Breaking News
Loading...
October 8, 2015

Info Post

Tanah Bukit Keramat (kawasan majoriti Melayu Datuk Keramat) milik DBKL dalam proses jualan kepada pemaju swasta bagi membina kondominium mewah -Menteri Wilayah Tengku Adnan Tengku Mansor perlu bertanggungjawab

1. Sebidang tanah di Bukit Keramat berhadapan Lanai Gurney dan berdekatan Masjid Khalid Al-Walid milik DBKL dibawah Kementerian Wilayah Persekutuan, kini diketahui dalam proses menjual tanah kerajaan ini kepada syarikat swasta untuk dibangunkan kondominium mewah.

2.Seharusnya tanah milik DBKL ini perlulah dibangunkan menjadi rumah perumahan awam kepada rakyat seperti Flat Sri Johor, Flat Sri Sabah di Cheras. Kementerian Wilayah Persekutuan juga sepatutnya menjadi peneraju bertindak dalam membela nasib rakyat di Kuala Lumpur yang mahukan perumahan awam kos rendah.



3.Kita tidak boleh biarkan syarikat swasta berterusan membuat keuntungan besar, dengan membina kondominium mewah tanpa rasa bersalah dan peduli impaknya terhadap sistem sosioekonomi rakyat dan geopolitik negara. Orang Melayu di Kuala Lumpur yang tidak mampu akan ditolak keluar dan terpaksa tinggal jauh dari kawasan bandar mahupun pinggir bandar.

4.Bagaimana orang Melayu di Kuala Lumpur mahu memiliki rumah sendiri, sekiranya DBKL tidak mahu bangunkan rumah untuk Bumiputera dan hanya mahu membuat keuntungan dengan menjual tanah kepada bangsa asing?

5.Kita tidak menolak pembangunan tetapi biarlah pembangunan dan kemajuan perumahan dilakukan dengan dapat memberi manfaat kepada rakyat khususnya Melayu Bumiputera. Tidak berguna sekiranya pembangunan dan perumahan yang dibangunkan hanya memberi manfaat kepada golongan elit. Klik Like jika anda setuju dengan admin. Sumber: FB BBCD

10 comments:

Anonymous said...

Money is king.

Otak geliga said...

Setuju dgn admin....perumahan rakyat mampu milik yang patutnya dikembangkan di KL dan bandar2 besar lainnya.

Anonymous said...

Setuju,sepatutnya dirikan rumah kos rendah utk disewa oleh golongan berpendapatan rendah dan menengah rendah baru menepati slogan rakyat didahulukan ,..pengundi BN

Anonymous said...

Setuju,sepatutnya dirikan rumah kos rendah utk disewa oleh golongan berpendapatan rendah dan menengah rendah baru menepati slogan rakyat didahulukan ,..pengundi BN

Anonymous said...

Bekas tapak tanah karyaneka sebelah menara ltat milik dbkl apa dah jadi mirip kes spt diatas maklum ssgt pemaju kaya tak kan nak buat kos rendah ....bongkar jgn x bongkar....

Anonymous said...

takan benda kecik mcm ni dah tanak undi umno lagi kut?? isu mcm ni jgn ambik port. Janji cukup makan, minum dan Malaysia aman....lagipun, korang bukan dlm liga yg boleh dibawa bincang pasai projek besaran ni

Anonymous said...

Ape benda bodo ko sembang ni bodo.. lu da kaya suruh org cukup makan minum je.. anak anjing punye org

Anonymous said...

ini kan tanah melayu, jadi dbkl (komponen kerajaan melayu) berhak buat apa2 saja dgn tanahnya. sentiasa undi umno untuk kesejahteraan bangsa Melayu dan agama Islam......

KhaL said...

Tau pun marah. Pangkah lagi...kikiki

KhaL said...

Tau pun marah. Pangkah lagi...kikiki