Breaking News
Loading...
August 25, 2015

Info Post
Kajian Khazanah Research Institute (KRI) mendedahkan harga rumah di Malaysia yang terlalu tinggi menyebabkan sehingga ia  tidak mampu dimiliki rakyat.

Ia dikira berdasarkan median harga rumah pada 4.4 kali berbanding median pendapatan tahunan isi rumah tahunan, lebih tinggi berbanding median antarabangsa bagi rumah mampu milik pada tiga kali pendapatan isi rumah tahunan.

Pengarah Urusannya Datuk Charon Mokhzani berkata polisi perumahan yang tertumpu kepada aspek permintaan perlu diubah kepada menyelesaikan aspek bekalan yang tidak efisyen.

Ia kerana, katanya, bekalan di pasaran adalah tidak anjal dan harga tidak mencerminkan permintaan.

"Perubahan perlu dilakukan dalam sistem bekalan perumahan supaya kita boleh bina rumah yang mampu milik. Dengan menurunkan harga perumahan tidak semestinya menerusi pemberian subsidi kepada pemaju, atau membolehkan mereka meminjam pinjaman perumahan besar atau tempoh bayaran balik lebih panjang. Sebaliknya langkah yang perlu diambil dengan menurunkan harga rumah itu," katanya selepas pembentangan laporan tersebut di sini, hari ini.

Charon berkata, kajian memberi tumpuan kepada kawasan bandar yang lazimnya mempunyai populasi besar dan kemampuan pemilikan yang rendah.

Berdasarkan laporan itu, pemilikan perumahan di Kuala Lumpur berada pada 53.5 peratus berdasarkan banci populasi dan perumahan 2010.

Ia menjadi sangat kritikal jika dibandingkan dengan pertumbuhan populasi Kuala Lumpur sebanyak dua peratus setahun.

"Kita perlu mengubah cara pembinaan perumahan. Ia perubahan besar berbanding cara yang dilakukan kini. Kami rasa ia boleh dilakukan." katanya

"Kita lihat di Filipina contohnya, mereka berjaya membawa harga turun kerana mereka membina rumah dengan cepat (pasang siap). Salah satu syarikat di Filipina boleh membina rumah dalam 14 hari, menakjubkan."

"Jika boleh bina rumah secepat itu dan harga murah, harga keseluruhan akan turun dalam jangka panjang dan bekalan yang lebih responsif." tambahnya.

Menurut Kajian KRI bertajuk 'Mewujudkan perumahan mampu milik' antara negeri yang mempunyai perumahan mampu milik adalah Melaka dengan median tiga kali berbanding pendapatan isi rumah tahunan.
Sementara itu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ia dicatatkan pada median 5.4 dan 5.2 berbanding pendapatan tahunan isi rumah sekaligus menjadikan ia kawasan perumahan sangat tidak mampu dimiliki.

Laporan tersebut membentangkan tiga cadangan kepada kerajaan untuk dipertimbang antaranya mewujudkan tempoh kawalan moratorium selama lima tahun bagi perumahan sedia ada bagi membolehkan bekalan baru masuk tanpa melibatkan lonjakan harga melampau.

Selain itu ia mencadangkan pembentukan sistem pemerolehan perumahan bagi menyatukan pihak terlibat dalam rantaian pembinaan untuk membentuk rangka kerja perumahan yang diselaras.

Sumber: Astro Awani

5 comments:

Anonymous said...

takpa harga rumah mahal, janji najib dan MT umno kenyang....tanpa umno, melayu dibangsatkan

kohlberg steven said...

sama jugak dengan di Penang...janji Babi Lim Guan Eng dan MT DAPigs kenyang.....di Penang, Melayu memang dah sahih di bangsatkan oleh Cina kafir harbi ni.....itu kan yang ko suka..????

Anonymous said...

amno pembangsat bangsa.........WSJ bila nak disaman? kalau tak saman memang bangsat la mat monggol pundekau bugis! kencing 3 juta ahli ameno.....boley jalan dah!

IBU TIJA said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

Anonymous said...

Cubalah bagi formula supaya harga rumah dapat diturunkan. Contohnya mansuhkan pemilikan asing kerana orang asing ni x mengundi. Rumah juga x perlu dilengkapkan dengan pelbagai siapan dalaman, kecuali yg perlu sahaja. Bagi sesetengah siapan yg minor, gunakan material yg murah asalkan boleh dipakai.