Jangan Terperdaya Dengan Khabar Angin Ringgit Tak Laku Di Tanah Suci - Azeez Rahim

Jemaah haji Malaysia diminta tidak terpedaya dengan khabar angin yang menyatakan Ringgit Malaysia (RM) tidak boleh ditukar di Tanah Suci.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, maklumat itu tidak benar dan sehubungan itu jemaah haji tidak perlu panik dengan laporan yang tersebar dalam laman sosial itu.

"Maklumat yang terdapat dalam media sosial menyatakan duit kita tak boleh ditukar tak boleh diguna pakai itu satu perkara yang palsu.

"Saya telah berhubung dengan Pengarah Operasi Tabung Haji awal pagi tadi (yang berada di tanah suci)  dan beliau menyatakan tiada masalah mengenai perkara itu.

"Duit kita walaupun duit kecil RM10, RM5 dia orang pun ada (untuk ditukar)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga jemaah haji Allahyarham Zaleha Yasin di Kota Gelanggi 4 di sini, hari ini. Sumber: Astro Awani

Comments

Anonymous said…
dei, thambi....itu tabung haji sudah jual ka itu 1mdb punya tanah?? kata 1 bulan boleh jual, ni sudah brp bulan thambi?? apsal, tak da org mau bili ka?
Rozai CBR said…
Salam wahai pengerusi tabung haji ......sememangnya duit malaysia masih laku ....tetapi kenapa tak dinyatakan nilainya sekrg yg jauh merudum. Pasti pengurup wang disana akan mengambil kesempatan dgn ketidak tentuan nilai ringgit maka diorg akan makan duit kita dgn harga yg amat rendah. Tahukan saudara bahaea duit kita ditukar skrg di sana menjadi rm1k bersamaan 850riyal sa....apa dah jadi dulu nilai ringgit lagi tinggi dr arab saudi. Negara diorg maju sangat kah?
Anonymous said…
kamu bercakap tu kamu berada di mana..? Riyad..? Jeddah..? Madinah..? Mekkah..? ...kamu berada di KL ....kamu hanya terima maklumat dari pegawai-pegawai besar yang ada di sana .... mereka semua barua kamu dan bangsat ...YES-MEN...!!!! mereka tidak akan cakap yang BENAR kecuali menipu agar semua nampak bagus......cuba tenguk makanan yang dibekalkan kepada kumpulan muasasah ....orang puak umno pun marah tau...???????????????

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID