Hadi Menafikan PAS Akan Menyertai UMNO...

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengecam pihak tertentu yang mendakwa kononnya Pas mahu menyertai Umno-BN sedangkan ia hanyalah fitnah semata-mata.

Beliau berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu hanya merosakkan reputasi perjuangan Islam dan memecahbelahkan perpaduan Pas.

"Saya ingin menegaskan bahawa tohmahan kononnya Pas mahu menyertai Umno atau bergabung dengan Umno menyertai BN adalah api fitnah yang dicetus oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Namun sebagai sebuah jamaah Islam yang membawa rahmat kepada semua, kita tetap berpegang kepada prinsip Islam dan terus beristiqamah untuk memelihara perpaduan ummah berasaskan tali ALLAH," katanya dalam ucapan dasar Presiden pada Muktamar Pas Pusat ke-60 di Parit Raja, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata lagi Pas sentiasa menggalakkan hubungan silaturrahim dengan semua pihak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

"Pas juga saling bantu-membantu dalam usaha menegakkan syariat, membuka ruang dialog dan wacana demi kebaikan dan masa depan ummat," katanya lagi.

Sumber: Tranungkite

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID