#PRKPermatangPauh : Penyokong PKR Makin Ganas, SPR Pun Mereka Nak Serang...

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan beberapa program lawatannya ke Pusat Mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Permatang Pauh berikutan nasihat polis atas faktor keselamatan.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau dan Timbalannya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah dijadual melawat empat pusat mengundi namun atas nasihat polis, beliau hanya sempat melawat sebuah pusat mengundi di Seberang Jaya.
Katanya, beliau dimaklumkan terdapat perkara yang tidak diingini berlaku seperti kejadian membaling objek, caci mencaci dan ancaman daripada penyokong kedua-dua pihak."Penyokong-penyokong di sini lebih agresif berbanding PRK Rompin dan mereka lebih kepada memantau pergerakan pihak SPR," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Hussein Oon di sini Khamis.Katanya lawatan para pegawai SPR ke pusat mengundi pada hari mengundi adalah satu budaya untuk memantau perjalanan proses mengundi.
Namun, Abdul Aziz berkata penyokong-penyokong di Permatang Pauh yang banyak memantau ini, takut kepada pegawai SPR."Saya turut ditanya seorang penyokong apa hal yang berlaku, apabila saya melawat satu daripada pusat mengundi."Lawatan kami cuma nak memastikan proses mengundi ini mengikut SOP (prosedur operasi standard) dan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku," katanya.

Comments

Anonymous said…
Dah ada rasa nak kalah la tu.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID