Breaking News
Loading...
June 16, 2015

Info Post
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming atas dakwaan memuat naik gambar berunsur fitnah mengenai mereka berdua dalam akaun Facebook Nga Mac lepas.

Najib, atas kapasiti peribadinya memfailkan saman fitnah itu bersama isterinya menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Jun lepas.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib dan Rosmah selaku plaintif mendakwa Nga selaku defendan telah memuat naik gambar Najib dan Rosmah berserta status dalam akaun Facebook atas nama Nga Kor Ming, pada 29 Mac lepas.

Pasangan itu mendakwa dalam status bergambar itu terpampang gambar mereka bersama dengan beberapa orang Menteri Kabinet Malaysia dan pegawai tertinggi Wisma Putra di dalam sebuah bilik hotel di China.

Kedua-dua plaintif mendakwa Nga telah menerbitkan perkataan-perkataan fitnah dalam akaun Facebooknya dengan memuat naik status menfitnah yang boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet di seluruh dunia.

Najib mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau telah menyalahguna kuasa dan mandat sebagai perdana menteri untuk kepentingan sendiri atau kepentingan isterinya dengan membenarkan Rosmah mencampuri urusan dan hal ehwal kerajaan.

Oleh itu, kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan teladan, faedah, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Turut dituntut satu perintah injunksi untuk menahan defendan atau pembantunya atau ejennya daripada menerbitkan semula perkataan-perkataan berunsur fitnah itu dan memohon supaya defendan mengemukakan permohonan maaf secara bertulis yang diterbitkan di surat khabar dan majalah.

4 comments:

Anonymous said...

Sempat ke nak saman ni? Your last day very close already! Lu masuk dulu kot....HaHaHa.......siapa arah sirul bunuh aminah?

Anonymous said...

Aku rasa nkor dulu kot jumpa malaiķat maut tak sempat minta maaf pada PM.... ha ha ha...

Anonymous said...

Oi anon 16 june-komen pertama, lu punya ekoq ni si-PENGGANAS/EKSTREMIS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM aahhh?!

PI MAMPOS lu punya ekoq kat KANDANG si PENGGANAS/EKSTREMIS ANTI-ISLAM/umatnya dari si PENGGANAS KAPIRDAJAL PKRSODOM/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS-ejen ZIONIS-no-1!

Anonymous said...

Saman rm100 bilion baru berbaloi sebab fitnah tersebar 1 dunia, bukan 1 Malaysia.