Antara Dyana Sofia, Alifah Ting & Dr. Noha....


Alifah Ting Leh Ping kini adalah ikon sebenarnya bagi generasi muda, remaja dan para siswazah. Namanya melonjak naik hanya kerana mempertahankan sebuah keyakinan yang berjaya dibina dalam masa setahun sahaja.

Ini adalah satu pencapaian yang luar biasa bagi seorang mualaf berbangsa Cina untuk memahami dan menghayati sesuatu keyakinan, tanpa dipaksakan atau diindoktrinasikan. 

Tidak sedikit manusia Muslim yang bergelumang di menara gading, mencapai pelbagai gelaran di sana sini, bergesel bahu dengan tokoh-tokoh terbilang tetapi memiliki worldview dan pegangan hidup yang bertentangan dengan Islam.

Dyana Sofia, satu sosok wanita yang menjulang namanya sebagai seorang wanita Islam yang bertanding didalam pilihan raya kecil Teluk Intan. Oleh kerana beliau berpegang kepada keyakinan dan
ideologi parti DAP yang begitu rasis, beliau tidak menghadapi ribuan cemuhan, caci dan cercaan, maki hamun mahupun penghinaan sebagaimana yang dialami oleh Ting Leh Ping.

Malah ada sumber yang mendakwa bahawa berita fitnah dan tohmah terhadap beliau adalah rekaan yang berasal dari bilik gerakan dan propaganda DAP sendiri untuk membina satu imej yang dapat menyaingi imej Alifah Ting) dan juga untuk meraih simpati untuk beliau dari para pengundi.

Parti rasis sekular DAP berteraskan ideologi sosialisme menjadi tempat bernaung dan teduhan Dyana Sofia. Satu kredit kepada parti DAP kerana berjaya merekrut dan mengindoktrinasikan seorang wanita Islam sebagai kader dan ayam tambatan mereka.

Sepertimana Alifah Ting berbangga dan yakin dengan NGO Islam pilihan hatinya, Dyana Sofia juga berbangga dan begitu yakin dengan parti Malaysian Malaysia DAP itu.

Dr Noha menutup auratnya tetapi begitu konsisten dan terlalu ghairah dalam sikap negatifnya terhadap asas-asas ajaran dan agama Islam. “Keberanian” beliau membakar sentimen anti-Islam telah dijawab dengan lebih lantang dan tegas oleh pengacara yang tidak pula menutup aurat!

Di sini, kita perhatikan bahawa meskipun pengacara itu tidak menutup aurat, beliau sangat faham akan apa akibat dan natijah daripada ikrar dua Kalimah Syahadah. 

Setiap satu butiran penolakan Dr Noha terhadap Islam telah dipatahkan dengan cepat dan tangkas oleh sang pengacara, hatta kepada isu hudud, pelaksanaan Syari’ah dan hukuman potong tangan terhadap pencuri.

Satu pemerhatian yang boleh dinyatakan di sini adalah seseorang itu boleh melakukan dosa tertentu di dalam hidupnya (atas sebab apa sekalipun), tetapi beliau tetap masih boleh mempertahankan asas-asas penting dalam Islam apabila asas-asas itu dicabar secara terang-terangan. 

Dalam erti kata lain, darah Iman dan kecintaan kepada Islam masih mengalir dalam saluran darah dan jantung umat ini. Ia bisa dibangunkan kembali dengan sentuhan yang lembut dan berhikmah, juga sepantasnya dengan izin dan limpah kurnia dari Allah juga.

Sebaliknya, setiap penolakan dan pembangkangan terhadap asas-asas Islam pasti ada kesombongan dan kebongkakan di dalamnya.

Ketiga-tiga contoh di atas adalah (pada pandangan penulis) pencerminan kepada satu pertempuran ideologi antara Islam dan Jahiliyah, antara hawa nafsu dan hidayah, antara kebenaran dan kepalsuan juga antara Haq dan Batil. baca artikel penuh disini

Comments

Anonymous said…
gua setuju bro.
Anonymous said…
Mariana Mahathir masuk kategori yg mana?
Anonymous said…
artikel ni ada kene mengena dengan marina mahathir ke? Jangan jadi ngok sangat..
Anonymous said…
Confirm Dyana lebih hebat dari pemimpin lembu..
Anonymous said…
Untuk Direnungkan

PRK Bukit Gelugor dan Telok Intan. Kedua2 PRK parti DAP letak calon. Parti islam Pas tidak bertanding tetapi turun membantu calun DAP. Parti islam Pas mahu Hudud. Parti DAP berkeras tolak Hudud.

Mesej yang nak saya sampaikan adalah : PARTI ISLAM PAS SOKONG DAN BANTU PARTI DAP YANG MENOLAK HUDUD.

Soalan yang saya nak tanya : Adakah mendapat pahala daripada Allah jika saya sebagai seorang HARTAWAN yang sangat DERMAWAN buat macam ini ??????

ORANG ISLAM NAK BINA MASJID DAN SURAU ... SAYA DERMA RIBU2 RM
ORANG CINA NAK BINA TOKONG ... SAYA DERMA RIBU2 RM
ORANG HINDU NAK BINA KUIL ... SAYA DERMA RIBU2 RM
ORANG BUDDHIST NAK BINA BIARA ... SAYA DERMA RIBU2 RM
ORANG KRISTIAN NAK BINA GEREJA ... SAYA DERMA RIBU2 RM

Mudahan2 ada yang sudi menjelaskan " hukum " kepada saya.

Ana Muslim
Anonymous said…
Tulis la skli umno pn turun membantu jentera gerakan....gerakan pn tolak hudud...bodoh sgt la ko nih...

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID