Alangkah Bagusnya Kalau Najib SEGARANG Adenan Satem...

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem 'naik angin' dengan para pegawai penguatkuasa imigresen semasa taklimat tertutup di Kuching Khamis lepas.

Sebuah klip video yang dirakamkan menggunakan kamera telefon dan dirakamkan oleh seorang pegawai dari jabatan tersebut ketika dia dan 20 orang pegawai daripada 20 agensi yang lain - dari negeri dan persekutuan - telah diminta hadir ke bilik operasi negeri di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya.

Selama ini, tidak ramai yang melihat Adenan Satem naik angin walaupun cukup terkenal dengan kenyataan dan reputasinya, 'jangan main-main dengan saya'.

Adenan dilihat hilang sabar kerana kegagalan Jabatan Imigresen untuk menghalang kebanjiran pendatang haram Suluk dan Bajau di Miri.

"Sudah ada 700 Bajau dan 400 Suluk yang mencuri ikan di Miri dan (anda masih kata), anda tidak tahu tentangnya," Adenan kedengaran bersuara di dalam klip video berkenaan.

"Sekarang anda tahu, (anda bagi) alasan biasa, 'tidak cukup tenaga kerja, tidak cukup itu, tidak cukup ini. Stupid, bodoh," katanya Adenan yang jelas marah.


"Saya tidak mahu sebarang alasan berhubung tidak cukup tenaga kerja." Adenan juga berkata, "Separuh kakitangan bertugas di pejabat. Lebih pekerja di pejabat, kurang pekerja di luar."

Dengan melabelkan sesetengah daripada mereka sebagai 'pengecut', Adenan berkata, mereka seringkali memberikan pelbagai alasan untuk tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Bajau dan Suluk.

Kaum Suluk yang dimaksudkannya, datang dari selatan Filipinan yang bergolak dan tidak takut langsung dengan anggota-anggota penguatkuasaan dan seringkali bertindak secara agresif ke atas pihak berkuasa.

"Alasan sebenarnya ialah, mereka takut," kata Adenan, yang turut menambah, rakyat mahukan pegawai-pegawai kerajaan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan 'berani, penuh semangat dan berdedikasi'.

"Kita memberi amaran (kepada) pihak imigresen setahun lalu tentang Sulu. Tiada apa-apa yang dilakukan sehinggalah masalah ini menjadi lebih besar. Anda tahu ke berapa ramai imigran haram berada di Sarawak? tanya Adenan kepada pegawai-pegawai yang hadir.

"Pandang rendah. Awak mahu jadi macam Sabah? Saya tak mahu jadi macam Sabah."

Dalam sidang media kemudiannya, Adenan berkata, hanya 150 orang Suluk dan Bajau yang berjaya ditahan dalam operasi terbaru manakala bakinya, 'hilang tanpa dapat dikesan'.

Menurutnya, penempatan-penempatan Bajau dan Suluk di kawasan setinggan telah pun dimusnahkan.

Walaupun dikecam, ucapan Adenan mendapat tepukan daripada para pegawai berkenaan apabila dia berkata, pegawai-pegawai persekutuan yang tidak gembira dengan tempat kerja mereka, bolehlah minta bertukar, dan 'kami akan pastikan anda keluar dari negeri ini dengan secepat mungkin'.

"Mana-mana pegawai persekutuan yang tidak gembira dengan perkhidmatannya dan tidak gembira berkhidmat di Sarawak, beritahu bos-bos anda. Anda boleh minta untuk dipindahkan. Kami akan menyokong pertukaran dan anda tidak akan berada lagi di negeri ini."

Menurut Adenan lagi, bukannya susah sangat untuk mendapatkan seseorang yang lebih berdedikasi untuk berkhidmat di Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak yang diterima ramai oleh rakyat Sarawak kerana sikap merendah dirinya serta polisinya yang mempertahankan kepentingan Sarawak, turut menyatakan perkara yang sama kepada kaum guru.

"Mun si maok sitok, ndak ndak sia (kalau tak suka berada di sini, keluarlah). Jangan banyak sangat bunyi. Ada ramai orang lain yang mahu bertugas di sini. Sama ada anda berdedikasi atau sebaliknya."

Video ucapan Adenan Satim boleh di lihat disini

Comments

Anonymous said…
Zaman sekarang bukan zaman manager china....suara macam guruh orang hormat dan takut....tidak ...zaman sekarang psychology lebih utama.....selalunya yang tunjuk bengkeng itu orang bodoh....
Anonymous said…
Ini bukan soal bengkeng atau psychology atau zaman manager China. Ini soal kebanjiran pendatang asing tanpa izin....saya ulang pendatang asing tanpa izin. Kehadiran mereka sudah melata disetiap pelusuk negara. Semua orang dah fed-up dengan agensi penguatkuasaan yang lemah.
Anonymous said…
Najib...garang...kah..kah...kah...
Anonymous said…
Jabatan imegresen bukan ada kuasa macam polis...sapa nak jamin keselamatan diri dan keluarga...Adenan Satem bole la...sentiasa dikelilingi Bodyguard...
Anonymous said…
Satu pagi di restoran Pelita P.Jaya.

'Dey Maca...roti Najib satu'.
Pembantu restoran menggaru kepala. 'Incik..apa itu roti najib...?'
'Itu roti canai takda telor laaa..'
Pembantu kedai 'woo..itu macam kaa'...
(Kahh..kahh..kahhh dalam hati)
Anonymous said…
Dah berpuluh tahun JIM ni wujud baru nak kata tak ada kuasa macam Polis.

Habis selama ini buat apa ... ?

Kalau boleh tangkap PATI bukan ada kuasa ke?

Tak ada kuasa atau tak kuasa nak buat kerja.

Dah berapa ramai pelancong asing yg masuk Malaysia tapi tak keluar balik. JIM buat apa?
Anonymous said…
Malas cakap je la malas. Tauke cina dok bayar bulan2 kat mereka.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID