Alhamdulilah... Rakyat Sudah Paham Pelaksanaan GST...

Kesimpulan yang dibuat oleh Menteri KPDNKK kurangnya aduan mengenai GST...

"Saya melihat daripada statistik kementerian, nampaknya aduan sudah mulai berkurangan. Maknanya rakyat sudah mula memahami (GST)." 

"Oleh itu alhamdulillah, dua minggu ini rakyat sudah boleh menerima hakikat GST tak membebankan mereka."

"Jadi rakyat sudah boleh memahami, apatah lagi maklumat yang diberikan semua stesen TV, radio, media dan lain-lain, mereka sudah cukup faham."


Comments

AJAI62 said…
Menteri terlajak pandai... Bukan rakyat tak nak buat aduan... buat aduan pun bukan boleh turunkan harga... Mana katanya bila GST harga barang akan turun... semakin naik adalah... Yang rakyat faham UNDI kat tangan mereka...
Anonymous said…
Orang dah tak larat buat aduan. GST hanya akan memberikan impak yang sangat buruk kepada sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dalam PRU 14 kelak, malahan dalam PRN Sarawak yang tak berapa hari lagi, dan 2 PRK yang beberapa hari lagi itu.

Inilah masalah para menteri di Malaysia, tiada bermaklumat, hanya mengharapkan golongan pengampu dan pembodek memberikan maklumbalas yang hanya direka-reka, akhirnya dapat maklumat palsu. Baru padan muka.
Abu Bakar said…
"Jangan risau Datuk Menteri, semua rakyat menyokong tindakan kita."

"Jangan risau Datuk Menteri, walaupun pihak lawan menuduh itu dan ini, tapi saya dah berjaya patahkan tuduhan mereka, rakyat sangat sokong Datuk Menteri sekarang ini"

"Kita pasti bahawa ahli akar umbi menyokong Datuk Menteri sepenuhnya, jangan risau, saya ada, saya akan pertahankan Datuk Menteri, i am getting around."

Inilah ayat-ayat pengampu yang digunakan untuk menipu Menteri-Menteri Barisan Nasional yang tak bermaklumat dan hanya berharap kepada laporan menipu oleh para pengampu mereka itu.
Anonymous said…
Haa balun kerajaan lagi. Kerajaan dah bagi kamu semua macam-macam kemewahan. Tak tau bersyukur ke?
Anonymous said…
Anon April 15, 2015 at 3:39 PM, ini bukan soal balun kerajaan ke apa, tapi kalau benda salah pun tak boleh ditegur, apakah semua ini? Bila ditegur sesuatu benda salah yang dibuat oleh menteri-menteri kerajaan, maka dicap sebagai penyokong DAP dan PKR, lepas tu dituduh macam-macam sedangkan teguran itu dibuat untuk kebaikan semua pihak dan paling penting untuk kebaikan negara.

Susahlah kalau nak berbicara dengan orang yang tak tahu apa-apa, tapi sibuk dengan sindrom penafian yang tak berkesudahan. Bukannya apa, lagi diterang, lagi dia tak faham.
Anonymous said…
aku stuju pendapat kau anon 349.
banyak sudah komen aku kat blog blog menerangkan rakyat tak puas ati dgn Gst tapi apa aku dapat??? caci maki carut mencarut!
Ini ke sikap penyokong kerajaan?? sedang aku juga orang kerajaan cuma mengetengahkan dasar Gst ini membebankan rakyat bukan menolong rakyat. Penuh kebimbangan kerajaan hari ini tumbang tak lama lagi, tapi aku dicap toto Dapig!
Takde otak la mereka dlm sokong kerajaan!
Jane Duncan said…
Jangan syok sendiri!! Gara-gara kelemahan pemantauan peniaga ambil untung dan terus menerus menipu pembeli!! Siapa sebenarnya yang akan kaya raya nanti dan terus tentang kerajaan??? Rakyat semakin tertekan ke tahap depressi!!Diam bukan bermakna setuju, Sanggah bukan bermakna menetang
Anonymous said…
Pecat aje mntri aym nie....!!!!! Bodo.....rkyt x mngadu bkn sbb dh fhm...tp rkyt dh nymph....ngok la ko ni
Anonymous said…
jgn putus asa daripada menyokong umno untuk kemakmuran dan kesejahteraan Melayu dan Islam.........hidup umno...hidup bn
tobeng said…
Cam haram kan?Gst beri ruang seluas2nya untuk peniaga ambil kesempatan naikkan harga barang.Bukan sebab bagus atau tidaknya gst tapi sebab kerajaan sangat2 lemah dalam bab pemantauan dan penguatkuasaan.Semua rakyat jelata tahu kelemahan kerajaan yg satu ini.

Melaksanakan gst sambil mendedahkan diri kepada sabotaj adalah satu tindakan yg sangat kurang cerdik.Ini tindakan bunuh diri namanya.Bila 99% peniaga ambik kesempatan,pengguna sudah tidak ada pilihan melainkan terpaksa membeli juga.Bila kenaikan harga sudah berleluasa,automatik kerajaan akan dipersalahkan.Rakyat akan menjadi benci kepada kerajaan yg memerintah.

Golongan atas pagar yg tertekan tidak akan segan silu untuk mengundi pembangkang manakala penyokong2 kerajaan pula akan tunjuk protes dengan tidak turun mengundi.

Aku pun dah penat membela kerajaan dlm bab gst ni.Aku pun naik meluat dengan kerajaan yg lemah ni.Tengok apa kerajaan buat bila telco sukahati makbapak diorang naikkan harga prepaid?Dah terang2 telco2 langgar undang2.Kos telco langsung tak naik pun sebab gst 6% yg diorang kena tu kontra kepada pelupusan sst 6%.Tapi apa yg kerajaan mampu buat?Langsung tak berani angkat muka dengan tawkey telco,cuma mampu berbincang aje katanya.

Patutlah tun m kata bn akan kalah kalau ahjib yg lemah terus berkuasa..
Anonymous said…
tunggu pru 14.....
Anonymous said…
tobeng...jgn putus asa.....janji kita yg menyokong umno dpt hidup senang dan makmur

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID