Posts

Showing posts from March, 2014

MH370: Gelihati Dan Lucu Dengar Jawapan Dari Hishammuddin...

Image
Ketika ditanya oleh wartawan tempatan dalam satu perjumpaan tertutup, hisham mengatakan yang panglima tudm kata dekat dia, punca utama kenapa jet pejuang tudm tak pergi ushar kenapa mh370 berpatah balik adalah kerana... Aku tulis dalam bahasa yang cukup mudah kita paham... 1. turn back atau patah balik itu berlaku dalam ruang udara malaysia yang melibatkan pesawat komersil. 2. pesawat itu tidak dilihat sebagai pesawat "hostile" [pesawat musuh] 3. jadi tidak ada makna untuk tudm pergi ushar pesawat itu... Ok, soalan aku.  1. macam mana tudm kata pesawat itu adalah pesawat komersil, sedangkan dalam dewan rakyat, timbalan menteri pertahanan kata, pada hari kejadian tudm tidak mengenali pesawat itu, senang cerita pesawat itu boleh di kategorikan sebagai UFO unidentified flying object. klik sini 2. macam mana hisham kata, pesawat itu bukan pesawat "hostile" [pesawat musuh] sedangkan tudm pun tak tahu dan tidak mengenali identiti kapal terbang y

Happy Birthday YBK...

Image
Yayasan Basmi Kemiskinan ditubuhkan oleh Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib ketika beliau menjawat Menteri Besar Selangor pada 1990. Antara tujuan murninya ialah menyalurkan bantuan kepada fakir miskin di negeri Selangor. Visi dan misi YBK adalah ‘Membasmi Kemiskinan Tanggungjawab Bersama’ dan ‘Tiada Lagi Golongan Termiskin Pada Tahun 2005’. Tetapi selepas Kerajaan Negeri mengistiharkan Selangor Sebagai Negeri Maju, pada tahun 2006 YBK  merumuskan visi dan misi baru iaitu ‘Negara Sejahtera, Maju Dan Bebas Dari Kemiskinan’ dan ‘Memastikan Tiada Lagi Golongan Miskin Di Malaysia Melalui Program Pendidikan Yang Berkualiti’. Kali ini YBK cuba keluar dari kerangka di Selangor sahaja apabila meluaslebar liputan program ke negeri-negeri lain.  Selepas perubahan pucuk kepimpinan negeri Selangor, Kerajaan Selangor yang dipimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba mengambil alih Yayasan Basmi Kemiskinan tetapi tidak berjaya.  Sehingga kini YBK diurus tadbir oleh Datuk

Kereta Nizar Lambai Terbalik Kali Ke2???

Image
Menurut sumber, kereta yang di naiki oleh nizar lambai, bekas mb perak 8 bulan terbaik kali kedua di satu jalan lurus yang tidak dinyatakan lokasinya [di percayai di perak]. Kalau berita ini benar, maka ini adalah kali kedua kereta nizar lambai terbalik di jalan lurus. Kali pertama di jalan lurus di sekitar bandar ipoh, perak kira-kira 5 tahun lepas.

Penjelasan Ustaz Don: Kenapa Bangsa Lain Dengki Dengan Bangsa Melayu...

Image
Korang dengar baik-baik apa yang dikatakan oleh ustaz don mengenai bangsa melayu dan bagai mana bangsa-bangsa lain terutama yahudi laknatullah alaih cukup dengki dengan bangsa kita... Copy video ini dan sebarkan...

Keadaan Di Dewan Kompleks Sukan Bangi...

Image
Kebanyakan kertas undi sudah sampai di kompleks sukan bangi...

Update PRK Kajang: Keputusan Tidak Rasmi Mengikut Kawasan Mengundi..

Keputusan TR - Keputusan Tidak Rasmi PDM SG SEKAMAT. SL 1 : BN 163 ( 65.5%)          : PR 84 ( 33.7%) Undi rosak : 0 Tidak dikembali : 2 SL 2 : BN  178  ( 64.0% )          : PR  97  ( 34.9 %) Undi rosak : 0 Tidak dikembali : 3 SL 3 : BN 145 ( 54.3 %)          : PR 120 ( 44.9 %) Undi rosak : 2 Tidak dikembali : 0 SL 4 : BN 227   ( 49.1 %)          : PR 233   ( 50.4 %) Undi rosak : - Tidak dikembali : 2 SL 5 : BN 222   ( 48.6 %)          : PR 239   ( 50.3 %) Undi rosak : 0 Tidak dikembali : 5 SL 6 : BN 168   ( 43.5 %)          : PR  218  ( 56.5 %) Undi rosak : 0 Tidak dikembali : 0 SL 7 : BN  178  ( 44.0 %)          : PR  223 ( 65.1 %) Undi rosak : 0 Tidak dikembali : 4 SL 8 : BN  165  ( 42.7 %)          : PR  217 ( 56.2 %) Undi rosak : 4 Tidak dikembali : 0 SL 9 : BN  157  ( 41.3 %)          : PR  222 ( 58.4 %) Undi rosak : 1 Tidak dikembali : 0 JUMLAH KESELURUHAN. BN :  1603 ( 49.0 %) PR :  1644 ( 50.3 %) Majoriti : 47 ( PR ) Undi rosak : 7 Un

Peratusan Keluar Mengundi Hanya 68 Peratus...

Image
Semua pusat mengundi telah di tutup tepat jam 5 petang tadi. Setakat yang aku dapat maklumat jumlah peratusan keluar mengundi hanya 68 peratus jauh dari sasaran yang di inginkan oleh pembangkang iaitu 92 peratus... Penyokong pkr masih lagi berkumpul di semua pusat mengundi, menurut cakap-cakap penyokong pkr, mereka telah diarahkan oleh pimpinan pkr untuk iring kotak undi sehingga ke pusat penjumlahan undi di kompleks sukan bangi.

Perhatikan Bertapa Jijiknya Sikap Khalid Samad...

Image
Apa sudah jadi dengan khalid samad, ada ke patut majlis selawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW di dibayangkan seperti ritual yang di lakukan seperti bomoh DoReMi... Masyaallah khalid samad, apa jenis syaitan yang rasuk fikiran dia...? Apakah Islam, Allah dan Rasul hanya milik pas seorang, maka setiap majlis memuji dan megesakan Allah dan Rasul yang dilakukan oleh kerajaan dan yang dihadiri oleh pemimpin kerajaan yang tidak sebulu dengan khalid samad di hina sebegitu rupa... Malah di majlis semalam, mereka juga turut memdoakan kesejahteraan seluruh umat Islam termasuk pemimpin dan penyokong pembangkang, tidak seperti pas, sanggup berdoa kepada Allah supaya menurunkan laknat keatas musuh politik mereka. "KO BN" "BN KO"... Apa pun tahniah la kepada pengundi khususnya pengudi melayu/Islam di shah alam, inilah kualiti ahli parlimen yang kamu pilih... Jangan di sebabkan kelancangan mulut dia, Allah menurunkan bala ke atas penduduk shah a

Sila Bandingkan Gambar Ini...

Image
Semalam, anwar bertegang urat mengatakan yang dia tidak bersalah, dia di fitnah dan ini semua konspirasi jahat UMNO/BN untuk menjatuhkan dia, tapi malangnya, apa yang dinafikan oleh anwar itu seolah-olah mengiakan perbuatannya... Anwar nampak sedikit frust semalam, apa bila hadi awang dan beberapa pimpinan pas terutama dari sayap dewan ulama tidak hadir, malah jangkaan awal mereka mat sabu juga akan hadir, tapi sampai selesai ceramah, kelibat mat sabu tak kelihatan, yang ada hanyalah husam musa, tuan ibrahim tuan man, khalid samad, nizar jamaludin dan ketua pemuda pas suhaizan kaiat... Pada aku apa standart anwar sebagai ketua pembangkang bila presiden dan timbalan presiden parti kedua terbesar orang melayu tak hadir, bagi pihak dap pulak, gobin singh mewakili karpal singh, kit siang dan guan eng... Antara yang hadir semalam... Kesian aku tengok geng-geng royalti nie, terjerit-jerit mintak duit minyak, padahal dalam manifesto pembangkang tak di sebut pun "kalau

'Buat Apa Pergi Ke Selawat Perdana', Kata Anwar Ibrahim

Image
Pahamnya aku pada tulisan di twitter anwar di bawan ini, dia bagi tau kat azmi mohd nor, mufti ismail menk dah datang ke malaysia, daripada pergi ke selawat perdana baik pergi ke majlis ilmu syeikh... Apa salahnya di mata anwar pasal program selawat perdana tu...??? Ok siapa mufti ismail menk tu? dia seorang mufti kelahiran zimbabwe, kini menjadi mufti di masjid al-falah zimbabwe... Pada aku kedua-dua majlis yang berlangsung esok sama baiknya, cuma kalau kita pergi ke selawat perdana, apa yang di ceramah dan di syarahkan tu bolehlah kita faham dan masuk bulat-bulat dalam kepala kita, pasal bahasa perantaranya adalah bahasa melayu... Tapi kalau kita pergi ke syarahan mufti ismail menk, bukan tak bagus syarahannya, tapi payahlah sikit kita orang biasa nie nak paham, pasal mufti tu akan gunakan bahasa arab atau mungkin bahasa inggeris, takan mufti dari zimbabwe bagi syarahan bahasa minang kot... Apa pun kedua-dua program ilmu tu baik dan ada menafaatnya dari kor

Anwar Kata 'Najib Hanya Muncul 8-9 Hari Selepas Pesawat MH370 Hilang'...

Macam yang aku tulis hari tu, boleh pening kepala kita dengar ceramah anwar nie, dari cerita MH370, cerita bernas, cerita pasal shafie abdullah jadi pendakwaraya, cincin rosmah dan banyak lagi, abis semua di spin oleh anwar... Dalam ceramah tu, anwar cuba mengambarkan kerajaan BN nie, seburuk-buruk kerajaan yang ada di dunia, malah negara-negara lain pun turut membenci kerajaan malaysia nie... Aku kongsikan audio ceramah anwar untuk kita sama-sama pening...

Ceramah Anwar Di Sungai Sekamat Semalam, Pening Kepala Kita Kalau Dengar...

Image
Sekali lagi pentadbiran najib di serang oleh anwar ibrahim, anwar mengatakan kerajaan di dikritik hebat oleh media-media asing kerana kerajaan tidak serius menangani isu kehilangan MH370, anwar kata yang najib turut hilang sewaktu awal-awal kelihangan MH370, betul ke selepas 8-9 hari kehilangan pesawat itu najib baru muncul? sila klik  dan sini untuk mengetahui kesahihan tuduhan anwar itu...  Dan benarkah najib tak berani berhadapan dengan media antarabangsa seperti yang dikatakan oleh anwar? MP haram jadah, kenapa aku kata dia mp haram jadah? pasal kat mulut dia tak habis-habis dok kata 'umno haram jadah' dan 'bn haram jadah'...

Siapa Orang Atas Yang Bagi Arahan Pada Captain MH370 Itu???

Dikatakan pada hari kejadian, captain itu dalam tempoh bercuti. Maknanya dia tak berkerja la. Tapi dia diarah oleh pihak atasan, untuk bawa kapal terbang MH370 pada malam kejadian. Tak pasti apa maksud pihak atasan, adakah pihak atasan MAS? pihak atasan kerajaan? atau pihak atasan yang lagi atas dari pihak atasan untuk cansel cutinya dan bawa kapal terbang MH370. Mesti orang bagi arahan pada captain itu seorang yang amat berpengaruh dan powerfull, kalau tidak takan lah seorang senior captain boleh cansel cutinya bersama keluarga. Adakah dia hanya create satu cerita pada keluarganya, kononnya ada pihak atasan yang suruh dia bawa kapal terbang itu? Lagi cerita pelik pasal MH370 klik sini

Sambutan Orang Cina Terhadap Wan Azizah...

Image
Siri kempen wan azizah, calon pkr dun kajang, di gelangang bola keranjang, kampung baru sungai chua, orang cina bagi sokongan penuh kepada wan azizah. Mari kita fikir-fikirkan, berbaloikah bn melaburkan jutaan ringgit di kajang...?

Wan Azizah Ulangi Skrip 1998...

Image
Siapa yang tak pernah dengar skrip wan azizah masa tahun 1998 dulu, kini korang semua bertuah, kerana pada prk kajang ini, wan azizah sekali lagi ulangi skrip 1998 itu... Dengar dan nilaikan sendiri...

Minta Tolong Korang Cantumkan Puzzle Nie...

Image
Ok mula-mula kapal terbang hilang dari radar... Pas tu, tudm kata kapal terbang berpatah balik di percayaai ke klia.... Selepas di teliti dalam semua sistem navigasi udara, terbukti radar kapal terbang telah di matikan dengan sengaja... Lepas tu transponder turut di matikan dengan sengaja... Mustahil kapal terbang terhempas, pasal ceraian kapal terbang tak di jumpaai... Pilot ada pengalaman dekat 20 tahun bawak kapal terbang... Pilot ada kegilaan lain macam sikit, boleh buat sendiri flight simulator di rumah... Untuk apa dia buat flight simulator...??? Sebelah rumah mak aku dulu ada seorang pilot otai, dia dah meninggal tahun lepas bulan 12, pengalaman dia lebih lama dari pilot mh370, tapi dia tak buat simulator sendiri di rumah, pernah aku tanya tak rindu ke dah lama tak bawak kapal terbang? dia jawab, "kerja aku bawak kapal terbang, sekarang bila di pencen aku jadi manusia biasa, buat apa fikir-fikir pasal kapal terbang lagi, kalau aku kerja

Rakaman Sidang Media Najib Razak, MH370

Image
 Siapa yang tak sempat tengok atau astro kat rumah kena potong, ini adalah rakaman sidang media najib petang tadi...

Rakaman Audio Ceramah Anwar Di Kajang Malam Semalam...

Image
Hanya rakaman audio yang aku sempat buat, korang nilaikan lah sendiri apa yang di ceramahkan oleh anwar tu...

Bang Non Terima Kemasukan Ahli UMNO & Bekas Timbalan Menteri Pertanian Ke Dalam PKR Semalam...

Image
Stadium kajang semalam menyaksikan kemasukan beramai-ramai ahli umno dan ngo melayu ke dalam pkr, turut menyertai pkr ialah datuk shariff omar, bekas timbalan menteri pertanian dan juga bekas calon bebas pada pru lepas yang bertanding di parlimen tasek gelugor, pulau pinang...

Korang Baca Twitter Amoi Nie...

Image
Wow.. tinggi cita-cita amoi nie, pemimpin dan jentera BN kena "alert" tentang perkara ini, memandangkan kampen BN aku tengok di kajang nie suam-suam kuku je, jadi tak mustahil apa yang di cita-citakan oleh amoi nie menjadi kenyataan...

Wan Azizah Melawat Pasar Malam Sungai Sekamat, Kajang...

Image
Lawatan atau walkabout wan azizah ke pasar malam sungai sekamat, kajang, bertemu dengan pengundi...

Wan Azizah Bermesra Dengan Pengundi Cina Sungai Chua...

Image
Lawatan wan azizah ke peti undi sungai chua, kajang, semalam.

PKR Arahkan Bomoh DoReMi Ke KLIA Untuk Malukan Kerajaan Malaysia...

Image
Apa kaitan bomoh DoReMi ini dengan PKR dan pembangkang? Korang tengok video ini... ) Mangkok-mangkok ini jugaklah yang menilik konon pada pru lepas BN tumbang, pasal bendera BN dah senget atas buah kelapa...

PRK Kajang, Sekitar Penamaan Calon Pagi Tadi...

Image
Penamaan calon PRK kajang berlangsung pagi tadi di dewan kompleks sukan bangi... Calon bn chew mei fun tiba dan masuk ke pusat penamaan calon kira-kira jam 9.05 pagi dan wan azizah masuk ke dewan kira-kira 20 minit selepas itu... Keadaan kedua-dua belah penyokong agak tenang, kedua-dua penyokong di pisahkan dengan jarak kira-kira 100 meter dengan kawat berduri. Setakat yang aku tengok pagi tadi, tak ada apa-apa kejadian pelik yang berlaku, cuma korang tengok nanti gambar anwar dari jarak dekat... Leh caya ka depa nie...???

Live Dari Pusat Penamaan Calon PRK Kajang

Image
Setakat jam 7.40 pagi. Polis dah block semua jalan masuk ke pusat penamaan calon, penyokong BN dan pembangkang kena berjalan kaki sejauh 2 kilometer. Trak polis bersepah-sepah kat sini, bagus untuk jaga keselamatan, pasal penyokong pembangkang nie perangai macam beruk.

Disaat Rakyat Malaysia Bersedih, Tengoklah Apa Kata Mereka Dalam Facebook & Twitter...

Image
Tak habis-habis nak berpolitik, tak habis-habis buat lawak bodoh, tak sudah-sudah nak salahkan kerajaan, langsung tak fikir perasaan keluarga mangsa...