Breaking News
Loading...
September 9, 2015

Info Post

1. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Sukan Olimpik. Kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 35 tahun yang lepas.

2. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia tidak pernah lagi layak ke Piala Asia secara merit. Kali terakhir Malaysia layak ke Piala Asia secara merit ialah pada 35 tahun yang lepas.

3. Di bawah pentadbiran Presiden kini dan sebelumnya, Malaysia hanya menyertai pusingan akhir Piala Asia sekali sahaja iaitu pada tahun 2007. Itupun kerana Malaysia ialah tuan rumah bersama.

4. FAM membenarkan penganjuran Jelajah Asia Manchester United ketika Piala Asia 2007 sedang berlangsung, sehingga mengundang kecaman FIFA.

5. Pada Piala Asia 2007, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 12 kali, sekaligus menduduki tempat tercorot kumpulan.

6. Pada tahun 2012 ketika Kelayakan Piala Asia B-22, terdapat bukti bahawa Myanmar telah menewaskan Malaysia dengan menurunkan pemain lebih umur, namun Setiausaha Agung FAM ketika itu hanya menjawab “saya tidak dimaklumkan”.

7. Kini di Kelayakan Piala Asia 2019, Malaysia hanya mampu menjaringkan 1 gol namun dibolosi 17 kali, sekaligus menduduki terperosok di dasar kumpulan kelayakan di belakang Timor-Leste.

8. Lawan pertama Malaysia di Kelayakan Piala Asia 2019 iaitu Timor-Leste pernah berada 46 anak tangga di bawah Malaysia dalam ranking FIFA. Kini negara tersebut berada 6 anak tangga di atas.

9. Apabila FIFA memperkenalkan sistem ranking dunia 21 tahun lalu (1993), Malaysia menduduki ranking ke-14 Asia. Dalam era Presiden sekarang ranking Malaysia menjunam ke kedudukan ke-34 Asia.

10. Pada tahun 1993, Malaysia menduduki ranking ke-77 dunia namun di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia menjunam ke kedudukan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu ke-169 dunia.

11. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Bhutan, negara yang pernah menduduki ranking paling corot FIFA.

12. Di bawah pentadbiran Presiden kini, ranking Malaysia berada di bawah Indonesia, negara yang sedang digantung FIFA dan tidakpun dibenarkan bertanding.

13. Liga bolasepak Malaysia dikategorikan gred ‘D’ walaupun menjalani peralihan selama 25 tahun daripada liga amatur ke liga semi-pro pada tahun 1989, dan kemudian ke liga profesional pada tahun 1993.

14. FAM memiliki sekali ganda lebih jumlah kakitangan berbanding FA Jepun untuk mentadbir bolasepak Malaysia termasuk liga gred ‘D’.

15. FAM merasakan perlu untuk menukar-nukar jumlah pasukan dalam liga gred ‘D’ daripada 14 pasukan kepada 12 kepada 14.

16. Perjanjian FAM dengan Singapura telah tamat, namun FAM merasa perlu untuk meneruskannya dengan penyertaan Young Lions TERUS KE LIGA SUPER.

17. FAM turut merasakan perlu untuk menambah jumlah hari perlawanan pada bulan Ramadan, termasuk 3 hari perlawanan dalam tempoh singkat 7 hari, untuk membenarkan perlawanan sarkis menentang kelab-kelab luar. Sebagai perbandingan, semua pertandingan bolasepak di negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Bahrain, Brunei, Iran, Jordan, Kuwait, Oman, Palestin, Qatar, UAE termasuk Bosnia dihentikan ataupun tamat sebelum bulan Ramadan, kecuali negara yang terpaksa menganjakkan jadual akibat peperangan seperti Iraq dan Syria.

18. Di bawah pentadbiran Presiden kini, FAM telah ‘melelong maruah’ negara kepada penganjur-penganjur perlawanan pertunjukan yang diragui keputusannya.

19. Pada tahun 2009, FAM sewenang-wenangnya merelakan maruah negara diaibkan oleh sindiket perjudian dalam skandal ‘Asiagate’, apabila membenarkan perlawanan ‘persahabatan’ dengan pasukan kelab Monomotapa United FC yang menyamar sebagai pasukan kebangsaan Zimbabwe.

20. Pada Februari 2013, bekas Setiausaha Agung FAM ketika itu dengan mudah menerima surat penjelasan pembatalan ‘perlawanan persahabatan’ Harimau Muda ‘A’ daripada pengarah teknikal Football Queensland, sedangkan perlawanan kononnya diadakan dengan kelab Brisbane Roar. Perlawanan ini juga tidak pernah diumumkan oleh pihak kelab Brisbane Roar.

21. Jelajah Harimau Muda ke Slovakia diberitakan telah dianjurkan dengan bantuan Miroslav Bozik, individu yang dikehendaki untuk soal siasat kes rasuah oleh Interpol pada 1995. Harimau Muda tidak tewas dalam Jelajah Slovakia, namun kemudian ditewaskan oleh Laos dan Myanmar sebelum dibelasah Thailand 5-0.



22. Hanya ejen perlawanan (bukan ejen pemain) yang berdaftar dengan FIFA boleh membawa sesebuah pasukan bermain di Malaysia. Namun Setiausaha Agung FAM enggan mendedahkan identiti ejen perlawanan ‘pertunjukan’ dengan Barcelona pada 2013.

23. Presiden FAM pernah memegang jawatan Presiden MHC dan Exco FIFA serentak.

24. Bendahari FAM memegang jawatan dalam BAM dan MOM serentak.

25. FAM telah GAGAL melaksanakan penswastaan liga pada 2015. Ini mengakibatkan kerugian berjuta ringgit kepada FA negeri, kelab dan pemegang taruh.

26. Hak penyiaran liga dibida oleh 3 pihak: TM-Media Prima, ASTRO-Fox Sports dan Zenith. Namun FAM telah menyerahkan keputusan untuk dibuat oleh MP & Silva.

27. Pada bulan lepas, FAM berbincang untuk menganjurkan Liga Bolasepak Rakyat dengan individu yang pernah ditahan dalam siasatan SPRM berkaitan kes 1MDB.

28. Baucar bayaran Kerajaan pada 2011 menunjukkan wang kerajaan sebanyak RM6,091,200 telah disalurkan kepada yayasan di bawah Presiden FAM untuk ‘Lawatan Pasukan Bola Sepak British Premier League Club’.

29. Sebagai badan yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan, FAM tidak pernah membentang penyata kewangannya kepada rakyat Malaysia.

30. Di bawah pentadbiran Presiden kini, Malaysia mengalami kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH BOLASEPAK NEGARA, iaitu 10-0 kepada UAE.

31. Rekod menunjukkan jurulatih ketika kekalahan TERBURUK DALAM SEJARAH NEGARA, menerima antara gaji terbesar dalam sejarah iaitu RM712,700 setahun.

#31TAHUNFAMMASIHTIDUR

7 comments:

Anonymous said...

semua kerana duit...

Dari presiden sampai pembawa air kena letak jawatan....

Sponsor berjuta2...pingat juara liga super mcm pertandingan Bdk pra sekolah!!!fam bangsat

Raja adil disembah,raja zalim dikasinokan....

Anonymous said...

Biar pun presiden FAM letak jawatan, bolasepak negara tetap tidak berubah. Pembangunan sukan bolasepak dinegara ini sangat lemah apabila sekian lama 'kilang' bolasepak yang diusahakan tidak mengeluarkan produk pemain bertaraf bintang profesional berkelas dunia. Sebagai contoh,agak lucu kalau ada berita sukan dimedia/suratkhabar yang melaporkan peluang negara agak sukar apabila Malaysia diundi bersama Jepun, Korea dan Iran diperingkat kumpulan kelayakan Piala Dunia. Kenapa? Komentar sebegini selalu dilontarkan oleh kekadang dari pengurus FAM, jurulatih , wartawan atau malah daripada sesiapa yang tahu perkembangan sukan bolasepak dunia. Kita sebenarnya faham standard dan keupayaan pemain sediada. Tapi telah sekian lama 'selesa' dengan pengurusan sepertimana orang gomen bekerja makan gaji. Bila sudah ada suara kebangkitan dan bantahan keras dari peminat bola yang terlalu letih melihat FAM asyik betrsandiwara maka eloklah mereka yang berkenaan angkat kaki dan lepaskan bola negara kepada sesiapa yang boleh mengurus , boleh melatih, boleh bermain sebagaimana kepada sesiapa yang ada berkebolahan dan dikategorikan layak. Apa pun untuk maju kita terpaksa bermula dengan langkah pertama sebelum kita mampu untuk melangkah kejayaan yang berada jauh dihadapan.

Anonymous said...

Ada 31 sebab tetapi kejayaan menjuarai Piala Suzuki 2010 tidak langsung dihargai. Itu adalah antara kemuncak prestasi pasukan kebangsaan kita selepas kejayaan ke Olimpik 1980. Selepas itu prestasi agak merudum tetapi di peringkat ASEAN masih kekal pencapaian sehingga sekurang-kurangnya separuh akhir dan yang terakhir naib juara. Jaguh Asia Tenggara seperti Thailand sendiri tidak pernah berjaya ke peringkat lebih tinggi seperti Asia mahupun Olimpik.

Satu perkara yang ketara selepas berlaku revolusi gaji besar-besaran oleh sesebuah pasukan adakah ini antara penyebab kemerosotan pasukan kebangsaan. Ini hanya andaian tetapi kalau betul mungkin ada arahan untuk menjaga kaki apabila bermain untuk pasukan kebangsaaan supaya tidak berlaku kecederaan serius. Pemberian gaji yang tinggi adalah baik untuk rezeki pemain dan pasukan tetapi mungkin juga ada kesan kepada prestasi pasukan Malaysia sendiri.

Kita tunggu dan lihat sahaja jika ada kepimpinan baru yang akan mengambil alih FAM. Setakat mana pencapaian mereka nanti pada zaman bolasepak moden ini yang berbeza dengan bolasepak zaman 60an, 70an dan juga 80an. Wang dan kuasa adalah saling berkait dan memerlukan untuk pembangunan bolasepak pada masa ini.

Anonymous said...

Kenapa nk pening kpala nk gaduh2 nk baling suar nk jerit2 kita kene terima qada dan qadar ketetapan bahawa pemain kita X BAGUS......X bagus dan sudah mewah dgn gaji bermain di negeri masing2....

Kita nk msia main sampai mana?olimpik?piala dunia? Hakikatnya mmg x bagus....

Skrg mari kita jd penyokong fanatik pd sukan renang,badminton dan bnyk lg....sukan2 ni terbukti bleh sampai ke peringkat dunia...

JNGN JADI ANGAN2 MAT JENIN haha

Anonymous said...

apa nak heran, umno dah 58 tahun pegang, Malaysia dah na lingkup. Apa bezanya presiden FAM dgn najib yg tak reti nak resign? lingkupla bolasepak Malaysia.....kata presiden FAM, ada bnyk lagi "kerja" yg perlu dibereskan sblm meninggalkan FAM. wa ckp sama lu, rakyat dikencingkan terang2

Anonymous said...

Saya tau agen perlawanan Malaysia VS Barcelona. Company dier sekali. Semuanya kroni!!

IBU TIJA said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA