Kenapa SPR Sudah Tidak Memberi Kuasa Kepada Parti Politik Daftar Pengundi Baru???


Ada beberapa sebab kenapa spr tidak lagi memberi kuasa atau melantik parti-parti politik menjadi penolong pendaftar pemilih...

Antara sebab-sebabnya ialah...

. SPR telah menjalankan pelbagai usaha dan pendekatan termasuk pendekatan pendaftaran pemilih secara bergerak dengan menggunakan kenderaan karavan...

. SPR sentiasa menganjurkan aktiviti kesedaran yang berkesan termasuk menggunakan pelbagai saluran media...

. SPR membuka kaunter pendaftaran di tempat tumpuan ramai seperti pusat beli-belah, pusat rekreasi, kawasan penempatan penduduk, pusat latihan dan institut pengajian tinggi...

. SPR juga sentiasa terbuka untuk menerima jemputan bagi menyediakan kaunter pendaftaran pemilih dan kaunter pameran...

. SPR juga menyediakan kaunter-kaunter di pejabat pilihan raya negeri, pejabat daerah dan tanah, pejabat Pihak Berkuasa Tempatan, pejabat pos terpilih dan juga di ibu pejabat spr di putrajaya...

. SPR juga menyediakan banyak kaunter-kaunter bergerak di seluruh negara...

SPR menjalankan program turun padang 'outreach' yang lebih agresif dan memudahkan orang awam untuk mendaftar sebagai pemilih...

Mungkin spr bimbang, sekiranya penolong pendaftar pemilih dari parti-parti politk menghilangkan borang pendaftaran atau melakukan kesilapan semasa mengisi borang memungkinkan permohonan seseorang itu di tolak oleh spr, maka spr di persalahkan sedangkan yang mengisi borang bukan spr tetapi wakil-wakil pendaftar dari parti-parti politik...

Dengan jawapan ini di harap teresa kok akan berpuas hati...

Comments

Anonymous said…
Pengundi2 yg telah berdaftar hendaklah disemak silang (cross reference) dengan Jabatan pendaftaran Negara bagi memastikan mereka dilahirkan di negara ini atau warga negara. Ini juga bagi mengelakkan penggunaan kad pengenalan palsu. Difahamkan sebelum ini telah dikesan pemegang k/p berbangsa Cina yg x tahu langsung berbahasa Melayu dan adanya individu yg mempunyai 2 k/p iaitu Singapura dan Malaysia.
Anonymous said…
korang percaya la Suruhanjaya Penipu Rakyat ni....sebenarnya, spr dah tau PH lebih giat mendaftar pengundi baru drp umno. dgn cara ni, spr dpt kekang pendaftaran baru dari PH dan manipulasi sistem dan nama pengundi ikut kehendak umno

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID