Mesti Baca, Bagai Mana Tun Mahathir Sekolahkan Najib Razak...

KOS KERAJAAN

1. Kerajaan memerlukan wang. Kerajaan tidak boleh berfungsi tanpa wang. Kerajaan perlu bayar ramai orang yang bekerja untuk kerajaan. Kerajaan juga membekalkan perkhidmatan dan kemudahan infrastruktur. Dan sekarang kerajaan turut bertanggungjawab menyediakan kemudahan sosial seperti pendidikan, perubatan penjagaan dan lain-lain. Dan sudah tentu kerajaan berperanan mempertahankan negara dan mengekalkan undang-undang serta pentadbiran.

2. Dana kebanyakannya diperoleh melalui cukai daripada aktiviti rakyat yang punya pendapatan atau keuntungan, termasuk perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan seperti pengangkutan, pembetungan, air dan tenaga, pelabuhan dan lapangan terbang, proses-proses kelulusan dan lain-lain

3. Walaupun banyak negara di mana rakyatnya mengelak dari membayar cukai, rakyat Malaysia secara amnya membayar cukai mereka serta lain-lain perkhidmatan yang disediakan kerajaan. Tetapi disebabkan kos kerajaan meningkat dari masa ke semasa, maka cukai dan tarif jug perlu dinaikkan. Dan kebiasaannya rakyat enggan membayar lebih banyak cukai atau caj-caj lain. Perlu diakui bahawa kadar cukai yang tinggi pasti akan menyebabkan kenaikan kos sara hidup dan pada masa sama, upah dan gaji kakitangan kerajaan juga perlu dinaikkan, dan akhirnya akan berlaku kenaikan kos yang tinggi daripada perolehan kerajaan.

4. Tetapi pembayar cukai tidak akan tiba-tiba ada wang yang banyak untuk membayar cukai atau caj baru. Akhir-akhir ini, individu serta ahli perniagaan di Malaysia perlukan lebih banyak wang disebabkan berlakunya peningkatan kos secara mendadak akibat daripada dasar yang diperkenal kerajaan. Pertama sekali mengenai kenaikan gaji minimum hingga RM900. Peningkatan ini tidak boleh dihadkan kepada orang-orang yang berpendapatan kurang daripada RM900 semata. Individu yang sudah berpendapatan RM900 ke atas juga perlu dibayar gaji lebih tinggi. Secara tak langsung kos operasi  pengeluaran barangan dan perkhidmatan juga pasti akan meningkat; sekaligus memberi impak besar kepada kos sara hidup rakyat keseluruhannya.

5. Terbaru kerajaan telah memutuskan untuk mengurangkan subsidi produk petroleum dan caj elektrik juga akan dinaikkan. Bagi penduduk Kuala Lumpur, beberapa kadar baru yang diperkenalkan akan menyebabkan berlaku kenaikan mendadak kos sara hidup sebanyak 2000%.

6. Pada tahun 2015 GST (barangan dan cukai perkhidmatan) akan menggantikan cukai jualan. Amat jelas kerajaan ingin mendapat untung berlebihan daripada cukai jualan, namun ia juga akan menyebabkan berlakunya penambahan kos barangan dan perkhidmatan.

7. Kita faham bahawa kerajaan memerlukan wang yang banyak untuk disesuaikan dengan keadaan semasa ekonomi. Tetapi perlukah kerajaan membuat kenaikan terlalu besar pada cukai serta tarif; dan kesemuanya pula dinaikkan pada masa serentak? 

8. Dalam perniagaan terdapat satu perkara yang dikenali sebagai "pengurangan kos". Apabila sesuatu perniagaan berhadapan persaingan atau peningkatan kos yang mengurangkan keuntungan, ia mempunyai pilihan antara menaikkan harga atau mengurangkan kos. Ada masanya harga boleh dinaikkan. Ini mungkin mengakibatkan kemerosotan jualan dan keuntungan. Lebih baik mengurangkan kos atau sama ada mengekalkan atau meminimakan kenaikan harga.

9. Apabila berlakunya penurunan kos dalam sesebuah perniagaan, apa yang perlu dilakukan adalah meneliti segala-galanya agar ia tidak memberi kesan kepada kos keseluruhan operasi perniagaan. Perlu dikaji kecekapan proses, kos bahan, pengurangan pembaziran dan kecekapan jumlah pengeluaran. Kebiasaannya beberapa kos akan dapat dikurangkan.

10. Sepertimana perniagaan, perkara sama juga boleh dilakukan kerajaan. Semua kos boleh diteliti untuk menentukan mana yang benar-benar penting, kos mana yang boleh dikurangkan, atau perkhidmatan mana yang boleh diolah.

11. Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Sebagai contoh kontrak yang telah diberikan kepada syarikat yang menawarkan harga terbaik – walaupun tidak semestinya yang terendah. Setiap tahun Ketua Audit Negara akan melapor mengenai pembaziran disebabkan prosedur-prosedur yang tidak wajar serta kecuaian. Biasanya setiap tahun juga, kerajaan tidak banyak berubah atau mengambil apa-apa tindakan daripada kritikan Ketua Audit Negara. Walhal kerajaan boleh menjimatkan banyak wang jika kritikan Ketua Audit Negara diambil secara serius. Perubahan prosedur juga boleh mengurangkan kos.

12. Jika kerajaan berminat dalam mengurangkan kos tadbir urus, ia boleh berbuat demikian dan mungkin impaknya akan lebih ketara. Sebagai contoh, kerajaan boleh mengurangkan kos elektrik dengan menukar lampu jalan ke LED yang akan menyebabkan penjimatan lebih 50%. Pengurangan penjanaan elektrik juga mampu mengurangkan subsidi bahan bakar untuk tenaga. Tetapi ini tidak dilakukan oleh kerajaan. Kos permulaan mungkin tinggi, tetapi dengan adanya simpanan pasti kos boleh dikurangkan.

13. Kesan daripada kenaikan cukai juga perlu dikaji dengan teliti. Adakah benar bahawa peratusan cukai yang ditetapkan tidak boleh dipinda? Harus diingat bahawa kenaikan cukai pasti akan menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup, kos menjalankan perniagaan, pengurangan dalam keuntungan dan pengurangan cukai korporat serta keuntungan kerajaan. Sedikit masa dulu kerajaan telah kehilangan cukai ke atas barang-barang yang dibawa masuk oleh pelancong ke Singapura semata-mata kerana sukar untuk ditentukan sama ada jam tangan yang mahal, pen dan barangan kemas yang itu dibeli di Singapura atau ia memang milik peribadi pelancong apabila dia pergi ke negara tersebut. Justeru kerajaan ketika itu memutuskan untuk menghapuskan cukai pada barangan mewah. Rentetan itu kedai-kedai bebas cukai bercambah di Malaysia dan kerajaan mengumpul lebihan melalui cukai korporat daripada kedai-kedai tersebut berbanding yang pernah kerajaan kumpulkan melalui duti import.

14. Dalam contoh lain, kerajaan telah mengurangkan cukai korporat secara beransur-ansur daripada 45% dari keuntungan kepada hanya 26%. Dengan itu lebih banyak aktiviti perniagaan dapat dilakukan dan kutipan hasil cukai korporat juga telah meningkat dengan banyaknya. Kes lain adalah bebas cukai sebagai insentif untuk pelaburan yang menyebabkan pelaburan meningkat. Secara tidak langsung kerajaan boleh mengutip cukai pendapatan daripada eksekutif. Nasi lemak yang dimakan oleh pekerja juga akan meningkatkan perniagaan pemborong beras dan kerajaan juga boleh mengutip cukai korporat daripada pemborong ini.

15. Rakyat perlu mencari wang untuk membayar cukai yang semakin meningkat. Sudah tentu ia akan menjadi lebih mudah jika peratusan cukai yang dikenakan adalah rendah, atau rakyat diberi masa membayar cukai pada tempoh yang lebih lama.

16. Jika kerajaan benar-benar perlu menaikkan peratusan sesuatu cukai, ia sepatutnya diperkenalkan secara berperingkat. Sebagai contoh kenaikan caj elektrik ditetapkan pada 15%. Itu adalah satu lonjakan besar. Ia sudah tentu akan menjejaskan kos pengeluaran barangan yang menggunakan elektrik, apatah lagi pengeluaran yang menggunakan elektrik pada peratusan yang tinggi. Kontrak yang telah sedia dimeterai lebih awal oleh peniaga akan menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian dan sekaligus akan mengurangkan cukai keuntungan korporat.

17. Kenaikan tarif boleh dilakukan secara berperingkat seperti 6% setahun untuk tempoh tiga tahun atau lebih lama. Maka kerugian semasa kontrak akan dikurangkan. Kontrak-kontrak pada masa depan pula akan mengambil kira kenaikan. Akan ada masa untuk "kos turun" dan kenaikan harga kontrak.

18. Jika ditetapkan 6% setahun untuk 3 tahun, peningkatan sebenarnya boleh meningkat kepada 18% berbanding 15% yang diperkenalkan kerajaan sekarang. Tetapi kenaikan 6% di tahun kedua adalah 106% daripada harga asal, dan untuk tahun ketiga akan naik kira-kira 113% daripada harga asal, oleh itu lebih daripada 18%. Jika ini terlalu tinggi, maka kadar peningkatan tahunan boleh juga dikurangkan kepada 5%.

19. Jelas bahawa kerajaan akan mendapat lebih daripada 15% daripada harga semasa. Kerajaan tidak akan rugi apa pun walau terdapat kelewatan dalam kenaikan kadar cukai yang telah sedia ditetapkan sebelumnya.

20. Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan hingga membebankan kos sara hidup rakyat dan peniaga. Kerajaan perlu menyemak semula kadar cukai yang diperkenalkan. Tindakan ini tidak akan terlalu menjejaskan kerajaan, dan pada masa sama kerajaan dapat memberi keyakinan kepada rakyat. Rakyat mungkin akan hargai jasa kerajaan itu di pilihan raya akan datang.

21. Baru-baru ini Francois Hollande, Presiden Perancis telah memutuskan untuk menaikkan cukai ke atas keuntungan sebanyak 50%. Ramai yang telah meninggalkan Perancis untuk menjalankan perniagaan di tempat lain. Mungkin kerajaan berharap dapat lebih banyak cukai, tetapi kerajaan juga boleh rugi lebih banyak jika ramai kumpulan peniaga lari berhijrah ke tempat lain.

Terima kasih kepada blogger paneh miang kerana berusaha untuk translate kan artikel dari blog tun mahathir...

Comments

Anonymous said…
Terbaik lah tun, hanya tun sahaja yang layak sekolahkan najib, pasal najib punya kebebalan dah nak dekat sama taraf dengan pak lah.
Anonymous said…
masalahnya tuan2 penasihat pada si Najib
Anonymous said…
zaman Tun M dulu pun ada juga bagi bantuan kat rakyat tapi takdelah melebih2 sehinggakan rakyat dimanjakan... BR1M tak perlu pun... ianya membazir je... dah tu bukan semua dapat BR1M... dan yg dpt BR1M pun bukan semua undi BN...
Anonymous said…
Najib pemimpin bangsawan..bukan berwawasan..hatta terpaksa bergantung pd PEMANDU.. yg kerja tak lain menghisap darah duit rakyat.. sekarang menteri2 setakat perhiasan aja..PEMANDU yg berkuasa..bukan orang yg diundi.. Najib tak layak jadi pemimpin dengan performance macam ini
Anonymous said…
Tu dia....apabila penasihat bertauliah memberi nasihat secara free jer. Tak payah membazirkan berbilion ringgit pun. Tapi Najib tak mau pakai nasihat free. Najib cuma berminat nak pakai nasihat yang berbayar jer. Kurang-kurang penasihat atau konsultan yang dibayar jutaan ringgit. Tapi sebenarnya ramai yang tak sedar bahawa Tun M memiliki otak yang genius. Otak Tun M seorang sebenarnya boleh menggantikan berpuluh-puluh otak penasihat yang dilantik Najib. Free jer, boleh jimat duit kerajaan. Idea pun boleh diterima pakai dan sudah tentu rakyat akan terima dengan senang hati. Sekarang ni, idea penasihat Najib @ PEMANDU kebanyakannya semua tak boleh pakai. Makin menambahkan kebencian rakyat terhadap kerajaan adalah.
MMI said…
Slm Mohon Di pautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com .. utk makluman blog DET sudah pundi pautkan di blog MMI.tq
Anonymous said…

kalau tak makan nasihat tun M najib akan susah jadinya.
Anonymous said…
MACAM SESIA JE MENUNGGU 24 TAHUN SEBAGAI MENTERI PERANTIS.

~orang kenit~
Ejoi said…
Najib...cuba la turun ke padang sebagai rakyat biasa tanpa bodyguard atau pengampu yg lain2....cuba rasai apa yg rakyat rasa sekarang TANPA Rakyat tiada pemimpin TANPA Pemimpin tiada rakyat....Jgn bergantung pd PEMANDU setiap masa buat keputusan yg bijak dgn memahami situasi rakyat kini. ..
Ejoi said…
Najib...cuba la turun ke padang sebagai rakyat biasa tanpa bodyguard atau pengampu yg lain2....cuba rasai apa yg rakyat rasa sekarang TANPA Rakyat tiada pemimpin TANPA Pemimpin tiada rakyat....Jgn bergantung pd PEMANDU setiap masa buat keputusan yg bijak dgn memahami situasi rakyat kini. ..
Anonymous said…
NAJIB sedang menempa malapetaka. UMNO kelihatan bodoh di mata rakyat.

Jika UMNO sukar digagalkan dengan undi bukan melayu, adakah usaha2 sedang dijalankan dengan membinasakannya dari dalam?

Adakah PEMANDU agenda zionis?. Zionis sudah lama berazam untuk menjatuh kerajaan yg dipimpin umat Islam. Dengan adanya pemimpin UMNO yg ampu sana ampu sini, maka mudahlah anak dajjal yg seorang tu jd PM. Dah tak sabar sgt tu

ORang melayu sangat kecewa dgn kepimpinan PM yg tidak berjiwa melayu, hinaan ka atas Islam,orang melayu dan raja2 tidak dibela oleh NAJIB, Tak habis2 erhegeh2 dengan cina. Apakah tahun ini Najib akan buat lwak pukul gendang atau main tanglung lagi?
Anonymous said…
Kos kerajaan malaysia di bawah pentadbiran najib membayar konsultan sebanyak 7 bilion ringgit. Bukan kah itu satu pembaziran?
Anonymous said…
Ni baru langkah pertama lepas kluar Petronas. ... kita tunggu langkah seterusnya!
Anonymous said…
kata la apa pun DS Najib tak nak pakai deh kata2 kita semua ni
Anonymous said…
Teringin pulak nak dengar pandangan atau pendapat Tun Daim
Anonymous said…
Ko ingat duit brim tu dtg dri tabung umno ke bro atau duit tabungan kak semah dri kecik ke. Klau dah bodoh duk diam2 sudah...supaya org xtau yg ko tu bodoh piang.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID