Laporan Persempadanan Semula Sarawak Kini Di Tangan PM - SPR


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah menyerahkan laporan mengenai persempadanan semula Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kepada Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Pengerusinya, TS Abdul Aziz Yusof berkata, perkara itu terpulang kepada perdana menteri untuk membuat keputusan termasuk membentangkan syor suruhanjaya itu di Dewan Rakyat. 

Katanya, apa yang dilakukan oleh SPR itu adalah perkara yang berlandaskan perlembagaan.

TS Abdul Aziz juga menjelaskan jumlah bantahan itu merupakan angka terbesar melibatkan persempadanan semula setakat ini. 

Tambahnya, sebarang bantahan berhubung isu persempadanan semula perlu mengikut syarat-syarat ditetapkan SPR iaitu mesti lebih daripada 100 orang daripada kalangan pengundi. Ujarnya, proses persempadanan semula akan diteruskan di Semenanjung Malaysia selepas selesai dilakukan di Sarawak.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID