Azalina Puji Muhyiddin Dan Shafie Tetapi Kecewa Dengan Tun Mahathir...
Mengulas isu Tun Mahathir Mohamad yang akan disoal siasat oleh polis berikutan kehadirannya di perhimpunan Bersih 4.0 hujung minggu lalu, Dato’ Seri Azalina Othman Said merasakan rata-rata pemimpin UMNO kecewa, tetapi dirinya berasa amat dukacita.
“Putera dan Puteri UMNO yang baru menceburi bidang politik pastinya akan melihat perbuatan Tun ini sebagai budaya pemimpin kita,”
“Dah tak jadi pemimpin, langgar undang-undang ibarat marah nyamuk kelambu dibakar.
Saya puji Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang tak turun ke Bersih,” katanya setelah merasmikan Ekspo Filem Malaysia 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pagi tadi.
Sumber: MA
Comments
Bagi TSMY dan Shafiee, teruslah istiqomqh dengan UMNO, kerana rezeki di tangan Tuhan. Manalah tahu dilain masa anda pulak dilantik presiden UMNO dan jadi PM, mungkin Najib pulak yg sokong anda. Berbaik2 sahajalah.