Wanita Yang Hantar Memo Pada Najib Bakal Di Kenakan Tindakan Disiplin...



Pemuda UMNO Pasir Gudang hari ini menyatakan kekesalan dengan tindakan seorang anggota wanita bahagian itu yang menghantar memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak sewaktu lawatan beliau ke sana semalam.

Menurut satu kenyataan oleh Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, Azman Jaafar, isi kandungan memorandum yang dihantar kepada presiden parti itu langsung tidak menggambarkan pendirian sebenar UMNO Bahagian Pasir Gudang secara keseluruhan.

“Pendirian Pemuda Pasir Gudang adalah selari dengan pendirian YAB Ketua UMNO Bahagian yang UMNO hanya perlukan satu nakhoda untuk mengepalai bahtera perjuangan UMNO.

“Apa yang telah dibangkitkan oleh YAB Ketua Bahagian di hadapan YAB Presiden benar-benar mewakili suara akar umbi serta kegelisahan umum... oleh itu, YAB Presiden diberi masa dan ruang untuk setiap permasalahan diselesaikan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Selain itu, katanya Pemuda UMNO Pasir Gudang turut berpandangan ada usaha untuk melaga-lagakan Najib dengan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Khaled Nordin.

“Ada usaha untuk melaga-kedua-dua pemimpin yang selama ini kita tahu mempunyai hubungan yang sangat baik dan akrab,” ujar Azman.

Katanya adalah menjadi adat kepada orang Johor untuk menghormati kepimpinan, serta turut mengingatkan bahawa UMNO adalah parti yang tidak bersandar kepada sebarang figura politik.

“Kita sebenarnya mahu mencari kebenaran dan penyelesaian kepada polemik yang sedang melanda kepimpinan UMNO dan negara ketika ini.

“Ini demi untuk memastikan bahawa UMNO mampu mempertahankan kewibawaannya sebagai sebuah pemerintahan dan Kerajaan,” tegasnya.

Tambahnya, Pemuda UMNO Pasir Gudang tidak akan sekali-kali memperjudikan UMNO sebagai sebuah institusi siasah atau mensia-siakan perjuangannya.

Portal berita The Rakyat Post hari ini melaporkan bahawa tindakan disiplin mungkin akan dikenakan ke atas seorang ahli wanita UMNO Pasir Gudang yang telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Memetik sumber, laporan itu berkata wanita berusia 40 tahun itu merupakan seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) negeri Johor. Sumber: Astro Awani

Comments

Gabenor johor said…
mungkin dia terlupa apa perjuangan dia agaknya..dia terlupa yg Parlimen Pasir Gudang menang dgn majoriti yg meresahkan hati MB Johor pd PRU13 yg lalu..apa yg dia ini buat pd PRU13 yg lalu..adakah beliau membantu UMNO Pasir Gudang..jika sikap ini masih lg ada dlm hatinya mungkin PRU14 nanti Parlimen Pasir Gudang akn tersungkur dan dia akan menyalahkan Presiden UMNO pula..mungkinkah dia tidak mendapat dana politik sbb tu dia jd mcm itu..mungkin masa menduduki jawatan Puteri UMNO senang dpt dana politik dri seseorg yg telah dipecat..fikir fikirlah ttg perjuangan anda samada ada ikhlas atau buas..
Anonymous said…
Bagus la tu. Ada juge pegawai jasa yang berani. Tak macam boss jasa jadi tukang jilat.
Anonymous said…
YES MAN!!!!!! No MAn mmng kene cantas la jwbnya
Anonymous said…
Inilah politik umno hari ini;

1.satu kumpulan ingin menegur, memperbetulkan saf kepimpinan pusat yang ada sekarang tujuan dan niatnya adalah ikhlas, hidup atau terkuburnya umno pada Pru akan datang.

2.satu kumpulan hanya memikirkan tembolok dan diri masing2 tanpa memikirkan anak cucu dan masa depan umno itu sendiri.

Kasihanilah UMNO.
Anonymous said…
Dia tegur sbb dia sayg umno
KAU pemuda pondan nak pembungkus umno
cuba jelaskan tang mana 1mdb dan najib betul??????????>>>>>>>>>>????????
pembodek 42b - pi mana ??? , jolok jho lo najib bukan islam nama islam idris jolok betahun2 jadi pernashiithat jahanam
Anonymous said…
Kena ada gerakan utk angkat TSMY utk jd PM secepat mungkin. Kedudukan beliau sbg. TP UMNO adalah sebahagian struktur peralihan kuasa. Selagi Najib diatas maka hari2 Melayu dan UMNO akn dipandang remeh oleh bngsa lain..
Anonymous said…
wah...pompuan ni berani lawan tokey ya?? "kalau tak suka, keluar dari umno" mimic seorg menteri pasola....woi, betina, laki dlm umno pun tak berani nak tegur najib, inikan ko, pompuan....cis...kalau nak stay dlm umno, baik tutp mulut dan pantat, dan jadik yes-man.....kalau tanak, jib tau ler ajar ko nanti....

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID