Breaking News
Loading...
August 18, 2015

Info Post
SOALAN: Bolehkah SPR mengistiharkan PRU13 tidak sah atau batal disebabkan isu dana 1MDB ?

JAWAPAN: SPR tidak boleh mengambil apa-apa tindakan peristiharan untuk membatalkan keputusan PRU13 hanya berdasarkan dakwaan khabar angin atau dakwaan yang tidak dibuktikan. Hanya pihak mahkamah sahaja yang boleh mengambil tindakan peristiharan tersebut setelah ia dibuktikan dengan sah.

SPR hanya sebuah instutusi yang dipertanggungjawabkan untuk mejalankan pilihanraya sekiranya terdapat kekosongan samada disebabkan kematian atau tindakan mahkamah.

Pembatalan sesuatu keputusan pilihanraya adalah kuasa mutlak pihak mahkamah setelah mahkamah berpuashati dengan bukti dan keterangan yg dikemukakan oleh pihak terbabit. Sekirannya mahkamah mengistiharkannya barulah SPR perlu menjalankan semula proses pilihan raya baru.

Tiada peruntukan undang-undang yang membolehkan SPR membatalkan pilihanraya hanya kerana khabar angin.

Gesaan sesetengah pihak untuk membatalkan keputusan PRU13 adalah tidak wajar dan jelas tidak memahami undang.

Gesaan PKR supaya SPR membatalkan keputusan PRU13 yg dimenangi BN sebagai tidak sah.

Nampaknya PKR terlalu ghairah untuk merampas tampuk pemerintahan kerajaan daripada BN.

Gesaan mereka supaya SPR mengistiharkan pembatalan keputusan PRU13 yang dimenangi oleh BN adalah terlalu gelojoh.

Sepatutnya sekirannya mereka mempunyai bukti yang kukuh dan mengemukakan saman berkaitan kes ini maka biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka membuktikan sama ada berlaku kesalahan undang-undang pilihan raya seperti rasuah atau perbelanjaan melebihi had maksimum yang sepatutnya.

Sekirannya ada bukti pendakwaan akan dibuat. Sekiranya dibuktikan bersalah terbabit rasuah atau kesalahan pilihanraya lainnya maka mahkamah akan mengenakan hukuman atau membuat keputusan sama ada Keputusan PRU13 Sah atau Batal.

Jika diistiharkan batal maka berlaku kekosongan kerusi Dewan Rakyat. Selepas itu barulah SPR akan menjalankan peranannya untuk mengadakan pilihan raya semula. Ini bermakna untuk mengadakan pilihan raya semula adalah peringkat terakhir selepas kes disiasat, dibuktikan, didakwa, dijatuhkan keputusan atau diistiharkan oleh mahkamah.

Ini bermakna gesaan untuk SPR membatalkan keputusan PRU13 dan mengadakan pilihan raya semula adalah terlalu awal dan melangkau proses sepatutnya.

Rakyat harus memahami isu ini dan menilainya dengan teliti agar tidak mudah dipengaruhi oleh pandangan yang cuba menghasut menjatuhkan sesuatu kerajaan dengan cara yang tidak mengikut Perlembagaan.

4 comments:

Anonymous said...

Bro, lu sekolah undang2 setakat darajah 5, UPSR jangan nak belit.

PKR sedang saman SPR dan kerajaan Malaysia ke mahkamah sudah tepat. Mereka buat dengan cara yang betul, menang atau kalah itu cerita lain.

Lu kutuk mereka yang ikut peratoran apehal, bodoh pun janganlah lebih bodoh dari lembu, agak-agak le

Anonymous said...

Lu pun lagi bodoh.... Ade ke mahkamah kata kes tu ada prima facie? Belum tentu lagi la bangkai... Silap2 tgh jln mahkamah kata tak relevan... Masa tu babi macam ko dan pemimpin pr akan kata mahkamah malaysia tak adil... Ikut telunjuk bn lak...

Jadi lu tak payah merepek... Duduk je diam2 sudah..

Anonymous said...

Wei bodoh prima facie tu kes jenayah, ini kes sivil.

Anonymous said...

Anon bodoh...
"PKR sedang saman SPR"
bukan "telah saman"...belom ada bukti kesalahan....berapa belion ko nak saman suka hati ko le....janji klw kalah bayar kos mahkamah udah le...ngok