Breaking News
Loading...
August 20, 2015

Info Post

Ahli Parlimen PAS, Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS kawasan itu akan melepaskan jawatan dalam parti PAS untuk menyertai parti Islam baharu dinamakan Parti Amanah Rakyat (Amanah), tajaan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Satu sidang media khas akan diadakan pada petang ini di kawasan Parlimen Kota Raja bagi mengumumkan peletakan jawatan masing-masing di peringkat cawangan dan kawasan.

Selain meletakkan jawatan, 9 cawangan PAS dijangka dibubarkan di kawasan Kota Raja hari ini apabila semua AJK mereka menyertai GHB.

“Lebih 30 pemimpin dan AJK kawasan serta cawangan termasuk pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan hadir pada sidang media ini,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan penggerak GHB Kota Raja hari ini, lapor The Malaysian Insider.

Namun, Dr Siti Mariah dilaporkan tidak akan melepaskan jawatan Ahli Parlimen Kota Raja jawatan yang dimenangi kerana bertanding atas tiket PAS pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).

Menurut The Malaysian Insider, peletakan jawatan Dr Siti Mariah dan AJK PAS Kota Raja itu adalah sebahagian daripada langkah berperingkat untuk keluar PAS beramai-ramai menjelang penubuhan Parti Amanah yang akan diperkenalkan kepada umum semasa sambutan hari kemerdekaan negara 31 Ogos ini.

Selain Kota Raja, PAS kawasan Kelana Jaya yang dipimpin Izham Hashim selaku yang dipertua kawasan juga dijangka akan mengambil langkah sama.

Ini kerana, selain Izham yang merupakan penyelaras GHB negeri Selangor, majoriti AJK PAS kawasan Kelana Jaya adalah penyokong GHB.

Mengikut perlembagaan PAS, selepas menyertai parti baharu, keahlian dalam parti Islam itu akan gugur secara automatik. Sumber: TranungKite

2 comments:

darkjustice said...

Petikan dari http://www.malaysia-today.net/the-quran-did-not-come-from-allah-as-some-people-say/

dari ruang komen

>>Edwin Jansz · St. Francis Institution, Malacca, Malaysia


183 members from the kota raja division, 227 members from the kapar division and 3 from the klang division resigned from pas.
that's a grand total of 413 members.
at the last count, pas has got 1,000,300 members.
so pas lost 0.04% of its members. 0.04% is 4 hundredths of 1%!
it's like a person who dug out a booger from his nose and flicked it away.
that's the comparative amount of members pas lost.
so dap tried to take over pas by using a trojan horse, did not succeed, then tried to break the party into 2 but only succeeded in getting some tahi hidung. well done!
and the opposition media yesterday predicted an 'exodus'.
i'm sure tg hadi awang must be shaking in fear. heheheh.



ada siapa yg boleh terjemahkan ke dalam bahasa melayu yg mudah difaham??

183 ahli dari bahagian Kota Raja, 227 ahli dari bahagian Kapar dan 3 dari bahagian Klang letak jawatan dalam PAS/keluar dari PAS
Jumlah besar bilangan mereka ialah 413 orang ahli
perangkaan akhir menunjukkan PAS mempunyai seramai 1,000,300 orang keahlian
jadi pas kehilangan 0.04% ahlinya.0.04% ialah 4 perseratus dari 1%
seperti seorang itu mengorek tahi hidungnya, lalu menjentiknya
itulah perumpamaan kehilangan ahli tersebut bagi PAS..
DAP cuba menguasai/menawan PAS dengan menggunakan 'trijan horse', mereka gagal, kemuadian mereka cuba memecahkan PAS kepada 2 tetapi hanya berjaya mendapatkan tahi hidung ...tahniah !
media pembangkang membayangkan akan berlakunya 'exodus'/penghijrahan besar
saya yakin TG hadi awang tentunya sedang mengigil ketakutan ...heheheh

Anonymous said...

Allah sentiasa bersama sama orang yg benar...
jika kita yakin Pas itu benar....
Hati kita akan sentiasa terbuka untuk Pas...