Komen Dari Pembaca Blog Aku Di Tujukan Khas Buat Najib Razak & Pemimpin UMNO...

Kita Nak Minta Kepada Umno

1. Orang berbudi kita berbahasa.

2. Kenang budi para pengundi yang telah menyelamatkan hayat Umno pada PRU13.

3. Perkasakan semua Majlis Agama Islam Negeri melalui : 

(1) Tambah budget majlis 

(2) Tambah pegawai penguatkuasa agama untuk memeriksa dan menangkap pasangan-pasangan Islam yang buat maksiat sama ada di tempat sembunyi atau terang 

(3) Naikkan hukuman denda dan penjara bagi kesalahan khalwat atau sekedudukan. Amaun denda yang ada sekarang membuatkan orang tak heran - naikkan kepada Minima RM5,000.00 dan Maksima RM10,000.00 ATAU penjara Minima 6 bulan dan Maksima 2 tahun.

(4) Pinda Enakment Jenayah Syariah supaya ada peruntukan untuk menghukum bukan islam yang ditangkap khalwat atau sekedudukan dengan pasangan muslim (enakment yang ada sekarang nampak kartun sangat - bukan islam terlepas daripada sebarang hukuman begitu saja.

Ini akan menggalakkan lelaki bukan islam ambil kesempatan ketas wanita islam)

4. Perkasakan semua cabang pendidikan islam melalui :

(1) Beri bantuan penuh kepada sekolah2 agama.

(2) Upgrade taraf guru2 sekolah agama setaraf dengan guru sekolah akedamik.

(3) Buat penambah baikan kepada infrastruktur disekolah2 agama setanding dengan sekolah cina dan sekolah tamil.Kami orang2 melayu yang undi Umno pada PRU13 sebenarnya sikit pun tak termakan dengan janji Hudud oleh Pas.

Kami berpendapat tanpa Hudud pun kita boleh cegah dan basmi maksiat, hanya perlu buat penambah baikan kepada Enakment Jenayah Syariah yang sedia ada.

Kami tahu Pas jadikan Hudud sebagai umpan nak dapatkan sokongan orang melayu, itu saja.

Maka Umno " Tepok lah Dada dan Tanya lah Hati ".

Nak jaga hati kami (pengundi Umno) atau nak jaga orang lain (yang tak undi Umno).

As simple as that.

Ini Kali lah .. UBAH.

Peluang Datang Tanpa Di Undang.
Umno Kami Harap Jadi Hulubalang.D
i Dewan Rakyat Bila Bersidang.
Umno Bukan Tunggul, Umno Bukan Batang.

Hj Ariffin
June 18, 2013 at 12:13 PM
Komen Di Artikel Bertajuk:" Flashmob Nama Baru Untuk Perhimpunan Haram" 

Komen aku: Haji Ariffin terlupa satu perkara lagi, pusat zakat dan baitumal jagan terlalu banyak songeh dan birokrasi sangat ketika nak bagi bantuan pada orang miskin, pusat zakat dan baitumal tak boleh buat untung, duit zakat yang dikutip tu bukan untuk di labur atau di niagakan, tapi ia untuk membantu orang-orang yang layak, di malaysia nie banyak lagi orang Islam yang memerlukan bantuan dari pusat zakat...

Cerita bab zakat nie nanti aku sambung lagi...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Anonymous said…
CABARAN DARIPADA HJ ARIFFIN KEPADA PAS.

Cabaran ini saya tujukan kepada 21 orang Wakil Pas dalam Parlimen. Sekiranya anda betul2 berjuang untuk MEMURTABATKAN ISLAM.

Saya baru terjumpa dalam Utusan Malaysia 19.6.2013, satu Simple Analysis berkenaan Keputusan PRU13 yang dibuat oleh Datuk Akbar Ali, Pengarah Excutive MTEN Melaka.

Jumlah Wakil Islam dlm DR = Umno(BN) 97 orang + PR (Pas 21, PKR 16 dan DAP 2) 39 orang = 136 orang

Jumlah Wakil Bukan Islam dlm DR = 86 orang

Peratusan = Wakil Islam 61.26% + Wakil Bukan Islam 38.74% = 100%

Rumusan saya = Wakil Islam adalah Dominan dlm DR. Ini Kali, Parlimen Malaysia adalah PARLIMEN ISLAM.

Harapan saya dan seluruh orang islam kepada Najib adalah .. INI KALI LAH !!! Najib perlu :

1. Memperkasakan semua Majlis Agama Islam Negeri.

2. Memperkasakan semua peringkat pendidikan Islam daripada Tadika hinggalah ke Universiti.

3. Menjadikan semua jenis sekolah dan pusat pengajian Islam sebagai sekolah dan pusat pengajian bantuan penuh kerajaan.

APA PERANAN WAKIL PAS DALAM BAB INI ???

1. Mengemukakan usul kepada Kerajaan Umno pimpinan Najib supaya melaksanakan 3 pekara itu.

2. Menyumbang idea dan buah fikiran bagaimana ianya harus dilaksanakan tanpa prasangka atau prejudice.

Kepada Wakil Pas, GEGARKAN Persidangan Dewan Rakyat jika Najib menolak cadangan anda tentang 3 perkara itu. Kami rakyat melayu dan islam bersedia untuk menilai Najib khasnya dan Umno amnya.

TETAPI Jika anda Wakil Pas membawa usul HUDUD dan Najib menolaknya, kami akan bersama Najib. Kerana HUDUD hanya lah helah anda tidak mahu bekerjasama dengan Umno untuk memperkasakan MELAYU dan ISLAM.

Hj Ariffin

Anonymous said…
TAK PAYAH NAK CADANGKAN APA-APA.
KEPUTUSAN HAMPIR LINGKUP UMNO PRU 13 TAK BERI KESAN PADA NAJIB. DAH BERBAKUL-BAKUL RASANYA NASIHAT DAN PANDANGAN YANG DIBERIKAN SELEPAS PRU BARU NI. TAPI ADA DEME NAK DENGAR??? TAK SABAR MENUNGGU PRU 14 UNTUK LEPAS GERAM PADA KERTAS UNDI.
Anonymous said…
Anon 2:12 PM...ko pikir dgn mengundi pakatan itu tindakan yg bijak ke?...ya bengong n lemah ialah Najib bkn UMNO/BN...ketika ini cuma UMNO/BN saja yg dpt mmbela hak bputra/melayu/Islam...jgn mimpi ko nak harap pakatan HARM JADAH tuh mmbela Islam...

Bg aq mmg aq menyampah tapi utk aq sesekali menaikkn puak HARAM JADAH itu umpama aq mngkhianati agama, bangsa n negara..jalan yg paling afdal ialah mendesak Najib berUBAH...

Kun fa ya kun...jika Najib trs mngepalai negara itu sudah tersurat..tapi Najib juga isteri KESAYANGAN dia pon WAJIB berUBAH....

Anonymous said…
SEDAR KAH KITA

Mengikut Simple Analysis yang dibuat oleh Datuk Akbar Ali, Pengarah Excutive MTEN Melaka seperti yang keluar dalam Utusan Malaysia 19.6.2013.

Dalam Kabinet Umno = Wakil Melayu dan Bumiputra 122 orang + Wakil Bukan Melayu (Cina) 11 orang = 133 orang

Peratusan Dalam Kabinet Umno = Wakil Melayu dan Bumiputra 91.73% + Wakil Bukan Melayu (Cina) 8.27% = 100%

Dalam Kabinet Umno = Wakil Islam 97 orang + Wakil Bukan Islam 36 orang = 133 orang

Peratusan Dalam Kabinet Umno = Wakil Islam 72.93% + Wakil Bukan Islam 27.07% = 100%

Dalam Dewan Rakyat = Wakil Melayu dan Bumiputra (BN + PR) 161 orang + Wakil Bukan Melayu (BN + PR) 61 = 222 orang

Peratusan Dalam Dewan Rakyat = Wakil Melayu dan Bumiputra (BN + PR) 72.52% + Wakil Bukan Melayu (BN + PR) 27.48% = 100%

Berdasarkan kepada kedudukan itu ADAKAH WAJAR ATAU TIDAK NAJIB MELEBIHKAN MELAYU DAN BUMIPUTRA DALAM MELETAKKAN KEUTAMAAN ???

INI KALI LAH ... MELAYU DAN BUMIPUTRA MESTI MENUNTUT PERHATIAN DAN PEMBELAAN YANG LEBIH DARIPADA NAJIB.

Hj Ariffin

Anonymous said…
party UMNO ni tak ada masalah....yg ada masalah ialah Najib & barisan kepimpinan dan juga seluruh ahlinya....itu ada masalah.....
Anonymous said…
sokong!!!!
Anonymous said…
aku pun sokong....najib lebih suka dengar nasihat omar ong....amat menyedihkan kadangkala mengambil tindakan tanpa memikirkan akibatnya seperti akta i.s.a dan penghapusan kuasa polis...terlalu sayang bangsa si sepet daripada bangsa sendiri kononya supaya diri jadi popular seperti menang sorak kampung tergadai
Anonymous said…
Tak payah lah buat apa2... byk dah bab islam kerajaan bn perkasakan... akhirnya jadi apa? Sarang kader PAS... tgk sahaja di jakim... guru kafa... guru2 base... kakitangan kerajaan... GLC... haram... sumer sokong pembangkang... yg sokong bn adalah 2-3 kerat... tapislah nak bg keje ni amik pro umno betul2... kang kata bodoh PM org umno... terus camni ini kali lah... last bn merintah...pastu selamat jd pembangkang lah pru 14 nanti....

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID