diri. renungkanlah dan bertanya diri sendiri.... siapa yg rugi sekarang & siapa yang akan rugi serugi ruginya kemudian...??
King Jason Ori said…
Ini semua poyo..kah kah kah。。 rezeki Allah yang beri.. Bukan BN .. Reti dak nih?
King Jason Ori said…
Ini semua poyo..kah kah kah。。 rezeki Allah yang beri.. Bukan BN .. Reti dak nih?
Anonymous said…
memang poyo pun kah kah kah, kalau kena buang kerja pun ketawa le kah kah kah, Allah tarik rezeki orang tu, kerja mengulau pun terus ambik gaji, rezeki anak bini, kah kah kah.
Anonymous said…
Eloklah kalau ramai penjawat awam yang sokong pakatan nak berenti kerja kerana pakatan pun banyak offer kerja kosong, kah kah kah
Razakmuhammad said…
Melayu kan mudah lupa. Baru dapat kerja govt berlagak semacam. Apa susah pencen pun ada, pembayar cukai yang tangung. Kerajaan hanya membuat dasar.

Inilah Melayu Islam akhir zaman. Kalau MNC company baru tahu nasib badan.
Anonymous said…
kah kah kah, leps kena benti, pegi rompak umah org umno..kah kah kah, pastu kena jail mintak la tolong kat anwar...lepas tu anwar pun buat x tau je and salah kan umno, konspirasi kata nya..kah kah kah..kuching mak dia punya jiran mati pun salah kan BN, konspirasi jugak..kah kah kah..mmg poyo la budak PR ni..kah kah kah...kimak!!!
Anonymous said…
Itu semua poyo. Kahkah. Rezeki memang Allah bagi, tapi bukan Allah turunkan manna secara langsung dari langit. Kahkah. Allah akan turunkan rezeki menerusi pintu=pintu duniawi. Kahkah. Salah satu pintu duniawi tu ialah, jabatan perkhidmatan awam negara. Kahkah. Kalau Tony Pua naik dan memerintah, pintu rezeki tu akan ditutup. Ke mana 50% penjawat awam - lebihkurang 600,000 kebanyakannya Melayu - nak pergi? Kerja dengan syarikat Cina dan jadi khadam sampai mati? Melayu PKR-PAS bukan ada program untuk menambahbaik hidup orang Melayu.

King Jason poyo. King konon. King kat dalam UPSI boleh lah, graduan setara IQ Adam Adli mata stim.
Anonymous said…
Terima kasih buat Abang Haji Ariffin sanggup bersusah payah mengerah keringat untuk menulis panjang lebar. Sangat berharap staff gomen semua tu cepat sedar diri, dah sedap hidup mudah dan senang lenang dalam kemalasan pun dibayar gaji. Ramai lagi golongan yang neutral dan pandai membawa diri yang tak dapat keje gomen. Tapi terus menyokong BN. Memanglah rezeki Allah yang beri, tapi kalau tak usaha menjaga punca rezeki pun akan jadi masalah juga. Ada akal gunalah wahai pekerja2 gomen seMalaysia.
Anonymous said…
Dalang-dalang pengkhianat dari PKR/DAP macam ular berbisa, menyelinap masuk membelit UMNO dari dalam UMNO atau BN. Patutlah ada pemimpin UMNO yang sampai puji melangit dan sanggup tunduk kepada cadangan Gerakan nak 1Bangsa parti BN - yang sebenarnya asas perjuangan DAP yang amat rakus nak hapuskan hak, warisan dan identiti Melayu, dan Bumiputera lain, dan Islam (sebab itu Cina DAP terutamanya, amat benci 1Malaysia yang masih mempertahankan pelbagai bangsa, warisan dan hak termasuk untuk Melayu dan Bumiputera lain, dan Islam). Yang hairannya, World Street Journal (WSJ) yang dikuasai sekutu kuat Zionis yang amat anti-Islam, Rupert Murdoch News Corp beriya memuji Jusuf Kalla dan rancangan perjanjian damai yang tak masuk akal, bahaya dan palsu antara Anwar dan PM kita (lihat bahayanya WSJ di http://www.guardian.co.uk/media/2006/jul/28/citynews.broadcasting, Bono and Blair to join Murdoch on the beach, Stephen Brook, Friday 28 July 2006) – sudah tentu ada muslihat yang bahaya (PM dan KDN mesti lantik pakar Intelligence yang betul-betul bijak termasuk penganalisa media sosial Siber). Bahkan Jusuf Kalla adalah ketua pelajar yang turut aktif menjatuhkan Allahyarham Presiden Sukarno - pejuang Kemerdekaan nasionalis Indonesia yang digulingkan oleh CIA-MI5-Zionis, melalui rejim boneka Pres. Suharto – General-jeneral Sukarno dan satu juta rakyat Indonesia dibunuh dengan kejam (apalagi setelah Pres. Sukarno menubuhkan syarikat petroleum Negara).

Bahkan, di Malaysia sendiri, Allahyarham PM Tun Abdul Razak Hussein, adalah musuh utama Cina DAP dan penajanya, penjajah Barat-Zionis, kerana Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein begitu TEGAS menjatuhkan Cina DAP yang merusuh dengan ganas dalam Mei 1969. Dan juga kerana BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN tercinta kita ini melancarkan DEB dan menubuhkan syarikat petroleum negara, Petronas dengan amat BERANI. Maka kerana itulah, besar kemungkinan, Allahyarham bersama TPM, Allahyarham Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, diracuni CIA-MI5-Zionis (kedua Allahyarham meninggal dengan ganjil dan tiba-tiba di tahun 1973 dan 1976 di usia muda 50an) seperti Allahyarham Presiden Sukarno (juga di tahun 1970 di usia 69 tahun setelah dipenjarakan dan ditumbangkan oleh CIA-MI5-Zionis, melalui rejim boneka Suharto) – ini adalah “modus operandi” utama penjajah Barat-Zionis menumbangkan pejuang Kemerdekaan nationalis.

Maka, UMNO perlu tubuhkan pasukan tetap yang amt CERGAS dan BIJAK; di Internet sebagai “Bilik PENDEKAR”, yang MENYATUKAN idea-idea bernas, bukan hanya dari golongan muda yang ramai buta sejarah, tapi dari semua golongan, termasuk penasihat dari NGO Melayu/Islam yang setia seperti Perkasa, GPMS dan PPIM dan banyak lagi, para akademik yang setia, pahlawan Siber setia seperti Sungai Rapat Online, MIK, Darul Ehsan, dan banyak lagi, serta Utusan Melayu, untuk terus membidas di Internet dengan tangkas, bijak dan tegas tentang fakta sejarah, termasuk tidak tunduk kepada angkara durjana pengkhianatan Cina DAP/PKR terhadap hak dan warisan berzaman nenek moyang kita, dari sebelum dijajah British lagi! Dan saya cadangkan parti Bumiputera lain dari BN, MCA dan MIC juga buat serupa, terutamanya dalam bahasa Ibunda. Juga perlu dalam bahasa Inggeris. Tengoklah Cina DAP durjana yang banyak menyemarakkan api perkauman dalam blog Cina dan Inggeris.

Makcik Tempurung.
Anonymous said…
MEMINJAM KATA TOK KADIR JASIN TAK PERLULAH NAK BERI NASIHAT KEPADA NAJIB. IBARAT MENASIHAT ORANG YANG BODOH SOMBONG.
Anonymous said…
Betul tak perlu nasihat ajib ghor kantoi nak ambil hati cina, PRU13 Bini dia menjadi sasaran boleh d kira tak ada ceramah meka tak sentuh bini Najib, Tp najib masih selesa dgn megah muka isterinya keluar media dan TV ..Langakmlah Najib..kalajpunada piliharaya kecil lepas ini..kita orang pakat takmkeluar mengundi..kalau keluar kita orang akan rosakkan undi..
Hamdan Rukun said…
HE!HE!HE!

TIDAK ADIL SALAH PENASIHAT NAJIB SEMATA MATA. AKU DENGAR ADA RAMAI PENGERUSI PERHUBUNGAN YANG MENUKAR CALON CADANGAN PEJABAT PRESIDEN DENGAN CALON PILIHAN MEREKA. ITU YANG KANTOI RAMAI TUH !!
Epul said…
ty haji sbb remind me as goverment servant nie.. yg pntg kita org melayu kna stat wat bisnes.. xbesar pun xpe kecik2.. kita bole bid bangsa yg dikatakn yg pegang ekonomi malaysia dlu tpi bukan lgi kini..
Epul said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
http://medassist.org/media/buypropecia/#57451 generic propecia finasteride 1mg - generic propecia 4rx

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID