Ya, Siarkan Secara Lansung Sesi Pendegaran 1MDB Di Kaca TV Dan Live Streaming...

DAP meminta Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed membenarkan sesi pendengaran 1MDB disiarkan secara langsung di televisyen.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, ini bersesuaian dengan siasatan terhadap 1MDB yang dianggap krisis negara dan diakui oleh adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak.

“Saya memohon kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Aman Mulia menangguhkan Aturan 85 daripada Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan sebarang keterangan dan dokumen yang dikemukakan mana-mana Jawatankuasa didedahkan sebelum laporan jawatankuasa dikemukakan kepada Dewan Rakyat,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen pada Khamis.

PAC akan memanggil Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, serta bekas CEO pertama 1MDB, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi untuk siasatan.

Lip Eng berkata, dia yakin cadangan itu dipersetujui oleh semua Ahli Jawatankuasa PAC dari kedua-dua pihak parti kerajaan dan pembangkang termasuk Speaker Dewan Rakyat,

“Mereka semua akan setuju sekiranya yakin tiada apa-apa yang perlu disembunyikan dalam kemelut 1MDB ini,” katanya.

Komen aku: Aku setuju ianya di siarkan secara lansung, biar rakyat dapat melihat sendiri bagai mana prosiding itu berjalan, kalau jawapan dari pihak 1mdb telus dan tiada flip flop, maka rakyat dapat melihat siapa yang membuat onar di sebalik kekalutan 1mdb.

Siarkan secara langsung, biar rakyat tengok, biar rakyat paham, supaya segala segala fakta dan angka rakyat hadam sendiri , tak perlu nak dengar dari mulut rafizi, tony pua, tun mahathir, ahmad maslan dan lain, senang, lepas nie kalau nak beceramah pun pasal isu lain , bukan pasal 1mdb lagi...

Malah kalau kita masih ingat, menteri komunikasi dan multimedia, shaberi chik pernah memberi idea supaya perbicaraan kes liwat anwar ibrahim di buat secara langsung, tapi mahkamah tak benarkan, jadi apa kata kalau pendegaran 1mdb ini kita realisasikan...

Comments

Anonymous said…
potong telinga aku kalau prosiding 1mdb disiar langsung.....masak najib nanti..........det tak payah wayang, kan dah tau benda ni takan terjadi......
Anonymous said…
Memang takda la nak tgk.. tecirit najib nanti xpun siaran tergendala..

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID