Saman Teresa Cox Terhadap Kerajaan Malaysia Di Tolak Mahkamah, Sila Bayar 50 Ribu Segera....

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman yang difailkan MP Seputeh Teresa Kok ke atas kerajaan berhubung penahanan ke atasnya bawah ISA pada 2008.

Mahkamah turut memerintahkan MP tersebut membayar kos RM50,000.

Hakim Datuk Su Geok Yiam ketika menyampaikan keputusan itu berkata, mahkamah berpuas hati bahawa penahanan tersebut dibuat dengan mengikut undang-undang.

“Oleh itu mahkamah memerintahkan saman plaintif ke atas defendan digugurkan dengan kos,” katanya.

Dalam saman yang difailkan pada 13 Mac 2009 itu, Kok menamakan bekas menteri dalam negeri Tun Syed Hamid Albar, bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan pegawai kanan polis cawangan khas, DSP E Kim Tien dan kerajaan sebagai defendan.

Comments

Anonymous said…
kena saman rm50 ribu, bukan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen ke?
Anonymous said…
Byr mangkok jgn x bayar blm gst lagi turr.. padan muker.... banyak masyuk banyak keluar.... sekarang ni nak buat jahat pun kena bayar...

Keh..keh. x3....

shamal66 said…
Sivil..case bukan jenayah..MP kekal..kecuali dia d denda naginkes jenayah

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID