PAS & Amanah Berebut Siapa Yang Paling Layak Jadi Parti Islam...


PAS dan kumpulan serpihan yang menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) terus bergeser, kali ini bertentangan pendapat mengenai parti mana lebih layak jadi parti Islam di negara ini.

Ini gara-gara Pesiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia itu menolak kewujudan 2 parti berorientasikan Islam di Malaysia.

Katanya, penubuhan Amanah adalah haram kerana ia ditubuhkan selepas adanya parti Islam lain iaitu PAS.

Ahli Parlimen Marang itu memetik pandangan ulama besar Prof Dr Yusuf Al-Qaradawi.

“Yusuf menyatakan haram menubuhkan parti baharu kerana PAS sudah ada. Pendapatnya ini turut ditulis setiausahanya,” kata Hadi ketika memberikan ucapan di Tumpat, Kelantan pada Ahad malam.

Hadi yang juga naib pengerusi kesatuan itu berkata, reaksi itu dibuat tokoh ulama terkenal tersebut ketika menerima kunjungan rombongan dari Malaysia baru-baru ini.

Bagaimanapun kenyataan Hadi yang sedang disebarkan penyokongnya melalui media sosial itu dinafikan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dalam satu kenyataannya semalam.

Malaysian Insider memetik Salahuddin sebagai berkata, Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof baru saja berjumpa Yusuf di Doha pada 17 Oktober, ketika dalam perjalanan pulang dari Istanbul, dan tidak berbangkit langsung perkara itu.

“Dalam pertemuan itu tidak disebut langsung tentang haramnya wujud sebuah parti Islam lain selain PAS.

“Bahkan kami berbincang perkara prinsip tentang kejelasan fikrah Islam, kerana bimbang terjerumus kepada pemikiran awal Isis (Negara Islam Iraq dan Syria) atau seumpamanya.

“Lalu Yusuf menyokong usaha untuk membetulkan salah faham ini di kalangan pengamal politik Islam,” kata Salahuddin yang baru pulang daripada misi itu, yang bertujuan memperkenalkan Amanah di peringkat antarabangsa, khususnya kepada gerakan Islam.

Misi itu berlangsung dari 13 hingga 18 Oktober dengan delegasi Amanah turut disertai Timbalan Penasihat Umum Abd Ghani Shamsuddin, yang juga ahli pemegang amanah kesatuan ulama dunia itu, dan Bendahari Amanah Asmuni Awi.

Dalam misi itu, mereka turut bertemu dengan setiausaha agung kesatuan ulama itu, Prof Dr Ali Alqaradaghi di Doha pada 13 Oktober. Sumber: Portal BNBBC

Comments

Asaif Barkiya said…
Amanah nak mewakili Islam.Dengan barisan pemimpin yang kalah dan di reject kan,di tambah pula dengan gelaran jebon ,anda tentu boleh buat keputusan berdasarkan kepada kenyataan dan fakta dan bukanya auta.
Asaif Barkiya said…
Amanah nak mewakili Islam.Dengan barisan pemimpin yang kalah dan di reject kan,di tambah pula dengan gelaran jebon ,anda tentu boleh buat keputusan berdasarkan kepada kenyataan dan fakta dan bukanya auta.

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID