Rumah Urut Di Selangor - 11 Orang Di Reman 5 Hari...


Seorang pegawai pelesenan pihak berkuasa tempatan (PBT) antara 11 individu, direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan projek rumah urut di sekitar Selangor.

Baki yang lain adalah sembilan pembantu penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan seorang awam.

Difahamkan, anggota PBT itu ditahan di pejabat mereka pada jam 9 pagi semalam manakala orang awam berkenaan di Selayang.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman menetapkan tempoh tahanan reman berkenaan ke atas semua individu terbabit. Mereka ditahan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sumber: PORTAL BNBBC

Comments

Popular posts from this blog

Cubaan Bunuh Diri Isteri Raja Petra

1900 Paderi Melayu Sampai Dari Singapura.

MELAYU PARANOID