Rosmah Tiada Sewaktu Mesyuarat Menukar Timb Pengarah Cawangan Khas PDRM - Rizal Mansor


Berikut kenyataan Dato Hamid Bador yang tersebar ...

Kenyataan Datuk Hamid Bador

My statement would be...." 

Saya ingin jawapan dari ds zahid hamidi sendiri atas alasan apakah saya ditendang keluar dari PDRM.

Oleh kerana beliau yg memaklumkan secara lisan kepada saya tentang "pertukaran" tersebut maka sudah tentu beliau tahu sebab musababnya. Saya merasakan diri saya dihina seolah-olah spt najis mughallazah dan tak layak utk memakai lencana keramat PDRM itu lagi.

Adakah "pertukaran" ini dibuat kerana saya berada bersama tan sri gani patail di rumah beliau pada malam sebelum beliau dipecat??? Atau adakah semata-mata atas sebab saya sering mengkritik tentang halatuju dan tempo lembab proses siasatan ke atas kes 1MDB???

Saya dimaklumkan bahawa di dalam salah satu "mesyuarat tergempar" yg dipengerusikan oleh PM, isteri beliau, ds Rosmah, turut hadir, selain dari ds zahid hamidi dan beberapa pegawai tinggi kerajaan yang lain. Adakah sewaktu mesyuarat ini hukuman ke atas saya diputuskan? Jika benar, amatlah hina diri ini saya rasakan.

Ramai yg menuduh saya sbg "sore loser" sambil mendakwa pertukaran itu sebagai sesuatu yg "normal" di mana sebelum ini ramai pegawai kanan polis telah dipinjamkan ke jabatan/kementerian lain utk menjalankan fungsi2 khusus. Betul. Tetapi dalam kes saya ini ia amat luarbiasa sekali kerana arahan tersebut datang dari seorang timb pm/mdn.

Saya mengaku bahawa memang saya berada di rumah ts gani patail hampir sejam setengah dua malam sebelum beliau "dipecat" di mana banyak perkara telah dibincangkan. Saya mengaku bahawa di masa lalu ts gani patail sering meminta pandangan2 c.khas dalam banyak isu/kes tertentu, khususnya yang mempunyai implikasi terhadap keselamatan negara. Jika fakta inilah yang dijadikan alasan oleh ds zahid hamidi untuk menghukum saya maka kejamlah beliau.

Tidak kah beliau sedar bhw saya ini seorang "career officer" dalam pdrm dan bukannya macai politik? Bukankah sebagai mdn beliau sepatutnya membela saya?

Beliau harus ingat bahawa dirinya sendiripun bergelumang dgn pelbagai kontroversi. Ingat kah kes Paul Phua, tauke judi tersohor tu? Sudah terang lagi bersuluh. Jangan ingat kes ini sudah selesai kerana imbuhan kewangan dari "surat sokongan luarbiasa mdn" itu di mahkamah Amerika dipercayai mempunyai "trail" atau jejak yg sukar dipadamkan.

Seperkara lagi yg luarbiasa tentang pertukaran saya ini ialah tiadanya jawatan yang menunggu sewaktu saya melapor diri utk mula bertugas. Difahamkan pihak JPA sendiri tidak bersedia. Tidak kah ini sesuatu yg luarbiasa? Seolah-olah gaji saya ini dibayar dengan duit jepun sewaktu perang dunia kedua dulu.

Tindakan saya "melawan arus" ini saya ambil dengan penuh keinsafan dan kesedaran bahawa masadepan saya dalam pdrm akan terjejas dan nyawa saya juga mungkin terancam. Saya pasrah dengan harapan agar nasib yg menimpa diri saya ini tidak berlaku ke atas penjawat awam yg lain.

Perbuatan keji pemimpin politik membuli pegawai kerajaan mesti dihentikan. Saya berdiri atas prinsip bhw kebenaran itu diredhai allah swt.

Salam.

Abdul hamid bador, 5sept15.

Jawapan dari pegawai khas kepada rosmah mansor....

Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor menyangkal keras tuduhan, Datin Seri Rosmah Mansor hadir sama dalam mesyuarat yang diadakan untuk menukar Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia, Datuk Abdul Hamid Bador.

Katanya, apa yang didakwa itu adalah pembohongan.

“Bohong, semuanya bohong,” tegasnya ketika dihubungi FMT.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Abdul Hamid mendakwa Rosmah antara salah seorang yang hadir dalam “mesyuarat tergempar” yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Abdul Hamid mendakwa ia berlangsung untuk membincangkan pemecatan beberapa pegawai kerajaan termasuk bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.

Pendedahan berkenaan dibuat beliau dalam menuntut penjelasan daripada Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi berhubung alasan pertukarannya daripada PDRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID