Breaking News
Loading...
October 22, 2013

Info Post

Naib presiden umno, zahid hamidi mengingatkan kepada seluruh jentera umno supaya menumpukan kepada prk sungai limau, target bn ialah untuk merampas kembali dun itu...

Zahid meminta seluruh jentera umno melupakan segala sengketa dalam pemilihan lepas dan menumpukan kekuatan pada prk sungai limau, satu nasihat yang amat bermakna dari seorang naib presiden.

3 comments:

Anonymous said...

Insyaallah BN akan perolehi kemenangan di sana.

Anonymous said...

Biodata Prof. Dr. Shuhaimi memang MENGKAGUMkan! Semoga Allah SWT melindungi dan memberi kemenangan kepdanya, utk. mempertahankan Islam/umatnya, yg. masih ramai MERANA!

Yg. herannya mana pula Ketua Pemuda begitu-megah-dgn-ideologi-LIBERALnya , cthnya atas nasib malang mangsa kmlngn anak muda penoreh getah MISKIN Islam/Melayu kita ini?! Dan Kem. Kesihatan, apa mereka buat, bila umat Islam/Melayu jadi mangsa sakit kronik – kenapa umat Islam/Melayu yg. sakit kronik, asyik terpaksa meminta bantuan org. ramai sedgkan sepatutnya ada Tabung Bantuan Pesakit Kronik dlm. Kem. Kesihatan?!

Lihat di http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131019/dn_19/Mohd-Saifudin-rayu-bantuan-segera-biayai-pembedahan-plastik, Mohd. Saifudin rayu bantuan segera biayai pembedahan plastik:

SUNGAI SIPUT 18 Okt. - Seorang remaja yang menderita selepas tulang muka dan hidungnya remuk akibat kemalangan, memohon simpati orang ramai untuk membantu menampung kos perubatan menjalani pembedahan plastik.

Pembedahan yang melibatkan kos antara RM5,000 hingga RM10,000 itu perlu segera dilakukan ke atas Mohd. Saifudin Baharudin, 14, untuk memasukkan besi pada bahagian muka dan membetulkan semula bahagian hidung yang remuk.
Dalam kemalangan kira-kira sebulan lalu, selain patah tulang muka dan hidung, dia juga mengalami patah tangan kanan dan kaki serta gigi terpaksa diikat dengan besi.

Menurut bapanya, Baharudin Ishak, 44, pembedahan plastik perlu dilakukan segera untuk membolehkan darah beku pada bahagian hidung dikeluarkan supaya Mohd. Saifudin boleh menjalani kehidupan dengan selesa.

''Selepas kemalangan, anak saya tidak boleh makan seperti biasa menyebabkan berat badannya susut mendadak sehingga tidak lagi mampu menguruskan diri sendiri,'' katanya.

Baharudin yang bekerja sebagai penoreh getah berkata, doktor pakar Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mengesahkan pembedahan itu perlu disegerakan bagi mengelakkan jangkitan kuman dan masalah berkaitan berlanjutan.
Sebelum ini, remaja tersebut dirawat di HRPB selama sebulan tetapi terpaksa dikeluarkan dari hospital berkenaan kerana tidak mampu membayar bil perubatan.

Katanya, kesan daripada kemalangan itu juga, anaknya tidak dapat tidur lena berikutan sukar untuk bernafas.

''Saya tidak mampu untuk membiayai kos pembedahan kerana tidak mempunyai pendapatan tetap malah wang simpanan juga telah digunakan untuk menampung kos perubatan selama sebulan di HRPB.

''Saya pernah merayu kepada pihak HRPB, wakil rakyat, Baitulmal dan sesiapa juga untuk meringankan beban tetapi sehingga kini belum ada sebarang maklum balas daripada pihak terlibat," katanya.

Mereka yang berhasrat untuk membantu Mohd. Saifudin boleh menghubungi Baharudin melalui talian 0194310849.

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

Umno pasti menang kali ini di Sg Limau. Lima penggal dalam kegelapan ... masih tak cukup lagi kah ?????