Pemuda UMNO Berharap Ada Berita Gembira Buat Golongan Muda...

Pemuda UMNO berharap pembentangan Belanjawan 2016 Jumaat ini akan membawa perkhabaran baik kepada golongan muda.

Ini kerana, Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, isu kos sara hidup masih mendahului kebimbangan anak KJ 13 Meimuda di mana sahaja termasuk soal peluang PEKERJAAN, pemilikan rumah, latihan kemahiran dan pembagunan usahawan.

Selain itu, isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) katanya turut memberi tekanan kepada golongan muda.

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan mengekalkan pengecualian GST ke atas beberapa barang-barang perlu dalam kalangan anak-anak muda.

Menurutnya, aspek komunikasi sememangnya menjadi satu keperluan dalam dunia moden dan kerana itu Pemuda UMNO meminta kerajaan memansuhkan PEMBAYARAN GST untuk tambah nilai.

Sementelah isu terbabit masih belum selesai, Pemuda UMNO katanya, berharap supaya isu tambah nilai diselesaikan tanpa perlu dibayar GST. Sumber: Portal BNBBC

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID