Ini Habuan Untuk Chauvinist, Tahniah Ismail Sabri....


Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menghentikan penajaan bagi pelajar baharu yang melanjutkan pengajian ke Universiti Taylor's atas pelbagai sebab, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, beliau berkata pelajar tajaan Mara yang sedang menuntut di universiti berkenaan dibenarkan meneruskan pengajian mereka.

"Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah Mara (Datuk Ibrahim Ahmad) untuk melihat perkara ini... kami akan menghentikan penajaan kepada (pelajar) pengambilan baharu atas pelbagai sebab.

"Bagaimanapun, kami tidak akan menghentikan penajaan pelajar sedia ada (di Universiti Taylor's) kerana dikhuatiri akan menimbulkan masalah pada masa hadapan," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Jualan Teknologi Maklumat (IT) @ Busana di Menara Mara di sini, hari ini.

Sebelum itu, pihak Universiti Taylor's Malaysia menamatkan kontrak pengusaha bas Wawasan Sutera Travel and Tours kerana dilapor menggunakan bas yang memaparkan logo universiti berkenaan untuk membawa penyokong ke Himpunan Rakyat  Bersatu pada 16 September 2015.

Walhal perkara yang sama juga berlaku sewaktu perhimpunan bersih, gst dan lain-lain perhimpunan, tetapi pihak taylor's hanya memejamkan mata, buka setakat bas yang terlibat, tetapi pelajar mereka juga turut terlibat, tetapi pihak taylor's buat tak endah sahaja...





INFO HARI SUKAN NEGARA (klik sini)

Comments

Anonymous said…
Apa yg Taylor's buat kat Wawasan Sutera adalah betul - sebab WS telah mempamerkan logo Taylor masa HMM. Perbuatan WS akan menjejaskan nama baik Taylor's dan salah di sisi perjanjian.

Umno mcm biasa, bodoh sombong. Dan skrg ni, nak buli.
Umno kata nak hentikan penuntut tajaan Mara. Siapa penuntut tajaan Mara kalau tak warga Melayu? Jadik siapa yg rugi dan mengkhianati bangsa kalau tak umno?

Islamic Racist, kata annuar musa........adakah benda mcm tu?
Anonymous said…
salah kah pulak kalau nak hantar student melayu ke tempat lain. belambak lagi uni kat malaysia ni..

ada bukti ke annuar musa kata camtu?

Anonymous said…
salah kah pulak kalau nak hantar student melayu ke tempat lain. belambak lagi uni kat malaysia ni..

ada bukti ke annuar musa kata camtu?
Anonymous said…
Taylor's bukannya mulakan perniagaan harapkan student sponsor Mara. silap percaturan IS ni... langsung tak masuk akal.....yg nampak, yg terkena student bumi yg sepatutnya dpt peluang belajar yg institusi yg bagus, pasai keegoan menteri pasola...

siapa tadi mintak bukti ttg annuar? yg last tu siap video lagi, kuar dari mulut busuk tu....umno perdagangkan Islam...

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/annuar-musa-i-am-racist-islamically

https://sg.news.yahoo.com/annuar-musa-am-racist-islamically-124900734.html

https://vimeo.com/139497295
Anonymous said…
"perkauman adalah sesuatu yg dituntut dlm Islam" kata annuar........betul ka ni? aku tak pandai sgt, kalau betul, boleh la aku mempratikkan perkauman yg mmg diiktirafkan Islam.....
Anonymous said…
N.ajih kata kaum tolak tepi ambk islam...
mana satu betoi ni...tapi nabi pun sayang kaumnya....

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID