31 January 2013

MESTI BACA: BTN Sabotaj Najib Disaat Pilihanraya Makin Dekat...


Pengarah BTN menukarkan pegawainya hanya dengan memberi notis 48 jam, akibatnya, ramai pegawai BTN yang di transfer itu tidak dapat buat persediaan sebagai contoh, nak cari rumah sewa, nak daftar anak sekolah, bini nak tukar tempat kerja dan mereka berhadapan seribu satu masaalah lain lagi....

Aku bagi korang link artikel penuh mengenai sabotaj BTN terhadap najib, klik sini
Published with Blogger-droid v2.0.6

TERDESAK: DAP Cuba Pinang Anak Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan...



Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendakwa Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook pernah meminta beliau memujuk anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir untuk menjadi calon parti itu dan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Tunku Abdul Aziz berkata, Loke meminta beliau mengadakan satu majlis dan menjemput Tunku Zain Al-'Abidin ke majlis itu untuk menyatakan hasrat tersebut kepada baginda.

"Kerana DAP telah melihat Tunku ini seorang yang amat pintar, petah bercakap, jadi dia nak sasarlah Tunku dan suruh saya sebagai 'Tunku yang tua' barangkali boleh saya pujuk 'Tunku yang muda' ini.

"Kononnya untuk bagi Tunku jadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Tidakkah ini satu benda yang bodoh, tak masuk akal. Anak jadi Menteri Besar, ayah jadi Yang Dipertuan Besar," katanya dalam satu ceramah di sini malam ini.

Tunku Abdul Aziz berkata beliau bagaimanapun telah menyampaikan hasrat DAP itu kepada Tunku Zain Al-'Abidin namun ditolak baginda.

Tunku Abdul Aziz berkata Loke, yang juga Anggota Parlimen Rasah, tidak berhenti setakat itu sahaja, sebaliknya terus meminta beliau memujuk Tunku Zain Al-'Abidin untuk bertanding mewakili DAP, dan kali ini di kerusi Parlimen serta berjanji akan menawarkan jawatan menteri Kabinet kepada baginda jika pembangkang menguasai Putrajaya.

Bagaimanapun, Tunku Abdul Aziz berkata, beliau tidak menyampaikan hasrat Loke itu kepada Tunku Zain Al-Abidin kerana berpendapat ia sesuatu yang tidak masuk akal.

Katanya, perkara ini jelas menunjukkan DAP adalah parti yang sanggup melakukan apa sahaja bagi menguasai Putrajaya sehingga ke tahap 'memancing' anakanda pemerintah utama Negeri Sembilan untuk bertanding dalam pilihan raya mewakili parti itu.

Dalam pada itu, Tunku Abdul Aziz menyifatkan tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu kalimah ALLAH digunakan dalam Bible sebagai tidak sensitif dan Ketua Menteri Pulau Pinang itu adalah 'batu api'.

Menurutnya, agama dan politik tidak boleh dicampuradukkan kerana akan mengakibatkan bahaya yang besar, terutama dalam perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia. - Bernama

RCI Sabah: Jual IC Agenda Peribadi Tak Kena Mengena Dengan SPR...


Mohd nasir sungip namanya tiba-tiba meletup dalam isu rci sabah, tapi siapa mohd nasir sungip ini...? sehinggakan pembangkan menggambarkan seolah-olah dia hero kepada mereka.

Mohd nasir sungip merupakan timbalan pengarah jabatan pendaftaran negara (negeri sabah) telah mengesahkan jabatannya pernah menyertai operasi durian burok satu operasi bertujuan untuk memberikan kewarganegaraan ( IC BIRU) kepada warganegara yang layak lantas membenarkan mereka ini mengundi. dari tahun 1992-1995, tambah nasir sungip, ini adalah arahan SPR. sumber: malaysiakini

Betul ke spr suruh jabatan pemdaftaran negara beri ic biru kepada pendatang supaya mereka boleh mengundi...? 

Mari kita baca dua keterangan dari bakas-bekas pegawai jabatan pendaftaran yang telah di panggil memberi keterangan dalam inkuari itu...

Bekas pengarah JPN , ramli kamarudin telah menjual 16 ribu resit JPN dengan harga RM1 juta, lantas memberikan warganegara peluang untuk mengundi. ramli memberitahu beliau melakukan demikian kerana wang.

Kemudian sorang lagi bekas pengarah JPN membuat pengakuan bahawa...

Bekas pengarah JPN, datuk abdul raouf sani telah menjual 6305 resit JPN dengan harga RM 167,300.00. datuk raouf juga mengaku dalam sesi soal jawap semalam, beliau melakukan tindakan tersebut atas kapasitinya sendiri dan tanpa arahan pihak atasan. sumber: malaysianinsider

Jadi sekarang, di mana timbul isu spr arahkan jabatan pendaftaran supaya keluarkan ic kepada pendatang supaya mereka boleh mengundi sedangkan kedua-dua mereka telah mengaku di dalam inkuari yang perbuatan menjual ic biru itu dibuat atas kepentingan peribadi bukan di arah oleh sesiapa.

Adakah ini cubaan untuk merosakan kredibiliti spr...?




29 January 2013

Pecat Ustaz Nasa, Karpal Bagi Nik Ajis Hadiah Sebijik Kek...

Karpal jemput nik ajis ke rumahnya bukan kerana nak sambut birthday nik ajis, tapi untuk meraikan pemecatan ustaz nasa dari menjadi ahli jawatankuasa majlis syura pas.

Ada orang kata karpal jemput nik ajis pasal nak raikan birthday nik ajis, pada aku itu tak logik pasal nik ajis tak suka sambut birthday, sedangkan umat islam nak sambut hari kelahiran Rasulullah pun nik ajis itu perbuatan bidaah dan mengarut inikan pulak dia sendiri nak sambut hari lahirnya sendiri...



Adakah Hadi, Anwar Dan Azmin Lebih Kristian Dari BS Poh...???


Seorang pendakwah kristian bernama bs poh merayu pengikut agama itu di negara ini menggugurkan penggunakan kalimah "Allah" daripada digunakan di dalam Bible.

Katanya tidak ada sesiapa memaksa kristian menggunakan kalimah Allah, "Masalah ini sudah berlarutan selama 30 tahun. Persoalannya, adakah kita perlu berkeras untuk menggunakan hak guna (kalimah Allah?," "Jadi bolehkah jika berusaha lebih keras untuk menunjukkan kecintaan orang Kristian dengan tidak menggunakan (kalimah) Allah?," katanya.

Nampaknya anwar, hadi dan azmin lebih cintakan kristian dari agamanya sendiri iaitu Islam...

28 January 2013

Majlis Syura PAS Ibarat Anjing Menyalak Bukit...

Mana pergi maruah dan kredibiliti ulama dalam majlis syura pas bila seorang jantan dayus berani menolak mentah-mentah keputusan yang di buat oleh mereka...

Confirm Bakal Calon Pakatan Terdiri Dari Kaki Rasuah...


Tien chua bertegas tidak akan memberikan senarai bakal calon pakatan kepada pihak sprm untuk di saring terlebih dahulu, kata tien chua, kerja sprm ialah tangkap perasuah, bukan bantu ahli politik pilih calon...

Kenapa tien chua cuak bila sprm nak membantu pakatan untuk memstikan calon-calon mereka bersih dari rasuah...??

Bukan ke dengan bantuan dari sprm lebih memudahkan kerja pakatan dalam memilih calon yang benar-bernar bersih? atau mereka ada agenda lain, sebab itu mereka menolak bantuan sprm...

Kata Khalid "65 Peratus Rakyat Selangor Percayakan Pakatan"


Kata khalid dalam satu forum syok sendiri sesama pemimpin pakatan, "keyakinan rakyat selangor terhadap kerajaan negeri pakatan semakin meningkat kepada 65 peratus berdasarkan kajian yang dijalankan oleh mereka"

Soalan aku pada khalid, apakah rakyat selangor bodoh nak beri keyakinan mereka pada pakatan setelah 4 tahun mereka di tipu hidup-hidup oleh rejim khalid dan pakatan???

Janji-janji dalam manifesto masih banyak yang belum tertunai, masaalah air masih belum selesai, elaun untuk ibu tunggal dan elaun untuk anak pra sekolah seperti yang di janjikan dalam manifesto belum sesen pun kerajaan selangor bayar pada mereka dan banyak lagi masaalah seperti sampah, longkang, pertumbuhan rumah urut dan pusat perjudian di selangor kian menjadi jadi banyaknya.

Takan rakyat selangor buta mata kut...? khalid nak tipu sapa sebenarnya nie...? 

27 January 2013

Anwar Muntah Darah, Ribuan Sambut Najib Di KLIA...

PM selamat tiba di balai bunga raya klia tepat jam 11.10 pagi (ikut jam kamera aku) beliau di sambut oleh ribuan rakyat yang hadir sejak dari jam 8 pagi tadi, turut sama hadir menyambut kepulangan pm ialah, tan sri muhyiddin yasin dan isteri, mantan perdana menteri, tun dr mahathir dan tun siti hasmah dan berberapa pemimpin umno dan parti komponen bn...


26 January 2013

Perkataan Allah Sekadar Terjemahan...??

Video Dari Forum Polemik Isu Kalimah Allah anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Auditorium Utama UIA Gombak pada 20hb Januari 2013...

Tolong dengar sampai habis, boleh di gunakan untuk melawan dakyah pakatan yang bersetuju supaya kalimah Allah di gunakan oleh kafir kristian...

24 January 2013

Antara Anwar & Najib...



Najib berkata...

Dia mengikut gerak hati apabila mengambil keputusan untuk melakukan lawatan ke sini kerana ingin melihat sendiri penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin.

"Justeru saya lakukan lawatan ini yang dianggap bersejarah memandangkan inilah kali pertama seorang Perdana Menteri Malaysia melawat Palestin," katanya.

Najib tiba di kawasan sempadan Rafah di wilayah Palestin kira-kira 10.40 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira (4.40 petang waktu Malaysia).

Ketibaan Najib disambut Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh di kawasan sempadan.

Sebelum itu, Najib menempuh perjalanan sejauh 55 kilometer dari lapangan terbang El-Arish di Mesir ke kawasan sempadan Rafah.

Perdana Menteri berkata, Malaysia mengagumi keberanian dan ketabahan rakyat Palestin dalam berhadapan dengan kekejaman Israel.


Anwar pula... 

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar

Jadi mana satu pemimpin pilihan anda...???

RENCANA: Orang Bisnes Tabik Polis

DATUK Ahmad Faris Abdul Halim, 49, seorang ahli perniagaan masih ingat lagi insiden 28 April tahun lepas apabila ibu negara ‘dihenyak’ perhimpunan Bersih 3.0.

Semasa itu, Ketua Pegawai Eksekutif Masterplan Consulting Sdn, Bhd., firma pembekal peralatan pertahanan, keselamatan dan komunikasi itu menerima panggilan bertalu-talu daripada rakan kongsi niaganya dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Itali dan Perancis.

Mereka bertanyakan apa yang terjadi sebenarnya di Malaysia. Ahmad Faris dalam menjawab satu persatu panggilan tersebut, rumusan pengakhiran perbualan tetap sama - menjawab: ‘‘...tapi saya yakin situasi ini hanya seketika."

Ini kerana dalam hati beliau cukup yakin dengan kewibawaan pihak polis mengendalikan insiden di luar jangka itu. Dan apabila Himpunan Shamsidar berulang 12 Januari baru-baru ini, sekali lagi beliau mendapat panggilan daripada rakan-rakan kongsi multinasional yang sama.

Dengan kesimpulan yang sama, Ahmad Faris tetap menaruh kepercayaan yang tinggi kepada pihak polis, mampu menangani insiden kali ini dalam keadaan cukup bersedia.

Meskipun tanpa tembakan meriam air, kelibat FRU dan lontaran bom asap, di sebalik ketenangan pihak polis mengharungi penyokong dan pengikut pembangkang, kata beliau, ucapan tahniah sewajarnya diberi kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Kedua-dua individu itu, yang dibantu anak-anak buah mereka berupaya mengendalikan keadaan mendesak itu.

“Ramai kalangan kita barangkali tidak sedar bagaimana anggota-anggota polis terpaksa tinggalkan anak isteri, tak tentu makan minumnya... dan sudah terpacak di ibu negara waktu dini hari dan subuh-subuh lagi untuk mendepani himpunan 12 Januari itu.

“Padahal tugas hakiki mereka adalah mencegah jenayah," kata beliau kepada Utusan Malaysia semalam.

Ahmad Faris menarik perhatian, rakan-rakan kongsi niaganya daripada Eropah sedar Malaysia kekurangan anggota polis untuk memenuhi kehendak masyarakat yang mendesak. Dengan kekuatan kira-kira 100,000 anggota, nisbah anggota kepada penduduk di negara ini adalah 1 untuk 500.

Keadaan ini menjadikan beban tanggungjawab polis tinggi. Apatah lagi, nisbah polis dengan penduduk yang diperakukan Interpol ialah seorang polis bagi setiap 250 penduduk. Dan kedudukan tersebut masih jauh bagi Malaysia mencapainya.

Pembangunan pesat Malaysia menuntut pertambahan tugas dan jumlah anggota polis bagi menjaga keamanan serta keselamatan negara, selain usaha memantapkan lagi pasukan keselamatan. Tambahan lagi, polis sekarang dalam usaha untuk mengurangkan kadar jenayah selain mewujudkan suasana keberadaan pihak polis di satu-satu tempat termasuk di pusat beli-belah dan kawasan yang berisiko.

“Daripada perbualan dengan beberapa kenalan daripada kalangan anggota dan pegawai polis, saya bukan sahaja dimaklumkan mengenai senario yang dialami pihak polis, tetapi apa yang saya lihat memang itulah yang berlaku. Sebagai contoh, pembangunan di Petaling Jaya sahaja telah menghasilkan kawasan pentabdiran daerah yang semakin luas dan memerlukan anggota lebih ramai.

“Apa lagi kalau di Kuala Lumpur pula, populasinya kira-kira tiga hingga empat juta orang, jadi berapa ramai pula anggota polis kita perlukan," katanya.

Bagi Ahmad Faris, orang bisnes sepertinya, malah ahli perniagaan lain pun amat sukakan negara ini. Di Malaysia, kata rakan kongsi beliau, polisnya berjaya ‘ugut’ pengganas daripada membuat kacau. Namun, Ahmad Faris percaya, tidak ramai menyedarinya kerana ‘Special Branch’ takkan mahu menguar-uarkan.

“Kita bersyukur kerana tidak seperti negara-negara tetangga yang bingit dengan insiden keganasan global. Di sini, kita masih boleh berjalan-jalan di kaki lima di ibu negara. Tetapi di negara mereka...pukul 8 malam, sudah dihantui kebimbangan," katanya.

Kata beliau lagi: “Sebagai ahli perniagaan, saya juga tidak akan selesa dengan sebarang insiden huru-hara yang boleh menggugat keamanan negara kita ini.

“Oleh itu sudah seharusnya kita menghargai kerja kuat dan usaha gigih Ketua Polis Negara yang bertungkus-lumus memastikan keamanan negara terus terpelihara."

Kejayaan besar Ketua Polis Negara mengamankan negara, selain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - layak mendapat pengiktirafan seluruh rakyat. Ini termasuklah berjaya mendidik peserta himpunan pembangkang tempoh hari untuk mematuhi undang-undang.

Hal ini sekali gus membuktikan transformasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan Akta Perhimpunan Awam mampu mendisiplinkan rakyat. Lebih-lebih lagi untuk melupakan terus ‘upacara’ demonstrasi haram.

Ahmad Faris sempat menyampaikan salam rakan-rakan kongsi niaga beliau kepada pihak polis negara ini - yang menurut beliau, mereka cukup yakin dengan kewibawaan pihak berkuasa itu.

Tabik polis daripada kami orang bisnes, katanya.

sumber: utusan online.

23 January 2013

Petunjuk Pentadbiran Syaitan Berkepala Tiga...



Isu Kalimah Allah yang menggelegak di dalam Pakatan Rakyat nampaknya masih belum menunjukkan tanda-tanda akan sejuk.    Sifat kiasu semulajadi DAP tidak memungkinkan parti tersebut berganjak walau seinci.   Manakala, PAS pula terdesak ingin meyakinkan penyokong mereka bahawa mereka mampu mempertahan Islam.    Sementara PKR  mengambil pendirian serupa dengan DAP atas alasan ianya telah dipersetujui lebih awal di dalam pakatan mereka termasuk oleh PAS.   

Justeru, U-turn yang dibuat PAS berdasarkan keputusan Majlis Syura adalah tidak boleh dipakai atas alasan kesilapan PAS tidak merujuk kepada Majlis Syura terlebih dahulu sebelum bersetuju, tidak harus dibebankan kepada PR.   

Akhirnya, yang perlu menanggung akibat dari kesilapan PAS tersebut adalah Islam dan umat Islam.   

Namun, sebagai umat Islam, kita telah diajar agar melihat hikmah di sebalik sesuatu.  Hikmahnya dari ‘tragedi’ ini ialah kita diperlihatkan dengan jelas gambaran corak pemerintahan Pakatan Rakyat yang haru biru.   Lihat saja bagaimana walaupun setelah beberapa minggu berlalu, isu ini masih juga belum selesai.   

DAP dan PKR sepakat berpegang kepada keputusan awal dan membakulsampahkan saja PAS dan Majlis Syuranya.  PAS pula masih ingin bertahan, mungkin sebahagiannya atas keinsafan dan sebahagian lagi atas keperluan kepada sokongan umat Melayu.  

Apa pun faktornya, kita tidak melihat kesungguhan dan kekuatan PAS kerana di dalam laporan media rasmi mereka seperti Harakah mahupun Harakahdaily, PAS masih menafikan yang keputusan Majlis Syura tersebut adalah U-turn, tetapi konon konsisten untuk tidak membenarkan Kalimah Allah diguna bukan Islam.  

Harakah menipu pembacanya bahawa U-turn itu hanyalah putar-belit media UMNO.  Sedangkan yang bangun menempelak pendirian U-turn PAS adalah DAP dan PKR dan bukan hanya UMNO.   Tetapi, malang sekali, Harakah terlalu takut untuk menempelak DAP atau PKR, dan hanya berani menempelak UMNO.    

Jelas di sini  bahawa kuasa tertinggi tidak wujud di dalam PR melainkan secara ilusi.  Jika tidak sudah tentu kuasa tertinggi akan meletakkan noktah kepada isu ini hanya dengan satu arahan.  

Tetapi ini tidak berlaku kerana Anwar Ibrahim, yang sepatutnya memainkan peranan sebagai Ketua Umum, hanyalah simbol kepimpinan Melayu semata-mata.  Sedangkan hakikatnya, kedudukan Anwar adalah jauh lebih rendah dari pegawai biasa parti DAP seperti Zairil yang memakai nama Melayu tetapi bukan Melayu.   Anwar hanya boleh membuat kenyataan, tetapi kenyataan Anwar samalah seperti kenyataan Majlis Syura, iaitu tiada bernilai walau satu sen jua.  

Di dalam Barisan Nasional, semua parti-parti komponen menerima Pengerusi BN sebagai Ketua di mana walaupun semua keputusan dibuat secara kolektif dan demokrasi tetapi kuasa tertinggi tetap berada di tangan Pengerusi.  Jika terjadi pertelagahan pendapat yang berlarutan, Pengerusi mampu mengarahkan pihak  yang terbabit agar menghentikannya dengan memberi kata pemutus kepada mereka.  Dengan itu, parti kekal stabil untuk membolehkan ia bergerak seiring dengan kerajaan dalam berkhidmat kepada rakyat serta menguruskan negara.  

Kesetiaan dan semangat setiakawan seperti yang diamalkan BN ini tidak wujud di dalam PR.  Kita sedia maklum bahawa DAP tidak akan sekali-kali akur dengan perintah Anwar atau perintah sesiapa jua.  Dan PAS pula sudah ‘tawar hati’ dengan Anwar tetapi takut kepada DAP.   

Apabila ketua tidak dihormati dan kuasanya tidak diiktiraf maka apa akan terjadi jika parti ini menjadi pemerintah?   Apa akan terjadi kepada isu Kalimah Allah ini di bawah pemerintahan PR?  

Kita dapat menggambarkan bagaimana sementara Karpal Singh melayan PAS bertekak di media, injil berbahasa Melayu dengan menggunakan Kalimah Allah secara syirik terus diedar kepada anak-anak sekolah.   Apabila UMNO mengkritik, PAS pula membela DAP sebagai tidak bersalah kerana tidak faham Islam.  

Maka, perselisihan semakin parah sedangkan ‘Perdana Menteri Anwar Ibrahim’ pula hanya memerhatikannya sahaja sambil menjegil-jegilkan mata kepada PAS sebagai isyarat untuk mengalah.   Mungkin akan ada seorang dua pemimpin PAS mengalah, tetapi dua tiga orang yang lain enggan pula mengalah.   

Lalu berterusanlah mereka bertekak sesama sendiri sedang Injil berbahasa Melayu sudah sampai ke seluruh pelusuk tanah air mengelirukan dan menggoyahkan akidah umat Islam.  

Justeru, bagi mereka yang berfikir, tentu dapat melihat bahawa isu kalimah Allah ini adalah sebenarnya petunjuk langsung dari Allah SWT berkenaan kedudukan Islam dan umat Islam di bawah Pakatan Rakyat.   Gambarannya tampak begitu jelas bahawa kita akan berada sebuah neraka jika diperintah oleh syaitan berkepala tiga.  

22 January 2013

Sampai Bila Haron Din Nak Berdiam Diri...???

Ulasan haron din sewaktu gelombang pertama permintaan kristian guna kalimah Allah cukup cantik, sampaikan banyak parasit-parasit dalam pas tak senang duduk dengan ulasan dan kupasan dari beliau korang boleh tengok video di bawah...

Tapi kenapa akhir-akhir ini, haron din senyap diam seribu bahasa...??? adakah haron din pun termakan juga pujuk rayu anwar yang mungkin menjanjikan haron din jawatan menteri sekiranya pakatan perintah malaysia...???

Sampai bila haron din nak berdiam diri...???

Hampir 17 Juta Umat Islam Malaysia Kufur & Syirik Kerana Hadi Awang...


Tak susah untuk dap mengkufur dan mensyirik kan umat islam di malaysia, buka sahaja cerita pasal kalimah Allah, maka akan ada lembu-lembu belaan mereka akan bersuara buka mulut bersetuju dengan permintaan dap...

Bak kata haron din dalam videonya dulu, jatuh kufur dan syirik kita sebagai umat Islam kalau membenarkan orang kafir kristian menggunakan kalimah Allah untuk agama mereka...

Nah sekarang, dap tak perlu keluarkan satu sen pun untuk kufurkan umat islam, cukup dengan memberikan hadi awang sehelai kertas kenyataan media untuk dia baca, tapi mungkin sebelum itu, anwar mungkin berjanji dengan hadi awang, bahawa satu jawatan menteri kabinet akan di berikan kepada dia sekiranya pakatan haram perintah malaysia...

Kenapa hadi di pilih untuk baca kenyataan media itu??? kenapa tidak mat sabu atau pemimpin pas lain..??? ada berberapa sebab kenapa dap beri tanggung jawab itu kepada hadi, pertama kerana hadi bodoh, kedua, kerana hadi gila nak jadi menteri, jadi menteri apa pun hadi tak kisah, asalkan jawatan menteri, (itu pun kalau pakatan perintah malaysia la) ketiga, dap tahu, iq hadi ni agak rendah, processor hadi slow, maka apa sahaja kenyataan yang di sorong kepada hadi lebih-lebih lagi di hadapan belasan kemera media membuatkan hadi teruja nak masuk tv, lalu dia ambil dan terus di baca tampa menganalisis dulu isi kandungan kenyataan itu dan apa implikasinya pada umat islam di malaysia dan tampa merujuk dulu kepada majlis syura partinya....

Dalam sosio parti politik, presiden partilah yang tinggi jawatannya, aku yakin kalau dap minta presiden parti keadilan, wan azizah baca, wan azizah sendiri tak tergamak nak baca kenyataan seperti apa yang anwar dan hadi baca hari tu, lalu dap gunakan anwar atas kapisiti ketua umum pkr, yang mana jawatan ketua umum tidak pernah di pertandingkan dalam pemilihan pkr, bagi dap pula, tidak kisahlah sapa yang baca kenyataan itu, pasal pimpinan dap semuanya kafir, jadi mereka tak ada masaalah...

Video haron din kata, kufur jika sokong guna kalimah Allah: klik sini

21 January 2013

Kenapa Hadi Takut Buat Sidang Media...???

Hadi dengan angkuh mengatakan dia akan pertahankan keputusan majlis syura pas yang melarang menggunakan kalimah Allah oleh orang kafir di malaysia, tapi dalam angkuh-angkuh hadi tu ada bodohnya juga, kenapa kenyataan hadi tu di keluarkan oleh setiausaha politiknya, bukan dari mulut hadi sendiri...??? klik sini.

Ini menunjukan yang hadi masih mempertahankan kenyataan yang dia baca sewaktu sidang media bersama anwar dan kit siang tempoh hari, kalau betul seperti apa yang di katakan oleh supol hadi tu, dah tentu hadi akan buat satu sidang media mempertahankan keputusan majlis syura...

Tapi mana sidang media hadi??? dengan pakatan kau boleh bersama dalam sidang media untuk benarkan kalimah Allah orang kafir gunakan, tapi untuk pertahankan keputusan yang di buat oleh majlis syura parti dia sendiri, takan suruh supol ko yang jawab...



19 January 2013

Anwar Menangis Baca Kenyataan Ini...


Berbulu je anwar bila himpunan kl 112 jadi tak ubah macam ceramah perdana, anwar lebih berbulu bila pihak polis tak buat roadblock pada hari itu...

Plan nak buat provokasi terhadap polis tak menjadi, plan nak huru-harakan kuala lumpur tak jadi, plan nak tumbuk polis tak jadi...

Tahniah PDRM... anda memang cool...

18 January 2013

Terbaik Dari Tun Mahathir...


Antara jawapan tun m ketika di gasak oleh wartawan mengenai isu pemberian kerakyatan di sabah (RCI) yang di mainkan oleh oleh pembangkang terutama DAP.

" Zaman Tunku dulu sejuta warga asing diberi taraf kewarganegaraan di Semenanjung, kenapa itu boleh ? "

Beranikah kit siang, tony pua, karpal dan lain-lain pemimpin pembangkang yang mana datuk, nenek, mak atau bapak mereka dulu dapat kerakyatan di zaman tunku abdul rahman menyanggah apa yang tun m cakap tu...???

Isu Kalimah Allah, PKR Tolak Keputusan Majlis Syura PAS



PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini menolak keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan menegaskan PKR berpegang pada pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 8 Januari lalu yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Azmin juga menegaskan, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah sebulat suara menerima pendirian Abdul Hadi yang membenarkan semua agama menggunakan kalimah suci itu tanpa  menterjemahkannya ke bahasa lain dan tidak boleh disalahgunakan.

"Pendirian ini tuntas dengan pendirian Pas pada 2010, tidak berganjak walaupun perkara ini dibincangkan semula oleh kerana beberapa kenyataan, tetapi pendirian Pas dan PR tidak berubah.

"Kita tidak boleh tukar pendirian setiap hari," kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

Azmin juga menjelaskan keputusan itu dicapai berdasarkan persetujuan bersama secara kolektif dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR pada 8 Januari lalu dalam banyak perkara dengan mengambil kira kepentingan bersama.

"Oleh kerana kita terikat dengan dasar-dasar yang telah dipersetujui secara kolektif dalam majlis presiden PR, maka kita berpegang kepada keputusan itu," katanya.

Azmin kemudiannya berkata Majlis Syura Ulama PAS hanya sebahagian daripada struktur organisasi PAS dan kedudukan itu tidak langsung mempengaruhi pegangan PKR berhubung isu itu. 

"Majlis Syura terikat dengan ahli-ahli Pas, tetapi kita Keadilan (PKR), DAP dan Pas, kita terikat dengan dasar bersama yang telah dipertimbang, dibincang, dilulus dan disahkan dalam Majlis Presiden PR," jelasnya.

Bagaimanapun Azmin tidak menolak pandangan yang dilontarkan Majlis Syura sebagai menghormati hak berdemokrasi dan hak bersuara mana-mana pihak.

"Pandangan Majlis Syura harus kita hormati, kita tak boleh halang orang daripada bercakap," katanya.

Ahad lalu, mesyuarat Majlis Syura Pas memutuskan supaya kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi nahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.

Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.

Fathul Bari Jawab Fitnah Pembangkang...


Bersama ini aku lampirkan berberapa dokumen yang berkaitan dengan isu ini...







16 January 2013

Suara Keadilan Bengang Harakah Daily Play Safe...

Tulisan aku tak panjang kali nie, cuba mintak korang buat sedikit perbandingan mutu berita dari agensi media asing dan portal penjilat pakatan, aku sengaja tak mau ambik portal berita dalam negara, nanti akan ada yang kata berita mereka berat sebelah, so aku ambil berita luar...

Al-Jazeera lapor 45 ribu...

Channel News Asia lapor 50 ribu...

Suarakeadilan lapor 500 ribu...

Roketkini lapor 100 ribu...

Harakah Daily play safe lapor ratusan ribu...

Korang Semua Kena Tipu Dengan TV3, RTM, Utusan & Berita Harian...

Apa yang di laporkan oleh media arus perdana semuanya bohong, palsu, pasu, tipu...tipu..tipu.. malah al-jazeera pun dah terikut sama pandai menipu...

Gambar terbaru yang aku dapat pandang dari udara menunjukan memang 1 juta orang telah berkumpul di stadium merdeka, jumlah yang di tulis oleh media arus perdana tak betul, sengaja nak malukan mat sabu yang telah bersusah payah menggumpulkan orang...

Bukan senang wooi nak muatkan 1 juta orang dalam stadium merdeka, tapi berkat usaha dan kesabaran mat sabu and the gang, mereka berjaya juga sumbat lebih 1 juta rakyat malaysia...

Aku bukan cakap kosong la bro, aku pun goyang tengok gambar di bawah nie, bertapa istiqamahnya penyokong pakatan sampaikan atas bumbung stadium pun mereka sanggup duduk hanya semata-mata nak dengar amanat dari hadi dan anwar....


Penyokong Pakatan Bertumbuk Kerana Shamsidar...???



Riuh rendah seketika dikalangan pimpinan dan penyokong PR membicarakan kekecohan dan hiruk piruk yang berlaku di pintu masuk utama Stadium Merdeka semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) Sabtu lepas.

Dalam kekecohan tersebut dikatakan seorang pengiring kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah ditumbuk oleh seorang penyokong PAS gara-gara enggan memberi laluan kepada Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

gambar hiasan
Namun mengikut perkhabaran lain dari peserta HKR #KL112 yang berada di tempat kejadian kemungkinan kejadian tersebut berpunca daripada kes mengambil kesempatan dan meraba wanita.

Bagaimanapun ini tiada kaitan dengan sekeping gambar meraba punggung seorang wanita bertudung yang sengaja disebarkan oleh bloggers PR dalam usaha mereka untuk menuding jari menyalahkan bloggers UMNO.

Sebaliknya kes meraba yang diperkatakan ini menyebut lelaki yang bertopi biru itu khabarnya secara tak sengaja 'tersilap raba' isteri lelaki berbaju kuning sewaktu berhimpit di luar stadium dan bila bertemu secara kebetulan di pintu utama stadium maka hutang maruah dilangsaikan melalui tumbukan padu ke kepala lelaki bertopi biru.

Barangkali terangsang dengan kehadiran sesetengah peserta HKR #KL112 yang berpakaian seksi dan menjolok mata, ataupun mungkin juga teruja dan ghairah dengan penampilan golongan pondan lgbt yang menyeksakan mata yang turut serta memeriahkan himpunan anjuran PR. Ada kemungkinannya.

Mengikut maklumat lain daripada anggota Unit Amal yang bertugas pula, mereka mendakwa mendengar laungan Shamsidar daripada lelaki bertopi biru semasa kehadiran Anwar menyebabkan orang ramai mengamuk dan mengusirnya, diikuti dengan satu tumbukan singgah ke kepalanya.

Sementara seorang rakannya pula menyanggah keterangan itu sebaliknya mendakwa laungan yang didengar ialah "Anwar, jam omeganya mana?," kemudian diikuti dengan tindakan penyokong PR yang lain mengusirnya. 

Agak tidak logik keterangan tersebut memandangkan lelaki bertopi biru itu adalah pengiring Anwar ataupun AJK bertugas, tentunya dia tidak tergamak mempertikaikan di mana jam omega Anwar yang sehingga kini gagal ditunjukkan oleh isteri Anwar kepada orang ramai.

Dalam kesemua keterangan di atas, sukar ditentukan mana satu yang betul. Tiada saksi lain yang dapat mengesahkan, tambahan pula sehingga kini tiada pihak yang tampil membuat laporan polis untuk dibuka kertas siasatan bagi mengelpasti punca sebenar kekecohan.

Namun berdasarkan beberapa video yang sedang ditayangkan di Youtube kebarangkalian besar kekecohan tersebut berlaku sebenarnya disebabkan pengiring Anwar rasa terhina kerana bosnya sebagai Ketua Pembangkang tidak dihormati oleh penyokong PAS untuk menuju dahulu ke pentas.

Tindakan kasar lelaki bertopi biru itu berusaha menghalang rombongan Nik Aziz menyebabkan ramai penyokong PAS berang dan dipercayai menjadi punca utama kekecohan tersebut.

Apapun, sebagai langkah susulan eloklah pemimpin PR membuat penjelasan rasmi untuk meredakan ketegangan, jika betul disebabkan kes raba meraba ataupun provokasi sesama sendiri perlulah dikeluarkan jaminan perkara tersebut tidak akan berulang.

Andainya kekecohan berpunca daripada kelemahan pihak penganjur menyebabkan berlakunya salah faham, maka lelaki yang berkelakukan ganas menumbuk orang lain di depan khalayak ramai itu perlulah diadili mengikut undang-undang.

15 January 2013

Flip Flop Pemimpin Pas Isu Kalimah Allah...


Ini kenyataan nik ajis minggu lepas, tak sampai seminggu dia boleh pusing cerita lain pulak, dalam kenyataan dia tu, dia kata dia akan menerima apa sahaja keputusan yang di buat oleh majlis syura pas...

Persoalannya ialah, kenapa pandai-pandai buat kenyataan tampa merujuk kepada majlis syura dulu ? bukan ke dengan mengeluarkan kenyataan sebodoh ini boleh mengelirukan umat Islam...


Himpunan KL 112 Talian Hayat Pakatan, Al Jazeera Kata 45 Ribu Je Yang Hadir



Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) ataupun dikenali juga Himpunan Menyokong Gadaikan Kalimah Allah Kepada Kristian sudah pun selesai. Namun ibarat rumah sudah siap pahat masih berbunyi, para penyokong pakatan pembangkang pula masih sosek-sosek sesama sendiri.

Keliru dan mengelirukan. Itu yang sedang berkecamuk dalam minda penyokong pakatan pembangkang berikutan pelbagai angka kehadiran dikeluarkan oleh pimpinan PR dan medianya.

Ada yang kata HKR #KL112 dibanjiri 100,000 orang, 160,000 malah ada juga yang kata nampak dengan mata kepala sendiri 300,000 orang berhimpun di Stadium Merdeka dan kawasan sekitarnya.

Sama-sama sendiri pun berlaku percanggahan ketara, sudahlah angka sejuta gagal dicapai, angka kecil pun tiada satu pun yang tepat dan realistik dengan keluasan lokasi perhimpunan berlangsung.

Mengikut kajian semasa melibatkan pengguna internet seperti blog, portal, twitter dan facebook pada 12 Januari 2012 yakni hari perhimpunan tersebut diadakan terdapat sejumlah 76,000 komen positif yang membicarakan HKR #KL112.

Bagaimanapun keesokan harinya, 13 Januari 2012 komen-komen positif turun mendadak kepada hanya 12,300 komen sahaja. Keghairahan para penyokong PR seperti terbantut. Kenapa dan mengapa?

Berkemungkinan besar kerana tiada insiden besar seperti rempuhan oleh peserta himpunan ataupun tindakbalas keras dari pihak polis. Mungkin ada kebenarannya kerana berdasarkan tinjauan di Stadium Merdeka, banyak kedengaran keluhan para penyokong PR yang merasakan acara kali ini agak membosankan dan tidak mencabar.

Tambahan pula bila mana selepas perhimpunan berlangsung pelbagai angka kehadiran yang tidak munasabah dikeluarkan yang akhirnya memalukan PR sendiri. Semangat penyokong yang sudah sedia tergugat terus jatuh setangga demi setangga dan akhirnya merudum.

Mungkin menyedari populariti HKR #KL112 dilihat gagal menandingi Bersih 3.0, maka datanglah seorang bekas professor kangkung yang terlebih cerdik dengan talian hayat baru untuk menyelamatkan maruah HKR #KL112.

Katanya perarakan yang memanjang 7 kilometer menghala ke Stadium Merdeka bersamaan di hadiri 700,000 orang, itu dakwanya selepas melihat beberapa keping gambar secara sepintas lalu. Seketika bekas professor itu bangga ada yang percaya congak kiranya yang logik kebenaran hanya orang gila sahaja yang mengiakannya.

Maka berkokok gembiralah pemimpin PR mendabik dada dengan gah dan bangganya. Padahal tiada pun perarakan memanjang 7 kilometer dipenuhi peserta HKR #KL112, sebaliknya yang wujud ialah jarak perjalanan perarakan yang jauhnya sekitar 7 kilometer dari KLCC ke Stadium Merdeka.

Stadium Merdeka yang berkapasiti cuma 30,000 ditambah lagi kapasiti maksima atas padang 10,000 orang serta 5,000 orang lagi di luar stadium tiba-tiba boleh dibanjiri 700,000 orang? Makin bengong dan kelu jadinya penyokong PR mahu mencerna angka fantasi yang tak masuk dek akal.

Sia-sia penyokong PAS bawahan yang datang dari jauh mematuhi kerahan tenaga termasuklah ada yang tidur bermalam dalam van dan kereta ketika pemimpin peringkat cawangan, kawasan dan negeri lena selesa di bilik hotel, alih-alih kecelaruan pula yang terus menghantui kepala.

Entah apa lagi usaha PR untuk menaikkan semangat penyokongnya tika ini, satu demi satu serba tak menjadi. 

Lagi bertambah parah bila mana malam Ahad lepas, Majlis Syura Ulama PAS yang hanya sesekali saja bermesyuarat itu tiba-tiba pula mengubah keputusan parti apabila tidak bersetuju membenarkan kalimah Allah s.w.t digunakan dalam kitab Bible.

Jatuh lagi semangat penyokong PR khususnya PAS, makin busuk nama HKR #KL112 jadinya.

Isu Kalimah ALLAH: Hasan Ali Cabar Anwar Keluar Kenyataan...



KENYATAAN MEDIA YB DATO’ DR HASAN MOHD ALI BERKAITAN
DENGAN KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ULAMA PAS MENGENAI ISU KALIMAH ALLAH


Syabas dan tahniah kepada Majlis Syura Ulama yang telah membuat keputusan dengan tegas mengenai Kalimah Allah. Majlis Syura memutuskan orang bukan Islam sama sekali tidak boleh menggunakan Kalimah Allah dalam kitab agama mereka kerana kalimah tersebut adalah khusus untuk Agama Islam. Ianya tidak boleh diterjemah ke dalam apa bahasa pun. Sebarang usaha untuk melakukan sesuatu yang berlainan dengan keputusan itu hendaklah dicegah.

Keputusan Majlis Syura tersebut menggambarkan bahawa Majlis Syura Ulama PAS masih berkuasa dalam menentukan dasar parti tidak dicemari. Majlis ini bertindak sebagai badan pengawal untuk menentukan bahawa halatuju parti itu sentiasa menepati asas-asas perjuangan asalnya. Umum mengetahui masih terdapat banyak lagi isu-isu yang tidak ditangani khususnya yang berkaitan dengan kedudukan Melayu-Islam seperti yang sering dibangkit dan dipersoalkan oleh DAP dan PKR.

Ketegasan Majlis Syura itu menjadi tamparan yang hebat sekaligus menyanggah dan membidas Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan golongan parasit dalam PAS. Sekali lagi dalam isu Kalimah Allah golongan parasit bertindak sebagai juru mengiakan permintaan dan desakan DAP. Golongan parasit juga menjadikan PAS lunak dan tunduk kepada DAP dan PKR termasuk dalam isu-isu besar dan sensitif yang kedudukannya masih di awang-awang.

Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara pokok yang masih tergantung dan belum dapat diselesaikan hingga menjadi beban yang tidak mampu lagi ditanggung oleh PAS. Antaranya termasuklah isu Negara Islam dan Hudud, penguatkuasaan Enakmen Jenayah Syariah, keengganan DAP menerima peraturan-peraturan untuk menjamin keluhuran akhlak khususnya di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, isu pluralisme, liberalisme, LGBT dan sebagainya.

Saya ingin mencabar Anwar Ibrahim dan DAP atas dasar semangat setiakawan Pakatan yang mereka agung-agungkan supaya membuat kenyataan rasmi menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu. Kenyataan sedemikian boleh menghilangkan sebarang keraguan mengenai penerimaan PKR dan DAP terhadap PAS untuk meneruskan perjuangan Pakatan Rakyat seterusnya.

Apa pun, sekali lagi sekalung penghargaan patut diberi kepada Majlis Syura yang telah berupaya melenyapkan berbagai tanggapan mengenai kemampuan PAS menangani isu-isu sensitif seperti Kalimah Allah. Nun di hadapan masih banyak yang perlu dirungkaikan akibat daripada DAP dan PKR yang tidak henti-henti membolak balik isu-isu besar yang gariskan di atas.


DATO’ DR HASAN MOHD ALI
Presiden JATI
Pejabat Operasi Jati
153B, 2nd Floor, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
14 Januari 2013

14 January 2013

Sudah Tiba Masanya Kita Perangi PAS Habis-Habisan...

Majlis syura pas kata, "boleh pakai tapi tak boleh terjemahkan"

Apa lagi yang kita umat Islam nak harapkan pada pas? duit balu mangsa memali pun depa seleweng, kerana amanat hadi, keluarga jadi tunggang langgang, porak peranda selama bertahun tahun dan yang terbaru, kepimpinan pas memperjudikan akidah umat Islam di malaysia dengan membenarkan KRISTIAN GUNA KALIMAH ALLAH...

Pas tak ada beza dengan pkr, pas mereka sanggup menganjing demi kepentingan politik, dalam mesyuarat majlis syura pas yang di anggotai oleh ulama-ulama yang kononnya cukup mahir dalam ilmu agama bersepakat dan bersetuju kalimah Allah boleh di guna pakai oleh kristian, yakni boleh di sebut dalam pertuturan tapi tidak boleh di terjemah...

Adakah majlis syura pas boleh jamin mereka tidak akan terjemah perkataan Allah itu merujuk kepada tuhan mereka??? aku yakin kalau perkara nie jadi kalut satu masa nanti, kerajaan persekutuan jugalah yang akan pas salahkan...

Mungkin ada betulnya cakap seorang kawan aku, pas sekarang meletakan isu kalimah Allah sebagai isu remeh, menentang kezaliman kerajaan umno/bn yang banyak membantu rakyat menjadi fokus utama pas, pada pas, isu penggunaan kalimah Allah boleh boleh di repair semula selepas mereka dapat tawan putrajaya, apa-apa hal kita mesti lawan dan hancurkan bn dulu...

Orang Pakat Blah Bila Hadi Awang Berucap...

Pelek, semasa penceramah lain berucap penonton duduk melekat kat padang. Tapi bila Hadi Awang bercucap sebelum Anwar Ibrahim, ramai juga penonton yang mula angkat punggong dan keluar dari stadium. Apa hal nya? Tak kan tak boleh tunggu sekejap saja lagi. Sia sia saja bangun pagi dan berarak jauh jauh tapi tak dapat manafaat sepenuhnya dari ceramah dan pesanan pemimpin pemimpin tertinggi. Adakah ini suatu fenomena atau perkembangan terbaru yang saya baru terperasan? 

Sembahyang Tak Ikut Kiblat, Pembangkang Kata Itu Sandiwara SB


Asal kantoi je mesti salahkan orang lain, asal kantoi je orang yang lain yang disalahkan, itulah perangai pembangkang, dari pemimpin sampailah ke cai-cai upahan dalam facebooker, semuanya cuba cover kebodohan yang sudah terserlah...

Ada berberapa komentar dalam facebook semalam mengatakan bukan peserta perhimpunan sebenarnya yang bersembahyang di atas padang stadium itu, tapi itu adalah sekumpulan anggota polis yang berpakaian seperti mereka...

Konon kata komentar itu, pihak polis buat provokasi cara baru, dah tak buat kecoh lagi, cukup buat benda bodoh untuk burukan mereka...

Tapi aku yakin, yang sembahyang tu puak-puak pakatan, pasal biase la depa nie, bab solat mesti nak poyo, suke menunjuk kat orang, jalan berbatu-batu boleh, nak menapak pi masjid negara pun tak larat ke??? padahal bukan jauh pun, kalau betul la niat nak bersolat...

13 January 2013

Antara Tuntutan Paling Class Masa Himpunan KL 112...



Himpunan kl 112 adalah kesinambungan pada perhimpunan bersih, depa tahu, kalau pakai nama perhimpunan bersih 4.0 atau 5.0, orang tak mau datang pasal dap dah buat palat, apa moto perhimpunan bersih " free and fair election" tapi dap buat palat, sampaikan undi pada pemilihan parti depa pun boleh tersilap kira... dah dua minggu baru perasan...

Tuntutan pada himpunan kl 112 sama seperti tuntutan bersih, bersihkan daftar pemilih, minta lebih hari tempoh berkempen dan lain-lain...

Tapi ada satu tuntutan yang paling class dalam himpunan tu... korang tengok apa yang mamat nie tuntut...


12 January 2013

Sebab Utama Himpunan KL 112 Berjaya...

Antara penyebab utama himpunan KL112 berjaya mengumpul 1 juta rakyat tak lain ialah kerana daya tarikan terbaru uniform muslimat pas dan ahli-ahli nisa juga daripada pas, mereka terpaksa mengubah sedikit penampilan mereka untuk menarik 1 juta crowd, mereka tak kisah untuk melakukan sedikit pengorbanan....






Belum Apa-Apa Lagi, Kenderaan JPJ Jadi Mangsa Pertama...



Kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak.

Persoalannya...??

kenapa kenderaan itu di bakar?

kenapa kenderaan itu di terbalikan...??

Adakah mereka nak tunjukan sikap ganas mereka yang akan di terjemahkan pada hari nie...???

11 January 2013

Punca Sebenar Depa Nak Berhimpun Di KL Esok...

Depa nak desak mahkamah untuk tarik balik keputusan untuk memanggil shamsidar taharin (isteri azmin ali) sebagai saksi utama dalam kes anwar saman nallakarupan...

Kenapa depa takut sangat kalau shamsidar jadi saksi dalam kes itu...??? hanya anwar dan nalla sahaja yang mampu menjawab...


Secara Automatik PAS Terkafir Di Sebabkan Buku Jingga...

Ok korang baca balik amanat hadi dajjal tu, dulu dia kata dia kafirkan umno pasal umno mengekekalkan perlembagaan penjajah...

Kemudian korang baca pulak deklarasi yang tertulis dalam buku jingga yang di persetujui dan di tandatangan oleh hadi dajjal, dalam buku itu terang-terang di sebutkan "pakatan rakyat meletakan perlembagaan persekutuan sebagai kompas perjuangan" dan juga ditulis "dasar pakatan rakyat no.1, mempertahankan perlembagaan persekutuan.

Pas bersama-sama mempertahankan perlembagan persekutuan yang suatu masa dulu hadi dajjal pernah mengkafirkan siapa yang mengekal dan mengikut perlembagan itu...

Maka bermula dari tarikh hadi awang tanda tangan perjanjian dalam buku jingga maka pas secara automatik menjadi sebuah parti kafir....




10 January 2013

Kerajaan PAS Kedah Jadi Lembu DAP...

Kalau undang-undang kecil pun pas tak boleh nak buat, macam mana nak buat hukum hudud...???

Hasan Ali Istihar Perang Terhadap PAS...

Say no to pas...
Say no to pas...
Say no to pas...

Hadi Sokong Kristian Guna Kalimah ALLAH, Apa Kata Majlis Syura PAS & Dewan Ulama...???

Di fahamkan, keputusan yang hadi buat sewaktu sidang media di pejabat pkr kelmarin tidak merujuk kepada majlis syura dan dewan ulama pas, ketua dewan ulama pas, haron taib, timbalan ketua dewan ulama ustaz ahmad yakop dan naib ketua dewan ulama ustaz mahfodz langsung tidak dirujuk oleh hadi sebelum dia membacakan keputusan menyokong penggunaan kalimah Allah di sidang media bersama anwar dan kit siang...

Adakah ini keputusan terdesak atau hadi di desak untuk membacakan kenyataan itu, kalau kita tengok video di bawah, nampak jelas, hadi seolah-olah terpaksa membaca kenyataan itu, perhatikan riak muka hadi...

08 January 2013

Azhar Idrus Tanya Nik Ajis, Allah Duduk Macam Mana..???

Kerana Air Percuma, MP Serdang Sanggup Pindah Rumah...


Kemaruk nakkan air percuma, mp serdang sanggup pindah rumah dari kuala lumpur pindah dok selangor...

Walau pun gaji dia sebagai mp ada dekat 6 ribu sebulan, itu tak masuk elaun-elaun lain lagi, tapi kalau dah sikap tamak, air yang sepatutnya di beri percuma kepada mereka yang tak berkemampuan pun dia nak juga, bukan ke lebih elok kalau dia jumpa syabas minta, bill air rumah dia jangan di potong 20 ml padu, sedekahkan 20 ml padu tu pada rumah orang memerlukan, kan ke lebih elok...

Inilah Hasil Dari Didikan PAS & Amanat Dajjal Hadi...


Dia sanggup solat di tokong cina, walau pun dia tahu, tokong cina tidak bersih...

Dia sanggup keluar dari jemaah hanya semata-mata imam masjid itu bukan datang dari puaknya...

Inilah yang dikatakan asobiyyah...

Inilah dia khawarij...

Inilah dia syiah...


07 January 2013

Pusat Urut B2B Di Serbu Polis, Mr Ronnie Naik Angin...

Kalau korang nak tau apa maksud B2B, korang tanya ronnie liew, exco kerajaan negeri selangor, dialah yang luluskan banyak lesen rumah urut di selangor nie...

Apa pun korang layan video polis serbu rumah urut nie dulu, video nie hanya untuk orang dewasa sahaja...

Bercelaru Otak Pemimpin PAS Mengenai Isu Kalimah Allah...



Kenyataan Media

Saya begitu terpanggil untuk memberi sedikit ulasan terhadap paparan beberapa portal yang menyentuh kenyataan Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS mengenai kalimah Allah hari ini. Portal-portal berkenaan telah memetik kenyataan Mat Sabu bahawa PAS menyokong dan mengizinkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Pandangan Mat Sabu tersebut dilihat sebagai pandangan rasmi Parti itu terhadap isu kalimah Allah. Pandangan PAS ini sekaligus merestui permintaan Lim Guan Eng dalam ucapan Sambutan Krismasnya baru-baru ini. 

Seperti yang diketahui, hanya beberapa hari yang lalu pimpinan tertinggi PAS iaitu Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Dr Rani Osman telah menjelaskan bahawa kalimah Allah hanya layak diguna oleh orang Islam sahaja. Bagi agama yang bukan Islam mereka seharusnya menggunakan “God” yang membawa makna tuhan. Pemakaian “god” untuk tuhan memang telah digunakan sejak awal tanpa menimbulkan apa-apa masalah.

Sebelum ini, waktu isu kalimah Allah hangat diperkatakan Timbalan Murshidul Am, Prof Datuk Harun Din telah membuat satu penegasan bahawa orang Islam yang mencadang dan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam, mereka telah melakukan perbuatan syirik dan kufur. Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib juga dengan tegas melarang penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana kalimah tersebut adalah hak mutlak orang Islam dan sama sekali tidak boleh digunakan untuk merujuk tuhan-tuhan yang lain selain daripada Allah Yang Maha Esa.

Sukar bagi kita menggambarkan bagaimana bercelarunya ahli dan penyokong PAS dan masyarakat Islam di negara ini. Tak cukup dengan kekeliruan Amanat Hadi Awang ditambah pula dengan kecamukan pandangan pimpinan tertinggi Parti tersebut dalam isu yang sangat besar yang melibatkan aqidah Umat Islam. 

Jelas kepada kita bahawa pengaruh Anwarinas atau parasit begitu hebat. Apa sahaja permintaan DAP dan PKR seperti kalimah Allah diraikan sedemikian rupa. Sementara Presiden PAS yang setiap hari diasak untuk menarik balik Amanatnya pada tahun 1981 itu dibiarkan keseorangan. Sehingga kini tidak seorang pun pimpinan tertinggi PAS terutamanya kumpulan parasit yang tampil membela Presiden mereka.

Pimpinan tertinggi PAS yang dikuasai golongan parasit dilihat sentiasa bersedia memberi laluan kepada apa sahaja tuntutan DAP dan PKR termasuk perkara-perkara yang melibatkan aqidah. Tidak syak lagi pendekatan akomodatif parasit-parasit itu bermotifkan politik demi meraih keuntungan politik.

Ahli dan penyokong PAS mungkin sudah lama menyedari hakikat bahawa penguasaan parasit dalam PAS telah membawa satu budaya baru dalam parti itu. Kini penghormatan yang selama ini diberi kepada golongan ulama dalam parti itu sudah dicemari. Kesan budaya baru ini kepada keutuhan parti amat besar lantaran seperti yang diketahui, PAS masih mengekalkan slogan Kepimpinan Ulamanya.


YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI 
TTDI, KL
4 JANUARI 2012

Aiyoo... Budak Darjah 4 Pun Tau Kira Laa...



Kesilapan pengiraan undi semasa pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lepas, merupakan pengajaran kepada parti itu yang sebelum ini sering menjaja kelemahan Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata pindaan keputusan berikutan kesilapan itu yang sekaligus mengembalikan wakil Melayu dalam CEC, juga menunjukkan DAP tertekan dalam usaha membuktikan ia sebuah parti pelbagai kaum.

"Memang mereka mengakui kesilapan, manusia tidak lari dari membuat silap, tetapi yang sedihnya apabila berlaku kesilapan pada pihak BN riuh sekampung dijajanya, bukan sehari tetapi berhari-hari.

"Mereka tidak tahu kira walaupun tidak sampai 2,000, budak darjah empat pun tahu kira. Ini Tuhan nak tunjuk," katanya

Semalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC yang diumum 15 Dis, dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20.

Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.

06 January 2013

Kes Cina Bunuh Diri, Giliran Malaysiakini Pulak Sahkan Harakah Daily Menipu...


Selepas teruk terkantoi dengan pendedahan dari akhbar cina yang menyanggah sama sekali cerita yang di keluarkan oleh lidah rasmi pas iaitu harakah daily mengenai cerita kematian satu keluarga cina di pengerang yang mana lidah rasmi pas itu dengan selamba mengaitkan kejadian bunuh diri itu dengan isu pengambilan tanah di pengerang untuk satu projek petrokimia...

Portal pembangkang yang juga teman sefitnah harakah daily pula mengeluarkan cerita yang sama dengan akhbar-akhbar cina, keluarga itu bukan bunuh diri pasal pengambilan tanah, ternyata lah sekarang cerita yang di keluarkan oleh harakah daily adalah satu fitnah jahat untuk melaga-lagakan penduduk pengerang yang mana rumah dan tanah mereka terlibat dengan projek petrokimia itu dengan kerajaan...

Tapi apa sebenarnya motif harakah daily sebarkan cerita macam tu ? hanya editor harakah daily yang boleh menjawab...

05 January 2013

Kes Cina Mati Bunuh Diri, Harakah Kantoi Menipu ....



Akhbar Harakah baru-baru ini kantoi menipu sekali lagi apabila menggembar-gemburkan berita mengenai kejadian bunuh diri sekeluarga tiga beranak dari kaum Cina di Pengerang Johor sebagai berpunca dari Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang bernilai RM60billion.  

Jika pembangkang menggunakan penyamaran berbentuk Himpunan Hijau untuk menentang Lynas, maka RAPID pula memakai topeng Gabungan NGO Pengerang (GNP).  

Merujuk kepada tragedi tersebut, Harakah melaporkan bahawa Bendahari GNP, Chua Peng Sin berkata, “GNP sangat sedih dengan tragedi yang melanda keluarga miskin itu yang gagal mengawal tekanan hidup, disebabkan pengambilan tanah oleh pemaju dan akhirnya membunuh diri”.  Ini adalah tuduhan yang serius seolah-olah menyatakan yang keluarga ini dibunuh oleh kerajaan. 

Alasan yang dinyatakan ialah jumlah pampasan sebanyak RM20,000 sebagai tidak setimpal dengan kos untuk membina rumah atau hidup baru.  

Laporan Harakah tersebut adalah jelas berniat jahat dan tidak bertanggungjawab apabila didapati amat bertentangan dengan laporan polis serta laporan akhbar-akhbar berbahasa Cina dari sumber terdekat keluarga mangsa yang melaporkan sebaliknya.  

Akhbar China Press (p3 lead ), Guang Ming (p4lead), Kwong Wah Yit Poh (back page.pix), Oriental Daily (p14 lead.pix),Sin Chew semuanya melaporkan kenyataan adik mangsa, Pang Mao Song 55 tahun, iaitu kejadian itu tiada kena mengena dengan projek RAPID tetapi kerana masalah kesihatan.  

Laporan polis dari sumber jiran terdekat pula menyatakan bahawa mangsa telah pernah menyebut mengenai niatnya untuk membunuh diri kerana tertekan akibat terpaksa mengurus isteri yang uzur serta anak yang ‘down-syndrome’.    

Kini, motif mangsa membunuh diri telah berjaya dicari dan motif Harakah untuk berbohong juga tidak sukar untuk dibaca.  

Sepertimana kilang Lynas, projek RAPID ini juga merupakan antara sisa-sisa modal politik pembangkang dalam percubaan untuk memburukkan kerajaan dengan bersandarkan isu alam sekitar dan kesan sosiologi terhadap penduduk setempat.   

Pembangunan projek RAPID turut meliputi kawasan beberapa kampung tradisi termasuk Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang, Kampung Langkah Baik, Kampung Sebong, Kampung Batu Mas, Kampung Jawa dan Kampung Sungai Buntu.

Projek RAPID dijangkan akan meliputi kawasan seluas lebih 6424 ekar untuk pembangunan Projek Kompleks Bersepadu Pembangunan Pengerang (PIPC) seluas 22.500 ekar, di selatan Johor.   Projek yang menelan belanja RM170 bilion itu dijangka akan menjadikan Malaysia sebagai hab petrokimia mega dunia.

Malang bagi Malaysia kerana pembangkang kita mempunyai hobi pelik iaitu gemar menentang apa saja yang membawa kebaikan untuk negara.  Lebih besar faedahnya untuk negara, lebih hebatlah penentangan mereka.  Contoh lain selain Lynas dan RAPID, ialah FGVH.  Dalam semua isu ini, pembangkang sanggup mengerah balaci mereka berdemo, berjalan kaki dari jauh dan mogok lapar semata-mata untuk mencipta ‘impak’ bagi menggoyahkan kerajaan.  

Namun, kerajaan BN tidak goyah malah semakin kukuh bertapak tetapi pembangkang pula yang kelihatannya semakin hari semakin tumbang.   

Ini kerana, kerajaan BN tidak pernah menganiaya rakyat, dan buktinya tidak perlu lagi diceritakan kerana boleh dilihat oleh sesiapa saja dengan seimbas lalu jua.  Jika benar keluarga yang membunuh diri itu terjebak dalam kemiskinan tegar maka beliau akan diserapkan ke bawah program Rimbunan Kasih yang termasuk dalam pembangunan sampingan RAPID.  Andai kata ada pihak yang terlepas pandang akan keadaan mereka, mereka punya banyak saluran untuk meminta bantuan, termasuklah melalui pembangkang.  

Namun, membantu mereka yang memerlukan bukanlah niat pembangkang.  Niat pembangkang hanyalah untuk memburukkan kerajaan walaupun ia bermakna membiarkan negara kerugian kerana terlepas peluang untuk menjana pendapatan lumayan.  

Percayalah, pembangkang  bukannya sedih dengan kejadian bunuh diri itu, tetapi mereka cukup gembira.  Malah mereka telah pun merancang untuk meraikannya melalui demonstrasi bersiri sepertimana yang berlaku dalam kes kematian Teoh Beng Hock.  

Kita sudah tidak hairan lagi jika pembangkang sentiasa mengharapkan hatta, ‘merencanakan’ sesuatu yang buruk seperti ini berlaku terhadap rakyat kerana hanya dengan cara itu mereka boleh mengambil peluang untuk ‘membuktikan’ kononnya kerajaan BN benar-benar zalim.  

Tidak mustahil keluarga yang membunuh diri itu menjadi tertekan akibat terlalu sering disogokkan dengan momokkan pembangkang kononnya nasib mereka tidak akan dibela dan rumah mereka akan dirampas tanpa mendapat pampasan setimpal.  Mungkin mereka dihasut tanpa henti oleh pembangkang dengan gambaran yang jauh lebih buruk dari itu mengenai nasib yang bakal menimpa mereka selepas projek RAPID.   Siapa tahu?

Mungkin inilah yang sebenarnya berlaku. 

Adalah mudah bagi sebuah keluarga miskin yang kurang mendapat maklumat terkini, untuk terpedaya dengan hasutan tersebut sehingga akhirnya menjadi begitu tertekan.  Hasutan yang berlarutan pasti membawa kepada tekanan yang serius sehingga akhirnya tidak dapat dibendung lagi.  

Justeru, kita tidak harus mengenepikan kemungkinan bahawa PR yang menjadi punca tragedi tersebut sama ada secara langsung, tidak langsung serta halus.  Tragedi yang sama mungkin berulang jika PR begitu terdesak untuk menang dalam pilihanraya akan datang.