Bila Terlalu Lama Jadi MP, Kit Siang Macam Bangkai Bernyawa Dalam Parlimen...

Lebih 50 tahun dalam politik dengan 46 tahun sebagai ahli parlimen, Lim Kit Siang sepatutnya cukup matang berpolitik.

Walaupun jalan politiknya turun naik, diakui Kit Siang berjaya memberi nyawa kepada DAP untuk terus bertahan hingga sekarang.

Pada 20 Februari depan, pemimpin veteran DAP itu dijangka menyambut ulangtahun kelahirannya ke-75.

Namun, bagi kebanyakan manusia, pada usia demikian, sudah ada yang nyanyuk dan kadangkala bercakap serta melakukan perbuatan yang tidak relevan lagi.

Bagaimana dengan Kit Siang?

Melihat tindak tanduk Ahli Parlimen Gelang Patah di Dewan Rakyat pada Khamis lalu, timbul persoalan adakah Kit Siang sudah nyanyuk atau tidak relevan lagi sebagai ahli parlimen.

Apa berlaku di Dewan Rakyat Khamis lalu cukup mudah.

Ia hanya antara Kit Siang dengan Speaker Pandikar Amin Mulia.

Speaker hanya meminta Ahli Parlimen Gelang Patah meminta maaf dan menarik balik tuduhannya terhadap Pandikar Amin yang disifatkan sebagai diktator serta salah guna kuasa.

Sepatutnya, Kit Siang memohon maaf dan menarik balik tuduhan beliau terhadap Speaker.

Jika beliau berlapang dada dan bersikap gentleman, tentu beliau akan berbuat demikian.

Mustahil lebih 40 tahun sebagai ahli parlimen, Kit Siang tidak mengetahui bidang kuasa dan budi bicara speaker yang duduk di kerusi di Dewan yang mulia itu.

Realitinya, kelapa semakin tua semakin banyak santan.

Malangnya, santan Kit Siang ibarat santan yang mudah basi.

Jelaslah, menjelang 75 tahun usianya dan 50 tahun usia DAP, Kit Siang sudah tidak relevan dan masanya sudah tiba beliau mengikut jejak rakan-rakan seangkatannya yang sudah meninggalkan kerusi Parlimen. Sumber: Portal BNBBC

Comments

Anonymous said…
Ini la dia apek rasis paling cilaka di Tanah Melayu.
Anonymous said…
Tapi kit siang tak rasuah beb! Yg rasuah pundekau mat monggol!!! speaka dewan pun pundekau juaga kah kah kah! Hoi DET dah cuci senapang kelom!........ Kah kah kah!

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID