Breaking News
Loading...
September 10, 2015

Info Post

Australia memecah rekod dunia apabila menang 31-0 menentang American Samoa yang dicipta dua hari sebelum perlawanan ini – dengan membelasah Tonga 22-0. Dalam perlawanan ini penyerang Australia, Archie Thompson memecah rekod dunia dengan menjaring 13 gol.


Persatuan Bolasepak American Samoa (FFAS) menyenaraikan 20 pemain untuk bertanding dalam pusingan kelayakan. Tetapi hanya seorang pemain yang dibenarkan FIFA untuk mewakili American Samoa – penjaga gol, Nicky Salapu. 19 pemain lain merupakan rakyat Samoa (Samoa dan American Samoa adalah dua negara yang berlainan).

Pengurus pasukan American Samoa cuba menyenaraikan pemain dari skuad bawah-20 mereka, tetapi mereka tidak boleh menyertai kerana menghadiri peperiksaan di sekolah.

6 hari sebelum mereka terbang ke Australia untuk perlawanan kelayakan, pengurus American Samoa mengadakan audition terbuka untuk mengisi kekosongan pemain dalam pasukan. Antara yang terpilih adalah tiga remaja 15 tahun dan 16 pemuda menganggur. Kesemua mereka tidak pernah bermain bola sepak penuh 90 minit.

Apa terjadi kepada pasukan American Samoa selepas kekalahan 31-0 tersebut?

Kesemua pemain kecuali Nicky Salapu bersara dari bola sepak – termasuklah ketua jurulatih mereka. Sekali lagi, FFAS perlu mencari 22 pemain baru untuk menghadapi Sukan Pasifik Selatan. American Samoa berada di kumpulan sama dengan New Caledonia, Solomon Islands, Vanuatu, Tuvalu dan Guam.

Nicky Salapu terus mewakili negaranya walaupun tampil sebagai penjaga gol ‘paling teruk di dunia’ selepas melepaskan 31 gol pada 2001.


Antara yang terpilih adalah guru sekolah, nelayan, remaja-remaja menganggur dan paling menarik – seorang pondan.

Dalam Sukan Pasifik Selatan, American Samoa kalah semua perlawanan dan gagal menjaringkan sebarang gol.

Apa yang dilakukan oleh FFAS untuk memulihkan imej bolasepak American Samoa?

FFAS meminta bantuan daripada US (kerana American Samoa adalah salah satu wilayah US) untuk mencari ketua jurulatih yang berpengalaman.

Dalam iklan yang diterbitkan di laman web US Soccer Federation, hanya seorang calon yang memohon – Thomas Rongen, jurulatih kelahiran Belanda yang berpengalaman melatih di beberapa kelab MLS.


Apa perubahan yang dilakukan oleh Thomas Rongen?

Rongen memulakan usahanya dengan menjejaki beberapa rakyat American Samoa yang sudah bermastautin di US. Antara individu yang berminat untuk mewakili American Samoa adalah Rawlston Masaniai – lahir di US tetapi layak mewakili American Samoa melalui keturunan ibunya. Beliau pernah bermain bersama pasukan simpanan kelab divisyen ke-3 Jerman, VfL Osnabrück.


Seorang lagi individu yang berminat adalah Ramin Ott – seorang tentera US kelahiran American Samoa.


Satu lagi perubahan yang dilakukan oleh Rongen adalah menjadikan Jaiyah Saelua sebagai pertahanan tengah utamanya. Jaiyah Saelua merupakan pondan pertama di dunia yang bermain dalam perlawanan kelayakan World Cup. Dianggap pemain simpanan oleh jurulatih lepas, Jaiyah Saelua muncul pertahanan tengah paling kental di bawah tunjuk ajar Rongen. Aset utama permainannya adalah one-on-one defending.


Berjayakah perubahan yang dilakukan oleh Thomas Rongen?

Dalam perlawanan pra-kelayakan Zon Oceania, American Samoa mencatat kemenangan pertama dalam sejarah bola sepaknya – menewaskan Tonga 2-1. Sebelum ini mereka kalah 7 kali dalam 7 pertemuan menentang Tonga.

Pada perlawanan kedua, American Samoa seri 1-1 dengan Cook Islands. Sebelum ini mereka kalah 2 kali dalam 2 pertemuan menentang Cook Islands.

Pada perlawanan terakhir pra-kelayakan, American Samoa tewas 0-1 menentang Samoa. 2 tahun sebelumnya, mereka pernah tewas 7-0 kepada Samoa. Kalah 1-0 kepada jaringan minit 90′ menandakan kualiti permainan American Samoa sudah meningkat. Mereka cuma tewas kerana aspek stamina.

Dibawah Rongen, American Samoa mencapai ranking FIFA tertinggi dalam sejarah mereka – 173 pada September 2012.

Apa yang kita boleh belajar dari pasukan American Samoa?

Bagi negara yang hanya mempunyai pemain amatur dan kualiti padang setaraf padang sekolah di Malaysia, American Samoa memberitahu Malaysia apa sebenarnya yang kita hilang.

Semangat berjuang untuk negara tanpa sebarang wang.

Sikap professionalism yang membolehkan mereka turun berlatih walaupun penat bekerja di setiap pagi.

Sikap tidak mudah mengalah walaupun anda pernah tembus 31 gol, walaupun anda pondan dan walaupun anda tiada skil bermain bola. SUMBER: SemuanyaBola

2 comments:

Anonymous said...

Hanya pemain yang bersara atau digugurkan. Pengurusan tidak. Kita di sini terlebih handal minta pengurusan dan kalau boleh pemain terlibat juga digugurkan. Sekarang ni pun tak ke mana juga perkembangan bolasepak American Samoa.

Sukan nombor satu di sana adalah rugbi. Turun naik bolasepak tak berapa dipedulikan sangat. Kalau pasukan rugbi mereka kalah mungkin barulah akan ada penyokong yang menggila nak buat rusuhan atau bakar stadium. Tapi hakikatnya mental dan psikologi penduduk di sana masih waras dan rasional daripada hendak melakukan perbutan yang hanya memalukan negara sahaja.

Kena ingat satu perkara "Matlamat tidak menghalalkan cara" walaupun nampak macam berkesan tetapi meninggalkan parut yang kekal selama-lamanya.

IBU TIJA said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA