Lee Kuan Yew Pernah Kata, Pembangkang Malaysia Akan Mengalami Kegagalan...


Pertama, Ahli Parlimen PKR Hee Loy Sian telah menyerahkan usul tidak percaya kepada Speaker terlalu awal, usul tersebut diterima tetapi diletakkan pada urutan belakang dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Namun, Lim Guan Eng kemudiannya membantah berkenaan hal tersebut dan menegur Hee Loy Sian dan PKR serta menuduh PKR seakan-akan “main guli” kerana menurut Guan Eng, usul penting seperti itu sepatutnya diserahkan oleh Ketua Pembangkang, Wan Azizah.
Maka, bermulalah perang mulut antara Naib Presiden PKR Tian Chua, Guqn Eng dan DAP.

Selepas beberapa perselisihan faham, akhirnya YB Hee menarik balik usul undi tidak percaya beliau dan Presiden PKR, Wan Azizah mengumumkan yang dia sendiri akan menyerahkan usul tersebut di Parlimen.  Walau bagaimanapun, di bawah undang-undang Parlimen, sebarang usul perlu diserahkan 14 hari sebelum pembentangan usul berlangsung dan atas sebab itu, usul undi tidak percaya PKR besar kemungkinan akan ditolak!

Namun, untuk memberi peluang adil kepada pihak pembangkang, Speaker Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meminta Wan Azizah untuk menyerahkan senarai Ahli Parlimen yang menyokong usul berkenaan supaya Speaker boleh menggunakan budi bicara beliau dan menerima usul berkenaan jika ianya sangat penting dan mempunyai sokongan yang kukuh.

Tetapi, Pakatan Harapan tetap juga tidak mampu menyediakan senarai tersebut untuk diserahkan kepada Speaker.
Lebih teruk lagi, Timbalan Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah mengeluarkan kenyataan bahawa Pas tidak pernah dirujuk dan dimaklumkan mengenai usul undi tidak percaya berkenaan dan menambah bahawa undian tersebut tidak mungkin berjaya berikutan tiada persetujuaan bersama diantara komponen parti pembangkang.

Mengarut! Anda mengharapkan undi daripada Pas dalam usul berkenaan namun mereka langsung tidak dirujuk atau dimaklum?  Selain itu, Lim Kit Siang terbabit dalam perselisihan faham dengan Speaker dan membuat pelbagai tuduhan terhadap Tan Sri Pandikar. 

Tindakan menghina dan memfitnah Speaker Parlimen jelas melanggar peraturan namun Pandikar sekali lagi memberi peluang kepada Lim Kit Siang untuk memohon maaf atau akan menghadapi penggantungan.  Namun, Lim tidak hadir ke Parlimen pada waktu yang ditetapkan untuk permohonan maaf dan seterusnya dikenakan penggantungan selama 6 bulan – mengurangkan satu lagi undi untuk usul undi tidak percaya mereka.    Ini jelas membuktikan peluang untuk usul undi tidak percaya tersebut pasti menemui kegagalan.

Lebih parah lagi, ahli Pakatan telah bersiap sedia dengan rancangan perhimpunan BERSIH mereka untuk menyokong usul undi tidak percaya tersebut.  Malah, mereka telah mencetak 20,000 poskad untuk acara berkenaan, hanya untuk melihat ianya telah digagalkan oleh ‘orang’ mereka sendiri.

Tidak hairan apabila BERSIH turut menghentam Pakatan Harapan dan menyatakan Pakatan tersebut sebagai tidak cekap dan seolah-olah “main guli”.

Ia sesuatu yang kelakar. Tidak hairanlah pada tahun 2013, Mendiang Lee Kuan Yew mengkritik ahli-ahli Pakatan dan mengatakan mereka hanya akan mengalami kegagalan.

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID