Dua MP DAP Di Halau Keluar Dewan...

Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng dan Puchong Gobind Singh Deo diarah keluar dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana menganggu perjalanan mesyuarat dan engkar arahan speaker pada hari pertama sidang Parlimen, hari ini.

Lip Eng sengaja bangun selepas selesai Dewan Rakyat menerima usul pelantikan Jawatankuasa Pemilihan menggunakan peraturan mesyuarat 18 (1) yang mahu Dewan menerima usul yang dibawa Ahli Parlimen DAP Seputeh Teressa Kok berkaitan kehilangan murid Orang Asli di Pos Tohoi, baru-baru ini.

Lip Eng dan Gobind mengadakan sidang media selepas diusir keluar Dewan oleh Speaker
Bagaimanapun, usul berkenaan sudah ditolak dalam kamar oleh Speaker.

Pandikar Amin menegur Lip Eng kerana membangkitkan usul di bawah peraturan itu yang sepatutnya dibawa selepas aturan mesyuarat atau selesai sesi pertanyaan lisan.

Ahli Parlimen DAP itu tetap berkeras dan enggan duduk serta menerima penjelasan speaker sehingga berlaku pertikaman lidah antara beliau dengan Pandikar Amin.

Setelah berkali-kali enggan mematuhi arahan supaya duduk, speaker mengarahkan Bentara mengiringi Lip Eng keluar Dewan.

Tindakan ini  menimbulkan rasa tidak puashati Gobind apabila bangun dan mempersoalkan perkara sama serta tindakan Pandikar Amin merehatkan Ahli Parlimen Segambut.
Kali ini, beliau pula bertikam lidah dengan speaker sehingga Pandikar Amin mengarahkannya keluar.

Sumber: PORTAL BNBBC

Comments

Anonymous said…
Barbarian MP

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID