Breaking News
Loading...
January 15, 2015

Info Post
Sebanyak 11 DUN baharu dicadangkan oleh suruhanjaya pilihanraya malaysia (SPR) untuk menghadapi pilihanraya negeri sarawak (PRN) ke 11 yang dijangka tamat tempoh matangnya pada bulan Jun 2016.

SPR telah mempamerkan syor kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya bagi negeri sarawak bermula 5 Januari sehingga 4 Februari 2015 dilaman web rasmi SPR dan ianya terbuka untuk sebarang bantahan bersyarat.

Senarai DUN baharu yang dicadangkan adalah seperti berikut:

N13 Batu Kitang
N17 Stakan
N18 Serembu
N23 Triboh
N26 Gedong
N40 Kabong
N57 Tellian
N63 Selirik
N66 Murum
N70 Samalaju
N78 Long Lama

Seperti yang kita semua maklum, DAP dan PKR membantah 11 kawasan baru pilihanraya yang di syorkan oleh spr, menurut ketua PKR cabang lanang Law Hin Ching menggesa orang ramai yang tidak berpuas hati terutama pengundi berdaftar menyertai kempen itu dengan mengisi surat bantahan yang akan dihantar kepada SPR.

Katanya lagi, pkr memerlukan sekurang-kurangnya 100 orang untuk menandatangani surat bantahan ini.

Walau bagaimana pun mereka yang tidak berpuas hati itu, mestilah menggunakan saluran yang betul untuk menyatakan bantahan mereka, menggunakan medium facebook dan twitter untuk menyuarakan bantahan dan rasa tidak puas hati mereka itu adalah perbuatan yang salah, cara yang betul adalah mereka yang tidak berpuas hati itu mestilah mengemukakan cara bertulis kepada pengarah spr negeri sarawak...

1 comments:

Asal Bukan DAP (ABDAP) said...

BODOH punya PR.. tak tau baca undang2 SPR... byk saja LOYAR BURUK dlm PR tapi akai KOSONG mcm otak UDANG.