Switzerland Sudah Mula Prosiding Jenayah Dua Ekseutif 1MDB

Pejabat Peguam Negara Switzerland telah memulakan prosiding jenayah terhadap dua pegawai yang tidak didedahkan identiti dari pelaburan strategik nasional bagi tuduhan rasuah dan penyelewengan dana yang membabitkan agensi tersebut.

Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) pada Jumaat dilaporkan telah membuka kertas siasatan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut laporan Reuters, prosiding bermula ekoran penyiasatan terhadap tuduhan rasuah yang melibatkan pegawai-pegawai antarabangsa, tuduhan salah laku dalam pengurusan kepentingan awam dan penyelewengan dana pelaburan 1MDB,” kata OAG.

Di bawah undang-undang Switzerland, pihak berkuasanya menegaskan pihak mereka sedang menyiasat siapa ‘individu yang tidak dikenali’ dan masih tidak dapat mengenal pasti siapa sebenarnya yang terbabit.

Reuters baru-baru ini turut melaporkan Pejabat Peguam Negara (Switzerland) telah mengesahkan pada 14 Ogos 2015, ia telah membuka kertas siasatan jenayah terhadap dua entiti 1MDB termasuk seorang individu tidak dikenali.

Jurucakap itu turut berkata, prosedur itu merupakan susulan dua komunikasi daripada Pejabat Aduan Pengubahan Wang di Switzerland.

Berita tentang kes siasatan itu mula-mula dilaporkan akhbar tempatan Swiss, Le Temps.
Sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang kewangan Switzerland, FINMA pada Rabu lalu berkata, mereka sedang membuat semakan sekiranya ada bank negara itu yang menjalankan urusan perniagaan dengan 1MDB.

1MDB pada Ahad berkata pihak berkuasa Switzerland belum menghubungi pihaknya namun ia telah menyuarakan kesediaannya untuk membantu siasatan itu kelak. Sumber: Astro Awani

Comments

Anonymous said…
Tak salah kalau nak siasat.....nanti bila dah terbukti tiada salah laku, macai2 DAPigs jangan bising pulak ye?

Diorang memang suka menyalak, memfitnah dan menghasut....tapi kesalahan pemimpin2 DAPigs sendiri yang macam SIAL, anjing2 rilek je hirup whitecoffee.
Anonymous said…
nape nak salahkan DAP....yg gi report kat switzerland Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, org umno gak......inilah masaalah dgn macai bodoh lugu umno....

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID