Breaking News
Loading...
June 1, 2015

Info Post
Agak pelik perangai pembangkang di malaysia, mereka kerap mengatakan apa yang di buat kerajaan tidak mengikut lunas undang-undang dan perlembagaan negara, itu yang di canang oleh mereka setiap kali ceramah...

Pembangkang di sarawak terutama pkr dan dap dan ngo haram bersih, telah mengheret spr ke mahkamah, kononnya cerita mereka ialah, persempadanan semula yang dibuat oleh spr itu bercanggah dengan perlembagaan dan menyebabkan suara dan pengaruh adun semakin berkurangan. rujuk keadilan daily.

Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini mereka menuduh pula spr menghina mahkamah dengan alasan, spr masih juga meneruskan persempadanan semula walau pun mahkamah mengarahkan spr menghentikan. nampak tak macam mana depa putar belit cerita tu...?

Pada 15 mei 2015, mahkamah tinggi kuching telah mengarahkan SPR untuk melakukan semula persempadanan semula di sarawak atas alasan kononnya kekurangan maklumat dalam notis yang dikeluarkan oleh SPR.

Macam biasa, pembangkang dan ngo haram, bersih sudah kasi pusing cerita kononnya persempadanan semula negeri sarawak yang di buat oleh spr itu tidak sah, wal hal cerita yang sebenarnya seperti yang aku tulis di atas.

Itu merupakan satu penipuan cukup jahat pembangkang, sedangkan pihak mahkamah tidak pun mengatakan persempadanan semula spr itu tidak sah, mahkamah hanya meminta, spr membuat semula persempadanan baru...

Ayat, meminta dibuat semula persempadanan baru dan ayat (pembangkang) persempadanan semula tidak sah adalah dua ayat yang berlainan dan langsung tak sama maksudnya, tapi seperti biasa, pembangkang dan bersih sudah spin cerita itu...

Menurut pihak spr, sepanjang proses persepadanan semula itu, spr telah mematuhi kesemua undang-undang dan perlembagaan malaysia, malah spr telah melakukan proses siasatan tempatan terakhir pada 13 Mei 2015. dua hari selepas itu mahkamah mengeluarkan arahan penghakiman mereka pada 15 Mei 2015.

Biar aku terangkan sekali lagi, spr selesai melakukan proses siasatan tempatan terakhir pada 13 mei 2015, selang dua hari, iaitu 15 mei 2015, mahkamah keluarkan arahan supaya spr buat balik persempadanan semula, jadi kat mananye yang bersih dan pembangkang kata, spr menghina mahkamah...??

Sekiranya rayuan spr untuk menolak diadakan persempadanan semula tidak di terima oleh mahkamah, maka terpaksalah spr memulakan sekali lagi, baca, sekali lagi persempadanan semula dari A-Z dan ini sudah tentu memakan kos yang tinggi, kemudian pembangkang dan bersih akan pula menuduh spr menghabiskan wang rakyat...

Pembangkang dan bersih cukup kalut dan huru hara pasal persempadanan semula di negeri sarawak, adakah mereka akan kalut juga di negeri-negeri yang mereka kuasai seperti penang, selangor dan kelantan sekiranya spr memberi penambahan kerusi di negeri-negeri itu...???

Sama-sama kita tunggu dan lihat...

1 comments:

Anonymous said...

SPR tak adil? Ini kena tanya mat maslan dan hasan malek........kalau mereka bole jawab maka benar lah spr tak adil!
Lancieow SPR, masuk umno terus lagi baik la, dan jadi tidak bertamaddun!