"Mereka Berani Hina Islam Kerana ISA Sudah Tiada", Tun Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, segelintir masyarakat semakin berani menghina Nabi Muhammad dan mengeluarkan kenyataan yang menghina orang Islam berpuasa kerana mereka kini tidak lagi menyokong BN.

Dalam wawancara yang disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia hari ini, Mahathir berkata, sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang lalu, perkara seperti itu tidak berlaku kerana semua kaum di Malaysia menyokong BN.

Menurutnya, sebelum PRU13, BN menang dengan mendapat dua pertiga. Bagaimanapun kini, katanya, kaum Cina langsung tidak menyokong BN dan Melayu pula berpecah kepada tiga kumpulan.

"Kesan daripada PRU-13 berkait rapat dengan rasisme yang semakin menebal dan ia perlu diambil kira oleh semua pihak memandangkan masa depan negara tidak berapa baik kerana perkara ini. Kalau diperhatikan pemisahan antara kaum telah membuatkan kita semakin jauh sehingga sudah sampai ke tahap ada yang berani mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan.

"Kita sudah beri kebebasan apabila tiada lagi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sebagainya, namun mereka semakin berani dengan menghina Nabi Muhammad SAW, mengeluarkan kenyataan yang menghina orang Islam yang berpuasa dan sebagainya. Semua ini tidak pernah berlaku kerana dahulu semua kaum di Malaysia menyokong BN.

"Kita menang dengan kelebihan yang tinggi melebihi dua pertiga tetapi kini oleh kerana orang Cina langsung tidak menyokong BN manakala orang Melayu pula berpecah tiga kumpulan, maka kita lihat kerajaan yang didirikan sekarang tidak mendapat sokongan yang mencukupi," katanya dalam wawancara itu.

Mahathir dilapor berkata demikian berikutan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang ditahan kerana mempersendakan umat Islam dan Ramadan dengan mengetengahkan bak kut teh (sup babi) sebagai juadah berbuka puasa melalui gambar di Internet.

Tan kini ditahan di Penjara Sungai Buloh manakala Lee di Penjara Kajang.

Comments

Anonymous said…
Kalau lah Tun masih kuat dan sehat. Kami suka kalau Tun pimpim semula kerajaan. Najib tak guna kepada orang melayu. Bangsa lain yang banyak duk peralat dia. Nak tunggu bulan Nov 2013 rasa lama lagi. Kami dah jemu tengok muka Najib dalam Umno.

Kami mahu Muhyidin Yassin
Kami mahu Zahid Hamidi bantu Muhyidin

Hj Ariffin
Anonymous said…
Lihat GERTAKAN CINA Kristian yang terbaru ini – yang tak hirau lansung bahawa Islam adalah agama PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ini, dan memaksa umat Islam MENJAGA hati umat Kristian – BUMIPUTERA Melayu/ Islam, diPIJAK dan DIHINA, pedulikan! PENJAJAH British laknat PAKSA pemimpin Melayu bagi kerakyatan dengan mudah sampai sejuta bangsa pendatang, dan juga mereka dapat Singapura, tapi MASIH TAK CUKUP bagi si CINARASIS ini! Sekarang Allah SWT SUCI kita, pun mahu dikRISTIANKan dan lagipun Jesus adalah (jelmaan) Tuhan bagi umat Kristian sedangkan bagi umat Islam, Nabi Isa AS adalah hanya seorang Nabi.

Memang si CINARASIS DAPBIAWAK/PKR nak hasut SELURUH kaum Kristian terutamanya di Sabah dan S’wak untuk benci Melayu/Islam/UMNO, dengan menggunakan agama!

Lihat di http://manzaidiamn.blogspot.com/, Kristian makin melampau , Ahad, 21 Julai 2013:

Terkejut pendirian Umno dalam isu 'Allah', Kristian mahu Kabinet laksanakan penyelesaian 10 perkara.

Kumpulan Kristian terbesar yang mahu Putrajaya melaksanakan penyelesaian 10 perkara berhubung penggunaan kalimah Arab “Allah” oleh komuniti itu terkejut dengan kenyataan dibuat oleh dua pemimpin Umno berhubung perkara itu.

Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) Rev Dr Eu Hong Seng, berkata kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan “tidak dapat dipertahankan ...."Kami ulangi ia adalah hak untuk komuniti Kristian menggunakan perkataan ‘Allah’," kata Eu dalam satu kenyataan hari ini.

"Ia menyinggung perasaan dan tidak boleh diterima bagi Yang Berhormat Menteri cuba untuk merasionalkan seruan Datuk Ibrahim Ali untuk membakar kitab suci kita dengan mengatakan Kitab Suci kita mengandungi kesilapan dalam percetakan," katanya.

CFM hari ini turut mengedarkan sepucuk surat dua muka daripada Pejabat Perdana Menteri pada tahun 2011 di mana Putrajaya memberi kelulusan kepada penganut Kristian untuk menggunakan kitab Injil berbahasa Melayu dan beberapa kelonggaran lain.

Menurutnya, tindakan Mukhriz mengharamkan bukan Islam daripada menggunakan perkataan 'Allah' di negeri Kedah sebagai tidak berperlembagaan.Menurutnya, tindakan Mukhriz mengharamkan bukan Islam daripada menggunakan perkataan 'Allah' di negeri Kedah sebagai tidak berperlembagaan.oleh Kabinet pada April 2011.”.....

MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

(PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAP/PKR/Red beans militia durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)
Anonymous said…
Mana pegi pejuang melayu pejuang yang mengaku membela Islam disaat 4 orang pemuda Islam berbangsa Melayu ditahan dan dituduh menculik dan memeras ugut pemuda cina yg terang terang menghina Islam dan memijak maruah melayu..

Sebutan kes pada petang semalam hanya dipenuhi oleh wakil wakil media cina dan juga wakil politik cina..

Wakil dari melayu hanya persatuan penguna Islam.. yg lain haprak pon tarak.. bercakap pasal perjuangan melayu ngan Islam berapi-rapi.. tapi bila kena ngan bangsa sendiri nyuruk semua.. sebab takda kepentingan...

Kes akan disebut semula pada 18 Ogos ini kerana semalam 2 dari yang dituduh mengadu mereka dikasari dan peguam yang mewakili mereka meminta supaya diadakan pemeriksaan kesihatan.. dan hakim telah membenarkan...

Kes disebut dibawah Seksyen 3.. tuduhan menculik dan ugut.. tak boleh jamin.. jika disabitkan kesalahan akan dijatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup... pikir pikirkan laa saudara-sadara sekelian... jangan la kita bertelagah sesama sendiri.. jangan letakkan kepentingan politik melebihi dari maruah bangsa dan agama sendiri.. sehingga ada diantara kita menjadi mangsa...

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID