Breaking News
Loading...
June 12, 2015

Info Post

Keretakan dalam Pakatan Rakyat (PR), terutamanya antara PAS dan DAP dengan terbaru muktamar parti Islam itu meluluskan usul memutuskan hubungan dengan rakan sekutunya, mengakibatkan kerajaan negeri Selangor kini hilang majoriti dan kestabilan, kata Dr Abdul Aziz Bari.

Pakar perlembagaan itu berkata, pertembungan terbuka antara dua parti komponen PR itu menyebabkan kerajaan negeri kini tidak dapat lagi berfungsi tanpa persefahaman dan permuafakatan sesama mereka.

“Bila kamu (PAS) serang DAP macam itu, bagaimana kamu mahu kata ‘business as usual’ (kerja seperti biasa)?

“Sama ada kamu suka atau tidak, sistem kerajaan Westminster ini berasaskan keyakinan dan majoriti. Kalau tidak, bagaimana mahu mentadbir kerajaan?” soalnya.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, Aziz merujuk kepada kenyataan pimpinan PAS yang menyerang DAP semasa muktamar yang berlangsung minggu lepas.

Ia disusuli kenyataan balas pemimpin DAP diketuai penasihatnya Lim Kit Siang yang mengatakan PR sudah berkubur dan hanya menunggu dikebumikan.

Berdasarkan pengamatan situasi semasa, khususnya antara PAS dan DAP, Aziz menegaskan, kestabilan dalam kerajaan negeri Selangor kini sudah hilang.

“Di Selangor, mereka gagal menunjukkan imej kestabilan. Ia tidak baik untuk kerajaan negeri,” katanya.

PR mempunyai majoriti 43 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dengan PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi dan PKR 13.

Barisan Nasional pula mempunyai 12 kerusi.

Walaupun PKR memiliki jumlah kerusi yang lebih rendah, jawatan menteri besar Selangor diberikan kepada mereka atas persetujuan sesama rakan komponen dalam PR.

“Jangan terkejut jika bakal ada pilihan raya negeri. Rasanya kedudukan (Menteri Besar Selangor Mohamed) Azmin Ali pun, kita tidak tahu macam mana,” kata Aziz.

Menjelaskan mengenai jalan penyelesaian di Selangor, beliau berkata, jalan terbaik ialah dengan mengadakan pilihan raya negeri dan menyerahkan keputusan kepada rakyat.

“Untuk selesaikan masalah ini dengan segera, mungkin baik diadakan pilihan raya negeri supaya rakyat dapat membuat keputusan.

7 comments:

Anonymous said...

MASIH KAH KAU INGAT MASA HUJAN TURUN SELEBAT-LEBATNYA DI KELANTAN......ITU BERKAT DOA ADIK NIK AJIS (KO ! KO! UMNO/BN). SEKARANG GILIRAN (KO! KO! PR) PULAKLAH! APA KATA PAS ANJA PERHIMPUNAN D STADIUM SHAH ALAM DENGAN DOA KO! KO! DAP.....ADA BERANI?

Anonymous said...

Bilangan kerusi tak jauh beza, tapi DAP berlagak macam raja.
Kalau Pulau Pinang tak taulah apa cerita.
Sekurang-kurangnya UMNO PP adalah dengar suara banding UMNO Selangor.

Anonymous said...

Moh kite wat dia ko ko ko pada pskatan. ...elok PAS yg molakan....ore PAS bab doa ko ko mme kedepan....harap jangan pas pulak ysng ko ko udah le...

Anonymous said...

Kalau kerajaan selangor lemah kenapa pula madey taji mat monggol.........kenapa madey kata 1 mdb bodoh lak? 1mdb tu satu mesia beb!
Agak agak lah nak komen beb........Pas?, PR kata pergi, ameno kata mari.........DAP ketawa guling guling.........janda beb ameno bikin bini!
Dulu sudah talak 3, ni kira DAP cina bute la, kah kah kah........bodohnya alifminnunwau!

Anonymous said...

Cai2 "alifmimnunwau sarkas dah!" Bodoh sampai kiamat! Cgpa 3.85 tak dapek nak nolong ah! Cgpa br1m kot!

saudara said...

Woi mangkuk!kapal bawak Minyak Ron95 dah hilang!banyak mane lagi alifminnunwau nak tipu rakyat???

saudara said...

Woi mangkuk!kapal bawak Minyak Ron95 dah hilang!banyak mane lagi alifminnunwau nak tipu rakyat???