PERSETANKAN DESAKAN MCA, ISU HUDUD MENYATUKAN UMAT ISLAM/MELAYU...


Isu hudud adalah satu anugerah terbaik dari ALLAH untuk kita sesama Islam di malaysia bersatu...

Puak-puak kafir sudah tentu tak mahu melihat umat Islam/melayu di malaysia ini bersatu, bagi mereka, jika umat Islam/melayu bersatu, maka peluang untuk mereka merampas kuasa amat tipis...

Jadi pelbagai alasan yang mereka berikan, contoh seperti semalam, ada sorang senator dari mca, menemplak ismail sabri kononnya ismail sabri tidak faham perlembagaan dan tidak mempunyai falsafah politik kerana menyokong hukum hudud...

Pada aku senator koh chin wah yang menemplak ismail sabri ini orang yang tak ada falsafah politik dan tak reti perlembagaan...


Hudud adalah hukum yang disyariatkan oleh Islam, jadi tidak ada salahnya ismail sabri menyokong pelaksanaan undang-undang syariah itu kerana dia orang Islam...

Lagi satu, senator itu tak perlu kelamkabut menentang hukum hudud itu, kerana orang bukan Islam tak akan di kenakan dengan hukuman itu, pada aku, bukan soal sistem demokrasi atau perlembagaan yang jadi punca senator dari mca itu panas hati, dia sudah boleh nampak, dengan pelaksanaan hukum hudud itu nanti, dua parti terbesar orang melayu iaitu pas dan umno boleh bersatu sekali gus akan melenyapkan usaha mca dan dap untuk memerintah malaysia dan melenyapkan kuasa orang melayu...

Jadi korang boleh nampak tak permainan mca kat sini...?

Menang pun tak sampai 10 kerusi cakap banyak pulak...

Hari ini, najib selaku pengerusi barisan nasional akan memberikan keputusan sama ada barisan nasional menyokong atau tidak pelaksanaan hukum hudud di kelantan...

Mohon aku pada najib, buatlah keputusan yang tepat, persetankan desakan dari parti komponen lain seperti mca dan gerakan, kerana yang akan menentukan nasib umno dan barisan nasional pada pru akan datang adalah undi dari orang melayu...

Tidak ada gunanya kita melayan desakan mereka, mereka bukan menyumbang kemenangan kepada bn pada pru lepas, bersatunya umno dan pas akan memberikan kelebihan kepada umat islam dan orang melayu...

Hanya si bodoh sahaja yang masih lagi menagih undi dari pengundi cina...

Comments

Anonymous said…
Setuju.
Anonymous said…
BN nak tolak hudud tak ada hal, tapi UMNO jangan tolak hudud. Sama seperti PR tolak hudud, tapi PAS tidak tolak hudud.

Najib sudah tersepit....
Anonymous said…
hold on bro...ngapa tuding jari pd org kafir yg takmau melayu bersatu..quran kata jgn pecah belah tapi melayu pecah belah..dah la tu kafir mengkafir pula..dah la tu golongan yg digelar ulama pulak berpolar..ada ulama umno, ada ulama pas, ada ulama sunnah, ulama wahabi..kalu di negara teluk pulak, tuding jari pd US/Zionis takmau arab muslim bersatu tapi quran kata muslims adalah bersaudara, tapi lihatlah muslim berbunuh sesama sendiri. Secara logiknya kalu yg bentangkan cadangan pelaksanaa hukum hudud adalah org politik dan disokong oleh org politik (kem lain), maka ini dikatakan political decision. Kalu yg bentangkan ulama pas & disokong oleh ulama umno, ini boleh dikatakan religionistic decision. Kalu ditakdirkan kelompok ulama bersatu hati dlm satu jemaah & tidak lagi redha dilabelkan sbg ulama umno atau pas, dan mengemukakan hujah kewajaran pelaksanaan hukum hudud dlm perlembagaan negara kpd pihak kerajaan, maka barulah boleh dikatakan satu usaha yg menepati prinsip quran. Jangan emotional dlm isu hudud..perlu put on our thinking cap..guna akal & berhujah secara ilmih & berfikrah.. rd5

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID