SPR Kini Dibawah Parlimen, Adakah Najib Sengaja Cari Penyakit...???


Dulu pengerusi spr, timbalan dan lima ahli spr kesemuanya di lantik oleh SPB Yang Dipertuan Agong selepas di persetujui oleh majlis raja-raja melayu...

SPR adalah satu badan yang indipendent, tidak memihak kepada mana-mana parti politik, setiap keputusan yang dibuat oleh spr adalah bebas dan adil, setiap syor yang di terima oleh spr akan di teliti sehinggakan syor bodoh yang di cadangkan pertubuhan haram bersih pun ada yang di implement oleh spr...

Kini najib meletak spr di kawal selia oleh parlimen, fahamnya aku atas kenyataan najib itu akan ada satu jawatankuasa yang di anggotai oleh ahli parlimen dari kerajaan dan pembangkang yang akan berkuasa melatik siapa pengerusi spr yang baru sekiranya tan sri aziz tamat kontrak dan jawatankuasa itu juga lah yang menilai dan meneliti kerja-kerja yang dilakukan oleh spr...

Kita semua tahu, kualiti pembangkang yang ada di malaysia ini adalah yang paling haprak sekali, bayangkan tuntutan mereka supaya kotak undi transparen, mana ada dalam dunia nie kotak undi transparen, di negara yang menjadi kiblat dap iaitu singapore pun kotak undi mereka tak transparen...

Aku berikan contoh tu bukan ape, aku nak tunjuk itulah kualiti pembangkang yang ada di malaysia, jadi adakah logik tindakan najib meletakan kawal selia spr di pantau oleh anggota pembangkang yang tak ada standart itu, kita kena ingat, dalam jawatankuasa itu nanti kemungkinan ketua pembangkang yang baru, lim kit siang akan menganggotai jawatankuasa itu...

Semua orang tahu, perangai kit siang, dia gagal berbahasa melayu dengan lancar, bahasa inggeris dia pun kelam kabut, kit siang tak faham undang-undang malaysia, jadi korang boleh bayangkan tak apa yang berlaku kepada keputusan-keputusan yang akan di buat oleh spr nanti...


Comments

Anonymous said…
aku x reti dah nak pikir skarang ni...semua bengong!
Anonymous said…
sikap populis najib akan memakan dirinya.
Anonymous said…
DS Najib masih lagi berminat mengambil pendekatan popular...Apakah beliau masih belum sedar akibat dari beberapa tindakannya seperti menghapuskan akta ISA misalnya telah benar-benar ,menggugat kestabilan negara...Jgn lah terlalu percaya kpd transformasi..sehingga pihak pembangkang dan rakyat melihatnya itu sebagai tanda kerajaan sekarang lemah....
Anonymous said…
Najib bukan cari penyakit,tapi dia dah ada penyakit berfikiran selari dengan al Jubori.Langkah yg di ambil oleh Najib,menggambarkan begitu,itu sebabnya apa yg al Jubori komplen,dia akan buat.Dia juga mungkin beranggapan SPR tidak bebas, tidak telus dan p.raya yg lalu penuh dengan penipuan,mungkin dia juga akan buat lapuran polis mengenai dakwat tak kekal seperti al Jubori.
Anonymous said…
mesti ahli jawatan kuasa dari pas = Mr bean.... ha ha ha
Anonymous said…
Najib nak ikot rentak aljuburi konon, akhirnya ke laut la BN nanti... tunggu je la PRU-14. Game yang tak menguntungkan la pak Najib. Ahli Parlimen BN mana yang berani bertekak dengan MP dari Pengencing Rakyat untuk meletakkan calon Pengerusi SPR nanti. MP BN hanya berani hangguk2 tapi tak berani nak geleng2 la....
Anonymous said…
Najib ooiii, kali ni hang manja-manjakan Cina lagi, undi aku pada PRU14 akan berubah darjah k, kalau tempat aku ada calon bebas aku akan undi dia, kalau tidak, undi rosak hang dapat tau.

-Penyokong tegar BN
Anonymous said…
Perbuatan Najib menunjukkan dakwaan Pembangkang adalah benar!!

Najib Najib..hang ni report kat Anwar ke?
Anonymous said…
Memang tak setuju sangat. Pembangkang ni walau poun dibuat baik macam mana pun mereka tetap tak bersetuju. Najib tak belajar dari sejarah. Tengoklah apa terjadi pada SUHAKAM, banyak memihak pada pembangkang.
Anonymous said…
DSN mungkin berfikir kalau dia popular cam Al Juburi, tentu semua orang akan undi dia nanti PRU14...
Kerajaan BN ni dah desperate nampaknya....baik bawa masuk Anuar dan DAP dalam BN..tentu boleh menang punya... siapa menang??????..kah..kah..kah...
S`Zan said…
Pening
usin said…
najib bukan cari penyakit. najib dah sakit sekarang ni. sakit otak!!!!
Anonymous said…
Aku sebagai penyokong serta pengundi UMNO-BN amat kecewa apabila senario2 yg melanda di negara kita disebabkan keputusan2 yg dibuat oleh DSN:

1. Meletakkan pemimpin Hindraf dalam senarai kabinet-apabila seorang yg tidak hormat undang2 negara diletak sebagai pemimpin,bole h byngla sendiri..

2. Terlalu ikut cakap pembangkang sampai tertipu

3. Meletakkan sepupu beliau yg lemah dari menteri wanita utk portfolio kabinet yg memerlukan pemimpin tegas spt kem pertahanan dan KDN.

4. Tidak dapat mengawal isteri beliau yg kadangkala bila kita lihat dah macam menteri (sharizat berhenti pun takde effect sbb kerja beliau telah diambil alih oleh isteri PM).

5.Terlalu lembut dan tidak tegas.

6. Konsep politik beliau lebih kpd penggunaan wang (manusia ni bagi wang byk mana pun tak kan rasa bersyukur, lebih2 lagi penganut PAS.percayalah penganut PAS 90% yg terima BR1M tapi masih pangkah PAS. Yg tegar pulak siap pakai baju PAS/ BERSIH masa nak ambik duit. Rasa bengang pun ada).

Ini luahan ikhlas dari aku. Aku masih lagi mengundi BN-UMNO kerana aku pikir bangsa aku masih lagi selamat dibwh parti ini. Cuma aku risau masa PRU 14 nanti byk pengundi tegar yg dah tua2 macam mak aku dah takde kat dunia ni. yanng tinggal cuma pengundi muda yg byk sokong pembangkang. Nak2 ada masalah yg aku sebutkan di atas ni.

Aku harap DSN dapat lihat perbincangan kita dan ambil iktibar. Aku kritik kerana aku masih sayang bangsa aku.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID