Rintihan Rakyat, Khas Untuk Bacaan Pak-Pak Menteri...


Umpama timun hendaknya 
Melanggar kami terluka 
Dilanggar kami cedera
Tapi itulah nasib kami yang hina

Tanpa elaun seperti menteri
Makan bayar sendiri
Kereta pandu sendiri 
Minyak isi sendiri
Jalan sesak kami hadap saban hari 
Mudah pula tuan berkata 
Jangan makan bila ayam naik harga
Jangan minum manis bila naik harga gula 
Jangan guna jalan jika tol naik berganda 
Pindah ke negara lain jika tak suka Malaysia 

Kami umpama kain basahan 
Tuan perah habis habisan
Akhirnya kami kekeringan 
Merana kami tuan kesenangan 
Duit sejemput kami diperas hingga rabak
Gaji tuan sedikit pun tak boleh ditolak 
Diusul kami, tuan amuk sampai koyak 
Kami senyum lihat tuan makin menggalak 
Tak mengapalah tuan 
Kami terima segala ketentuan 
Cuma ingat pesan Tuhan 
Setiap perkara ada balasan 
Nasib tuan belum ketahuan 
Tuan jangan lupa 
Kami manusia biasa 
Sabar kami ada tahapnya 
Luka kecil boleh menjadi nanah juga 
Jangan sampai menjadi barah pula 
Cukuplah tuan menyeksa 
Cukuplah tuan buat kami merana 
Kuasa tuan dari kami 
Naiknya tuan dari kami 
Jatuhnya tuan dari kami juga. 

Comments

Anonymous said…
Nah...rasakanlah wahai pengundi yg memangkah bn..hidup melayu!! Hidup melayu!! Air mata darah..bercampur keringat..bumi di pijak milik kroni...nak salahkan cina dap lagi ke?umno lah pengkhianat bangsa melayu..
Anonymous said…
Up lagi
Anonymous said…
Syabas BN...
Segala kenaikan hanya terkena pada pengundi2 bandar yg menolak BN dan tak tahu bersyukur...
Pengundi2 akar umbi biasa je takda rasa apa2...
Syabas BN...telah nampak hasil tindakan BN...
Anonymous said…
Anon 10:51 AM, kenapa awak di lahirkan sebagai manuisia yang tidak berotak? aklagkah baiknya sekiranya sdra dilahirkan sebagai BINATANG yang tidak mempunyai akal fikiran sebaliknya hanya mempunyai Nafsu
Anonymous said…
maaf anon 10:51, ianya ditujukan kepada anon 10:52 AM
Surrhead said…
anonDecember 18, 2013 at 10:52 AM....hoi, bengong....katakan kilang Lever Brothers i kat KL, i gunakan letrik untuk production dan petrol/diesel dan tol untuk penghantaran. Produk kilang i mmg digunakan di seluruh pelusuk negara. Rasa2 kos berlebihan ni i nak tanggung ker? i mesti "pass on" kepada "end user" - dan ini melibatkan atuk2 yg pekena teh-o lipton....BTW, ini hanya salah satu contoh, jgn pulak ko balas balik bukan semua org minum teh-o lipton yah...SO, kenyataan yg kenaikkan hanya terkena pengundi bandar ko ni tak masuk akal, sebab tak guna akal sebelum komen...
Anonymous said…
Melayu bumiputera akan terus tersisih dari arus pembangunan ekonomi,
Melayu bumiputera terus terusan di himpit peningkatan kos hidup setiap hari,
Mana pergi islam hadari,
Mana perginya, matlamat tranformasi ekonomi yang ingin mengangkat bangsa melayu bumiputera di bumi sendiri,
Ke mana menghilangnya kebijaksanaan pahlawan dan pemimpin melayu kini,
Kami melayu bumiputera terus di himpit dengan penarafan gaji miskin tegar,
Mungkin kadar inflasi naik tinggi dan penarafan gaji miskin tegar juga turut melambung tinggi,seperti juga golongan berpenarafan pendapatan miskin di bandar,
Apa semua ini,
Apa makna sebenar rasionalisasi subsidi,
Apa benda yang hendak di gantikan setelah menarik subsidi,
BR1M ceroi,
KR1M,sampai bila boleh bertahan,Berapa banyak yang di sediakan,
Adakah harga barang 1 malaysia akan terus kekal atau sampai bila2,
Ini semua adalah langkah dan tindak tanduk kerajan,
Dan dasar yang menguruskan negara,
Jangan sampai melayu bumiputera tersisih dengan urusan bank,
Jangan kita semua, generasi melayu bumiputera tidak mampu berurusan dgn bank,
Sehingga di ambil alih oleh lintah2 darat,



Anonymous said…
Yg sokong BN pada PRU13 90% Melayu. Cina dan India majoriti confirm sokong PR. Kenaikan harga tak jejas pun Cina dan India ni sebab mereka mmg dah kaya. Melayu yg sokong BN mcm nak mampos inilah yg jadi magsa. Yang duk rumah flat, yg sewa rumah adalah melayu. Kalau accident motor atau naik proton biasa maut...sebab tak ada pilihan...Menteri melayu hidup mcm raja..naik jet mewah ke sana kemari. Pak guard keliling pinggan sedang melayu bawahan hidup dlm ketakutan. Kalu kena rompak buat report polis pun tiada apa yg berubah...Nanti kata melayu malas padahal nak kerja terpaksa bersaing dgn bangla, indon yg sanggup gaji murah.....Apa lagi melayu nak? Kata pak menteri
Anonymous said…
Masa banjir di Kuantan dan Kemaman 85% mangsa Melayu. Bila minta isytihar Darurat ditolak sebab ada perhimpunan agung Umno. Kemusnahan hampir 100%. Begitulah melayu di bela dibumi sendiri. Kalau kena di JB atau KL, darurat mungkin tak perlu di minta sebab MCA dan MIC yg suruh...

Anonymous said…
Syabas BN...
Ini lah ubat utk melayu2 tak sedar di untong...
BN teruskan dasar2 melingkopkan melayu2 bandar yg rasa mereka ini hebat sangat tak sedar di untong..
Pedelikan mereka...pru 13 mereka2 ini lah yg galak sangat undi PR...
Teruskanlah undi PR pada pru 14 nanti...BN tak hingin undi kamu...
Syabas BN....
Anonymous said…
Apa la korang ni. Itu pun nak bising2. Kan PM dah bgi BRIM. Xkan duit BRIM tu abis. Salah korang la. Sapa soh boros. Pda hal PM dah kira dah...BRIM tu cukup utk blanja sethn tau. KAH..KAH...KAH...idup mlayu.
Anonymous said…
setuju anon 1.46

PM dah announce suruh apply BR1M, so cepat2 la apply, kang kalau tak dapat BR1M korang bising lak.
Anonymous said…
Bagi saya UMNO masih releven memerintah Malaysia ni..walaubagaimana pun banyak lagi perkara yang harus UMNO ambil perhatian terutama sekali keloh kesah rakyat jelata tentang apa saja keputusan kerajaan yang akan dibuat supaya tidak membebankan rakyat dalam mengharongi kehidupan hari ini. Kalaulah pakatan rakyat memerintah lagi terok jadinya alamat tergadailah Islam, Melayu dan besar kemungkinan Negara sekali.
Anonymous said…
Blogger DET

Alahai sedih dan sayunya bila saya membaca rintihan dan ratapan isi hati tuan.

Saya nak beritahu tuan. Tak kan di dengari oleh Najib akan rintihan tuan itu. Tak kan di ambil peduli ratapan tuan itu oleh pak menteri. Memang benar tuan mentimun mereka durian. Memang confirm kita mentimun mereka pisaunya. Tidak akan tertunai harapan dan impian kita melainkan kepada ...

Kepada tuhan kita meletakkan harapan agar menurunkan rahmat untuk meringankan penderitaan kita. Tuhan yang mana satu yang berupaya menolong kita ...

Tuhan Harun ... tak mungkin kerana dia pun mengharapkan pertolongan orang lain untuk menolak kerusi rodanya. Tuhan Harun adalah tuhan yang paling lekeh.

Tuhan Ayah Pin Tuhan Kerajaan Langit ... juga tak mungkin dapat menolong kita kerana dia pun dah lari entah kemana. Mungkin sekarang ini Tuhan Ayah Pin sedang bersemayam di Langit Ketujuh bersama2 dengan 70 bidadarinya. Tuhan Ayah Pin adalah tuhan yang paling pengecut.

Tuhan Allah swt ... dia tuhan yang maha berkuasa dan maha mengetahui, dia maha penyayang lagi maha pemurah. Maka kepada Nya lah seharusnya kita meminta dan berhajat. Kenapa tidak semua kita yang rasa terinaya dengan tindakan Najib dan Menteri2 nya mengadakan Solat Hajat minta kepada Allah swt agar Tol dan Letrik Tidak Jadi Naik.

Marilah kita mengadakan Solat Hajat secara besaran2 diseluruh negara. Orang Umno yang tak bersetuju Tol dan Letrik naik, orang Pas yang tak bersetuju Tol dan Letrik naik, NGO Melayu dan Islam yang tak setuju Tol dan Letrik naik ... ayuh kita anjurkan Solat Hajat sebelum tibanya tahun 2014 yang penuh dengan penderitaan mudahan2 Allah jauhkan bala yang bakal dibawa oleh Najib dan Menteri2nya.

Kepada para ulamak Pas, kalau kalian boleh mengadakan Solat Hajat minta Najib pecah perut dan solat hajat minta Umno KO, kenapa tidak pada kali ini kalian anjurkan dan mengimamkan Solat Hajat minta Allah swt halang kenaikan Tol dan Letrik untuk kesejahteraan seluruh rakyat tak kira orang Pas atau orang Umno, tak kira orang melayu atau orang bukan melayu, tak kira orang islam atau orang bukan islam. Insyaalah Tol dan Letrik tidak akan naik jika kepada Allah swt kita berhajat.

Kepada para ulamak Pas saya nak beritahu, memang kalian gagal mendapat pertolongan tuhan dalam 2 Solat Hajat besaran2 yang kalian pernah anjurkan dahulu untuk minta Najib Pecah Perut dan untuk minta UMNO KO. Hajat kalian tidak kesampaian kerana kalian tidak berhajat kepada Tuhan Allah swt sebaliknya kalian berhajat kepada Tuhan Harun dan Tuhan Kerajaan Langit Si Ayah Pin yang tak berupaya nak Pecahkan Perut Najib atau Hancur KO kan Umno.

Semoga para ulamak serta ustad2 Pas sudi memimpin Solat Hajat Kenaikan Tol dan Letrik seluruh negara ... dan berhajatlah kepada Tuhan Allah swt dan bukannya berhajat kepada Tuhan Harun atau Tuhan Ayah Pin. Insyallah.

Al-Abuya.



Anonymous said…
Itu la bila solat hajat minta pada tuhan trinity...
Bapak tuhan
anak tuhan
cucu tuhan...
Ini lah tuhan yg bahlol2 Pas tu minta doa panjang berjela-jela...
Anonymous said…
Allah tak makbul doa Pas sebab
Hati kotor hitam...riak..takbur..
.dengki..khianat...
Mangalahkan sifat2 syaitan..
Syaitan pun tabik spring dgn bahlol2 Pas ni...
Anonymous said…
Benar kata anon 10:29...
Jika anda berbual dgn bahlol2 pas ini dan mereka tahu anda bukan penyokong mereka...
Lihat lah betapa riaknya mereka..
Memandang anda sebagai "ini lah ahli neraka krn tidak menyokong Pas"
Teruskan lah riak jubah anda itu...
Teruskan lah riak serban anda itu..
Teruskan lah riak berpijak dibumi Allah....
Surrhead said…
itulah korang.......rakyat cite pasal kos sara hidup, korang sibuk dgn mengutuk PAS....dah tak boleh tolong den....fail....
Anonymous said…
Betoi kata hang Al-Abuya

Aku pun ada ingat pasai solat hajat Pas itu. Duk heran juga pasai apa tuhan tak makbul doa tokguru dan ustad Pas. Rupanya depa duk minta doa dekat Tuhan Harun dengan Tuhan Ayah Pin. Nak PRU itu hari pun depa solat hajat juga, kantoi lagi. Memang betoi lah depa minta doa dekat Tuhan Harun dengan Tuhan Ayah Pin. Kalau depa minta doa dekat Tuhan Allah swt, boleh jadi tak kantoi.

Padan muka depa. Najib tak pecah perut. Umno tak KO. Pas kalah PRU 13.

Hah hah hah. Pas minta doa dekat Tuhan Harun. Kah kah kah. Pas minta doa dekat Tuhan Ayah Pin.

Lawak giller. Ini boleh buat modal untuk Maharaja Lawak Astro ni.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID